Follow if you like

Jul 16, 2014

Hari ungu bagiku..



Hari ini rata-rata di Fb banyak yang mengupdate kisah seorang wanita yang naik berang akibat keretanya di langar..  Sebenarnya situasi sebegitu bukanlah sesuatu yang asing dan ianya kerap kali berlaku di atas jalan raya. Ramai yang mula menuding jari memarahkan sikap dan tindakan wanita terbabit yang di rasakan tidak wajar atau lebih kasar sikit bahasanya 'kurang adap'.  Namun.. jangan lupa 1 jari kita tunjuk kepadanya ada 4 lagi jari yang mengarahkan kepada kita.





Sebenarnya itulah sikap kita sebenarnya.. Rata-rata sekarang kita sudah semakin terhakis dengan nilai murni, toleransi dan jati diri. Kalau tidak masakan hari-hari di kaca TV sering mengigatkan tentang " budi bahasa budaya kita"
emm... kalau masuk carta dah popular dah lagu tu dan menjadi siulan anak-anak..
Kempen budi bahasa kerap di anjurkan.. bukan itu sahaja.. hingga di sekolah pun murid-murid di ajar untuk mencari di mana nilai murni yang baik didalam sesuatu petikan.. masihkah kita tak sedar lagi.. bahawa budi bahasa memang sudah jauh kita tinggalkan di dalam kehidupan kita sehari-hari..

Sebenarnya orang-orang tua awal-awal lagi dah mengigatkan kita..
Lupakah kita akan peribahasa

biar mati anak jangan mati adat
akibat nila setitik habis rosak susu sebelanga
kerana pulut santan binasa.. kerana mulut badan binasa
masuk kandang kambing menguek.. masuk kandang kerbau menguak..
di mana bumi di pijak.. di situ langit dijunjung
berfikir sebelum berkata.. berunding sebelum di buat
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna
terlajak perahu boleh di undur.. terlajak kata buruk padahnya..
biar buruk kain di pakai asal pandai menambat hati
buat baik berpada-pada .. buat jahat jangan sekali
elok bahasa kan bakal hidup.. elok budi kan bakal mati

Nampaktak... banyaknya lah.. peringatan dan pesanan... nak ikutkan banyak lagi.. tapi kalau di senaraikan ada tak siap kerja ita di dapur tu karang..


Kisah tersebut mengigatkan ita akan situasi yang lebih kurang sama terjadi pada ita sehari sebelum Hari Raya tahun lalu. Dalam situasi kereta bersesak-sesak di Plaza Tol untuk balik berhari raya di tengah panas terik dan dalam keadaan berpuasa. Tiba-tiba dalam kita dok bersesak-sesak beratur menunggu giliran tiba-tiba kereta ita di langgar dari belakang oleh sebuah kereta pacuan 4 roda. Bayangkan kereta mini di langgar oleh kereta yang dahlah besar dan tinggi.. tengok tayarnya pun kita dah gerun belum lagi mugurd dia kat depan tu. Akibat hentaman yang kuat ita terhantuk di depan .. mujur ita pakai seat belt kalau tidak ada bertelur dahi ni..

Apa yang terlintas di kepala ita masa itu.." alamak habis kereta aku.. esok dah nak raya.. bengkel kereta dah tutup.. habis.. habis.. ada tak raya ni.. ada tak jadi balik kampung ni.."
Ita pandang kereta belakang dari cermin sisi.. dalam kereta itu kelihatan beberapa anak muda.. nak turun pun terasa takut.. walaupun kereta ita di langgar.. tapi ita cukup khuatir jika mereka yang melanggar itu ada niat yang tidak baik.. maklumlah esok kan raya..



