Follow if you like

Apr 17, 2014

Gucci Handbag Cake


Assalamualaikum..
Apa khabar sahabat ita hari ini.. semoga semuanya beroleh kebahagian dan sentiasa di murahkan rezeki oleh yang maha Esa.

Alhamdulillah..
Hari ni kita di beri kesempatan untuk bersua lagi di alam maya. Lama ita tak kongsikan gambar masakan atau hasil kerjatangan ita di blog kan.. ? Sebenarnya blog ita mengalamai beberapa masalah yang ita sendiri tidak tahu di mana puncanya dan bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut. Beberapa bulan yang lalu, ita tak boleh nak masukkan gambar ita di dalam blog ita ni. Gambar akan menjadi terlalu putih seperti over expose dan kadang kala ia menjadi kotor.. banyak noise walaupun pada gambar sebenar yang ita ambil tidak pula begitu kejadiannya.

Apa yang menghairankan ita gambar yang sama bila ita masukkan dalam FB dia ok lah pulak! bila masuk dalam blog aje dia bermasalah..

Ita memang kurag arif bab IT ni.. lagi pula dah masuk 4 series ni lagi lah lambat slow.. Blog ita ni pun anak-anak yang buatkan untuk ita. Ita tak berapa pandai nak godeh-godeh .. takut tersalah godeh karang habis hilang semuanya..  barulah kata orang nangis tak berlagu.. >_<

Sebelum ini tak adalah pula masalahnya.. tulah yang cukup menghairankan ita. Ita sangkakan masalah pada kamera. Mungkin dah lama tak hantar service takut dia berfungus, maklumlah kamera ni ita guna hari-hari dan sentiasa ita bawa ke mana sahaja ita pergi.. kira dah jadi maccam boy friend ita lah ni.. memang tak boleh dipisahkan.. Bila dah hantar service.. masih juga serupa.. aik.. pelik jugak..

Mungkin masalah pada blog kot..  ita tunggu anak-anak balik cuti.. Bila mereka balik dan godeh-godeh tak juga dapat selesaikan masalah ni.. Ita terfikir mungkin masalah dari Pic Monkey. Ita edit gambar di Pic Monkey, sebenarnya bukan edit sangat pun ita gunakan Pic Monkey untuk resize gambar dan untuk letak watermark. Tapi hairan gambar yang edit dari Pck monkey masuk dalam FB ok lah pulak...



Buntu rasanya fikirkan masalah blog ita ni.. tu yang buatkan semangat nak berblog pun semakin hari semakin pudar. Ita ingat nak hantar komputer ita service pula jika masalah ini tak selesai jugak.

Alhamdulilah.. perancangan Allah..
Ita tak tahu kenapa hari tu.. hati ita terlalu sayu..dan update status ita di blog yang akhirnya menemukan ita dengan jalan penyelesaian oleh Allah...
Allah kirimkan seseorang kepada ita untuk membantu ita menyelesaikan masalah yang sering membelengu diri ini.. Dengan bantuan Sue Aleen dan As Niza alhamdulillah masalah ita akhirnya berakhir.. Ya Allah terima kasih yan Allah.. sesungguhnya hanya engkau yang lebih mengetahui dan mengatur segala-galanya..
Terima kasih ita juga kepada Sue dan Niza kerana sudi membantu akak.. Alhamdulillah Allah temukan ita dengan insan yang baik-baik yang sentiasa bersedia membantu di saat sahabat memerlukan..

Sejak berblog ita mempunyai ramai sahabat yang baik-baik.. Ita ni sebelum ni tak punya ramai kawan.. Kawan ita adalah emak ita, bapa ita suami dan anak-anak.. mereka lah sahabat ita dunia dan akhirat..  Ita ni pemalu sangat.. kata orang malu tak bertempat.. >,< tak taulah kenapa.. Ada yang kata ita pendiam dan tak kurang juga yang kata ita sombong.. Sebenarnya ita ni bukan sombong.. tapi ita tak pandai nak berbual.. sebenarnya ita cukup takut nak berbual sebab ita takut bila ita silap cakap akan menguris hati orang yang berada di sekeliling ita. Kerana itu ita rasa diam itu lebih baik.. bukan apa.. kalau salah cakap dan terguris hati.. bukan mudah nak minta maaf.. kalau dengan Allah bolehlah kita minta maaf tapi sesama insan ni.. memang cukup sukar..


