Follow if you like

Jun 5, 2014

Seceria Air Tangan Ibu Bersama Planta, jom kita beramal..



Assalamualaikum
Waaa... lamanya ita dah tak mengupdate blog ita ni kan.. Ya Allah kesibukan ita akhir-akhir ini memang amat mencemburui masa ita untuk berseronok-seronok di blog kesayangan ita ni. Ita harap lepas ni ita boleh terus berblog seperti selalu, dapat berkongsi sesuatu yang istimewa dengan resepi dan idea yang lebih menarik  untuk ita persembahkan pada kawan-kawan yang ita sayangi dan hormati.




Ok hari ni ita tak nak sembang lama-lama sangat, sebab ita ada sesuatu yang cukup istimewa untuk ita kongsikan pada rakan-rakan ita sekalian. Memandangkan kita semakin menghampiri musim perayaan dan tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Planta , jenama margerine yang tidak asing lagi bagi semua penguna di Malaysia ini yang telah di percayai sejak turun-temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu bersempena  sambutan Hari Raya pada tahun ini.  Planta akan membantu golongan ibu dan suri rumah khusnya untuk berkongsi air tangan mereka untuk menghasilkan biskut dan kek yang enak dan berwarna-warni . Sentuhan air tangan ibu membawa suasana Hari Raya yang cukup meriah, penuh warna-warni untuk menceriakan seisi keluarga maupun untuk merai saudara-mara terutamanya kepada kana-kanak.


Semalam 4 June 2014 bertempat di The Saddle Coffee House, Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, Jalan Bukit Kiara Kuala Lumpur, telah berlansungnya majlis perasmian Kempen Seceria Air Tangan Ibu yang diraikan dengan penuh gilang gemilang.



Majlis yang di hostkan oleh Serina Datuk Chef Wan ini berlaku dengan cukup happening dan turut di hadiri oleh para wartawan dan media tempatan. Antara artis lain yang turut serta ialah Sharifah Shahira, Sheila Rusli, Chef Rose dan 2 orang adik kita yang bergiat aktif dengan penjualan biskut online.


Ita berasa cukup bebesar hati kerana turut sama di jemput untuk sama-sama menjayakan kempen Seceria Air Tangan Ibu tajaan Planta yang akan di bawa secara lansung menerusi segmen Wanita Hari ini di TV 3. Rancangan ini akan mula bersiaran pada 11 Jun selama 7 minggu dan dihostkan oleh selebriti dan pelakon yang tidak asing lagi Sharifah Shahirah. Bagi peminat-peminat kek dan biskut jangan lupa nanti kan segmen istimewa ini di hadapan kaca TV anda.




Dalam segmen ini Sh. Shahirah akan mengetengahkan dan berkongsi resepi biskut moden yang mudah di sediakan, menarik, lazat dan penuh warna-warni yang di cipta khas oleh Planta. Sepanjang segmen ini Sh, Shahirah akan bersama ibu, ibu mertua, suami, adik dan anak-anak beliau bersama-sama menyiapkan biskut Planta yang ceria dan warna-warni di samping berkongsi pengalaman dan memori indah mereka bersama air tangan masing-masing.



En. Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia dan Singapura berkata,
"Planta sudah lama menjadi kegemaran kaun ibu dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberikan inspirasi kepada kaum ibu hari ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biskut yang ceria dan berwarna-warni. Anak-anak pasti mengemarinya. lagipun, tiada apa yang dapat menandingi masaklan dari air tangan ibu yang di buat dengan penuh kasih sayang".

Pada pelancaran majlis semalam Chef Rose bersama Sh. Shahira turut mengajar para tetamu cara menyediakan biskut Red velvet Planta yang cukup enak dan crunchy. Biskut ini akan di dermakan kepada anak-anak yatim bersempena kempen bulan Ramadhan ini menerusi Kempen Beramal Bersama Planta.

Menerusi Beramal Bersama Planta , ibu-ibu dan suri rumah bolehlah menghasilkan biskut air tangan buatan anda sendiri untuk dihantarkan biskut tersebut ke pasaraya Mydin dan Giant yang terpilih mulai 16 hingga 20 julai 2014. Sumbangan anda ini akan di salurkan ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia. Orang ramai juga boleh Beramal Bersama Planta sempena bulan Ramadhan yang amat mengalakkan kita bersedekah. Dengan membeli Planta dan menghasilkan biskut di pameran bergerak yang di sediakan di Mydin dan Gianat terpilih anda turut sama menceriakan sekeping hati yang mendambakan kasih sayang seorang ibu. Sesungguhnya air tangan anda pastinya dapat menceriakan lagi Hari Raya mereka kali ini.

Malkumat lanjut mengenai lokasi pasaraya Mydin dan Giant yang terpilih dan cara-cara menyertainya boleh di dapati di saluran Youtube Planta

Untuk mendapatkan pelbagai resepi kuih raya yang menarik dan penuh warna-warni dan maklumat mengenai kempen beramal bersama Planta, layari saluran Youtube Planta

Jangan lupa ita juga turut berkongsi resepi menarik untuk di cuba oleh anda bagi mencerikan hari raya kali ini. Jangan lupa untuk nantikan video resepi biskut ita di saluran Youtube Planta

Sama-sama kita beramal bersama planta dengan turut sama menjayakan kempen Seceria Air Tangan Ibu.

Jom kita intai-intai sedikit suasana ceria majlis yang berlansung semalam.




Di kesempatan ini juga ita turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Planta yang menaja penerbangan pergi balik ita bersama Air Asia. Tempat penginapan di hotel Eastin , sarapan dan makan tengahari yang enak dan lazat yang di sediakan oleh The Saddle Coffee House. Terima kasih Planta


Terima kasih yang tak terhingga kepada planta yang mengundang ita, terima kasih juga kepada semua krew yang bertungkuslumus menjayakan majlis ini, kepada para wartawan dan semua media yang terlibat. Semoga kempen Seceria Air Tangan Ibu dan Beramal Bersama Planta ini  dapat meraih sasaran 50, 000 biskut di bulan Ramadhan mulai 16 sehingga 20 julai 2014. Ita berharap rakan-rakan ita akan turut sama menyertai kempen ini, di samping kita memasak untuk insan tersayang jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik.

7 comments:

Sayangku Zie said...

Bagusnya kempen ni kak ita... selamat beramal semua... dan tahniah untuk.kak ita...

Hanim Hashim said...

oh rupanya kak ita pun ada semalam ye. Anim pun ada di sana, tapi tak tahu yang duduk di meja sebelah anim tu kak ita rupanya hehe.

idzwa kamaruddin said...

ohhh rugi nyer saya tak dpt join sebab husband sdg exam :(

Gee® said...

Seronoknya... tak sabar nk tengok kat TV...

fazianbatrisyia said...

cantik2nyerla haii...geram dpt tengok jek...tu air tgn kak ita ye?

MamaFaMi said...

Red Velvet cookies dia memang sedap kan Ita. :)

Mat Gebu said...

Menarik nihh...pstt akak dengan dalili sama2 comel...

Powered by Blogger.