Follow if you like

Jun 16, 2014

Ayam Paprik ~ Kelantan Style


Lauk ayam lagi..
Bagi pengemar ayam boleh lah mencuba resepi yang mudah dan ringkas yang di kongsikan oleh Yani ni..
Kadang kala kita menghadapi masalah untuk memasak. Asyik masak menu yang sama kadang kala terasa bosan pula..
Kalau makan kat kedai, kadang kala ianya tak menepati citarasa kita dan keluarga.
Memasak ni bukanlah susah sangat.. tak sampai berjam pun di dapur.. dalam berapa minit pun dah siap satu hidangan untuk keluarga.




Rata-rata sekarang ni ramai yang sukakan resepi yang mudah, ringkas dan paling utama cepat di masak dan enak di makan.
Hari ni satu lagi resepi yang cukup mudah, cukup simple.. bahan pun tak payah mana nak di cari.. dan rasanya emm... enak dan lazat. Bertambah enak bila di makan dengan nasik hangat.. terangkat..

Jom kita intai resepi mudah dan ringkas ni..


AYAM PAPRIK ~ Kelantan Style
Resepi oleh : Yani
Rujukan : My Resepi
1/2 ekor ayam

Bahan Kisar
1 inci kunyit
2 batang serai
10 biji cili padi
3-4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
sedikit belacan

Bahan Hiasan
4 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit garam, gula dan perisa
1 keping asam keping
Kaedah penyediaan
Bersih ayam dan potong kecik-kecik.
Lumurkan dengan sedikit garam.
Goreng ayam sehingga separuh masak
Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
Masak sehingga ayam masak sepenuhnya



Macam mana mudah aje kan..?
Barang pun mudah di dapati. Cara memasak yang simple dan ringkas..
Yang penting rasanya cukup enak bertambah enak bila di makan bersama keluarga tersayang
Apa tunggu lagi..
Jangan lupa untuk mencuba resepi terbaik dari Yani ni ya..
Pst...pst.. masakkan goreng dah boleh tambah aji no moto.. hihi ^_^




3 comments:

Gee® said...

Hihi...menyelerakan...harus cuba ni..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya tak boleh kak makan lauk macam ni... harus nanti tambah nasi tiga kali, uhuks!

Honey said...

Salam Kak Azlita,

Alahai... sedapnya tengok!! Mouth watery dah ni.. dah lah puasa kikiki.

Nanti saya cuba ye dan izinkan saya share recipe di blog saya pula in future (ntah bila nak cuba pun xtau lah! hehe) in shaa Allah.

Powered by Blogger.