Follow if you like

Feb 8, 2014

Arti Cake Decoration



Tempahan untuk hari ini, Arti Cake.
Tempahan daripada orang jauh juga nun di Batu Pahat. Jauh datang ke JB untuk ambil cake.
Terima kasih ya sudi oder cake daripada akak. Harap sangat berpuas hati dengan kek yang akak buat ni.



Kek ni dalamnya kek rainbow checkered yang di lapisi cream cheese frosting. Luarnya pula daripada buttercream.
Tuan empunya inginkan kek bakul bunga dengan koleksi pelbagai bunga dengan warna-warna yang ceria. Ita ni tak berapa mahir bermain dengan warna yang ceria. Tu yang bila buat tadi macam rasa tak kena aje dengan pilihan warna yang ita bancuh.



Kali ni ita cuba bakul yang lain coraknya pula. Dengan gabungan 2 warna coklat gelap dan terang , ita ingin nampakkan corak bakul dengan tone warna yang lembut. Cara atau kaedah membuatnya tetap sama, rasanya pernah ita kongsikan sebelum ini.


Kek untuk hari ulang tahun perkhawinan pasangan bahagia ini yang dah pun menjangkau 17 tahun. Semoga semakin bahagia mahligai yang telah dibina, seceriannya warna bunga-bunga di taman yang indah dan mekar dengan kasih sayang bak bunga yang berkembangan di pagi hari..







4 comments:

Nini Hanini said...

Kak Ita,jeles sangat tengok hasil tangan akak! Memang gojes sangat! Harap dapat jadi macam akak suatu hari nanti,hehe~

Scarlett O'Hara said...

Cantik-cantiknya kek!

Nisa-mom said...

so beautiful... I am speechless ..

ayie 8188 said...

cantik nye nk buat x pandai tgk je laa

Powered by Blogger.