Follow if you like

Jul 14, 2014

Mee Jawa





Selepas menyidai kain di ampaian, ita mula memikirkan juadah berbuka puasa untuk hari ini.
eemmm... apalah nak masak ya.. hari-hari masak ni kadang buntu jugak memikirkannya..




Ita pantas capai lattop. Satu-satu blog kawan-kawan di terjah.. manalah tau kalau ada menu kawan-kawan yang berkenan di hati..
Banyak yang berkenan, tapi... ada ke barang di dapur..?
Aduh.. malasnya nak ke pasar.. pasti penuh sesak pasar dengan orang ramai.. kebetulan hari ini hari minggu..
Rimasnya lah nak berjalan di celah-celah orang ramai.. bersesak-sesak pulak tu..
"Apa ya nak masak ni?" ita mengaru-garu kepala yang tak gatal..
"Baik ita tengok apa bahan yang ada dalam peti ais.. karang kalau ada yang dah berkenan tak cukup bahan lah pulak.." dia bersuara perlahan..

" emmm... ada mee kuning.. goreng mee aje lah.. "
" ala... tak ada udang lah pulak.. "
" eh.. daging ada lah.. "
" mee goreng dengan daging.. emm... tak sedap.. tak sedap.. "
" sawi ada.. taugeh ada.. tauhu pun ada... "
" tapi udang tak adalah pulak.. "
" eish.. pening lah pulak.. nak masak apa lah ni.. asyik mee goreng aje.. karang pot pet pot pet pulak anak dara tu.. "

Pantas tangannya mencapai buku masak Kak Liza. Buku itulah penemannya di kala dia kekeringan idea di dapur..
" emmm.... mee.. mee.. mee... "
jarinya laju menyelah setiap helaian halaman.. mata melilau mencari sesuatu..


" MEE JAWA.. ia berteriak.. macam best je... "
" ok.. mee ada.. taugeh ada.. daging ada.. sawi ada... emmm... bahan semua cukup.. masak mee jawa lah.. "
lega rasanya bila dah tahu apa yang nak di masak..
Ita mula keluarkan daging.. di rendamnya daging yang keras membatu supaya lembut dan mudah di potong..
Kemudian.. dia pantas menyediakan segala bahan yang di perlukan..
" emm.. senang kalau dah siapkan bahan-bahan  ni.. nanti petang.. cepat sikit masak.. " bisik hati kecilnya..





" mak nak masak apa hari ni..?"
Sapa Dali bila pintu kereta dibuka..
" eish.. ingat makan aje dia.. baru pukul berapa..? mana boleh tanya pasal makan.. bulan-bulan puasa ni... makruh tau! "
" ala tanya aje pun tak boleh.. "  rajuk Dalili

Jarum jam dah menunjukkan pukul 5 petang
" emak tak masak lagi.."
Teguran Dalili mengejutkan ita yang leka menyiapkan kek tempahan..
" eh.. ya la.. dah pukul berapa Dalili..?
" pukul 5 dah.. "


Ita bingkas bangun.. Kek yang separuh siap di simpan di dalam peti ais.
Dia segera menghidupkan dapur..
"Mak nak masak apa?"
"Mee Jawa..." jawab ita ringkas..
" nak tolong.. nak tolong.. " teriak Dalili
Anak kecil itu cukup suka mengacau emaknya memask di dapur..
Dalili pantas mencapai senduk..
"kita nak kacau.. kita nak kacau.. "
" ya lah.. baik-baik tau.. nanti dia merecik.."
Teguran ita mengigatkan Dalili akan bahaya yang bakal di hadapi nanti..
Mata Dalili mula melilau mencari sesuatu..
" kita nak masukkan apa dulu mak..?"
" mula-mula... kita..."


MEE JAWA
Resepi oleh : Kak Liza
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
1 bungkus mee kuning ~ di celur
1 ikat sawi ~ potong dan celur (ita tambah)
1/2 kg daging ~ direbus
1 cawan taugeh
2 tangkai daun bawang di hiris
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris
3 biji telur rebus ~ belah 2
3 biji limau nipis atau limau kasturi
sedikit bawang goreng

Bahan B 
1/2 kg keledek ~ rebus dan kisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
5 biji bawang Merah ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
1/2 cawan udang kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
2 sudu makan cili kering yang telah dikisar
3 sudu makan serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
3 sudu makan minyak masak
1 buku gula Melaka ~ ita tambah
1 kiub daging ~ ita tambah
Garan dan gula secukup rasa

Rebus daging sehingga lembut, kemudian hiris nipis.
Kerana ita guna daging batang pinang, jadi ita tak rebus, ita masukkan daging di dalam kuah terus semasa masak.
Rebus keledek, kemudian kisar halus

Panaskan minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan yang telah di kisar hingga garing dan harum
masukkan rempah kari dan cili kisar
Masak lagi hingga terbit minyak
Masukkan keledek kisar, gula melaka, kiub daging dan air rebusan daging
Biarkan kuah merenih
Akhirnya masukkan garam dan gula secukup rasa
Angkat dan hidangkan dengan bahan A


Dalili menyusun pinggan mangkuk di atas meja
" Mak angkat kuah ni ya.. kita tak boleh angkat panas.." teriak Dalili
" tak pe.. biar kat situ dulu.. nanti nak berbuka baru mak hidang.."

Ita mengeluarkan semula kek tempahan.. Kek itu harus di siapkan segera.. Bila dah siap baru lapang rasa hati..






8 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

macam cerpen... sreonok baca kisah Mee Jawa Awesome ni, hehehe. Rajin ya Dalili menolong di dapur, senang bila dah besar nanti, tentu dia pun akan belajar jauh macam abang2nya..

nur anis said...

wahh..mee jawa..tak pernah lagi cuba buat...

wa said...

Suka sangat tengok gambar-gambar kat blog k ita ni..memang semuanya mengancam:-)

fazianbatrisyia said...

owesome...yes...apa beza mee rebus dgn mee jawa ye kak ita?

Ummi Aishah said...

Assalamualaikum....
betul tu.... macam baca cerpen pula. yang menarik tu ha.... kek yang bunganya kembang setaman! chanteknya........

mimie said...

kak ita... coba mie aceh kak..
sedappp sangat... apalagi guna kepiting/ketam sbg pelengkap..

mama_aizarah said...

Aritu tgk resepi mee rebus kat tenet pun cam ni jugak...ada beza ke?

Sapiah Ishak said...

macam azam ramadhan kak ita jadinya..

Powered by Blogger.