Follow if you like

Jun 7, 2014

Kek tarikh 7 June 2014


Alhamdulillah..
Selesai sudah tugasan ita untuk hari ini. Hari ni ita kena siapkan 3 biji kek ni, yang mana dua daripadanya adalah kek perkhawinan.

Ramai yang tanya ita, mana ita dapat idea untuk setiap deco kek yang ita hasilkan.
Sebenarnya ianya bergantung pada customer juga. Ada customer yang mereka pilih sendiri design yang mereka inginkan. Mereka berikan gambar kek yang mereka berkenan untuk ita jadikan rujukan.
Tapi kebiasannya ita tak ikut bulat-bulat sebab bimbang juga copy right dari oner asal. Ita akan ubah ikut kesesuaian, dengan tema yang di berikan dan tambahan mana yang ita rasakan perlu.




Ada juga customer yang memberikan 100% kepercayaan pada ita untuk deco hiasan pada kek. Walaupun diberikan kepercayaan 100% tapi ita masih lagi mengharapkan beberapa clue atau gambaran kek bagaimana yang mereka suka. Tujuannya adalah supaya apa yang ita hasilkan nanti tidak lah tersasar jauh dari apa yang mereka inginkan.


Kek yang pertama ni merupakan kek buttercream sepenuhnya. Di hiasi dengan kuntuman bunga mawar berwarna pastle pink sebagaimana yang tuan punya kek inginkan untuk hari bahagianya. Kek berukuran 10 inc di lapisi cream cheese sebagai fillingnya dan kek rainbow mewarnai dalamnya.

Ita sukakan warna bunganya yang lembut, pasti selembut tuannya. Tampak manis bila di letakkan di hadapan singahsana.


Pasti ramai yang akan tanya, nozel apa yang kak ita gunakan. Seperti banyak kali kak ita nyatakan untuk bunga rose kuncup ni, ita guna nozel dari Wilton bernombor 123.
Sebenarnya ia ada teknik dan cara bagaimana nak hasilkan kuntuman bunga kuncup ni, cuma ita tak punya banyak masa untuk kongsikan cara dan kaedah penyediaannya. Insyaallah kalau ita ada masa terluang nanti ita akan kongsikan ya..


Satu lagi kek yang ita sediakan ialah kek 2 tier untuk majlis perkhawinan.  Tema warna pilihan adalah warna Ivory untuk warna dasar, Gold green untuk warna riben dan adalah warna tema majlis perkhawinan pasangan pengantin ini. Untuk bunga lace ita memilih warna putih agar ianya tampil bersih dan manis sesuai untuk hari bahagia.

Sebagaimana kek pertama, kek ini juga ,  idea dan ilham dari tuanpunya kek. Ita suka dekorasi kek ni, nampak cukup elegent dengan deco yang simple, minima dan tak terlalu sarat .

Sebenarnya ita memang sukakan dekorasi kek yang simple, tapi nampak mewah dan elegent. Nak potong pun mudah dan yang paling penting dapat membuatkan semua mata tertumpu kearahnya.


Satu lagi kek hari ini adalah kek Frozen. Wah... Frozen lagi.. ramai yang sukakan kartun animasi dari filem yang box office ni kan..
Karektor olaf yang comel, Elsa dan Annna, memang sesiapa yang menonton cerita ni pasti sukakan jalan ceritanya yang banyak pengajaran di samping muzik yang menceriakan.


Kerana ramai yang mengemari kek frozen hinggakan habis karektor figurine kartun ni di kedai. Ini aje yang tinggal yang dapat ita letakkan di atas kek. Elssa pula dah habis.. sampai nyonya kedai tu kata
 " hayaiyaaa.... apasal.. manyak olang suka ini patung ha.. oder habis.. oder habis.. sekalang manyak susah mau oder maaa.... lain bulan balu mali.. "

Hebat nampaknya penangan cerita ni.. kan..

Kek ni deco sepenuhnya dengan buttercream, di hiasi figurine karektor animasi daripada plastik, dan hiasan sampingan daripada fondant.


hihi... asyik buat kek aje kan.. sampai ita terlupa bahawa semalam adalah tarikh ulang tahun perkhawinan kami yang ke 21 ..
Alhamdulillah dah 21 tahun dah mahligai ni terbina. Semoga ikatan yang tersimpul tetap kukuh hingga ke hujung nyawa.

Amin....


8 comments:

ummiaisyah said...

Selamat ulangtahun kak Ita dan suami...smg kekal bahagia hingga k jannah!

MAMASYIFA' said...

Hepi anniversary kak ita.same date with mine.alhamdulillah smlm genap 6 tahun bersama yg tersayang.more happy years to cherish insyaAllah ♥♥♥

MAMASYIFA' said...

Happy anniversary kak ita.moga dirahmati Allah sentiasa.same date with mine.alhamdulillah genap 6 yrs bersama yg tersayang.moga Allah panjangkan nikmat ini n looking more happy years to cherish ♥♥♥

mimie said...

happy anniversary kak ita sayang.
semoga kekal hingga ke surga. aminn.
cake bunga mawar tu cantikkkk.
macam mana boleh kelopak bergerigi macam tu kak. ? buttercream agak keras ke ?

qist said...

Salam kak ita... qist dr bsb. Cantiknyer cc akak. Kemas,. Cc yg bertudung tu akak gn gumpaste ke?

fazianbatrisyia said...

tahniah kak ita & hb. Semoga bahagia hingga ke syurga. amin...kek mana kek...? nak tgk kek anniversary kak ita pulak

me said...

Assalamualaikum sis ita...cantik semua kek...nak tanya..mcm mana cara nak buat tempahan ya?

Nurul Atikah said...

kak nak no de x

Powered by Blogger.