Follow if you like

Feb 5, 2014

Gift Box Cake


Assalamualaikum..
Bertemu kita semula..
Lama dah tak buat kek.. Bila dah mula bercuti ni.. dah mula lah liat bila nak start engin balik..
Ok ni tempahan pertama setelah ita pulang bercuti.
Dengan semangat baru.. ilham baru.. hihi yo yo aa.. aje..


Ok, kita intai kek pertama ita untuk bulan Febuari ni.
Kek ni tempahan untuk majlis Aqikah
Dalam kek Chocolate Moist
Luar nya di saluti fondant ( full fondant)
Tema kali ni 'gift box'
Warna pilihan pula coklat, krim dan pearl.
Cantik pulak ita lihat kombinasi warna ni.. pulak ita memang pengemar warna coklat. Pandai tuan punya badan mengilhamkan warna tema yang nampak sangat lembut dan eksklusif.


Saiz kek 9 inc. Bila dah salut fondant tu saiznya hampir 10 inc lah kot
Hiasan dengan riben bunga yang ita buat menggunakan gumpaste
Stripe juga dari fondant. Cara membuat stripe macam yang ita pernah terangkan, canai nipis, ukur ikut saiz yang kita kehendaki, potong dengan pisau blade dan tampal pada fondant dengan menggunakan gum khas atau air pun boleh.


Terima kasih pada yang sudi menempah dengan ita. Segala kelemahan dan kekurangan minta halal dunia akhirat ya..


7 comments:

sYiRa LoKMaN said...

comelnyeee

wantie said...

sangat sangat comel. nak makan pun sayang..

fazianbatrisyia said...

kan dah kata..kak ita balik cuti mesti dpt idea best utk kek yg cantik menawan. cantik sgt...sy suka

Akeyla Azmi said...

cantik gila kak ita T_T

Ummu Hanan said...

Cantiknya..Sangat kreatif.. Tak pernah nampak kek secomel mcm ni..^_^ Mcm bukan kek.. Nampak cam real gift box!

http://nurkids2u.blogspot.com/

Bazlia Amoza said...

cutenye...menarik sungguh hasil tangan akak..

naela tahbi said...

mcm bukan hasil tangan kak ita lah ... nmpak mcm amatur sgt

Powered by Blogger.