Apa yang buatkan ita rasa sangat marah.. si pemandu lansung tidak turun untuk meminta maaf.. malah dengan selamba dia mengisap rokok.. adoii.. geram sungguh dah lah buat salah.. tak minta maaf .. tak puasa pulak..! kawan di sebelahnya pula siap makan biskut raya lagi dengan balang biskut yang masih di tangan..  Yang turun dan cuba redakan keadaan adalah rakannya yang duduk di belakang.. dia minta maaf pada ita.. mujur kereta ita tak ada apa-apa..
" ala.. tak de apa pun.. " laungnya dari dalam kereta..
cepat-cepat kawanya menghalang..
" ada lesen tak kawan awak tu..?" tanya ita ingin kepastian dan cuba memancing
"tak de kak.. sambungnya lagi.."
" dah tau tak de lesen kenapa bawa kereta... nak saya report polis..'" kesal ita seraya mengigatkan
" maaf kak.. saya mengantuk sangat.. tu yang minta tolong dia bawa.." katanya cuba beralasan..
" saya janji.. lepas ni saya bawak.. saya tak kasi lagi dia bawak.." rayunya lagi
" ingat.. bukan awak sahaja yang berada di atas jalan raya ni.. banyak lagi penguna lain.. kalau awak tak sayang nyawa awak sekalipun.. hargailah nyawa orang lain... " bebel ita cuba menjadi ustazah terjun..


Kadang kala dalam situasi sebegitu.. kita kerap kali hilang pertimbangan.. lebih-lebih lagi kita terlalu penat dan stress.. perut pula lapar dan dalam keadaan yang bersesak.. memang kita sukar untuk kawal kemarahan.. tak payah salahkan wanita itu.. ita berani katakan jika anda berada di tepannya, insedent seperti itu pasti akan berlaku.. cuma keadaanya bergantung juga dengan emosi yang anda kawal.. tapi anda bernasib baik.. kerana tiada mata-mata yang memerhati.. dan tiada tangan yang merakam aksi anda..

Apa yang pasti di sini.. kita ambil iktibar dari situasi yang berlaku.. jangan hanya menyalahkan.. sebaliknya senantiasa ingatkan diri dan muhasabah.. sesungguhnya sesuatu yang berlaku adalah atas perancangan yang maha kuasa.. Dia lah sebaik-baik perancang..

wallahhualam...


Kita tinggalkan cerita itu dalam lipan sejarah..
Jom back to the future heh.. heh..
Ini adalah apa yang sempat ita siapkan semalam.
Sebenarnya ita dah tutup oder, pertamanya kerana bulan Ramadhan dan keduanya kerana anak ita Dalili nak periksa.. insyaallah jika tiada aral ita mula semula bulan oktober, tapi ada juga yang merayu-rayu.. macam tau aje akak ni ibarat lilin.. yang cair bila di makan api... sob..sob..


Rupanya membuat kek yang banyak di dalam bulan puasa.. memang sangat-sangat menguji keimanan dan kesabaran..
Penat sangat rasanya semalam.. memang terasa macam nak pitam dah..
Ita ni kalau makan tu memang boleh tahan.. tapi kalau air tu.. adoii... sabar aje lah..
Buat kek yang renyah.. memaksa kita menguli dan mendeco.. satu cabaran yang besar..
tapi syukur sangat.. siap juga semuanya.. Ita berharap sangat penerima dapat menerimanya seadanya. Sekiranya ada mana-mana kelemahan , ita dengan rasa rendah diri mohon seribu kemaafan...
Halalkan mana yang terkurang..









6 comments:

Veronica Ng said...

Such beautiful and awesome cakes. Selamat Berpusa.

idzwa kamaruddin said...

meriah nyerrr tgk!

fazianbatrisyia said...

cantik sgt...
kereta sy juga pernah dilanggar dr belakang...siap pecah tayar belakang....Alhamdulillah sy tak mengamuk...akur sudah ditakdirkan begitu...cari aje bengkel kereta...sy dihantar blk ke rumah dgn org tow truck

Dapur Nera said...

assalamualaikumm...woowww....bagus sekali cake ungu nya, pingin sekali bisa bikin mawar sebagus itu, apa lita bisa ajarkan saya ? hihihi...sayang saya di Indonesia :) , aapa lita berkenan beri tutorial bikin mawar nya lewat video? siapa tahu lita mau share ke kami ;)

wassalamualaikum...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

manusia Kak Ita, suka mencari salah orang lain, diri sendiri tak nak cermin.. huhu

Qaseh Abadi said...

kereta saya kena seret bahagian tepi nagn lorry tayar 6..hukhuk..dreba langsung xberhnti.. hbis calar teruk..

http://qasehabadi2309.blogspot.com/

Powered by Blogger.