Follow if you like

Jul 8, 2014

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah


Assalamualaikum...
Selamat pagi dan salam Ramdhan kepada semua. Waa.. rasa macam lama juga ita tak bersiaran.. tak kongsikan resepi untuk rakan-rakan jadikan rujukan atau panduan ketika memasak untuk keluarga. Sebenarnya beberapa hari ni ita sibuk sikit.. Ita kena siapkan beberapa tempahan kek. Ingatkan ita nak rehat secukupnya sepanjang bulan Ramadhan ni.. tapi masih ada lagi permintaan untuk ita tunaikan. Rata-rata customer adalah mereka yang cukup setia dan tak sampai hati nak tolak permintaan mereka. Tapi tu lah kan.. maklumlah bulan puasa.. ita buat mana yang termampu dan terlarat sahaja..




Alhamdulillah Azrul pun dah selamat ita hantar semalam.
Ita bertolak dari rumah seawal pukul 3 pagi. Kalau nak diikut kira-kira.. dan perancangan manusia ni.. rasa-rasanya JB ~ Kl boleh sampai dalam 4 jam. Tapi tulah kan.. kita manusia hanya mampu merancang.. sebaik-baik perancang adalah Allah swt. Ita tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang sangat panjang dan meletihkan. Keluar dari Air Keruh dah jam teruk sampai ke KL. Seawalnya suami dah kata yang kita mungkin akan sangkut pada jam di Sungai Besi. Rasa-rasa mungkin dalam 1 jam dan di jangka boleh sampai untuk pendaftaran dalam pukul 8 pagi. Tapi bila dah sangkut dekat jam akhirnya kami sampai agak lewat dah pukul 10. 30 am. Mujur tak terlepas.. kalau tidak kesian pada Azrul.

Dalam situasi jam yang giler.. ita lihat semua pemamndu berwajah kelat dan stress. Bayangkan 3 lane dah jadi 1 lane. Semua seakan dah hilang sabar.. ialah mungkin di kepala dah terbayang wajah boss yang mencuka kalau lewat. Pasti berbakul-bakul kena marah.. dahlah bertambah stress dengan cuaca yang panas.. dan dalam mood berpuasa. Pasti keadaan semakin tegang dan semakin tidak selesa. Kesian sungguh ita melihat warga kota yang terpaksa mengadap jam setiap hari. Ita yang duduk dalam jam sehari pun terasa taubat dah.. inikan pula mereka yang terpaksa menempuhinya setiap hari demi sesuap nasi. Walaumacam mana pun itulah harga yang perlu kita bayar..

Ok lah ita pun dah tak boleh nak sembang lama-lama. Banyak sangat tugasan yang harus ita siapkan. Nanti bila senang-senang kita sambung sembang semula ya..

Hari ini ita nak kongsikan menu berbuka puasa ita kemarin. Puasa hari yang keberapa pun ita dah tak ingat dah ni. Tak pe lah kan.. tak kisahlah hari apa pun.. yang pasti ianya sedap, enak dan mengenyangkan kami sekeluarga yang berpuasa seharian. Mungkin ianya juga boleh menjadi menu hidangan untuk anada berbuka puasa petang nanti.


Inilah salah satu menu berbuka puasa kami. Ita sediakan Nasi Tomato dan ita lawankan dengan lauk Ayam masak merah. Resepi yang simple dan ringkas untuk hidangan berbuka puasa. Cuma nasi ita tak berapa cantik, kerana ita menggunakan beras biasa.. kalau guna beras basmathi pasti lagi cantik dan menyelerakan. Kalau ada yang nak cuba bolehlah guna beras basmathi, ianya bukan sahaja cantik dan enak tapi baik juga untuk kesihatan.


NASI TOMATO
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..


Nasi tomato ni ita lawankan dengan lauk ayam masak merah yang amat di sukai oleh anak-anak ita.


AYAM MASAK MERAH
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati
Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.


30 comments:

MamaFaMi said...

Sedap le pulak tengok nasi tomato Ita ni... ish...

Gee® said...

