Tuesday, March 11, 2014

MH 370 kembalilah...




MH370
Kau pergi hilang dalam kegelapan,
Kau tinggal tanpa pesan,
Kau lenyap dalam jernihan awan,
Kau sepi menghilangkan tanda amaran.

 

MH370
Satu bahteramu menampung beratus nyawa,
Satu bahteramu membawa ratusan manusia,
Satu bahteramu menjaga pelbagai usia,
Tapi mana pergi semuanya?


MH370
Kau melayar angkasa ciptaan,
Tapi lenyapmu dari pandangan mengubah jiwa insan,
Misterimu menjadi persoalan,
Sedih, resah tertimbus dalam kesedihan,
Ditambun dengan rimbunan hujahan,
Spekulasi dunia menambah tangisan.
Buat insan dunia,
Hormatlah !

Hormatlah hati yang resah menunggu perkhabaran keluarga dan rakan,
Bisukan kata kata yang menambah keresahan,
Tak perlu ditembak hati mereka dengan persoalan,
Tak perlu lontarkan persepsi yang kau ciptakan,
Berbeza jiwa namun darah yang sama mengalir dalam naluri insan,
Kesedihan mereka sakit dari apa yang kita rasakan.
Insan dunia,
Cukuplah kau curahkan kesakitan,
Alunkan doa doa bukan sekadar kata kosong yang ditekan,
Sabarlah !
Pasti akan hadir kebenaran,
Pasti akan ada keajaiban.


MH370
Hanya doa boleh mengukir kembali senyuman,
Biarlah segala tohmahan,
Hiraukan jiwa manusia yang sibuk mencari kesalahan,
Sabarlah !
Masih ada jiwa yang berdoa penuh pengharapan..


MH370
Pulanglah !
Pulanglah !
Dunia ini perlukan insan insan bukan berita sedih yang mengecewakan badan,
Pulanglah dengan misteri kegembiraan,
Alirkan semula tangisan cinta bukan lagi kesedihan.



Ya Allah,
Leraikan segala tanggapan,
Hapuskanlah juntaian air mata kesedihan,
Simpulkanlah kenyataan kebenaran,
Agar tiada lagi yang fikir bukan-bukan,
Agar tiada jiwa yang merana kesakitan.
Percayalah dengan janji Tuhan,
Utuskan doa sekuat harapan,
Dunia menunggu detik kepulangan,
Bersedia menerima ketentuan Tuhan.



Nukilan : Syira Lokman@Wan Syahirah
11:37 pm / Isnin
10/3/2014
Rujukan : Syira Lokman

Terima kasih kepada Syira Lokman atas nukilan puisi yang cukup indah. Sama-sama lah kita doakan semoga MH 370 akan ditemui semula dan kembali dengan selamat.

Ya Allah..
sekiranya ia di langit
kau turunkanlah ia..
sekiranya ia di laut
kau timbulkanlah ia..
sekiranya ia di bumi kau
tunjukkan lah jasadnya..
Kami akur dengan kebesaranMu ya Allah..
Dikau yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..
perkenankanlah doa hamba-hamba mu ini..





18 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualiakum kak, sedihnya baca Y_______Y

Cik Puan Eka said...

Smeoga MH370 bersama-sama seluruh isinya dapat kembali ke pangkuan keluarga masing.

Masih menjadi misteri.

Allahurabbi

fazianbatrisyia said...

dgn adanya insan seni, lahir puisi indah & hasil karya dapur yg boleh mengubat sendu. Semuanya dlm pengetahuan Allah jua.

Ilyana said...

Salam kak ita..saya repost pic kek ni beserta link blog ni ye. Bergenang air mata bila pk psl diorg. Mari sama2 doakn yg terbaik. Insyaallah

Ninja Baker said...

saya pun bergenang ari mata.. kek yang sangat2 menyentuh perasaan

Sis Lin said...

Allahumma Ya Aamiinn...

----- ----- said...

sedapnya...kek kn tu...

ann shaya said...

muda mudahan semua nya selamat . Allah knows best.

irmafittaputri said...

semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT

Nanik said...

Semoga MH-370 segera ditemukan. Pray for MH-370 :((

Nisa-mom said...

Insya Allah semua umat di jaga Allah .. yang hilang dipertemukan dengan keluarga .. jangan berputus harap.. Insya Allah.. Amien...

Hieda Zack said...

semoga pencarian MH370 berakhir dengan penemuan.. aamiinnn

Hieda Zack said...

semoga pencarian ni berakhir dengan penemuan...
#prayFORmh370

Azura Aziz said...

Insya Allah... sama2 kita berdoa.. cantik kek tu kak ita..

Marni Markus said...

InsyAllah semoga semua di permudahkan. #prayforMH370

saedah syakir said...

sedih... semoga kita semua mendapat pekabaran yang baik n menghentikan segala spekulasi yang negatif

Jun Juliana said...

kak ita, kek ni nk bagi sapa makan? sayang koooo nk ptg... :)

Hanni Hannani said...

2 bulan dah harini... xde berita lagi. #pray4mh370