iklan

iklan floral cake

iklan ada

Thursday, January 2, 2014

Lontong dan kuah lodeh


Assalamualaikum,
Sarapan apa pagi ni?
Pasti makanan yang enak dan lazat yang disajikan untuk keluarga. Tak kisahlah samaada ianya di beli di luar maupun di sendiakan sendiri, apa yang penting tahun ini kita kurangkan pembaziran. Makan ikut keperluan dan kemampuan.

Pagi ni ita nak kongsikan  lontong dan kuah lodeh yang ita sediakan untuk sarapan keluarga. Kebiasannya orang Johor ni, bila sebut lontong terus terbayangkan kuah lodeh dan nasi impit bersama sambal tumis. Tahukah anda apa sebenarnya lontong itu? Ita pun sebenarnya kompius hihi..

Pencarian ita di google, menemukan ita dengan apa itu lontong sebenarnya. Kalau ada yang mungkin tak tau apa itu lontong  dan perbezaan antara lontong, nasi impit atau nasi kapit dan ketupat, jom ita kongsikan di sini.


Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.
Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.

Kerana dikukus dalam daun pisang, lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa.

Nasi himpit atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia merupakan sejenis makanan yang dibuat daripada nasi yang ditekan atau dilenyek di dalam bekas sehingga membentuk ketulan besar. Hasil akhirnya hampir sama dengan ketupat nasi. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto.

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.
Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa yang muda.


Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.

Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.
Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.

Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.


Lodeh adalah kuah yang biasa di gandingkan dan di makan bersama lontong, nasi himpit atau pun ketupat. Jika di Johor kebiasannya ia menjadi menu utama pada pagi hari raya. Tapi lodeh juga di jadikan sarapan pagi. Kuah lodeh cukup mudah disediakan, ramuan utamanya adalah santan dan sayur-sayuran seperti kacang panjang, kobis, lobak merah, terung, timun dan sengkuang. Selain di Malaysia, lodeh juga makanan yang popular di Indonesia.

Hari ni ita kongsikan resepi lodeh yang mak mertua ita sediakan. Tak banyak bezanya dari segi bahan, cuma mak mertua ita lebih suka meletakkan udang basah setiap kali menyediakan kuah lode.Dari segi rasa mungkin tak banyak beza tapi ianya kelainan tersendiri.


KUAH LODEH

Bahan Sayur 

1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil
1 biji terung panjang
1 keping tahu kering ~ rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu ~ di potong kecil dan goreng
4 keping tempe ~ dipotong dan digoreng
2 ikat suun ~ direndam
lada merah dan hijau ~ dipotong serong


Bahan Rencah ~ dikisar halus

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 jari kunyit hidup
1 hiris halia
2 sudu udang kering
2 sudu ikan bilis
sedikit belacan 
2 sk jintan kasar ~ digoreng tanpa minyak
2 batang serai ~ dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas ~ dititik


Bahan lain

200 g udang hidup yg dikupas kulit
2 liter santan pekat dan cair ~ daripada 2/3 biji kelapa
air secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis


Pijarkan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan udang dan tumis lagi
Kemudian  masukkan santan, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur-sayuan bermula dengan sayur keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut. 
Kemudian masukkan bahan-banahn yang lain
Biar hingga kuah didih
Kuah lodeh di sajikan bersama lontong atau nasi himpit ataupun ketupat. Enak di makan bersama sambal tumis, kuah kacang, serunding, rendang  dan telur rebus



Alhamdulillah....







3 comments:

msredcheesecake said...

Selalu buat lontong pakai nasi impit segera je..hheee... Ngelat nak senang je... Makan ngan kuah lontong....

Gee® said...

Terliur tgk lontong kuah lodeh Ita tu... bak nk semangkuk dgn udang besar yer... hehe

zila norazila said...

Akk nk tanye ne..sape yg mkn tingglkn udg camtu jew...kihh3..