Follow if you like

Jan 6, 2014

Keris


Semalam ...
Hamba telah bermimpi bertemu dengan Hang Tuah, sewaktu hamba mendaki ke Gunung Ledang..
Hang Tuah meminta hamba, menyiapkan sebilah keris untuk di hadiahkan kepada sahabatnya yang menyambut hari keputeraan tidak lama lagi..


"Apa tuan hamba ingat, hamba ni tukang membuat keris?.."
Kata hamba kepada Hang Tuah
" Ini perintah Tuan Puteri Gunung Ledang.. tuan hamba tidak boleh membantah.. kalau tidak.. nyah tuan hamba dari sini.."
" arghhhh... macam-macam lah tuan hamba ni.. hamba baru aje sampai ke sini, tuan hamba ingat senang ke nak panjat gunung yang tinggi ni..  dah lah hamba ni gayat tempat-tempat tinggi-tinggi macam ni.. tunggulah hamba hilagkan penat dulu.. hamba baru nak ronda-ronda nak ambil gambar flora dan fauna, kat atas gunung ni.. "
" Titah tuan puteri tidak boleh di batah.. cepat siapkan keris tersebut.. kalau tidakkkk..."


Ini projek ita untuk esok.. lega dah siapkan
Tinggal tunggu kek dia keras baru boleh deco atas kek..
Percubaan pertama membuat keris.. uh payah jugak ek.. ingat senang..
Macam mana lah orang zaman-zaman dulu buat keris kan.. seni betul tangan mereka...
Ita ni aii.. macam tak ada seni.. dah lah satu panjang satu pendek.. adoiii.. nasib lah labu...



12 comments:

fazianbatrisyia said...

buat keris??? cantik da tu...boleh sarung ke keris tu kak ita?

Azlita Aziz said...

hihi... tak boleh
sebab keris tu besar sarungnya kecik.. satu panjang satu pendek pulak tu.. adoii.. nasib lah labu..

Venisri Senthan said...

Amazing la kak Ita!!!

Sis Lin said...

itu fondant ke kak Ita? eh eh eh terornya kak, mcm real laaa...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hihihihihi.. Kak Ita ni kelakaulah (cakap Melakalah kalau jumpa Hang Tuah tu) Errrr... mimpi tu memang tergantung ke?? Dah terjaga??? Kalau tidakkkkk... kalau tidakkkk, apa??? isk, cetelah sampai habis Kak Ita...

btw, keris tu memang cantik walaupun sarungnya macam kontot.. kalau bagi kat saya lagilah jadik apa.. hahaha

ain.ya.nun. said...

Cantik dan comel la.

CT Delima said...

Assalamualaikum Ita... miss you many time hihi

Lama tak membaca celoteh riang Ita..dah terkesima dengan keris Tuah tu, ni yang Tun Teja datang hihihi.

Tahniah sahabat..dari teman mu CT..muahhh!

Mat Gebu said...

Tiba2 rasa keris itu menikam hati saya...kak..haha.....mmg cunn sgt!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita...
cantik bangat! nampak real keris... bab saiz tu it's okay.. org mesti tak perasan.. hehe.. ita mmg kreatif.. takde sapa berani nak nafikan lagi.
sorry lama tak tinggalkan komen.. selalu dtg jd silent reader je skrg.. hehe.. kdg intai kat fb.. tahniah ita.. ita pasti sedang bahagia dgn apa yg ita minati ni kan.. moga sukses selalu & dijauhi dr insan2 yg hasad dgn kejayaan ita.. amin..

-<@ * Liana * @>- said...

Cantiknya..caner kak ita buat nampak macam berkilat macam real ek? Siyes kagum :-)

::NureeN:: said...

cantiklah k.ita..
klau nureen lg la tgn x berseni..

Ita Rossi said...

syabas ita!...menghasilkan sesuatu yg very2 rare org nak buat. Keep it up!..dan jgn lupa share2 ye tutorialnya. Nowdays selain dr mr google blog ita selalu jd rujukan saya. TQVM.

Powered by Blogger.