Follow if you like

May 2, 2014

Demam Korea lagiii..


Assalamualaikum..
Jumpa lagi kita petang ni..

Hari ni ita relax sikit..
Ita baru selesai siapkan tempahan. Semuanya pun dah di serahkan pada tuan empunya masing-masing.
Hari ni tempahan tak banyak sangat macam semalam.. Alhamdulillah dapat siapkan semuanya dalam masa yang di tetapkan. Ita harap semunya berpuas hati . kalau ada kelemahan kat mana-mana ita mohon maaf dan minta halal dunia dan akhirat.





Kek pertama yang ita perlu siapkan hari ni, ialah Carrot Cake untuk birthday. Tema simple untuk anak gadis berusia 14 tahun.
Ita siapkan satu patung rabit yang comel.. cute.. !! bersama lobak-lobak kesukaannya..

Satu lagi kek yang tengah meletup di dapur ita tadaaa...


Kek bunga-bunga lagi..
Adoii.. lemah tau buat kek bunga-bunga ni.. apa yang paling tak suka.. banyak nak kena bancuh warna.. lagi satu malasnya lah dengan minyak-minyak tu kan.. payah nak hilang bila cuci. nak cuci nozel yang banyak tu lagi.. adoiii..

Biasa ita jerang air seperiuk dan masak atas dapur. Kemudian ita rebus semua peralatan yang ita guna yang berminyak-minyak tu..  ha... baru senang nak cuci. 
Kerana malas nak basuh pinggan atau mangkuk yang berminyak tu.. ita gunakan mangkuk polistrin untuk bancuh setiap warna. Lepas pakai buang tak payah cuci.. hihi jimat bil air dan sabun.. huhu

Ini ada 6 koleksi bunga, ita pun tak taulah bunga apa.. hentam aje lah labu.. hihi
Yang ita tau.. ada bunga matahari.. bunga ros.. bunga kekwa.. bunga kertas.. bunga teh bunga.. hihi kata dalili yang lagi satu tu.. tak tau apa ya namanya.. apa-apa aja lah kan..

Ok pada yang sering tanya berkenaan warna yang ita gunakan.. Ita guna Ameri Colour. 


Ini satu lagi kek yang ita kena sediakan. Customer ni dia serahkan 100% disign kek pada ita.. katanya nak minta kak ita suprisekan dia.. haha.. macam lah akak ni pandai dik nak suprisekan orang.. ^_^

Ok apa yang pasti katanya ia harap kek tu adalah macam cerita Korea kesukaannya " Love Came From The Stars"
Adoii... terbeliak biji mata mendengarnya..
Ita ni sebenarnya jarang tengok TV. Tak berapa minat sangat nak mengadap drama-drama yang berepisod ni.. sebab ita tak suka terikat... kalau dah tengok mesti nak tahu kesudahannya.. pas tu kenalah tunggu cerita tu keudara setiap hari.. nanti satu kerja ita pun tak jadi..
Biasa kalau tak de kerja baru tengok.. itu pun tak fokus sangat sebab takut jatuh hati.. nanti payah..


Cerita Korea yang pertama dan terakhir ita tengok adalah Winter Sonata. Masa tu pun bukan tengok kat TV. Ita beli CD dia.. mahal jugak harga CD tu dulu.. yalah masa tu drama tu tengah popular, ceritanya pun tak habis lagi di mainkan di TV. Sebab malas nak tunggu hari-hari.. ita belilah CD dia.. pas tu haa... doh hadap serita tu 3 hari 3 malam.. sebab cerita tu kan banyak episod.. selagi tak habis.. tak puas hati.. emm.. sampai bengkak-bengkak mata.. pas tu serik.. tak mau lagi terikat dengan cerita yang berepisod ni.. huhu.


Di sebabkan ita tak tahu jalan ceritanya.. kalau nak tengok bila pulak ita nak siapkan kek ita nanti.. hihi jadi inilah hasil yang dapat ita hasilkan.. harap sangat adik kita ni berpuas hati..
Kalau ada tersilap akak minta maaf ya.. dan halalkan mana yang terkurang..

Kek ni kek buttercream, deco bintang dan tulisan dari gumpaste.


Menu ita hari ni Char Kuey Teow Orang Bujang.
Kenapa ita namakan Char Kuey Teow Orang bujang sebab menu ni orang bujang yang buat..
Wah hebat jugak anak mak ni masak kan..

Bila tengok maknya sibuk siapkan tempahan.. hari ni katanya tugas memasak biar dia yang ambil alih..
Tapi biasalah kalau orang bujang masak.. emm.. taugeh pun tak buang ekor.. hihi

Siap hidang lagi.. dan jemput lagi maknya makan.. wah.. baik sunguh hati anak omak ni..
Emmm... boleh tahan jugak Azrul masak..  Terima kasih Azrul.. ^_^

Bila maknya tanya resepi.. rahsia.. katanya.. ukkk aloh..



10 comments:

ninazsyafinaz said...

Seronoknya ada org masakkan..dah berpenat membaking..dilayan seumpama itu..best2.. wishing you all the best kak.. :)

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

cantik2 kek tu..sya memang suka tengok hasil tangan kak ita..kemas dan berseni..

sitiezahim said...

Cantik giler Kak ita..

MamaFaMi said...

Bagus anak bujang Ita. Sangat memahami 'karier' mak dia. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mak terror masak, anak bujang pun terror juga. Alhamdulillah...

Sukma Haron said...

Dah ada kesinambungan yea....pandai anak bujang masak yea

makcikkantin said...

Seperti selalu...you never fail to amaze me!.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

penat tengok Winter Sonata tu Kak Ita.. bila dia nak luahkan satu2 perkataan tu punyalahhhhhh lambat... hahaha.. tapi nengok sampai nangis2.. huhuhu

Seri Ayu said...

Assalamualaikum, cantik cup cake bunga-bunga tu... Kalau nak tempah mcam tu berapa harganya ya?

fazianbatrisyia said...

berbaloinya mak dia dapat anak sebaik azrul. memahami mak dia pulak tu...semoga yg terbaik buat kak ita sekeluarga.
bila anak sy nak masak utk sy ni?

Nieza said...

So cute...

Powered by Blogger.