Follow if you like

Jul 12, 2014

Menu Berbuka Puasa


Masih lagi di dalam menu berbuka puasa.
Semalam sempat siapakan nasi jagung dan ayam madu sebagai hidangan berbuka puasa kami sekeluarga. Menu yang cukup mudah, dan ringkas ini ita peroleh daripada buku masakan kak Haneliza 1 Hari 1 Resepi.




Ita beli buku ni dah lama.. perbagai hidangan yang menarik di kongsikan oleh kak Liza. Semuanya mudah dan ringkas. Yang penting rasanya menepati selera kami sekeluarga.

Hari ini ita kongsikan di sini pula di sini,  manalah tau kalau ada yang berminat untuk mencuba hidangan ini sebagai menu berbuka puasa petang nanti. Lepas ni bolehlah cari bahan-bahannya di pasar. Tapi bahannya tak susah mana.. semuanya ada di dapur aje rasanya.


NASI JAGUNG
Resepi Oleh : Kak Haneliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A

6 cawan beras basmathi
2 cawan isi jagung
1/2 cawan susu cair
2 sudu makan rempah beriani
garam dan gula secukup rasa

Bahan B

5 biji bawang merah ~ di mayang halus
3 ulas bawang putih ~ di mayang halus
1 Inc Halia ~ di mayang halus
3 sudu makan minyak sapi
1 inc kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan


Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi.
Tumis bahan tumis ( bahan B) hingga harum
Apabila telah harum masukkan rempah beriani
Masak hingga terbit minyak
Masukkan beras basmathi yang telah di cuci bersih dan di toskan sebentar.
Masukkan juga garam dan gula secukup rasa
Masukkan juga susu cair
Tanak nasi di dalam periuk nasi seperti biasa
Apabila telah masak, bolehlah di hidangkan.



Nasi jagung ini ita hidangkan bersama lauk ayam madu. Anak-anak ita memang suka lauk ayam macam ni.. lauk ala-ala ayam masak merah. Gandingan nya juga cukup serasi dan anak-anak pun suka.

Kalau ada yang berkenan bolehlah mencuba nanti ya






AYAM MADU
Resepi Oleh : Kak Hanileza
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A

500 gm ayam
4 sudu makan sos tomato
1 cawan kacang pis
1 labu bawang besar ~ di mayang kasar
3 sudu makan madu
minyak masau ~ untuk mengoreng
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit serbuk

Bahan B ~ dikisar

20 tangkai cili kering  ~ potong dan rendam hingga lembut
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inc halia

Bahan C ~ bahan Tumis

1 inc kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit
Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak
Angkat dan ketepikan

Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan tumis hingga wangi
Masukkan bahan yang di kisar dan masak hingga terbit minyak
Masukkan ayam, sos tomato dan kacang pis
Tambahkan juga bawang hiris dan madu
Kacau rata
perasakan dengan garm dan gula secukup rasa
Biarkan merenih
Bila kuah dah pekat angkat dan hidangkan.


Minuman kami pula adalah sirap bandung soda.
Selamat berpuasa semua





1 comment:

tina said...

Salam K Ita,
Sebelumnya Terima kasih banyak sudah mau berbagi ilmu terutama bagi saya yang masih belajar. Apakah saya bisa dibantu untuk pembuatan resep nasi jagung, karena ada beberapa bumbu yang saya kurang tahu untuk memperolehnya, seperti daun kari, minyak sapi, bumbu briani? Apakah ada pengganti bumbu-bumbu tersebut?
Jika bumbu-bumbu tersebut tidak dipakai, apakah sangat mempengaruhi rasanya?
Terima kasih banyak Kak Itam

Salam,
Rina

Powered by Blogger.