Follow if you like

Feb 26, 2014

Mechanic Cake and My Mechanic Workshop


Kek untuk mekanik di tempah khas oleh seorang rakan FB untuk suami tersayang yang merupakan seorang makanik. Memang agak payah nak mengilhamkan sebijik kek untuk seorang makanik. Mujur pengalaman banyak membantu ita dalam merialisasikan impian dan hajat customer ita kali ini.





Sebenarnya ita mempunyai sebuah Workshop Kereta yang terletak di Taman Molek di belakang  Affin Bank di persimpangan lampu isyarat. Bengkel ini di hadiahkan oleh suami pada ita semasa ulang tahun perkhawinan kami yang ke 14 tahun.

Mesti ada yang pelik..
Whyyy?? kak ita Why..
Jauhnya lah kan tersasar.. dengan apa yang ita lakukan hari ini..


Pada suatu hari tu suami ita pernah lah tanya dengan ita apa impian dan cita-cita ita. Memandangkan pada masa itu ita hanyalah seorang suri rumah yang seharian menguruskan anak-anak dan keluarga ita pun berangan dan menyatakan ita nak jadi seorang usahawanita satu hari nanti.
Suami ita tanya lagi.. kalau ita di beri peluang untuk buat business, apakah bidang yang akan ita pilih.. eeemmm... masa tu ita tak pernah pun terlintas nak buka kedai kek ke.. kedai roti.. ke.. kedai makanan ke.. kerana pada ita ia memerlukan komitmen yang tinggi dan ita tak sangup nak meninggalkan anak-anak untuk bertunggu tangga di permis seharian.


Apa yang ada dalam kotak fikiran ita hanyalah nak membuka sebuah bengkel membaiki kereta. Ini juga bedasarkan pengalaman ita masa mula-mula ita kerja sewaktu ita menunggu keputusan SPM dahulu.
Masa ita tunggu SPM ita pernah berkerja di sebuah bengkel membaiki kereta. Tapi.. bukanlah sebagai makanik.. masa itu ita hanyalah seorang  kerani cabuk aje kat bengkel tu..


Pada masa ita kerja tu... ita dah berangan yang satu hari nanti ita nak buka bengkel kereta.. kerana ita minat sangat dengan kereta..
Ita ni minat aje dengan kereta.. tapi masih sedar diri lagi.. yang kesempitan hidup tidak memungkinkan ita akan memiliki sebuah kereta yang mewah..
Tak dapat pakai dapat pandang hari-hari pun dah cukup membahagiakan hidup ita... keluh kesah hati ita berkata.. kata..


Setiap kali kereta mewah masuk dalam bengkel ita berasa sangat teruja.. kadang ita cuba-cuba juga lah duduk dalam kereta tu.. pegang.. pegang setereng.. kalau makanik tu minta ita hidupkan engine.. waaa... ita lah yang paling syok habis.. bunyi engin kereta mewah buatkan ita tak tidur malam dan selalu berangan untuk memandunya satu hari nanti..


Bila di sergah suami kerana ita mengalamun panjang.. ita terus kata.. ita nak buka bengkel kereta.. haha.. ita tahu pasti dia akan gelakkan ita guling.. guling.. ialah manalah sesuai bidang tu dengan wanita.. lebih-lebih lagi ita ni langsung tak ada ilmu tentang engin dan kereta..

Ita tahu angan-angan mak jenin ita ini tak mungkin jadi kenyataan..


Pada ulang tahun perkhawinan kami yang ke 14 suami mengejutkan ita dari lamunan apabila menyatakan dia telah pun membukakan ita sebuah bengkel kereta..
waaa... terperanjat beruk ita waktu itu.. biar betulll.. ni..
adoii.. siapa pula yang nak baiki kereta.. ita langsung tak tau.. kalau setakat bukak pintu kereta.. hidupkan engin... bukak bonet belakang tu.. boleh lah.. adoii.. masakkk... masak..
Fikiran dan ingatan ita hanya teringat pada anak-anak ita yang waktu itu masih lagi bersekolah.. Siapa nak uruskan mereka.. macam mana pelajaran mereka nanti bila maknya dah mula sibuk menjadi usahawani..
wah! berangan tak ingat.. ingat ita ni.. adoiii..




Tapi suami ita tahu apa yang ita fikirkan waktu itu.. langsung di perkenalkan ita dengan rakan partner yang akan menguruskan bengkel ita itu nanti.. fuhhh... barulah lega rasanya..


Inilah rakan partner ita.. Robin Hood namanya khi..khik..khik..
Jejaka bermata hazel ni.. jangan cuba dekat.. dekat ya... dah ada yang punya ni.. hihi
Robin ni mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam membaiki kereta. Mula berjinak-jinak dengan engine dan motor sedari kecil lagi. Kemudian beliau menyambung pelajaran dalam bidang yang beliau minati di Mercedes Benz di Shah Alam Selangor. Pengalam beliau di Cycle Carriage (M) Sdn Bhd selama lebih 10 tahun memang sangat-sangat banyak membantu beliau dalam menyelesaikan setiap permasalahan pelanggan tentang kenderaan mereka. Dia jugalah yang banyak membantu ita menguruskan segala permasalahan pelanggan di bengkel ita itu.
Nasib baik ada Robin.. kalau tidak masakkk.. ita..