Amboii.. panjang pulak melalut..
Ok hari ni ita nak kongsikan pengalaman pertama ita menyediakan kek 3D. Sebelum ni ita memang tak pernah buat kek ni.. Terasa nak cuba tapi macam takut-takut.. ialah takut tak jadi.. nyaya aje tempahan orang kan.. tapi sekali lagi ita bertuah kerana di temukan rakan -rakan yang baik yang sudi membantu ita. Jutaan terima kasih ita ucapkan pada Siti Hazleena atau yang lebih popular dengan gelaran Leen Loyang Skudai. Beliau yang baik hanti yang sudi menerangkan bagaimana kaedah nak menyediakan kek 3D ni.. Terima kasih sekali lagi ya Leen..

Kek ni di tempah oleh sahabat suami ita untuk anaknya. Beriya-ia dia minta ita buatkan kek berbentuk hand bag jenama Gucci ni.. dari tahun lepas lagi.. Ita cukup risau jika tidak dapat memenuhi impiannya atau.. nak buat hand bag jadi benda lain pulak.. kan..haha baru ya..

Hari ni ita beranikan diri mencuba, dengan lafaz Bismillah dan berkat tunjuk ajar Leen, ita mulakannya dengan penuh hati-hati. Ita gunakan edible image untuk buat kek ni bagi memanpakkan corak print Gucci. Edible Image ni juga ita oder dengan Leen. Ita oder lebih sikit walaupun leen kata cukup 3 keping sahaja untuk 1 bag. Ialah baru pertama kali kan.. takut tersilap karang payah pulak nak oder lagi..

Kek ita ni tak besar sangat.. saiznya 8 inc panjang dan 3 inc lebar.  Dalamnya ita gunakan kek choc moist yang ita layer dengan choc krim dan coating dengan ganache choc.
Lepas dah layer ita sejukan 4 jam, kemudian ita bentukkan seperti bentuk bag yang ita inginkan. Bila dah puas hati dengan bentuknya, ita salut ganache choc dan simpan dalam peti ais semalaman.


Bila dah set, ita salutkan nipis dengan fondant. Kemudian sapukan gam dan ita lekatkan dengan edible image. Salut semua bahagian kek dengan edible image, mana bahagian yang kita tak nak .. potong kemas.
Kemudian kemaskanlah dengan boder tiub tepi, letakkan zip, letak tangkai dan assoseri yang berkenan di hati..


Alhamdulillah siap juga akhirnya..

Kek ini sudahpun ita poskan ke Kuala Lumpur. Semoga ia selamat sampai dan harap sangat memenuhi apa yang sahabat ita inginkan..


42 comments:

Cheq Sue said...

aduhhh, pengsan sekejap tengok n3 ni...

noorliana zamri said...

Kak ita cantiknya

Shima911 said...

terbaik lah kak ita..jgn la berhenti berblog..kak ita byk bg inspirasi taw...Allah tu ada...sabar ye kak ita...

Shima911 said...

terbaik lah kak ita..jgn la berhenti berblog..kak ita byk bg inspirasi taw...Allah tu ada...sabar ye kak ita...

mrskojiwami said...

Cantik sgt2

mrskojiwami said...

Cantik sgt2

Nor&Lee SweetMemories said...

Memang meletop la k.ita... Terbaik....

Nor&Lee SweetMemories said...

Assalamualaikum k.ita..
Sy betul2 kagum dengan kepakaran k.ita... Mmg yg terbaik... Terima kasih atas perkongsian ilmu..

inaiabadi said...

Cantiknya...,igatkn beg betul td...superb special...,.,

Ct NoArizah Aris said...

Ya Allahhhh cantiknya kakkk sebijik macam beg betul kalau org x tau mesti igt ini gambar beg betul.

Salute spring laju2 dgn akak anugerah tuhan yg tak ternilai pd jari jejmari kak ita.klau sy yg dapat kek ni sy simpan nak buat tengok hari2 x mau makan Dowhh.

joceline lyn said...

Like original ...... perfect !

LiaNa YuSoF said...

kagum sangat2.. huhuhu...

