Follow if you like

Jun 11, 2014

Sago Gula Melaka





haiii... selamat petang..
Pasti para suri rumah sedang bersantai-santai petang ni.. Ada yang mengambil peluang waktu petang untuk melipat kain baju sambil menonton cerita kegemaran di kaca TV. Sambil menyelam minum air kata orang..




Petang ni ita sediakan dessert yang sejuk-sejuk untuk membasahkan tekak. Al maklumlah cuaca sekarang yang hangat, walaupun kadang kala petang hujan tapi suhu memang amat bahang terasa.
Dessert yang ita sediakan ni untuk orang mengidam.. aiiik.. bukan ita yang mengidam.. tapi dalili dan ayahnya..

Hari tu masa ita pergi kempen Seceria Air Tangan Ibu, mereka menyediakan dessert ini sebagai pencuci mulut.. Emm... memang sedap! sampai teringat-ingat Dalili dan ayahnya..
Setelah beberapa hari memujuk.. akhirnya ita buakanlah dessert kesukaan mereka berdua ni.. Sago Gula Melaka. Nampaknya macam tak cukup aje... nak kena buat lagi lah ni..

Kalau nak cari resepi tradisional tempatan.. ita akan skodeng dapur Encik Ma kita. Encik Mat kita ni memang dah tak asing lagi sebagai pelopor sajian masakan tradisional di kalangan para bloger masakan. Rasanya ilmu En mat kita dalam bidang masakan ni tak siapa yang dapat menyangkalnya.. Hebat betul jejaka dari Sedenak ni kan..

Ok lah ita tak mau cakap banyak lagi.. Jom kita intai-intai resepi yang tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan ni..


SAGO GULA MELAKA
Oleh : Adnan Ibrahim
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan

200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)


Kaedah Penyediaan

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).



Sementara kita tunggu sagu kita kental kita sediakan air gula
Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
Masak hingga gula larut
Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
Masak hingga pekat dan sejukkan

Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan

Bila sago dah sejuk dan kental,
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.
Kalau buat dalam bekas kaca tu tak payah keluarkan terus tuang air gula dan santan
Dessert ni sangat sedap di makan dingin.



Ini pula adalah kek tempahan dengan tema Oggy and The Cockroaches
Terima kasih pada yang sudi menempah kek dengan ita.. tapi kan akhir-akhir ni.. mood nak buat kek ni macam kelaut aje...
Dah rindu sangat dengan blog ita ni.. 

d

7 comments:

Hanis Zulaikha said...

sedapnya..terliur Hanis tengok..baru petang tadi buat kuih tradisional org dulu2x..

http://www.wadahberbicara.my/2014/06/resepi-lepat-pisang-mudah-dan-sedap.html

has linda said...

emmhh.. terliur dibuatnya. suka dengan hasil air tangan kak ita.. Terbaiklahh..

Gee® said...

Nyum..nyum... telan air liur tgk dessert sago yg best....

Irfa said...

oggy tu kartun feveret anak2 saya
ulang 60kali pun tetap nak tengok
hihi

Honey said...

Salam Kak Azlita,

Ini gambar kakak ke?

https://www.facebook.com/ResepiOrangKampung/photos/a.714640585255165.1073741828.714626621923228/752838588102031/?type=1&fref=nf

Siti 'Aliah said...

Sedapnya. Tgk org post mkn benda ni, terus search resipi sbb terliur. Blh la bt nnt...

Noor Raihan khamal said...

Gula timbang tu apa kak ita

Powered by Blogger.