Follow if you like

Jul 6, 2014

Michael Kors MK handbag cake


Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah selamat dah kita berbuka puasa.
Berbuka apa hari ini?
Ita macam biasa menu simple yang penting tiada pembaziran. Ita berharap agar kami sekeluarga tahun ini dapat menjalani ibadah puasa tanpa melakukan pembaziran. 




Dah berapa hari ita tak kongsikan menu berbuka puasa ita dan keluarga. Maaf lah ita dua tiga hari ni sibuk sikit.. Ita sibuk menyiapkan keperluan anak ita Azrul yang akan memulakan pembelajarannya. Sekejap aje kan dah masuk dunia mahasiswa anak ita ni.. Azrul akan ke kuala Lumpur esok untuk program persediaan selama setahun sebelum meneruskan pembelajarannya ke Luar Negara dalam bidang Komputer Sains Engineering. Alhamdulillah syukur sangat kerana pembelajaran Azrul mendapat tajaan sepenuhnya daripada MARA. Ita berharap Azrul tidak mensia-siakan peluang yang pihak MARA berikan. Semoga Azrul berjaya dan memperolehi apa yang di cita-citakan selama ini.


Ada yang bercadang untuk membeli handbag baru sempena kedatangan Aidil Fitri tahun ini. Wah.. seronok kan kalau dapat bergaya dengan baju baru.. kasut baru.. dan dapat pula mengayakan handbag berjenama yang di idam-idamkan..

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi handbag yang sempat ita sediakan semalam. Kalau ikutkan ita dah pun tutup tempahan untuk bualan puasa ini. Ita ingat tahun ini ita nak berehat sepenuhnya di dalam bualn puasa ini di samping ita nak tumpukan perhatian pada Dalili yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.


Tapi.. ada juga beberapa permintaan yang terpaksa ita penuhi.. tak sampai hati pula nak tolak.. memandangkan mereka adalah customer yang setia. Terima kasih kerana masih memberikan kepercayaan pada akak. Dan ita berharap sangat mereka berpuashati atas hasil tak seberapa yang ita sediakan ini.






Kek ini adalah atas permintan customer ita yang ingin di hadiahkan kepada isteri tercinta. Kek bertema handbag dari jenama MK ini menjadi pilihan untuk si isteri dengan tema warna kuning telur ini.

Si suami ada mengirimkan bag pilihan untuk ita jadikan rujukan. Walaupun tak beberapa mirip pada bag asal ita berharap sangat suami berpuas hati dan isterinya berbunga-bunga ceria di hari ulang tahun yang kebetulan pada bulan Ramadhan ini.

Selamat ulang tahun ita ucapkan.. semoga bertambah murah rezeki dan semakin berbahagia di samping keluarga tersayang.


Kek ni dalamnya kek choc moist. Di layer dengan ganache choc dan coating pun dengan ganache choc
Kek fully fondant dengan hand bag dari jenama Michael Kors sebagai pilihan










15 comments:

deeni said...

Sempurna sis....ur creation, always luv to see..

fazianbatrisyia said...

Cantiknya...bertuah dpt kek secantik ini...

bilahatimulabicara said...

Comeinya, kek mcmni boleh post ke kak?? Teringin nnt nak wat surprise kek MK tuk adk sy

Rahman Noriza said...

Cantik seni akak

Sukma Haron said...

Sebiji macam real kak ita...ohsem

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ni salah satu bukti sayang isteri.. hihihi

Cik Puan Eka said...

cantiknya kak. Sangat terperinci.

Kagum betul saye. Sayang nak makan. Hehe

noorliana zamri said...

cantiknya kak ita,,,,,

Annie Sulaiman said...

assalamualaikum kak ita.. Allah kurniakan akak bakat dan ketelitian dalam segala segi. sy kagum!! sangat kagum dengan ketelitian akak dalam menghias kek ni. sy salu jumpa kek bentuk beg.. but tak se detail ni.. sayangnya nak potong!!..

nur aleya said...

mohon singgah...http://i-resepi.blogspot.com/
dan konsi resepi =)

MY LIFE said...

Sangat teruja bila tengok blog akak..sangat creative..saya akan jadi salah seorang pelawat setia blog akak..:-)

pol said...

dr dlu ska tgk blg akak.. mmg terrer la akak ni. nak tnya Akak blaja sndri ka buat2 kek ni?

Syasya Harun said...

cntiknya kak.....nmpk sgt real....

nadirah noorsham said...

salam kak, nak tanye brp harga 3D kek yg camni?

norhuda ain ahnaf ahnor said...

Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

layari blog kami di ONLINE STORE
atau PHOTO PRODUK

Powered by Blogger.