Follow if you like

Jul 4, 2014

5 Ramadhan dengan Lodeh


Assalamualaikum...
Salam Ramadhan kepada semua..
Hari ke 5, menu berbuka ita masih lagi melayan selera anak-anak. Kali ini ita sediakan lodeh untuk hidamngan berbuka puasa hari ini.




Lodeh kebiasannya di hidangkan pada Hari Raya jika di Johor. Ia kebiasannya di makan bersama sambal tumis, rendang daging atau ayam, kuah kacang dan serunding.

Hari ni ita sediakan lodeh atas permintaan anak-anak. Kali ini ita cuba resepi jiran lama ita Yatie. Yatie ni memang dah terkenal sejak era ita berjiran dengan beliau, memang seorang yang suka memasak dan juga suka mencuba resepi baru. Yanag paling beliau suka ialah membuat kuih tradisional dan kuih yang paling beliau suka ialah kuih talam. Bagi yang tak kenal lagi beliau, boleh lah singgah ke blog Sinar Kehidupanku milik beliau. Pasti anda semua rambang mata tak tau nak pilih menu yang mana untuk di sediakan nanti..


Lodeh ni ita makan bersama rendang daging, sambal tumis dan juga serunding daging yang mak mertua ita kirimkan dari Kota Bahru.
Seronok melihat anak-anak menikmati hidangan.. bertambah-tambah dan berpeluh-peluh di buatnya.
Terima kasih yatie atas resepi yang di kongsikan.

Untuk resepi ita ni, bermacam sayuran lagi yang ita tambah tau di dalamnya. Ita tambah terung, bunga kobis dan putik jagung . Anda boleh juga kalau nak tambah tapi biar yang sesuai sahaja ya..






LODEH
Resepi Oleh : Yatie
Rujukan : Sinar Kehidupanku

Bahan- Bahan Sayur



10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - kupas kulitnya, di potong dadu/kecil
1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/4 biji sengkuang- di potong 1 " tapi tipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)
2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
3 cwn santan cair*
3 cwn santan pekat*( saya guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, saya guna 2 kotak...200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis

Bahan Kisar


1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering-cuci dan rendan dulu

Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yg di potong dadu tadi. Masak hingga sedikit empuk
Masukkan carrot, kcng panjang dan sengkuang. Gaul sebati.
Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Hidangkan bersama nasi impit, lontong, ketupat ataupun bersama nasi putih.



8 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, nice resepi! fav sheila ni. mohon copy resepi ya. nak try buat sendiri.. hee Salam Ramadhan :)

fazianbatrisyia said...

sedapnya serunding daging tu...mkn pulak dgn lontong air tgn emaknya...mmg berpeluh la...mesti anak2 seronok

EAT,MAKE,READ said...

Hai acik... lodeh.. saya x pernah makan makanan tu.. mesti sedap...

EAT,MAKE,READ said...

Hai acik... lodeh.. saya x pernah makan makanan tu.. mesti sedap...

MaMa Chantique said...

Salam kak ita, kebetulan nama kita sama pulak..lodeh memang makanan kegemaran saya dan suami,dan menjadi makanan wajib di pagi raya buat kami yang berada di johor.

Dalam kesibukan saya menguruskan Kedai Online saya, saya masih berusaha memasak untuk keluarga tersayang, dan kebanyakkan resepi yang pernah saya cuba dr blog kak ita memang menjadi dan menyelerakan kami sekeluarga..

Tq Kak Ita atas perkongsian resepi ini,moga rezeki Kak Ita makin bertambah dan di berkati Allah, amin.

Elly Mazli said...

Salam Ramadhan Kak Ita...
Kak.. resepi ni utk brp owg mkn kak?
Utk menu berbuka hr ni... keluarga dtg berbuka bersama nti.

Anie Izwan said...

Assalamualaikum k.ita..terliur la tgk lodeh tu..nk try buat la nti..jemput singgah ke blog saya juga ye nti..

www.allnutrition4life.blogspot.com

nazirah abdullah said...

Sedapnya lodeh kak..terus rasa teringin nak buat berbuka nanti. ;)

Gastrik di bulan puasa - qissmemommyhealthy

Powered by Blogger.