Saturday, June 21, 2014

Semalam dan hari ini..


Beberapa kek lagi yang sempat ita siapkan untuk tempahan semalam dan hari ini.

Ok kita lihat dahulu kek pertama semalam dengan tema Sofea The First and friends. Dalamnya adalah kek Choc Mud. Luarnya ita salut buttercream. Deco dengan figuine, fondant dan juga manik gula.





Mini Daim juga tempahan dari customer. 24 kotak mini daim untuk ulang tahun anak kesayangan.
Terima kasih cikgu dan selamat ulang tahun buat Husna.



Ini pula kek perkhawinan, untuk pasangan Doktor muda kita yang sama cantik sama sepadan. Kek 2 tier dengan tema warna Krim dan Pink Belacan. Agak sukar nak dapatkan warna pink belacan, sebab warnanya seakan pink kelabu sikit. Kalau terlebih warna kelabu akan birat pula pinknya dan tak cantik pula. Oleh itu ita campurkan warna pink lembut dan warna ivory untuk dapatkan warna pink belacan ini.

Dalamnya yang kek atas adalah kek rainbow dengan cream cheese frosting dalamnya dan luarnya ita salut buttewrcream dan di bungkus pula dengan fondant.

Kek bawah pula adalah kek Choc Moist di salut krim choc, di salut ganache dan di bungkus dengan fondant.

Di hiasi bunga untuk penambah pemanis pada kek.


Satu lagi kek adalah dengan tema JDT.
Kek rainbow di salut buttercream. Di hiasi edible image, figurine Fahmi dengan abang dan adiknya dan di deco dengan fondant.

Selamat ulang tahun fahmi, semoga membesar menjadi anak yang membanggakan keluarga.




Alhamdulillah, inilah antara tempahan yang sempat ita sediakan. Ita berharap sangat semuanya berpuashati. Sebarang kekurangan ita mohon ampun dan maaf dan minta halal dunia dan akhirat.




6 comments:

timm bill said...

cantiknya..syg nak mkn..

timm bill said...

cantiknya..syg nak mkn..

fazianbatrisyia said...

Cantik2 & berkenan betul.

Nur Fatin Najihah Hadi Helmi said...

assalamualaikum..saya follower baru kat sini..bestlah tengok kek2 kat blog ni..

Nur Fatin Najihah Hadi Helmi said...

blh x share resepi Turkish indulgence?saya pernah nampak akak buat utk tempahan..

shuha zainal said...

salam kak Ita. nk Tanya kalau Kek rainbow yg filling cheese kn, bila balut dgn fondant mcmane ye cara penyimpanan Kek tu? boleh letak peti sejuk x?