Follow if you like

May 21, 2014

Malim Kundang


Orang sekarang sibuk nak jadi jutawaan. Seminar atau kem motivasi semuanya menjanjikan.. janji-janji manis yang tak pasti. Semuanya menuju ke arah yang satu iaitu menjadi seorang jutawan.
Best ke jadi Jutawan..?
Best lah... dapat duduk rumah besar.. kereta mewah.. dapat melancong ke luar negara.. dapat beli apa yang kita suka.. macam dalam lagu "kalau aku kaya " tu..




Lawak lah dorang ni.. boleh ke kita jadi jutawan tanpa usaha.. setakat pergi seminar dan motivasi.. apa yang kita dapat? akhirnya berbalik semula pada yang hakiki " usaha tangga kejayaan" dalam kehidupan ni.. "tak kan yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang" " pecahkan dulu ruyung barulah dapat sagunaya.."

Bila melihatkan seminar yang mengajak kita menjadi jutawan.. teringat ita satu peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Peristiwa di lebuh raya tu memang menbuatkan ita rasa sangat marah.. geram sungguh!

Ita dan suami dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Seperti biasa sebelum sampai kami akan singgah di RNR Air Keruh untuk mengalas perut. Selain tempat itu agak selesa, ia juga RNR yang besar di selatan dan perhentian pertengahan sebelum kita sampai ke kuala Lumpur.
Pagi tu ita  bersarapan di cafe hadapan mengadap jalan, di belakang ita pula ada 2 orang lelaki yang sedang rancak berbual. Sesekali dia bercakap di talifon.
Adoii.. cakap lah pelann sikit.. macam dia sorang aje ada hand phone.. detik hati ita bila kurang selesa dengan caranya yang bercakap agak kuat.
Nak bersarapan pun dah tak selesa rasanya  apabila jiran sebelah ni dok pot pet.. pot pet.. ita cuba-cuba juga pasang telinga.. apalah yang di bualkan oleh mereka berdua tu.. nampak macam rancak aje.. bila tengok gaya dah macam orang koprat dengan kot dan lattop bagai..

Dalam ita pasang telinga tu terdengarlah akan perbualan mereka, yang rupanya sedang membuat marketing plan.. ooo.. mamat ni baru nak buat bisnes lah ni.. nampak gaya macam dah jadi usahawan..
Tiba-tiba ita terdengar perbualan mereka yang ita rasa tak berapa selesa.. cuping telinga dah terasa panas.. adoii.. ada juga manusia yang macam ni..

" target kita orang pompuan.. pompuan ni kan cepat cair.. pantang kalau kita kata nak pakai kereta mewah tak? nak duduk rumah besar tak? mesti dorang nak punya lah.. maklumlah nafsu pompuan kan 9, akal dorang 1 aje.. haha...ha. "

eeeiii.. geramnya dengar.. amboii.. cik abang suka-suka aje mengata orang pompuan ya.. ingat kami ni tak ada maruah ke..
tiba-tiba talipon dia berbunyi..

" engkau tangkap lah macik-mak cik kat felda tu.. kan dorang baru dapat durian runtuh.. tak pun kau cari mak jan-mak jan.. ajak orang join.. cakap kat dorang inilah cara kalau dorang nak kaya"

eeeiii... geramnya ... berasap telinga ita mendengarnya..
Terbayang wajah mak cik yang terbongkok-bongkok menyembah pokok getah di kala subuh hari.. dengan embun dingin dan di hurung nyamuk.. demi mendapatkan sesuap nasi untuk mengalas perut anak-anak.. Setiap kali ita nak kesekolah.. di celah-celahan rimbunan pokok getak itulah ita melihat kelipan lampu  carbait.. terbongkok-bongkok menoreh getah.. sayu rasanya hati..bila terbayang wajah mereka yang semakin hari semakin di mamah usia..

Teringat pesanan ustazah sewaktu ita menghadiri kuliah..
" jangan sesekali kita makan harta anak yatim.."

Ustazah juga berpesan kepada muslimat pada hari itu..
" kalau kamu kematian suami.. tak payah buat majlis tahlil.. kerana duit kamu itu dah jadi duit anak yatim.. dan kalau kamu buat kenduri dengan duit tu.. dan orang kampung datang dan makan makanan yang kamu jamu.. mereka juga telah makan harta anak yatim.."
"habis tu tak perlu buat kenduri tahlil ke ustazah.. " tanya seorang mulimat
"boleh.. "
jawah ustazah lembut..
"tapi jangan menjamu orang.. cukup sekadar bacaan tahlil sahaja.."