Bengkil ita ni dah mula beroperasi dari tahun 2009.. emm.. dah 5 tahun dah.. alhamdulillah..
Kami membaiki semua jenis kereta dan specialised dalam kereta Mercedes Benz.
Kami menyediakan semua perkhidmatan membaiki kereta dari services hingga membaik pulih engine dan body.


Kami juga menjual minyak engine Liqui Moly yang sangat popular dan sering digunapakai oleh kenderaan litar lumba. Minyak ni sangat baik untuk engine sebagaimanalah lah kata si Robin.. dan sangat sesuai untuk semua kenderaan. Walaupun harganya sedikit mahal dari harga minyak engine yang lain tapi ianya memang sangat bermutu tinggi dan power!



Kepada rakan-rakan yang ada permasalahan pada kenderaan boleh lah singgah ke bengkel ita di Taman Moleh Johor Bahru. Segala permasalahan anda bolehlah tanyakan pada partner ita Robin.. jangan tanya ita ya.. ita ni datang bengkel sebulan sekali aje untuk check akaun dan uruskan segala pembayaran bil hihi..

Champion Primax
No 2, jalan Molek 1/28
Taman Molek
Johor Bahru

Tel : 07 357 9555
Robin : 019 7419391
kalau nak dapatkan minyak Liqui Moly pon boleh call Robin


Kalau pasal tayar.. engine dan masalah kereta kita tanya Robin kalau nak oder kek kereta, kek tayar, kek makanik haa.. yang ni boleh tanya ita.. segala tempahan untuk kek anda boleh hubungi talian 017 7279179. Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal untuk book tarikh ya.. sebab banyak tarikh dah penuh untuk tahun ini. Tempahan last minute ita tak terima ya sebab ita tak boleh buat kek banyak-banyak dalam sehari. paling banyak ita boleh buat 2 biji kek sahaja.. kalau banyak ita takut kek ita tak kemas.. tak sempurna dan  tak dapat puaskan hati pelanggan.


Kepada customer yang tempah kek ita ni.. terima kasih banyak-banyak ita ucapkan.. segala kekurangan dan kelemahan ita menyusun 10 jari mohon seribu kemaafan.. sesungguhnya setiap kelemahan itu adalah atas kealpaan dan kekurangan diri ini.
Terima kasih
Assalamualaikum..






14 comments:

zuraida said...

Ita, kita dah gi, tapi takut nak masuk. Byk kereta2 mewah kat situ. Segan plak. hehehe

Gee® said...

Ooooo...business woman rupanya... semoga Ita terus sukses..!!

fazianbatrisyia said...

bestnya kak ita dpt hadiah tu...kalau sy nak berangan apa agaknya ye?

Semoga bisnes makin maju.

adha said...

laaa akak punya bengkel rupanya.. keta lama saya dulu anta servis kat cni.. mmng best.. bengkel bersih siap boleh golek2 kat lantai... keta baru ni masih dlm waranty so kena anta proton gak.. nanti abis waranty nk anta situ balik servis bulanan....

saya suka tgok mata robin.. hihihiih

Irfa said...

kata2 pertama saya
WOW, HEBAT
dari bengkel kereta kpd kek
tahniah,tumpang bangga

Norasikin said...

artikel ni membuatkan saya teringatkan kisah lama. Terkenang workshop masmirah utama JB

ilahjy said...

Tahniah dek ita lawa kusss..,
Impian telah digabai dgn jayanya...
Kembang idung kak baca kisah ni,. Tak sangka ushanita rupanya. Tak pe sebulan sekali pun... janji dah tergenggam cita2.... moga maju jaya..
Disamping kerja seni yg terunggul ini... aminnnnnn......

Nahla Fashion said...

keren blog nya, ikut promo yaaa :)
cari sarimbit keluarga untuk lebaran? disini tempat nya http://busanamuslim.co/.
menerima juga sistim dropship :)

shida yusof said...

Tahniah ita. Another milestones achieved.

Nor Azlin Abd Rashid said...

kak itaaa!!! SHUT UPPP!!! giler akak ada bengkel??? wahh..sy sgt terkejut veroks okayy.. tak sangka sbb sy dpt bayangkan kak ita ni jenis bercakap lemah lembut dan segalanya sopan santun. Tp bila cakap akak ada bengkel.. sangat penuh kelainan okay.. apapun semoga biz akak maju jaya selamanya kak... kalau dulu dah penat susah, skrg tiba masa kita bersenang lenang..

Cicik Ann said...

Assalam Ita,
kami tak pernah jumpe awak...kenal awak dlm blog jer..bertahun jugak lah.
tapi dari ape yg kami perhatiankan....inspite of all ur achievements dlm memasak..harta yg ita ade..anak2 dan suami yg baik...tak pernah Kak Ann detect unsur2 riak atau meninggi diri dlm bait2 yg ita tulis..i really hope u are exactly the way you write...becos i admire you...and like you too.

eda said...

wow bersihnye bengkel ...
tahniah kak ita .. !!!
speechless ... tak terkata ... kagumm ... !!!
tahniah je mampu nak ucap ..

king yan said...

assalamualaikum..
nama sy azean..saya pn ada cita-cita nk bka bengkel kereta..tp suami saya la yg repair..hihi..cuma skrg saya xtau nk start mcm mana..semoga kak ita leh bantu saya..
terima kasih..

king yan said...

assalamualaikum..
nama saya azean..saya pn ada cita-cita nk buka bengkel kereta..tp suami saya la yg repair..hihi..cuma skrg ni saya xtau nk start dr mana..
harap kak ita dpt bntu saya..
terima kasih..

Powered by Blogger.