Follow if you like

Jul 9, 2014

Biskut Semperit


Biskut semperit adalah biskut kegemaran anak ita Dalili. Tapi Dalili tak panggil biskut ini biskut semperit sebaliknya dia panggil biskut kulit buaya. Mungkin tekstur atau bentuk coraknya tu seakan kulit buaya maka dengan itu dia memanggil biskut ini biskut kulit buaya.




Setiap kali bulan Ramadhan, dan bila ita dah mula mengeluarkan tepung, gula dan butter untuk buat biskut.. pasti pertanyaan pertama yang keluar dari mulut Dalili ialah.. " mak jangan lupa buat biskut kita.." Oleh kerana itu biskut ini perlu di siapkan seawal mungkin supaya ita tak hari-hari mendengar rungutan darinya.. " bila nak buat biskut kita.." bila dia dah start berbunyi.. pasti tak berhenti.. emm..


Biskut semperit ni sebenarnya bukan sahaja di gemari oleh Dalili, tapi ia juga merupakan biskut kegemaran abanag ita. Bila melihat emak dah mula membuat biskut raya, pasti abang akan merengek setiap hari meminta agar emak membuatkan biskut ini untuknya. Kalau emak tak buat pasti merajuk abang di buatnya.. Kadang emak ita juga cukup suka menyakat. Dia akan sembunyikan biskut kegemaran anak-anak yang telah di buatnya.. Bila hari raya barulah di hidangkan di atas meja.. Sebenarnya ita rasa dia tak mau keluarkan biskut itu awal-awak kerana nanti habis di makan olreh anak-anak.. pasti dia akan kena buat lagi.. dan lagi.. maklumlah keluarga kami yang besar pasti 1 tin besar pun tidak cukup..

Begitulahkan gelagat anak-anak..
Dan sebagai ibu pasti selera anak-anak yang menjadi keutamaan.

Suami ita pula tak kisah.. semua biskut dia makan. Sama juga lah dengan anak ita Azrul dan Amirul. Tapi biskut yang menjadi kresukaan mereka pastinya biskut cornflakes madu. ya Allah.. ita cukup tak suka betul buat bisku tu tau! bukan tak suka kenapa.. dah lah nak masukkan satu-satu dalam mangkuk kertas tu.. mengantuk di buatnya.. bila dah siap.. tak sampai 10 minit dah habis... masyaallah.. anak-anak..

Tapi sekarang ni Azrul dah pandai buat sendiri biskut tu.. Ialah biskut tu kan mudah aje buatnya..
Bila dia yang buat sendiri.. tau pula dia makan sikit-sikit.. sayang katanya.. emmm... sayang ke? penat nak buat... baru dia tau.. kalau mak dia buat kejap aje dah licin.. hihi

Bagi ita pula.. sebenarnya ita tak suka makan biskut raya.. Kalau dulu bau biskut di bakar pun ita tak suka. Sebab bau butter dan minyak sapi cukup ita tak gemari. Sekarang bila dah berkeluarga.. terpaksa lah hadap semuanya.. semuanya kerana ita nak lihat anak-anak makan apa yang ita masak dan sediakan sendiri.

Ok ya dah melalut panjang pula ngomelan ita pagi ni.. lupa pula ita nak bagi tau. Oleh kerana ramai yang minta ita tunjukkan bagaimana ita buat biskut tart Rosalinda, kini bersama Planta impian anda semua telah ita laksanakan.. bagi anda yang nak cuba buat tart Rosalinda.. nak tau kaedah bagimana ita sediakan anda boleh lah lihat di SINI


Anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi biskut yang menarik yang di kongsikan oleh planta dengan mengunjungi Yutube Planta

Bukan sahaja resepi biskut, anda juga boleh lihat video kek Asam manis yang ita sediakan. Kek yang cukup di gemari oleh kawan-kawan ita ni.. pasti juga akan menjadi kesukaan anda dan keluarga juga. Cara penyediaan dan bahan yang cukup mudah. nak tau bagaimana ita sediakan kek ini jom..




Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Planta mengajak anda semua rakyat Malaysia yang cukup perihatin dan sangat pemurah untuk bersama-sama Planta di dalam kempen ' Beramal Bersama Planta'

Bagi ibu-ibu, suri rumah tangga atau juga rakan-rakan ita yang mengusahan perniagaan biskut secara kecil-kecilan maupun secara besar-besaran.. marikan kita bersama-sama Planta menderma sedikit hasil air tangan kita untuk sama-sama di nikmati oleh anak-anak yatim bagi menceriakan kedatangan Aidil Fitri mereka. Manalah tau.. berkat sentuhan Seceria Air Tangan anda.. mampu menghiburkan hati yang selama ini mendambakan belaian dan kasih sayang air tangan dari seorang ibu. Sama-samalah kita lipat gandakan amalan di bulan yang mulia ini dengan bersama-sama  menghulukan sumbangan bagi menceriakan hati mereka.

Sumbangan air tangan anda bolehlah di hantar ke MyDin dan Giant yang terpilih di kawasan anda semua. Semua biskut yang anda sumbangkan akan di dermakan oleh Planta ke pada rumah anak-anak yatim Malaysia. Jom lah kawan-kawan.. ita tau kawan-kawan ita ni  semua permurah dan baik hati.. Marilah kita hulurkan sumbangan pada anak-anak yatim Malaysia.

Semoga kita bersama-sama dapat mencapai sasaran 50,000 biskut dan seterusnya dapat memberikan sedikit kecerian kepada mereka.

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi biskut. jangan lupa tau.. buat lebih-lebih dan sumbangkan sedikit hasil biskut anda ini untuk kempen Beramal Bersama Planta.


BISKUT SEMPERIT

250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
manik gula sebagai hiasan

Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari

Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter

Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang
Hiaskan dengan manik gula
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba! dan jangan lupa Beramal Bersama Planta.

17 comments:

ain samadi said...

terima kak kongsi resepi

Siti Asmah Md Yusof said...

Kemas aje semperitnya kak :) thanks for sharing ur video kak :)

zue_ra said...

Resepi ni klu guna acuan semprit dahlia boleh ke?

Puan Awin said...

sis, nak tanya, selain tepung red rose, boleh tukar tepung lain x?

Puan Awin said...
This comment has been removed by the author.
Azlita Aziz said...

boleh Zue_ra

Azlita Aziz said...

Puan Awin, boleh gantikan dengan tepung gandum + tepung jagung. Sukatan 50/50 atau 40/60

m.shahrilabas said...

Sis, kalu tukar butter kpd marjerin boleh ker..

ameliafarina said...

salam kak ita .sy kalau buat semperit mesti berderai bila nak angkat dari tray .kenapa ek ? selalu hancur .lama2 putus asa nak buat semperit

siti halijah said...

Salam kak azlita..kak azlita pkai butter salted ke unsalted?

sue sue said...

Tq kongsikan resepi kak Azlita...nak cuba buat malam ni..hihi

ROSIDAH ZULKAFLI said...

tepung red rose tu tepung apa ?

ROSIDAH ZULKAFLI said...

tepung red rose tu tepung apa?

Azlita Aziz said...

tepung tu beli kat kedai bakery aje ada jual, klu kat kedai biasa atau supermarket tak ada

Farah Farhana said...

Klu tepung red ros tue 250gm.. nk gntikn tepung gandum.. nk letak berapa gm tepung gandum..

cahaya kejayaan said...

Aah..sy pun buat berderai juga.. mcmmana ni? Uhuk...

M4fi4 said...

salam kak..izinkn sy ambil resepinye ye..terima kasih

Powered by Blogger.