Follow if you like

Jul 3, 2014

Nestum Kelapa


Hari ni kita dah masuk ke 5 Ramadhan. Sekejap aje kan masa berlalu. Pejam celik.. pejam celik dah 5 Ramadhan dah..

Macam mana? dah mula buat persiapan untuk menyambut lebaran?
Mungkin ada yang akan kata.. lama lagi.. tapi tak kurang juga yang telah mula buat persiapan sedikit-sedikit supaya tak kelang kabut bila Ramadhan menjelang.




Ada yang dah mula merancang hidangan apa yang akan menghiasi meja kopi untuk menyambut tetamu yang berkunjung ke rumah..
Pasti dah fikirkan biskut apa yang perlu di selitkan untuk di hidangkan kepada tetamu pada hari lebaran.

Hari ini ita akan kongsikan satu lagi biskut yang menjadi kesukaan anak-anak ita. Ita kalau biskut raya ni ita tak berapa suka makan sebenarnya. Tapi anak-anak ita mereka memang suka.
Adalah beberapa resepi yang menjadi kegemaran mereka, dan resepi yang bakal ita kongsikan ini adalah salah satu daripadanya.

Biskut Nestum Kelapa adalah biskut kegemaran anak-anak ita. Biskut gabungan antara nestum, badam dan kelapa ini cukup enak di nikmati terutamanya pada musim lebaran. Kebiasannya ita sediakan untuk anak-anak bawa pulang ke Asrama. Mereka akan makan biskut ini bersama-kawan-kawan di asrama nanti.

Jom ita kongsikan resepinya agar anda juga dapat mencuba untuk hidangan lebaran nanti..


BISKUT NESTUM KELAPA

300 gm Butter
60 gm lemak sayuran / shortening
200 gm gula caster / halus / perang
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh perasa butter
2 biji kuning telur
400 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
60 gm tepung Hon Kwe
40 gm susu tepung
5 gm emplex
70 gm nestum ~ di kisar halus
20 gm serbuk badam ~ di panggang sebentar
Kelapa goreng secukupnya ~ kelapa ni ada jual kat kedai bakery

Satukan semua tepung dan ayak
Satukan butter, gula, esen vanilla, perasa butter dan pukul dalam mixer hingga sebati
Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan pukul rata
Tutup mixer dan masukkan campuran tepung yang telah di ayak tadi, dan gaul rata
Masukkan nestum dan serbuk badam gaul sebati

Ambil sedikit aduan dan bulatkan sebesar gulu
Celupkan dalam kelapa kering goreng tadi dan gelekkan hingga kelapa melekat pada adunan
Susun atas dulang pembakar
Bakar pada suhu 170C selama 20 minit
Simpan biskut didalam bekas kedap udara.


15 comments:

Melisa Mahpuz said...

Salam Kak Ita. Kalau tak nak gunakan shortening boleh tak tambahkan butter lagi 60 grams?

fazianbatrisyia said...

wanginya bau....dah ada cookies raya kat sini...lg kak ita...yg mana boleh sy tiru nanti sy buat

aRz MoHa said...

menarik nampak biskut ini.
hebat gambar biskut ini.
baru follow sini

Gee® said...

Ambil resipi yer Ita... TQVM

Furzani Razlai said...

Wlpn simple tp nampak sedap.....nanti nk cuba lh kak ita.....nyum2

noor ellina Jaafar said...

Wah akak dah meng'cookies'kan diri...terliur sudah...

Bicara Kak Noor said...

as salam ita,macam sedap jeee biskut ni akak mcm nak try lah utk raya nanti, thanks for the recipe ya

lia said...

sedapnya nampak! curious sgt nak tahu mcm mn rasa dia...harus kena buat jugak ni...:)

Yu Yun said...

akak, kenapa foto yang akak ambik cantik sangat ni? haha..semuanya nampak sedap!

Siti Asmah Md Yusof said...

Menarik n comel2 Kak ;) saya amik resepi yea

Bbwana adienia said...

menarik biskut tu kak ita..boleh try buat nanti..tq

Mya said...
This comment has been removed by the author.
Mya said...

Kelapa tu digoreng degan minyak atau dibakar ye?

Sue Sumardi said...

Assalam kak ita.kalau tepung hon kwe tu d replace tepung lain bole???tepung apa ya??sebab x jumpa la teoung hon kwe ni.

Hana Blossom said...

Mohon share kak ita ye :)

Powered by Blogger.