Follow if you like

Feb 8, 2014

Masam Manis Choc Cake


Kek ni di tempah oleh adik kita di FB. hari tu kakaknya tempah ini adiknya pula. Jika kakak minta buatkan kek Kit Kat M&M, adiknya pula inginkan kek di lapisi strawberry dan marshmellow.
Kek untuk seseorang yang istimewa katanya.. ^_*


Bahan - bahan yang kita perlukan untuk menyediakan kek ini ialah
Strawberry secukupnya ~ ita perlukan 2 kotak strawberry untuk menghasilkan kek ini.
Marshmellow secukupnya ~ 1 peket besar
Kek Choc moist 3 keping ketebalannya 1 inc
Ganache Choc
Mousse Choc
Cip Coklat


Resepi untuk kek Choc Moist

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
 
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.


Chocolate Ganache
Oleh : Chef Amer Hamzah

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ada dijual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut 
Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Tambahkan pes hazelnut
Gaul rata
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais


Mousse Chocolate

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Cairkan gelatin, kaedah untuk cairkan gelatin rujuk di SINI
Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna

Cara atau kaedah penyediaan
Letakkan satu lapisan kek di atas sekeping lapik kek
Letakkan mousse choc dan ratakan
Tuangkan sedikit ganache choc dan ratakan
Susunkan buah-buah strawberry yang di buangkan tangkainya. Buah strawberry ni belah 2 ya!
Kemudian lapikkan selapis lagi kek choc moist
Lakukan kaedah yang sama, letak mousse choc dan ganache choc
Kemudian taburkan marshmellow
Akhir sekali lapiskan lagi satu keping kek choc
Letakkankan mousse choc
Letakkan juga ganache choc
Susunkan buah-buah strawberry, yang ni terpulang nak buang tangkai atau tidak. Buah strawberry pula terpulang nak belah atau letak sebiji-sebiji
Selang selikan dengan marshmellow
Tuangkan choc ganache dan taburkan cip choc di atasnya
Simpan dalam peti ais supaya dingin dan stabil.




3 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

menarik kek ni..deko pun cantik.sya mohon izin copy resepi kek ya kak..

Nisa-mom said...

what a beautiful cake, Azlita..
I noticed that you always using tepung gandum, is there any different with all purpose flour ?

Fiza Darwish said...

rasa macam boleh buat hiasan kek macam ni utk orang2 macam saya... tq tq k.ita

Powered by Blogger.