Follow if you like

Jul 19, 2014

Mee Hoon Goreng Cili Api


Assalamualaikum...
Baru-baru ini sekali lagi Malaysia di kejutkan dengan berita yang sangat tragis. Sekali lagi Penerbangan Malaysia berhadapan dengan kehilangan pesawat.. tapi kali ini lebih menyedihkan kerana kapal terbang MH 17 telah di tembak jatuh. Kita masih lagi tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab ke atas insident ini dan berharap agar mereka-mereka yang bertanggungjawab dapat di hadapkan ke muka pengadilan dengan seberapa segera.




Berat mata memandang, pasti berat lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku di bawah perancangan yang Maha Kuasa. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang.
Walaupun kita meratap, menangisi kehilangan.. namun kita tidak mampu melawan dan menafikan setiap ketentuanNya..

Bersabarlah wahai hati-hati yang gusar....

Pertama sekali ita nak melahirkan ucapan takziah kepada waris penumpang-penumpang dan juga waris anak-anak kapal MH 17 yang terkorban. Al fateha dan doa sahaja menjadi penenang jiwa... doa ita semoga mereka yang beragama Islam di tempatkan dikalangan hambanya yang beriman.... dan
kepada mangsa yang lain salam takziah...


Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.. Walaupun Ramadhan kali ini kita hadapai dengan seribu kegusaran.. kesengsaraa... hadapilah ianya dengan sabar.. Sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang beriman dan beramal solleh..

Semoga kita dapat meneruskan segala amalan di bulan mulia ini.. teruskan dengan amalan-amalan yang mulia.. dan banyakkan bersedekah..

Mungkin ramai yang telah mula menyediakan persiapan untuk menyambut kedatangan Shawal. Biarlah kita bersederhana di dalam setiap tindak-tanduk yang akan kita lakukan..



MIHUN GORENG CILI API
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi

1 bungkus bihun ~ direndam dengan air dan toskan
200 gm sotong ~ dihiris nipis
100 gm udang ~ dibuang kulit
200 gm sawi ~ dipotong pendek
200 gm kobis ~ diracik
1 batang lobak merah ~ dipotong halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan hiris nipis
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Hiris atau Kisar
20 biji cili api
3 biji cili merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan udang kering

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi
Masukkan sotong dan udang, kacau rata
Apabila masak masukkan garam dan air
Masukkan kubis, lobak merah,sawi dan mihun
Kacau rata hingga sebati
Gaul rata sehingga mihun lembut
Rasakan garamnya
Semasa menghidang taburkan hirisan daun bawang dan cili merah.





3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyerr..

CT Humairah said...

ooonomnom.. menggoda sangat ni.. CT suka bihun goreng jugak tapi yang tak banyak sayur and suka kalo ada daging hihiks..

btw takziah untuk mangsa #MH17. semoga mereka tenang di sana disamping-Nya.

Mummy Ayra said...

betul k.ita.. dah ketentuan Allah. Redha dan sabarlah. Al-fatihah dan salam takziah pada keluarga mangsa yg terlibat..

btw k,itaaaa..sedapnya bihun. Pasti masuk dalam list berbuka ni. ^^

http://mqvitashop.blogspot.com/

Powered by Blogger.