Follow if you like

Jun 13, 2014

Biskut Untaian Kasih


Pernah dengar nama biskut Untaian Kasih ?
Biskut ni cukup popula pada hari raya tahun lalu. Dah berapa kali ita berangan-angan nak buat tapi tak terbuat-buat juga.. dan akhirnya hari ini dapatlah ita cuba biskut ni..
Kenapa namanya Untaian kasih tak usahlah di tanya pada ita kerana ita pun tak tahu di mana nak cari jawapannya..




Kalau suami ita kata macam udang aje..
Dalili kata macam ulat rama-rama..
hihi... macam anak tikus pun ada...

Biskut ni sebenarnya ada dua versi, satu yang warnanya putih dan rasanya gebu yang mencair dalam mulut. Versi yang kedua pula yang warnanya sedikit kekuningan dan yang ni jenis garing sikit macam yang ita buat ni..


Versi yang ita buat ni rasanya seakan biskut samprit, rangup dan sedap di makan. Yang versi warna putih tu pula rasanya seakan biskut susu, kalau di beri pilihan ita suka yang warna kuning ni.. rangup dan enak. Tapi itu bedasarkan citarasa ita.. citarasa anda mungkin tak sama dengan citaras ita kan...

Ok lah kita jangan buang masa lagi, kita intai-intai resepinya.


BISKUT UNTAIAN KASIH
Oleh : Ckin Azizan

250 gm mentega atau margerin
1 cawan gula halus
Secubit garam ~ bergantung pada butter kalau butter bergaram tak payah letak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Choc Cips, manik atau chery merah dan hijau untuk hiasan

1 1/2 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung ubi
4 sudu besar susu tepung
1 1/2 cawan tepung gandum

Kaedah Penyediaan

Satukan bahan tepung dan ayak
Dalam bekas pemutar, putar  mentega dan gula hingga kembang
Tambahkan telur dan esen vanilla dan putar hingga pucat

Masukkan Tepung sedikit-demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga menjadi doh yang lembut.
Tepung jangan masuk semua, masuk sikit-sikit hingga adunan lembut dan boleh di tekan dalam acuan.
Panaskan oven pada suhu 150C
Sediakan loyang pembakar dan alas dengan kertas minyak
Masukkan doh dalam piping bag dan letakkan nozel bintang pecah
Tekan atad dulang pembakar hingga habis
Letakkan choc cip, manik atau cherry sebagai mata atau hiasan
Bakar selama 15  ~ 20 minit
Sejukkan atas redai setelah masak  dan simpan  dalam bekas kedap udara.




11 comments:

adda syuhada said...

sedapnyerrr...

liu sc said...

Kak Ita,

boleh saya tahu 4 sudu besar nespary ialah apa?

Azlita Aziz said...

Saoor liu, akak dah betulkan
Nespray tu susu tepung

b u n g a h a t i said...

kak ita bole tunjukkan cara nak piping bentuk ni x? tq

Rahman Noriza said...

cantiknya..masyaAllah kak..:)

fazianbatrisyia said...

mesti sedap ni rasa susu. kalau x minum susu mmg x suka biskut yg ada bau & rasa susu...pedulikkan

nooraida fazil said...

salam kak... viskut untaian kasih ni.. klu kita nak letak butterscotch caramel kat dlm mcm mana nak buat ye...
mintak tunjuk ajar sikit ye..
terima kasih

Liza Anuar said...

Alahai sedapnya Ita..kalau nak tempah boleh ke untuk raya biskut ni? buat makan kat rumah je..boleh pos ke dari JB ke Shah Alam? huhuhu...terliurnya tengok. Nasib baik tak preggy...kalau tak meleleh air liur baby hehehhe

Zhu Afizan said...

Kak ita kalau kite gune bittercup bole tak?

Sue said...

Sy cuba buat...napa mcm byk tepung..keras la

sue sue said...

sue mintak resepi akk ya....nak cuba buat...terima kasih kak ita...selamat berpuasa :)

Powered by Blogger.