Follow if you like

Jun 6, 2014

Kek hari ini


Setelah beberpa hari bercuti, hari ini bermulalah kembali tugas ita menyiapkan tempahan dari kawan-kawan.

Hari ni ita kena siapkan 3 kek. 12 biji kek cawan dengan deco tudung Faridah sebagai dekorasinya.
Rasanya ini adalah kek tudung Faridah yang ke 2 rasanya ita buat. Sebelum ni ada juga ita terima tempahan untuk tudung D' haja.




Untuk menyediakan kek tudung Faridah ni bukanlah mudah, kerjanya agak rumit sebagaimana kita melihat sendiri bagaimana cantik dan berwarna-warninya tudung faridah.. begitulah sukar dan rumitnya nak menyediakannya.
Pertamanya kena bancuh banyak warna untuk setiap tudung yang berlapis-lapis warnya. Nak kena sediakan figurine kepala, kemudian kena letak manik untuk keronsangnya, yang sebagaimana kita ketahui tudung Faridah terkenal dengan keronsangnya yang mewah dan menawan.

Ita senantiasa merujuk gogle untuk mendapatkan koleksi tudung Faridah, sebagai bahan rujukan hasil karya ita kali ini.

Cup cake ni dalamnya kek coklat lembab dan di hiasi topping coklat ganache. Kek ni menggunakan fondant dan gumpaste sebagai hiasan.


Satu lagi kek yang ita kena siapakan adalah kek coklat dengan strawberry dan marshmelow sebagai filling di lapisi krim vanilla.
Untuk toppingnya pula ita salutkan dengan ganache coklat sepenuhnya.
Tema untuk kek kali ini ialah tema Arabia. Sepasang anak perempuan yang memakai tudung, di samping uminya yang berpurdah dan walidnya yang memakai ala  Arab.

Kek ini juga ita hiasi dengan potongan hirisan coklat putih dan coklat susu.


Kek terakhir adalah kek untuk hantaran pertunangan. Dalamnya kek rainbow dengan buttercream sebagai filling dan topping kek.
Kek di lapisi fondant sepenuhnya. Dihiasi dengan bunga dari sugarpaste.
Tema untuk deco ni adalah warna magenta. Sukar nak dapatkan warna magenta kerana pewarna di kedai yang ita beli tak ada warna magenta. ita cuba bancuh beberapa warna untuk dapatkan warna yang seakan sama.

Untuk bunga peoney tu ita buat sendiri. Emmm.... nampaknya masih banyak yang ita perlu pelajari untuk membentuk bunga peoney yang cantik. Tangan masih keras untuk menghasilkan bunga peoney

Untuk hiasa tepinya ita tambahkan riben dan hiaskan denga bunga tampal agar nampak manis. Ita guna warna senada supaya tidak nampak terlalu serabut kerana tuannya inginkan warna putih sebagai dasar kek.

Inilah hasil kerja ita untuk hari ini. Harap sangat mereka berpuas hati. Jika ada sebarang kelemahan ita menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf.

3 comments:

tenku butang said...

wah cantiknyaaa.. err.. patung tu bole makan tak? eheheheh

Rosfazila Abd Rahman said...

salam
mabeles. sy dah jadi peminat ita. kerja tgn sgt halus dan sy sgt kagum. jgn terkejut kalau sy repost kek ita di blog sy ye (dengan izin). jangan risau,,sy link sumber ke blog ita.well done sis!nanti boleh saya tempah ye

fazianbatrisyia said...

cantiknya....suka sgt walaupon bukan kek sy

Powered by Blogger.