Follow if you like

Jul 22, 2014

Panacotta Soya Yeo's dan jagung manis


Kacang soya semakin popular dan terkenal di kalangan pengamal makanan sihat , tak kiralah dari barat maupun timur dan merupakan salah satu daripada  7 'super food' di dunia.
Tauhu dan susu soya merupakan makanan popular masyarakat Cina di Benua Timur sejak 5000 tahun yang lalu.



Ia juga merupakan makanan seimbang berprotein yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu maupun telur. Kandungan 50 % protein bagi setiap 100 gm kacang soya merupakan 2 kali lebih baik dari kacang tanah, 11 kali lebih baik daripada susu dan 3 kali lebih baik daripada telur. 

Kacang soya kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, iron dan phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, C dan D serta lecithin.

Susu kacang soyang boleh menjadi penganti bagi susu bayi yang alah pada susu lembu. Ingat lagi anak ita Amirul yang di sarankan oleh doktor untuk mengambil susu soya bila dia tidak boleh menghadam susu formula biasa.

Sebenarnya kan banyak kebaikan yang boleh kita dapati dengan mengamalkan meminum susu soya ni. Bagi mereka yang sedang berdiet, bagus untuk menikmati 1 kotak minuman susu soya, kerana kandungan lemaknya sangat rendah dan ia juga amat sesuai bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat.


Hari ini ita nak memperkenalkan minuman kacang soya yang telah berkurun lamanya bertapak di Malaysia. Apa lagi kalau bukan minuman Yeo's. Kini minuman Yeo's dengan pakaging baru tau.. lebih menarik dan terus terasa dahaga bila memandangnya..

Minuman Soya Yeo's ini bukan sahaja boleh di minum terus.. tapi ia juga boleh menjadi bahan untuk sajian hidangan kita. Ialah kan para suri rumah di malaysia ni kreatif-kreatif belaka.. ita pasti masing-masing juga punya idea yang kreatif untuk mengolah minuman Yeo's untuk menjadi satu menu yang hebat!

Apa kata tunjukkan kehebatan anda dan kreativiti anda bila menjelang Aidil fitri nanti. Anda boleh buat apa-apa sahaja hidangan dengan soya jika anda kreatif.. pasti tetamu yang datang.. terpegun dengan bakat anda dan sudah semestinya tak sabar untuk merasa keenakannya..

Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi berasaskan air minuman soya Yeo's. Ita jadikan Panna Cota Soya Yeos's bersama jagung manis.. emmm... tak sangka gabungan antara soya yang lemak manis dan jagung yang masin manis sangat serasi.. anda juga boleh mencuba!

Jangan lupa dapatkan air Yeo's dari kedai-kedai berhampiran anda

PANNA COTA SOYA YEO'S DAN JAGUNG MANIS

7 gm gelatin
3 camca besar air
2 1/2 cwn air minuman Yeo's Soya
1/4 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/2 tin jagung manis dalam tin ~ ita guna jenama Yeo's

Taburkan gelatin atas air dan biarkan ia kembang
Masak susu soya Yeo's  bersama gula sehingga didih
Angkat susu dari api dan masukkan esen vanilla serta larutan galetin.
Tunggu sehingga sejuk sedikit dan tuang dalam gelas lutsinar.
Simpan dalam peti sejuk semalaman
Bila telah keras letakkan jagung manis diatasnyer.
Makan sejuk2 memang best!





5 comments:

Zaidatul Salwa said...

Sedapnyer! Akan saya cuba nanti ;)

Qaseh Abadi said...

sya xlalu minum soya kotak, loya tekak.. soya pn sesuai klu nak kulit cantik.. hihi
http://qasehabadi2309.blogspot.com/

fazianbatrisyia said...

menariknya kak ita...terasa2 kat tekak...uish...puasala

wiwi lala said...

sedapnya.

Kak Long said...

Assalam Azlita, puan guna gelatin jenama apa ya? Saya bimbang dengan yang origin nya non halal.

Powered by Blogger.