Adoii.. mahu sahaja ita lesing mamat 2 orang ni.. 
Makanan yang di pesan tak sempat di jamah.. terus hilang selera..
Ya Allah apa nak jadi dengan bangsa kita ni.. " mana udang.. mana ketam kalau di rebus tidak merah.."

Baru-baru ni adalah seorang kawan yang kemaruk sangat pergi seminar..
Hingga satu hari terpacul dari mulutnya..
" kita ni kalau nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya.. tak boleh kawan dengan orang yang negatif ni.. " nadanya sewaktu kita bersembang
" aku akan unfren semua kawan yang berfikiran negatif dalam senarai fren list aku..' 
amboii... ialah siapalah kita ni kan.. ibarat " melukut di tepi gantang"

Tiba-tiba satu hari beliau menghubungi ita dan suami..
Wah.. ni mesti ada projek besar.. maklumlah dah berapa lama pergi seminar.. pasti dah menjadi jutawan sekarang..
"makan besar kita hari ini.." seloroh ita pada suami
Bila sampai.. terkejut melihat wajahnya yang tak terurus dan kusut masai..
Apa dah jadi ni beb?
Dengan muka tembok dia menyatakan ingin meminjam wang kerana nak bayar balik duit Ah Long yang di pinjamnya
Nape pinjam Ah Long ?
Sebab nak pergi seminar sampai sangup pinjam Ah Long?
Apa hal mahal sangat seminar tu.. jual air liur aje kan.. bukan dapat bisnes pun.. akhirnya kena usaha jugak! tu lah jangan di kejar bayang-bayang..
Kerana berkehendak yang putih akhirnya yang hitam pun tak dapat di harap..

Macam -macam taktik orang sekarang.. nak mengaut keuntungan atas angin
kalau dulu lah sibuk dengan pak man telonyalah.. skim cepat kayalah.. MLM lah sistem piramid lah, gores dan menang lah.. dan macam-macam lagi lah yang mengarut dan merepek.. tapi modus operandi dan sasaran mereka pastilah kaum hawa yang lemah ni..

Sekarang ni bisnes pun dah lain macam sikit..
Seingat ita lah kan.. masa ita kecik-kecik dulu, sewaktu ita tolong mak ita jual kuih, cara perniagaan mereka cukup jujur.
"biar sikit untung tapi berkat" pesan mak berulang kali bila ita memasukkan duit jualan yang di kumpul ke dalam tabung.
Subuh hari mak akan mengalas bakul jualan untuk di hantar ke warong.
Bila petang, mak sekali lagi ke warong untuk mengambil bakulnya dan wang jualan pada hari itu.
Mak long akan memberikan jumlah jualan , dia juga mengenakan caj atau dahulu di panggil dalal sebagai upah dia menjualkan kuih. Harga kuih yang di jual tetap sama seperti harga yang telah mak tetapkan.
Tak pernah pula Mak Long menaikkan harga kuih yang di tetapkan oleh mak.
Kerana keberkatan itu... walaupun Mak Long hanyalah seorang peniaga warong.. tapi dia cukup senang dan mewah di kampung itu. Seingat ita dia juga orang pertama memiliki kereta dan talifon di kampung. Jika ada jiran yang memerlukan kenderaan atau berada di dalam kecemasan dan perlu menghubungi ambulan atau bomba.. mereka pasti akan meminta bantuannya..
Begitulah cara orang dahulu meniaga.. walaupun sedikit tapi berkatnya hingga ke anak cucu..

Taktik orang meniaga sekarang telah banyak berubah..
Jaga-jaga.. jangan nak lari dari mulut harimau termasuk pula ke mulut buaya.
Rata-rata sekarang menggunakan FB untuk mengaut keuntungan.
Apakah benar FB boleh menjana pendapatan.
Ya, boleh jika anda pandai menipu dan menipulasi orang lain.

Hari ni banyak seminar yang menjadikan FB sebagai medium menjana pendapatan.
Ada yang menganjurkan seminar yang kononnya dengan ber FB anda boleh menjana pendapatan hingga berlipat kali ganda. Caranya sertai seminar..
Bayaran yang di kenakan pula makkk.. oooiii... mahal ya ampunnn...
Rasanya bertahun jugak lah kumpul duit nak dapatkan sebanyak itu.. tapi dengan termakan kelentung dengan mudah kita menyerahkan wang keringat kita kepada orang lain..
Yang akhirnya orang makan isi kita makan kulit.
Kepada kawan-kawan ita sekalian bukalah minda dan mata hati..
tidak ada keuntungan tanpa perniagaan
Tidak ada hasil tanpa usaha..
Jangan jadikan diri anda mangsa seterusnya..