K.Gee baru plan nk buat nasi tomato hari ini... angkut resipi Ita lah yer...

fazianbatrisyia said...

yg penting sedap...drp rupa yang indah shj....selamat berpuasa kak ita & family.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

juadah yang simple tapi pastinya sedap ni.. sudah cukup kenyangkan kak ita

sYiRa LoKMaN said...

sedapnya nasi tomato..suka !

Amira abd malek said...

try guna resepi dr buku 1hari 1 resepi ni juga..
tp xpenah pon menjadi...
sedih =(

Ainur Mariza said...

Bahan B tu semua kena blend ke kak ita (termasuk tomato n serai)?

hanis salihah said...

Sedapnyaaaa.,,.hr ni nak buat nasi tomato saudara nak datng rumah...boleh amek resepi disini...

Jemput singgah www.haniqhanisalihah.blogspot.com

Terima kasih atas resepi

mama alya said...

Sedappppnya...saya dh lama tak buat nasi tomato ni...

lia ummiirfan said...

oooo.. nak wat nasik tomato tu.. selalu buat tak jadi je.. hihi..

D'Umairah.Blogspot.Com said...

as salam....
Mohon share resepi ye.tqvm!

Natasya Ahmad Ahpuat said...

sedapnya kak, terima kasih dgn perkongsian :)

suhaili mohd isa said...

Plan nak masak nasi tomato, jumpa blog u. Tq dear i pinjam resepi ye.. do drop by www.suhailiisa.com :)

Nikisha said...

Gambar je dah buat akak terliur...lama jugak tak masak nasi tomato

Diyana Naqiuddin said...

sedap jugak kalau dpt mkn nasi tomato mlm ni. terus bunyi2 perut bila tgk gmbr nasi tomato kak ita.

Jill879 said...

Sedapnya k.ita..yummm yumm

zura ibrahim said...

Sedapnye.. Mohon share ye kak ita

Suhaila Su AnNajah said...

nak buat nasi tomato hari ni...dah lama x buat..cuma mcm konfius buh santan ke tak ek? sebab tgk sis ita pakai susu cair.

kokmi said...

Terima kasih perkongsian resepinya tuan blog, sy tiru bulat2 resepinya..mmg menjadik..tp x tahu lagi rase apa sebab poso...apapun tq

Qhairunisha Mohd Khalid said...

terimakasih atas resepi nya ye. saya nak try buat untuk raya nanti....

Zainab Norazman said...

simple je resepi ni. sesuai untuk first time nak torai masak hehe.. thanx

raihanah said...

Terima kasih..sy baru jer masak nasi tomato ikut resepi ni..alhamdulillah..jadi..guna beras biasa ajer..

Papaglamz - Food Stylo Founder said...

tengok pon dah menyelerakan. tq share resepi ini..

Hot post - Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati

Diyana Naqiuddin said...

saya dah cuba dah resepi yang kak ita share ni. memang sedp gila! Terima kasih kak ita sebab share resepi yang sedap ni.

mimie fais said...

KAk ita mcm mana nak order kek ni . Cantik sangat . Boley whtsapp say 0104292421 . Saya dan wife berminat sangat .

ekin said...

Dah cuba resepi ni. Kurangkan beras kepada sukatan 2.5 cawan. Bahan lain pun kurangkan setengah. Alhamdulillah menjadi.
Masakan untuk rakan2 serumah di United Kingdom.

Hana Norhana said...

Nk cuba resepi ni. Anak b ujang dh oder.nk mkn bila balik dr asrama nnti..mdhn menjadi

Nazirah Ahmad said...

Nk try jgk ni..mohon share ye..tqvm

Ramlah Ismail said...

Nampak dap sgt.x terlalu merah dn kurg minyak.pinjam resepi ye....

ainia96 my said...

Kak ita, knpe ye nasi nye jdi xkrg sgt bila da cooked.. air sya ikut sukatan mcm biasa masak nasi,, 😂 mkn untuk 2 org.. brs shja ikut sktn sndri,, lain ikut sukatan akk,, adkh xkrg sbb bhn2 yumis untuk nasi tu da pekat ye?

Powered by Blogger.