Follow if you like

Mar 6, 2014

Bakul bunga 2 layer


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan yang ita kasihi, tidak kira di mana sahaja kalian berada.
Bagaimana cuaca di tempat kalian hari ini?
Di Johor Bahru ni, dah beberapa hari cuaca sangat panas, bahang dan membara. Tak boleh nak dok kat luar lama-lama sangat.. Terik mentari yang bersinar seakan membakar kulit ini. Kadang-kala bila cuaca yang panas melampau macam ni.. ita terbayang bagaimana lah keadaan kita disana nanti.. pasti lebih hebat panasnya.. nauzubillah minta dijauhkan dan semoga kita semua beroleh syafaat dan dihimpunkan dikalangan umat-Nya yang beriman dan beramal solleh.


Dah lama juga rasanya ita tak update blog ni. Entahlah seakan ada perasaan malas pula terbit dalam diri ini akhir-akhir ini.. Mungkin sebab perubahan cuaca yang ketara atau kepenatan dan kesibukan yang membataskan segala-galanya. 

Hari ini ita cuba mengumpul kembali semangat yang hilang.. 
Mungkin ita boleh kongsikan sesuatu dengan kalian hari ini. Mencari suatu bekalan dan amalan yang mungkin baik untuk ita disana nanti. 


Akhir-akhir ini ita banyak dapat kiriman email, pm di fb atau message yang meminta ita kongsikan bagaimana cara ita mendeco kek.
Ita ni bukanlah mahir sangat, masih lagi dalam proses belajar dan belajar..
Pada ita setiap hari adalah satu pelajaran yang sangat bernilai harganya. Setiap hari juga ita perlu mencari ilmu baru tidak kiralah untuk amalan akhirat atau kehidupan di duniawi yang sementara ini.

Ilmu yang baik harus di kongsi, agar ianya berpanjangan dan tidak hilang begitu sahaja. Tiada apa yang harus disembunyikan kerana ianya adalah datang dari yang maha Esa. Bak kata perpatah ular menyusup akar tak akan hilang bisanya..


Ini adalah salah satu kiriman pm yang ita terima, daripada rakan atau sahabat yang berada jauh dari Indonesia bertanyakan bagaimana caranya ita membuat bakul bunga. Sebelum ini juga ita ada dapat kiriman email dan message yang bertanyakan soalan yang sama.

Hari ini ita cuba kongsikan mana yang ita termampu. Semoga semuanya dapat belajar sesuatu dan dapat di gunakan bila diperlukan untuk hiasan kek kalian maupun kek yang di pesan oleh teman-teman.


Mulakan proses membuat kek bakul ni dengan menyediakan sebiji kek pilihan terlebih dahulu.
Kek pula terpulang pada anda nak kek apa, perasa apa dan filling nya juga ikut pada selera dan keinginan anda.
Tapi anda harus ingat bahawa kek ini adalah kek yang akan disalut dengan buttercream, oleh itu kek di dalamnya haruslah kek yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Kek yang ita cadangkan ialah kek span biasa tidak kira apa perisa, vanilla, strawberry, coklat, oren atau apa-apa lagi perisa yang anda suka.
Selain kek span anda juga boleh gunakan kek coklat lembab ( Choc Moist ), Red Velvet, Butter Cake, atau apa-apa sahaja kek yang dirasakan sesuai dengan selera.
Kek yang tidak tahan suhu biasa seperti kek ice cream, unbake Cheese Cake atau kek karemel tidak sesuai untuk penyedian kek seperti ini yang menggunakan buttercream sepenuhnya.

Setelah kek siap di lapis dan di letakkan filingnya, simpan dalam peti ais sebentar.
Anda mulakan pula proses untuk membuat buttercreanya.

Disini ada beberapa buttercream yang anda boleh pilih untuk membuat anyaman bakul. Atau anda boleh juga gunakan buttercream pilihan anda sendiri. Apa yang penting buttercream untuk membuat anyaman pada bakul tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Dan ianya juga enak untuk dimakan bersama kek nanti.

 
Apa yang ingin ita ingatkan, resepi buttercream untuk anyaman bakul atau salutan pada kek adalah tidak sama dengan resepi buttercream untuk membuat bunga. Resepi untuk bunga dan cara penyediaannya ita akan terangkan dalam N3 yang lain pula insyaallah...

Resepi Buttercream 1

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan gula icing
1/4 cawan golden sirap

Potong butter kecil.
Kemudian satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih


Gula icing diayak
Masukkan gula icing dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi.
Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.


