Follow if you like

Jul 11, 2014

Kacang Rugget


Hari ini ita nak ajak anda semua buat kacang rugget.
Kacang juga dalah salah satu antara yang mesti ada di meja hidangan bila tiba musim perayaan. Seronok lah tetamu berbual dan bersembang sambil mengunyah kacang.. kan




Ita dulu kalau pergi beraya mesti cari kacang. Kadang sebalang tu habis kami makan adik beradik.. malu aje dengan tuan rumah. Ialah bila dah banyak rumah beraya kuranglah nak makan kuih dan biskut raya.. perut pun dah penuh dengan air.. jadi kacanglah yang kami dok cari.. hihi


Resepi ni ita dapat dari rakan FB. Ialah kawan-kawan fb ita ni dia suka tag.. tag.. bila ada yang tag dan ita terbekenan lah pulak.. Tak sabar nak cuba. Dah lama juga ita simpan resepi ni. Harap lah tuan empunya resepi berikan keizinan untk ita panjang-panjangkan dan kongsikan di sini pula.. Insyaallah.. janji Allah kalau kita berkongsi ilmu banyak lah dapat pahala nanti.. insyaallah.. sama-sama kita doakan ya..

Jom lah kita terus aje lihat bahan-bahan yang kita perlukan..


KACANG RUGGET
Resepi Oleh : Hasue
Rujukan : Aleen Aireish

Bahan-bahan 

500gm kcg tanah
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
1 cawan air
2 biji cili merah / cili kering
gula secukup rasa
garam secukup rasa





Mula-mula kita bersihkan kacang dahulu.
Cuci bersih dan toskan airnya hingga kering.

Lepas tu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili 
Ketepikan



Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi

Gaul semua bahan hingga rata.
tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna
Lepas tu kita masukkan kacang tanah yang kita dah cuci dan toskan tadi
Gaul rata


Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak
Kacau senantiasa supaya kacang tak melekat-lekat dan tidak hangus
Bila dah kekuningan angkat dan toskan minyaknya
Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.
* ingat ya guna api sederhana, takut nanti luar dah hangus tapi kacang dalam masih tak masak.



17 comments:

junainah mohamed said...

sedapnya kacang goreng ni...

Niniakaeffa said...

Sedap nie..my favorite! Nk cuba jgk la buat utk raya nie. Tq kongsi resepi ;-)

adda syuhada said...

resepi bestttt.... mudah ni... boleh try...hihi

Niniakaeffa said...

Sedap!! Tq utk resepi ;))

Nani said...

memang sedapppp!!....terima kasih kongsi resepi...

Bicara Kak Noor said...

tengok pun macam sedap je Ita nanti kak noor nak try lah sbb mmg fav kacang macam ni

CT Humairah said...

ni kalo makan bukan boleh sikit sikit..

Linda Sahlan said...

Kacang pebret arwah abah.

Linda Sahlan said...

Kacang pebret arwah abah.

Lyn said...

mcm sedap je yummy..

Jalitah Hamdan said...

Memang sedap....buat pagi,xsampai ptg dh habis kena kenduri anak2...

Norazia dan Arman said...

Terima kasih atas perkongsian resepi. Tgh masak di atas dapur lagi.

Mily Mel said...

Tq cz share this recipe, gonna try it 2moro..^_^

iksb hq said...

salam kak ita..knape saya buat kacang tu melekat2 even saya dh kacau pn. bleh bg tips x..Tq kak

nouhee kim said...

Leh cube ni

nina_otomen said...

Yg bawang putih,halia dgn cili yg blend tu untuk apa?

nina_otomen said...

Ok baru perasan campur sekali...hihi...

Powered by Blogger.