Follow if you like

Jun 13, 2014

Ayam Goreng Percik Berkuah


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Pagi ni ita nak kongsikan resepi lauk yang ita masak semalam. Ita masak lauk ini untuk hidangan makan tengahhari ita dan keluarga. lauk yang cukup ringkas, bahan yang cukup mudah dan simpel namun.. jangan tak caya.. resepi sesimple ini dapat menghasilkan satu hidangan yang cukup menyelerakan kami sekeluarga. Alhamdulillah sedap lauk ni.. tak sia-sia mencuba.




Hari ni ita tak boleh sembang lama-lama sangat.. Ita ada beberapa tempahan yang harus ita siapkan. Takut lambat siapkan kelang kabut pula nanti. Kesian dekat customer terpaksa tunggu lama pula.

Jom ita kongsikan resepi yang istimewa ini


AYAM GORENG PERCIK BERKUAH
Oleh : Oshin
Rujukan : My Resepi

Bahan A

1 ekor ayam
Di potong sederhana besar, lumurkan dengan garam dan kunyit dan goren 1/2 masak

Bahan B

6 ulas bawang merah  ~ dikisar
4 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inci halia ~ dikisar
1 inci kunyit ~ dikisar
2 batang serai ~ dititik
15 tangkai cili kering ~ dikisar
1 biji santan kelapa
asam keping (4-5 keping)
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam ~ ita tambah

Kaedah penyediaan

 

Mula-mula kita goreng ayam yang telah di lumur garam dan kunyit hingga 1/2 masak, angkat dan ketepikan
Baki minyak tadi, tinggalkan dalam 3 sudu besar dan tumiskan bahan-bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan sera dan biar hingga terbit minyak
Masukkan ayam dan asam keping
Biar hingga ayam masak sepenuhnya
Tambahkan santan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Renihkan dengan api perlahan hingga kuah pekat
Sedia di hidangkan



Lauk ni di kongsikan oleh Oshin di My Resepi, terima kasih Oshin dan My Resepi kerana menjadikan kerja memasak ita mudah dan ringkas.
Rasa lauk ni seakan lauk masak kuali yang pernah ita cuba dahulu dan juga seakan sama lauk kerutup masakan ibu ita. Ita memang cukup suka lauk yang macam ni. Makan dengan nasi panas-panas perghhh... mesti bertambah-tambah lah ita makan.

Ita tambahkan sedikit cili api, biar pedas sikit.. lagi pedas lagi kaw! biar berasap telinga..

Kepada yang nak cuba bolehlah cuba resepi ni untuk hidangan keluarga. Kalau ada yang dah tak ada idea nak masak tu.. apa kata cuba resepi ni, mudah , ringkas dan yang penting bahan yang di gunakan sangat minima, tak rumit untuk dapatkannya.


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..




5 comments:

Gee® said...

Sedapnyaaaa...

Natasya Ahmad Ahpuat said...

mcm best ni.kene try. thanks kak :)

EAT,MAKE,READ said...

Assalamualaikum
Macam best je acik.. kena cuba ni ^^ saya ambik resepi ni :)

wajah-wajah said...

Mudah n sedap

Cik Ash said...

Kak ita nak cuba resepi nak share kat blog nanti :)

Powered by Blogger.