Resepi Buttercream 2


500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising ~ di ayak
Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minit
Boleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.
Resepi Buttercream 3
1 cawan krimwell
2 cawan butter
2 cawan susu pekat manis
1/2 - 3/4 cawan icing sugar - ayak 3 kali
1 st esen vanila
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk adunan..putar pada suhu sederhana selama 10 - 15 minit sehingga adunan buttercream kembang dan sebati. 
Warnakan ikut citarasa.sedia dilepa pada kek

Resepi Buttercream 4
Oleh :  Azie Kitchen 

150 gm mentega
350 gm krimwell
180 gm sirap gula atau susu krimer pekat manis
3 sudu besar gula icing
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu anggaran 10 mint
masukkan sirap gula atau susu pekat manis dan gula icing
Pukul lagi hingga sebati
Sedia digunakan

Resepi Buttercream 5

350 gm krimwell
150 gm shortening
150 gm gula icing ~ diayak 3 kali
50 gm butter
90 gm susu pekat manis
1 sudu besar corn syrup atau golden syrup
Perasa yang tidak berwarna ~ vanilla, pineapple, orange, strawberry 
Pewarna mengikut warna yang dikehendaki

Pukul krimwell, butter dan shortening hingga lembut
Tambahkan gula icing yang telah diayak, susu pekat manis dan golden syrup atau corn syrup dan juga perasa.
Pukul dengan kelajuan sederhana
Letakkan pewarna dan sedia digunakan






Letakkan Buttercream dalam piping bag yang telah diletakkan nozel.
Untuk cara anyaman 2 layer ita menggunakan 2 warna yang berbeza tonanya dan dengan menggunakan kone nozel no 3

Kek yang telah tersedia kita sapukan satu lapisan nipis warna dari salah satu kombinasi warna yang kita telah warnakan tadi. ianya sebagai lapis dasar pada kek, supaya bila kita buat bakul nanti tidak nampak dasar kek yang bewarna putih.
Setelah siap semuanya jom kita mulakan proses membuat bakul anyaman 2 layer.


Ita bahagikan adunan kepada 2 warna
a coklat yang terang atau warna sedikit muda
b pula warna coklat yang gelap atau sedikit tua

1. Buat satu garisan lurus dengan warna b
2. Buat pula 2 garis lintang dengan warna a anggaran 1 cm panjang.  Jarak-jarakkan sedikit setiap 2 garisn tersebut.
3. Dengan warna b, buat satu lagi garisan lurus
4. Dengan warna b pula buat garis lintang tapi kali ini penuhkan bahagian yang kosong atau bahagian yang kita langkahkan tadi.
Ulang proses yang sama hingga habis.

Faham tak ya?
ok ita terangkan sekali lagi ya..
kali ni kita closeup sikit biar jelas


1. Buat satu garisan memanjang mula dari bawah ke atas. Warna pilihan ita coklat gelap (b)
2. Buat 2 garisan memanjang ke sisi anggaran 1 cm panjang. Selang-selang atau jarak-jarakkan sedikt 2 garisan tersebut dengan 2 garisan diatasnya. Warna pilihan ita coklat muda (a)
3. Kemudian  buat semula garisan memanjang dari bawah tarik ke atas dengan warna coklat gelap (b)
4 Akhir sekali isikan ruang yang kosong yang kita selang-selikan tadi dengan warna coklat gelap (b) melintang ke sisi Sama juga ukurannya anggaran 1 cm.
Ulang proses yang sama hingga habis.

Ok sekarang dah faham?
Kalau tak faham juga sila lihat video di SINI sebagai panduan dan rujukan
 

Kepada rakan-rakan ita sekalian, selamat mencuba dan merialisasikan impian anda. Kena selalu praktis untuk dapatkan hasil yang terbaik.
Mungkin nampak rumit tapi bila dah selalu praktis ianya  mudah dan anda akan dapat banyak lagi ilham untuk membuat jalinan atau corak yang lain pula.
Jangan sekat bakat dan kebolehan anda. Realisasikannya dan cari kebolehan serta bakat yang ada dalam diri.. Insyaallah anda pasti berjaya..



Selamat ulang tahun kepada andak dan anjang. Semoga sentiasa bergembira di samping mereka-mereka yang menyayangi.. Doa dari ita agar keduanya sentiasa di dalam peliharaan Allah dan sentiasa di murahkan rezeki.

salam sayang dari ita buat semua..
Assalamualaikum





26 comments:

Lady D'yot said...

cantiknyee..nak nangis tgok..hehe..mesti syg nak mkn kek ni sebab cantik sgt dan susah pyh nak deco..

