Follow if you like

Feb 18, 2014

Choc Oats Cookies


Tak boleh berhenti bila makan cookies ni. Lepas satu-satu masuk dalam mulut.. emmm.. sedapnya lah terasa.
Bau harum coklat semerbak memenuhi setiap sudut..
Kebiasannya bau harum mentega, coklat dan vanilla hadir tika ramadan menjelang..
Kini bila-bila masa sahaja.. jangan kata tidak pada cookies and coffee
Enak sungguh bila dapat menikmatinya bersama secawan kopi kurang manis.. emm..


Cookies ni ita sediakan sewaktu melawat Azrul tempoh hari. Awal-awal lagi dia dah titipkan pesanan " mak jangan lupa bawakan kita cookies.. kalau lapar malam-malam nanti ada juga jajan-jajan yang boleh di kunyah" kedengaran suara Azrul di hujung talian..

Sedari kecil Azrul memang pemakan orangnya. Kerana dia juga ita gagahkan diri untuk sering berada di dapur. Menyediakan hidangan untuk anak-anak dan suami.
Kerana dia juga ita kini boleh memasak dan tak segan bila berada di kelompok mertua dan ipar duai.



Seawal usia kandungan lagi minat memasak mula timbul. Ita kerap menonton rancangan masak di kaca TV. Pasti ita akan menunggu Chef Wan memasak setiap hari, menyalin resepi dan mencuba.  
Ada masa jadi.. ada masa..tidak..
Sebelum suami pulang.. ita dah humban semuanya.. jangan ada sisa.. takut pula di bebel..

Esok ita cuba lagi dan lagi.. hingga perut semakin hari semakin membuyut..

Bila dia lahir barulah ita tau.. dia sukakan makanan.. apa sahaja akan di cuba.. tidak pernah kata tidak enak.. jawapannya pasti akan menjelaskan setiap makan itu ada keistimewaannya..
Dia suka mencuba.. 
Kini anak bujang ini juga suka membantu ita memasak di dapur..
Paling tak suka.. ya Allah Azrul.. habis kecah dapur makkk...


Chocolate Oats Cookies

280 gm mentega atau margerin
90 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh esen butter
1 biji telur
1 biji kuning telur
20 ml susu cair

350 gm tepung gandum atau tepung Ros
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh Soda
~ 3 bahan di atas di ayak bersama

250 gm Choc Cip
80 gm oats ~ di bakar sekejap dalam 6 - 10 minit suhu 160C
30 gm Cornflakes ~ di ramas kasar
30 gm badam cincang ~ di bakar sekejap dalam 6-10 mint dgn suhu 160C

Sebatikan mentega, gula vanilla dan esen butter hingga sebati.
Kalau guna mixer pukul kejap aje dengan sped perlahan.
Tambahkan telur, kuning telur dan susu cair
Tambahkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda
Gaul sebati
Masukkan choc cip, oats, badam dan cornflakes yang tellah di ramas kasar
Sudukan atau buat bentuk bola sebesar guli kecil
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 20minit dengan api atas dan bawah
Oven hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Biarkan biskut sejuk sepenuhnya di atas redai
Susun biskut dalam bekas yang kedap udara untuk tahan lama kerangupannya.



23 comments:

Zamani Abe said...

tgh makan biskut yg hampir sama.. tp xtahu apa nama ni

IdaShazana said...

menggegarkan jiwa....

Akeyla Azmi said...

omg!!!!
nakkkkkkkkkkkk

Nor Hanisah Md Hosni said...

salam kak ita. nak tanye la kalau sy nak bakar guna microwave mcm mana ye dgn suhu dan masa?
sy xde oven..huhu

thanks

fazianbatrisyia said...

sedapnya nampak time tak raya ni.

Kak ita, akak ada resepi biskut pretzel rangup, yg kecil2 tu salut coklat ke whatever...teringin nak cuba.

TQ kak ita...

mybakerilicious said...

Nakkk

mybakerilicious said...

Salam wt,Sis plse buat biskut pretzel yg comel lgi ranggup...plseee

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

rasanya Azrul ni yg ikut husband Kak Ita htr kek tukan... manis budaknya.. hehehe

sierra said...

salam kak ita! hari ni cuba wat cookies ni mmg jadi! makan smpai leka haha esok nk wat lg.. wat stock hehehe

Lengloi Mata Chantek said...

kak ita, akk letak serbuk koko ek~ sy buat kaler putih je~ tp sedapp~ abes sume anak ngap! Dengan kawan opis pon ngap kak~ heheh

Diana Yanie said...

Salam..kak ita,nk tanya..esen butter tu ape?

baldubiru79 said...

Assalam..kak ita..serbuk koko nak kena letak berapa gm yer..tq..

baldubiru79 said...

Assalam..kak..terima ksh atas resepi..cuma..serbuk koko tu nk letak berapa gram yer.. ;)

baldubiru79 said...

Assalam..kak ita..serbuk koko nak kena letak berapa gm yer..tq..

baldubiru79 said...

Assalam..kak ita..serbuk koko nak kena letak berapa gm yer..tq..

baldubiru79 said...

Assalam..kak ita..serbuk koko nak kena letak berapa gm yer..tq..

MAT NOR said...

biskut homemade tentu sedap. tak lama lagi dah nk pose. cdg nk jdkan oat snack chocolate choco jd hidangan masa raya.

Harith^^Danial said...

Xada letak serba koko.. Yg menampakkan warna coklat ni sbnrnya gula perang dan faktor membakar tu sendiri.. Jd nmpk mcm coklat😊😊.. Bukan sbb serbuk koko.. Biasa buat ni.. Mmg sdp mcm mkn biskut famous amous😉

Cantik Menawan said...

Sedapp

ruggedmom maria said...

Suka gambar-gambar makanan di blog ni. Baru tengok pun dah terasa di lidah hehe..

Nurullisawadi Lisa said...

Sy ambik resepi ye.tq

rislah amon said...

Salam kak ita.
Saya dah try cari butter esen di kawasan saya tapi memang tak ada. Tak letak tak ape ke?

nm said...

Salam Kak Ita
Minta penerangan.
Oats yang digunakan dalam resepi ini, rolled oats atau quick oats?
terima kasih.

Powered by Blogger.