Follow if you like

Apr 30, 2014

Carrot Susu




Rujukan : RASA
Info : Karangkraf

ASAL USUL
Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan berubi. Namun begitu
ia dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan merupakan spesis D.Carota serta dikelaskan sebagai Magnoliopsida.

Selain dijadikan bahan makanan, lobak merah juga berfungsi untuk
tujuan perubatan. Menurut herbalis Nichiolas Culpepper di dalam bukunya The Complete Herbal, lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing,
memecahkan batu karang dan daunnya dihancurkan dengan madu boleh merawat luka.

JENIS-JENIS LOBAK MERAH

Lobak merah yang biasa kita beli berwarna jingga yang terang dan kulitnya lembut serta mudah dikupas.
Pun begitu, terdapat pelbagai jenis lobak merah dengan warna, rasa dan saiz yang berbeza.

Umpamanya lobak merah Dwarf yang mempunyai saiz yang kecil dan lembut isinya. Manakala lobak merah Chantenay mempunyai rasa yang manis. Lobak merah kecil atau dikenali sebagai baby carrot pula bersaiz sebesar jari manusia dan rasanya lembut dan manis.

Walaupun begitu, terdapat juga lobak merah yang berwarna ungu,
putih, kuning dan merah. Ia hanya popular di negara barat sahaja.


MUSIM
Lobak merah ini boleh diperoleh sepanjang tahun.
 
KEGUNAAN
Lobak merah boleh dijadikan aneka hidangan enak dan menyihatkan. Ia bukan saja dijadikan makanan sampingan untuk lauk pauk, tetapi turut dijadikan salad, kek, kuih muih, tat, minuman, dijadikan sup dan stew, dipanggang dan sebagainya.

CARA MENYIMPAN
Seeloknya lobak merah hanya boleh disimpan selama seminggu sahaja di dalam peti sejuk atau di tempat yang dingin dan gelap.

KHASIAT
Seperti yang dijelaskan tadi, lobak merah yang berwarna jingga terang adalah berpunca daripada Beta Karotena yang berlebihan di dalam lobak tersebut. Secara tidak langsung ia memberi kebaikan kepada kesihatan manusia kerana ia membekalkan vitamin A. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat, anti oksida dan pelbagai mineral berkhasiat. Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Justeru memakan lobak merah dengan kerap dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Bukan itu sahaja, pengambilan lobak merah dalam sajian harian juga dikatakan
mampu mengurangkan kandungan gula dalam badan, mencegah kanser dan gout, mengubati kencing manis, mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu penghadaman


JUS CARROT SUSU

Beberapa batang lobak merah
Susu cair
Air gula
Air

Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, dan kisar halus
Kemudian di tapis
Tuangkan dalam gelas dan tambahkan ais untuk rasa yang lebih segar dan nyaman.



5 comments:

fazianbatrisyia said...

kegemaran sy ni

cenetos said...

kreatiflah kak ita ni..dan rajin juga...he he..terinspired saye yg baru nak blajor jaga rumahtangga nie..hiks. dah lama x minum air carrot susu..kalau dpt yg rasa carrot manis sendiri tu dah manis sedappnyeee..tgk terbelit lidah..;D

http://cenetos.blogspot.com

MamaFaMi said...

Nak satu jug! Gelas gelas tak main ye, tak cukup! Hehehe

mimie said...

kalau kat rumah campur dengan mangga kak...
sekarang ni lg musim mangga kat rumah.. ^_^

Sue said...

Sedapnya !

Powered by Blogger.