Follow if you like

Feb 17, 2014

Berkelah bersama Ayam Ungkep Pedas


     Pada hari Sabtu yang lalu, ayah telah membawa kami ke Kem Padang Hijau, PLKN Keluang Johor. Kami kesana untuk berkelah sambil melawat abang Azrul yang merupakan salah seorang pelatih di kem tersebut.


     Setelah memasukkan semua barang-barang keperluan untuk berkhemah ke dalam kereta, kami pun bertolak ke kem tersebut dengan menaiki kereta yang di pandu oleh ayah. Perjalan ke kem tersebut mengambil masa selama satu jam setengah. Ayah memandu kereta dengan berhati-hati bak kata perpatah "biar lambat asalkan selamat". Saya berasa sangat seronok untuk berkelah dan tidak sabar untuk berjumpa abang Azrul.


     Pemandangan di sini sangat cantik dengan pohon kelapa sawit yang hijau dan merimbun. Setibanya di sana abang Azrul telah pun menanti kedatangan kami. Ayah kemudiannya di bawa abang Azrul untuk mendaftarkan diri sebagai pelawat, sementara saya dan mak  mencari lokasi untuk meletakkan barang keperluan yang kami bawa. Akhirnya kami menemui tempat yang redup di bawah pokok kelapa sawit yang rendang.


     Saya berasa sangat teruja bila melihat ramai keluarga lain turut sama-sama berkelah sambil melawat anak-anak mereka. Mereka makan makanan bekalan yang di bawa sambil berbual-bual bagi melepaskan rindu.



     Mak pula menyediakan nasi putih bersama lauk ayam ungkep pedas, biskut, kek dan buah-buahan. Kami makan dengan berselera sekali pada hari itu.  Bersama-sama ini saya sertakan resepi ayam ungkep pedas yang dimasak oleh emak. Resepi yang enak dan lazat ini emak ambil daripada Blog Sinar Kehidupanku kepunyaan Cik Yatie yang merupakan jiran lama kami.



Ayam Ungkep Pedas
Resepi oleh : Mat Gebu Tiffin Biru
Rujukan : Yatie Sinar Kehidupanku

1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan rencah dikisar halus
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
1 batang serai, dihiris halus
3 biji buah keras, hiris
1 biji cili hijau
20 biji cili padi
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik hingga harum.
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan tumis sekejap hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
Tuang air secukupnya (jika anda menggunakan ayam daging yang cepat empuk, guna 1 1/2 cawan air). Kacau rata.
Masukkan daun salam atau daun bay leaf, asam gelugor dan sedikit garam.
Kacau dan dan biar mendidih perlahan.
Masak hingga pekat, tambah gula melaka, kacau dan masak lagi hingga kering seperti rendang. Kacau sekali sekala. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.
Masak sekejap dan boleh matikan api.
Hidangkan bersama nasi, ketupat dan sebagainya.


     Selepas makan saya dan abang Azrul berjalan-jalan di sekitar kem sambil merakamkan gambar pemandangan yang indah itu. Abang Azrul juga sempat memperkenalkan saya dengan rakan-rakannya yang merupakan pelatih di kem tersebut juga.


     Setelah masa melawat tamat, kami pun berkemas-kemas untuk pulang. Sebelum pulang ayah dan emak sempat memberikan pesanan dan kata-kata nasihat kepada abang Azrul supaya pandai menjaga diri bak kata perpatah " dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung" " masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak.

     Ini merupakan pengalaman perkelahan yang cukup menyeronokkan bagi saya dan keluarga. Kami bercadang untuk berkelah lagi jika ada kesempatan.











9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, teringat dulu zaman sheila di plkn tahun 2008.. hehee sedapnya ungkep!

Budak Kampung said...

kak ita...iman rasa mcm anak kak ita yang tulis entry ni ek?lain mcm je ayat yang diguna nampak mcm si kecik typing.cita2 nya pon sama nak jadi mcm kak ita kot ni... kim salam ngn si penulis cilik ni ^_^

Ita Rossi said...

ialah...macam baca karangan sekolah je. Dalili ke yang tulis? Nasib baik tak tulis...sekian terima kasih!...hihihi...

Ita Rossi said...

ialah...macam karangan budak sekolah. Dalili ke yang tulis? nasib baik tak tulis...sekian terima kasih...hihihi.

umi's cup cake said...

Kak ita..mula2 baca macam kompius..baca sampai habis..ni mesti dalili yang tulis kan..tahniah, satu permulaan yang baik dan kreatif

Masz Health Boutique said...

Yup...ini karangan anak kak Ita ye...anyway...Good Job! hehe

fazianbatrisyia said...

bestnya jumpa anak & makan bekalan yg dibawa sama2. mengubat rindu si anak dgn emak tersayang

Yatie said...

Alahaiiiii terharu Cik Atie tau Dalili sebut jiran lama .....terima kasih atas ingatan sayang...terus C.Atie teringat kisah sembang2 dngn mak dulu...rindu saat itu....he3..

nampak makin dewasa Azrul, semua ni mematangkan dirinya...Seri dpt juga PLKN, tapi tak taulah panggilan ke 2 atau ke 3...Hafiz dulu tak dpt...

Aziela said...

Wah...pandainyaaa Dalili tulis karangan. Sangat bagus. Ini, kalau ditanda markah, mesti markah penuh nie. Cukup semua format dan isi2 penting.

Powered by Blogger.