Norhafizah (Lina) said...

moga ilmu yang dicurah ini dapat menjadi bekalan yang berkekalan di akhirat nanti. I love all hasil kerja ita dan teruja dengan keikhlasan hati ita.

fazianbatrisyia said...

tak terkata, sungguh cantik...walau yg empunya diri kata tak mahir...kalau mahir tak tahu macam mana pulak hasilnya...kak ita yg selalunya terbaikkkk...

Diyana said...

Kak Ita, cantiknya.. MasyaAllah.. creative sungguh.. Kalu dekat dgn area sy, nak juga sy tempah!

Ummi Nur said...

Speechless...
Subhanallah, cantekkk bangett

Pn.Khadeeja said...

terima kasih kak ita...sy dah cuba byk kali pakai basketweave tips tp susah nak buat dan x kemas...cara kak ita buat ni lebih mudah dan nampak cantik aja...semoga Allah kurniakan kebaikan utk kak ita yg byk share ilmu kat sini...

Cik Sal said...

cantiknya kak, mesti sedap rasanya..

Budak Kampung said...

eeeeee...geram nya dgn kak ita ni.geram dgn kekemasan dan ketelitian akk buat kerja.arggghhhh jelez

Nana said...

tq kak ita...semoga dimurahkan rezeki...

Normah Kumin said...

Assalamualaikum Ita,

Kakmah nak minta izin nak salin resipi butterkrim, nak cuba buat nanti yee, halalkan yee, Ita, Terima kasih

sity zubaidah said...

Alhamdulillah...tq..tq..byk-byk... :)

nilgün ilgün said...

Very nice cake:))

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kek yg istimewa pastinya utk insan yg istimewa

Kak Nita said...

so sweetttttt.....terima kasih atas tutorial tu ya...

anizwanshaklee said...

Sgt kagum dgn bakat k.ita..

anizwanshaklee said...

Saya sgt kagum dgn bakat k.ita..

mimie said...

assalammualaikum kak ita...
hihi...pm mimie pun ada... ^_^
terimakasih tak terhingga kak ita.
semoga segala kebaikan di limpahkan allah utk kak ita dan keluarga..
menjadi amal yg tak putus hingga nanti...

mysara said...

salam kak ita, saya skg menetap di jepun. krimwell tu tak pernah jumpa kat sini..so, apa bole substitute dgn krimwell tu ye?butter or shortening bole ke?

sofea humaira said...

aduhai...kek yang comel.....eeemmmmmmkek seram la makan...sayangnyeeeeeeeeeeeee.....

Mariatul Qiptiyah said...

Allahu Rabbi..gigihnya Kak Ita menganyam bakul tu. Terkagum sangat-sangat. Apapun terima kasih sebab kongsi ilmu bakul buttercream tu. Sungguh, mati hidup saya ingat bakul tu anyam macam anyam bakul bebetul. HUhuuhuhuh

raja zuaidah said...

Cantiknya.... untuk kek ni kak ita guna resepi buttercream yang mana satu ye?

nifalnin... said...

assalam kak ita,

nak nangis sy tgk kek akak ni.. cantik sangat... klu sy dpt kek ni x sampai hati nak makan... dgn effort yg akak beri utk buat kek ni mmg sgt berbaloi...

tahniah kak ita...

Liza Habib said...

salam.kak ita..serius tak terkata tgok kek akk tau..teruja bagi sy yg baru2 nak blajar kek ni..time kasih sangat akk sebab bagi tutorial buat bakul tu..mudahan rezeki akk makin melimpah ruah..aminn

Sara Lynn said...

assalammualaikum kak...

Teruja dengan blog akak! alhamdulillah syukur dapat jumpa blog akak ni.. sangat tidak kedekut ilmu untuk share bersama orang lain... tertarik dengan gambar2 yang jelas lagi cantik! step yang mudah untuk difahami.. terima kasih akak! moga Allah S.W.T membalasnya dengan rezeki yang melimpah ruah untuk akak sekeluarga.. InsyaAllah.. Aamiin.. =)

Ieda said...

kak ita buttercream nie bley wt tulis at kek & corak pe2 at atas kek ke?

suria abu shah said...

Slm kak ita...izin sya share resepinya yek..hya Allah yg dpt mbalasnya dn diberi kesihatan n rezeki yg mlimpah ruah. Kluarga yg baik2..smoga amalan akk diterima olh Allah dgn gnjaran seadanya..aamiin

Powered by Blogger.