Follow if you like

Jul 13, 2014

Jelly Lychee Yeo's

Sesungguhnya ita dan Yeo's memang tidak boleh di pisahkan. Ita di besarkan dengan Yeo's. Dahulu .. masa ita kecil-kecil lagi.. bapa ita adalah seorang ejen pengedar air minuman Yeo's. Dialah satu-satunya anak melayu yang di berikan permit untuk menjadi pengedar Yeo's bagi kawasan Johor.

Bapa ita akan mengambil air minuman Yeo's dengan lorinya di Kilang Yeo's yang terletak di Pandan Johor. Kilang itulah  yang merupakan tempat persinggahannya setiap hari. Bila pulang sahaja di rummah bapa ita akan menyusun botol-botol Yeo's. Sebahagian di tinggalkan di rumah untuk di hantar keesokkan harinya.

Pada masa itu kawasan yang bapa ita hantar adalah di daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Mersing dan kadang-kala beliau turut hantar ke Segamat dan Muar. Pada masa itu bapa ita hanya mempunyai seorang pekerkja sahaja yang membantunya. Kadang-kala bila cuti sekolah bapa ita akan membawa abang ita untuk turut membantunya.





Dahulu.. air minuman Yeo's adalah di dalam botol. Dan perisa yang di jual pada waktu itu dan cukup popular adalah air Soya, Teh Bunga dan juga air tebu. Boleh di katakan setip hari ita minum air Yeo's. Seingat ita, ita lebih kerap minum air Yeo's soya berbanding susu tepung. Kerana itulah ita katakan air Yeo's dan ita tak boleh di pisahkan. Ia telah sebati dalam tubuh ini dan telah menjadi darah daging sejak ita kecil lagi. Kami sekeluarga memang cukup mengemari air minuman ini sejak dahulu lagi.

Rasanya yang enak dan tidak terlalu manis.. memang merupakan air minuman penghilang dahaga buat kami sekeluarga.

Sekarang lebih mudah kerana minuman Yeo's di jual di dalam kotak. Lebih ringan dan mudah di bawa. Rasanya tidak dapat di nafikan.. sememangnya tidak pernah berubah.. sentiasa enak dan sentiasa lazat bila mengalir turun ke anak tekak ni terutamanya pada musim panas.

Bila tiba bulan puasa. Minuman Yeo's adalah antara minuman yang senantiasa ada di dalam peti ais ita. Tak keruan di buatnya jika tak menikmati sekotak minuman Yeo's sebagai penghilang dahaga setelah seharian berpuasa.

Setiap kali tiba hari raya, air Yeo's senantiasa menjadi penyelamat ita untuk merai tetamu. Ita cukup suka sediakan jelly Lychee Yeo's sebagai pemanis mulut untuk tetamu yang bertandang ke rumah. Sebenarnya.. anak-anak italah yang paling mengemari minuman ini.. nak..nak Dalili.. dia tak akan berganjak dari meja selagi jelly Lychee Yeo's ni  tidak kering dalam mangkuk. Suka benar dia... mana taknya.. bila di nakmati terasa dingin.. dan terasa liut-liut jelly tu yang buatkan asyiknya menikmati terutamanya bila bersantai bersama keluarga.

Sebenarnya anda juga boleh mencuba resepi yang mudah ini. Bukan sahaja mudah dan ringkas tapi ianya juga cukup di gemari. Kalau tak caya anda cubalah.. pasti tetamu akan bertanya.. apa rahsianya..


JELLY LYCHEE YEO'S

1/2 peket serbuk agar-agar
1 1/2 liter air Lychee Yeo's
1 sudu besar gula pasir

Masak agar-agar bersama air lychee Yeo's dan gula sehingga gula dan aga-agar larut
Tuangkan dalam loyang dan biarkan sejuk
Bila dah sejuk, potong bentuk kiub atau boleh parut kasar.

Penyediaan
Sediakan mangkuk besar lutsinar
Tuankan 1 tin lychee buah ke dalam mangkuk tadi bersama jusnya
Masukkan juga jelly Lychee Yeo's tadi
Masukkan baki 1/2 liter air Yeo's lychee tadi
Masukkan ketulan ais
Sedia di hidangkan kepada para tetamu.


Jangan lupa untuk mencuba  tau! boleh jadi hidangan berbuka puasa maupun sebagai merai tetamu di Aidil Fitri nanti..



7 comments:

Pn Sheila said...

senang n sedap.. sukaaa... :)

Hans said...

rasanya memang best

Rizziela said...

menariknya..blh try

Arora's said...

kak ita yeos org kata subhah.. produk halal dan non halal dlm 1 building bercampur... wallahualam..sy timbul keraguan so x lagi beli yeos ...

nOOb sTyLe said...

Assalamualaikum. Kak Ita, ayah akak masih lg mnjadi ejen ke? Hubungi saya 011 33404776. Saya memerlukan bekalan 1000 tin/ minggu. Tq

Nudin Senin said...

Salam Kak Ita..saya memerlukan 1000++ kotak untuk kenduri. Mcm mana ye nak berurusan? Terima kasih. No hp saya 0192661384

jay jay said...

saya memerlukan 1000++ kotak utk kenduri.macammana ye nk berurusan. hubungi saya 019-7960787(jannah)

Powered by Blogger.