Kepada yang berkenaan.. tolonglah.. jangan memerah hasil keringat orang dengan cara mudah..
Cuba anda bayangkan jika wang itu lah yang akan mereka gunakan untuk menyuap nasi ke mulut anak-anak yatim.. tergamakkah anda..?
cukup.. cukuplah..
Barang dah naik harga.. taraf hidup semakin hari semakin meningkat..
Jika anda benar jujur untuk membantu anak bangsa.. kenapa kenakan harga yang tak masuk dik akal..
fikir-fikirkan lah..














19 comments:

timm bill said...

betul2..skng ni tgk mcm2..t***excel la, ape la..kdang2 trfikir jugak..duit tu dtg dr sumber mna? mcamna flow prniagaan mcm tu..hopefully timm xtermkn pjuk ryu bnda mcm ni..

fateem fatima said...

betul kak! selama ni saya jd silent reader je..tp kali ni mmg nk komen...nak senang, kene usaha!tak percaya langsung kt MLM nehh

jeani apriyanti said...

Iye betul...betul...betul cakap kak ita tu...terimekasehlaah bnyak2 kerana telah bagi kami smue pencerahan...

Mona Lea said...

Betul tu kak ita.Biarlah rezeki kita dapat tu berkat.Sikit untungnya tapi berkat.

mimie said...

assalammualaikum kak...
aikk..geramnya baca ''yang pompuan ni mudah di perdaya "
ni kak....mimie kasi batu kerikil satu karung goni. tolong ketapelkan /lesingkan mamat yang cakap macam tu... ehehh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

harap org yg berkenaan baca entry Kak Ita ni. Sy pun geram, dgn air liur jer kaut untung beratus ribu. Betul, yg byk trpedaya adalah org pmpuan, sedih kak

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

seronok baca tulisan ita kali ni.. memang betul orang M'sia ni mudah termakan 'umpan'. Asal sebut kaya je.. masing2 macam taksub sangat sanggup berhabis duit untuk tahu macamana nak jadi kaya.. walhal.. last2 kena berusaha juga.. sy cukup tak berkenan kalau sebut MLM... kawan pun boleh jadi musuh disebabkan MLM ni..

mama dee said...

terbaik lah kak ita..hehe. Selalu juga nampak iklan seminar jutawan kat FB. Bagi saya apa yang penceramah seminar tu sampaikan, semuanya boleh dibaca dari dalam buku. Tak perlu nak bayar beribu2 utk join seminar. Kalau betul2 nak tolong orang yuran tu biarlah berpatutan.

Gee® said...

Ye lah Ita... ingat senang ke nk jd jutawan... lebih2 lgi jutawan yg beriman... kdg2 bila kejar kemewahan kita lupa kpd Pencipta... lupa diri lupa bersyukur... bila sakit barulah ingat Allah... YaAllah semoga kita bukan dari kalangan hamba yg lupa daratan...

Rozana Azlan said...

bila baca komen k. Ita kali ni....saya teringat kakak saya yg tak pernah putus asa nak join money talk ni, cakap lah kat MLM mana yg dia tak pernah join, pasti dia pergi. yg best tu, dia upline, confirm mak saya downline dia. kalau mak saya upline, dia pulak downline dia. tapi saya tgk macam tu jugak. naiknyer tidak turun lagi laju dari maju ke depan. lebih untung dia bisnes kepek2 ni dari MLM ni. MLM? talk to my hand !

Sugar n Spice said...

Ita... really good write up. Like sangat sangat.

lisa h. said...

Lamanya I tak jumpa and makan buah kundang ni. I am going to pin your photo to show my kids :D
Thanks Ita

*cik cempaka* said...

terima kasih atas nasihat dan pesanan kak ita...acu setuju sgt...zaman sekarang memang orang akan pikir keuntungan je..hilang dah rasa ingin membantu...dan pentingkan diri sndiri je..tak pikir pun susah senang orang lain...

hannah hani said...

terbaik kak!! saya pun kekadang jadi terikut2.. sudahnya duit habis utk g seminar jerr :(

fazianbatrisyia said...

rimas kan kak ita dgn org mcm tu.
apa pon biar berkat. satu lg org nak senang asyik nak rembat brg org jek...hari2 ada jek kes...
apapun buah kundang tu jugak yg mengiurkan tekak ni...segar sgt nampaknya...baru petik ke kak ita?

diekay sain said...

Setuju sangat dgn kak ita..org skg ni memang pandang kekayaan dan pangkat..tu yang berlumba...dunia dunia...

Rina Sharif said...

Kak Ita may I share your posting ni. Very interesting and true

Datie said...

Very good write-up...

nur Nabila said...

Sedapnye buah tu.klu kat trganu org pangil buah gemia..cicah dgn colek..perhhh..sdap kak ita...

Powered by Blogger.