IeRA said...

salam kak..

sebiji macam beg kak..

fateem fatima said...

pitamm saya kakkkk....cantekkk sgtt!

Suria Shamsudin said...

Santekkk....
Mabeless....
Wonderful...
Terpegun...

Norhafizah (Lina) said...

mlm tadi tunjuk kt suami, dia pun tak percaya ini cake. cantik sangat lah ita, tak mampu nak tiru.

Zura Lee said...

mcm beg betol...

asmah yusof said...

kak ita...demam asz tgk...cantik sgt kak...well done sis :)

nasa mulia said...

Subhallah, cantik ye..

Prisha's said...

Absolutely amazing!! You are one talented woman! I really admire your work. Keep it up and thank you for sharing. Love your cakes.

Syaza Safar said...

Adehhh..>_<..akak yg buat syaza plak rasa nk pengsannnn jap..haha..mmg mkn masa, mkn byk tenaga dan kreativiti tahap tertinggi ni.. Cayalah kak ita! :)

Noorul Mahmood said...

Ya Allah...bergenang mata saya tgok kek kak Ita ni..I admire u soo much kak.

Teringin nk menuntut ilmu dgn akak tp saya tau sy x punya bakat yg hebat mcm akak..I can never be as gud as u hehehe! Teruskan berblogging kak Ita sbb saya selalu follow kak Ita nyer artwork kt sini.

Luv u kak Ita!!!

azleen said...

Salam, wah hebat nye!

Azura Aziz said...

kak ita.. cantiknya.. kagum sgt akk hasilkan handbeg kek tu... sekali pandang ingt handbeg hehe..

ayarus said...

Masya Allah..hebatnye Anugerah Allah bagi kat K.ita....sgt kreatif dan cantik...kagum sy ngan kelebihan akak ni....

Azizah Hussein said...

cantik sangat mcm real je. Kalau mcm ni berapa rm

suhaila abdullah said...

Assalammualaikum Kak Ita... Subhanallah...cantiknya kek ni...tahniah Kak Ita...:))

Mamasya said...

Aslmkum Ita
cantik sgt kek hbag ini....mcm bag betul...sgt kreatif Ita.

elly miskon said...

Assalamualaikum Kak ita ,selama ni saya jadi silence reader je.sejujurnye Kak ita idola dan sumber inspirasi saya.cantik sungguh kek tuh.teruskan Kak ita.

Laman Halawiyat said...

Thanks for sharing Ita. Really love your work...

Rose@QasehNurlisa said...

Assalam ita. Hebatnya sentuhan tangan...terpegun sy seketika..ingatkn promosi beg gucci td. Moga Allah merahmati ita ats ilmu2 yg dikongsikn bersama.Izinkn sy cuba respi2 n teknik2 yg dikongsikan ya.tahniah

rosmawati abdullah said...

love it. fantastic. Ingin sangat nak belajar. Tapi tak berapa kreatif. Jangan sis-siakan anugerah Allah.Subhanallah..

Nur-nba said...

Cantik sungguh kek ni...♥..Serupa macam beg betul.. Tentu anak sahabat suami akak tu gembira sangat.. Tahniah kak Ita..

nenek ummi said...

kak ita sy nak tempah boleh area kluang

nenek ummi said...

salam... kak ita sy nak buat tempahan kek boleh area kluang..

NuRihaZ said...

salam kak.. klo nur nk tempah kek dgn akk mcm mne ye? tq kak..

Cik Puan Eka said...

cantik betul kek ni kak ita.
Macam beg betul.

Suka eka tengoknya.

Dari akak post tu kat FB, rase cam cantikk gile.

Aqilah Azmi said...

amboiii kak ita hikhik

Azilla said...

Salam K.Ita
Cantiknya.. macam real..suka tengok blog akak.. sumber inspirasi sy untuk berblog

Lea IsNawi said...

sebijik sama macam handbag

Tulip Bake said...

salam kak ita. buat step by step kak..cantik sangat. kita tunggu yer kak...hihi

fazianbatrisyia said...

tak penah buat pon...tapi sgt kemas & cantik...kalau kak ita selalu buat lagi la pulak....sukanya cuci mata kat sini

Powered by Blogger.