Follow if you like

Feb 20, 2014

Kek untuk seorang Doktor





Dr. Zubaidi adalah seorang pegawai perubatan senior di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd yang mempunyai 35 buah cawangan klinik di sekitar Johor Bahru. Pernah berkhidmat Di Hospital Sultanah Aminah.

Doktor yang mendapat pendidikan perubatan dari fakulti perubatan yang terkenal di India ini juga banyak melakukan kerja-kerja sukarelawaan bersama masyarakat setempat di samping memberikan ceramah dan latihan Basic Occupational First Aid di kalangan pekerja industri kilang. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa dalam Persatuan Perubatan Malaysia MMA dan ahli Persatuan CPR bagi negeri Johor.

Nak tahu info lebih langut mengenai Doktor muda ini bolehlah kunjungi blog beliau di Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis

Anda juga boleh tanya sebarang permasalahan berkaitan kesihatan atau pemakanan yang baik untuk kesihatan di Tanya Dr. Zubaidi atau di FB beliau Dr Zubaidi Hj Ahmad


Kek ini adalah tempahan dari orang nun jauh dari Pahang untuk suami yang bertugas di Johor Bahru.
Dalamnya adalah kek Rusian Black and White. Ini juga merupakan pertama kali ita membalut kek Rusian Black and White dengan fondant.
Biasa ita tak akan balut fondant sebab kek rusian black and white perlu di simpan dalam peti ais. Oleh kerana kek ni akan terus di potong sebaik di terima barulah ita berani nak balutnya dengan fondant.
Kek yang agak berat bertambah berat bila di salut fondant.
Decoration kek seperti yang anda lihat tema seorang doktor.
Figurine doktor ini ita buat bedasarkan gambar yang tuan punya kirimkan.
Kek bersaiz 9 inc bulat dengan ketinggian kek 4 inc
Terima kasih pada yang sudi tempah dengan ita
Kepada Dr Zubaidi selamat hari lahir dan selamat bertugas.






12 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. comel gila~ sukanya tengok

Bbwana adienia said...

cantik kek ni kak ita..

eee said...

http://drzubaidi.com/blog/?page_id=411

sama,well done!

IdaShazana said...

hebat la akak ni

Faiza Erina Rahmat said...

kak, kek mcm ni bape harga nyer kak?

email - faizaerina@gmail.com

tQ

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dulu pernah berangan nak kahwin doktor tapi takde pulak doktor ngurat kita, hik hik hik

Wan Izmawati Wan Ibrahim said...

assalamualaikum kak ita.... saya yg menempah kek dengan kak ita tu.. anyway thanks a lot... memang sangat puas hati.. bagi saya kek itu merupakan salah satu karya daripada kak ita.. sangat cantik dan mengagumkan. si penerima pun sayang nak potong kek tu... dh beberapa hari baru boleh makan... nk buat apresiasi kot.. anyway terima kasih daun keladi kak ita....

Wan Izmawati Wan Ibrahim said...

terima kasih pada kak ita atas kesudian menerima tempahan yang saya mahukan itu.. bagi saya kek berkenaan merupakan salah satu karya kak ita yang sangat cantik dan mengagumkan saya. si penerima pun sayang nak potong kek tu katanya... anyway thanks a lot kak ita...

surya said...

Cantiknya....nanti nak cuba buat mcm ni gak lah...doakan yer ita.akak nk tiru idea ita ni..entah jadi ke tidak..

surya said...

Ita....Cantiknya. akak nk tiru idea kreatif ita ni yer...Entah jadi ke tidak.... doa kan akak berjaya yer.

misskirokuza said...

kakita..pls email kita mcm mane nk wat tempahan n harga

misskirokuza@gmail.com

Unknown said...

Salam sis..bley pm utk tmpahan kek ny?

aq_ati@yahoo.com

Powered by Blogger.