Follow if you like

Jan 20, 2014

Kek Smurf buat Iman...

Assalamualaikum  buat sahabat handai dan rakan taulan semua...
Doa dan harapan ita agar kalian semua sentiasa sihat dan sentiasa di dalam rahmat Allah.
Ada yang sambut ulang tahun pada hari ni..
Selamat ulang tahun ita ucapkan kepada semua yang menyambut ulang tahun pada hari ini tanggal 20 Januari 2014. Alhamdulillah hari ini juga merupakan hari ulang tahun adik Iman atau nama penuhnya Nur Iman Fatiha.


Manis aje adik iman kita nikan.. 
Macam comel ajeee.. kan
alahaiiii... dah besar dah anak omakkk..
Untuk pengetahuan semua adik Iman kita ni merupakan anak tunggal kepada sahabat blogger ita Seri Kandi dan suami tercinta. Hari ini merupakan hari ulang tahun Iman yang ke 13 tahun. Memandangkan ulang tahun Iman jatuh pada hari bersekolah dan hari berkerja, jadi ibu dan ayah tercinta merancang untuk mengadakan majlis lebih awal. Ianya juga untuk membuat satu suprise buat Iman. Bertuahnya Iman.. suka.. suka.. suka.. Bukan itu aje tau! mama Iman ni dah tempah kek awal-awal lagi.. kiranya beberapa bulan yang lalu.. senang cerita dari tahun lepas lah!


Mama Iman memilih kartun Smurf untuk hiasan kek Iman kali ini. Smurf merupakan kartun kesukaan Iman dan auntie ita juga tau! hehe..

Bila cerita pasal Smurf ni kan.. ita tak boleh lupa kenangan mengusik jiwa 30 tahun yang lalu. Smurf merupana kartun biru yang amat ita gemari. Kali pertama ita tonton cerita smurf pada usia ita 9 tahun. Pada masa itu smurf di siarkan di TV Singapura, sebelum rancangan Mat Yoyo ke udara. Punyalah suka dengan cerita Smurf ni sampai ita kalau balik dari sekolah agama.. berlari lah sampai tercungap-cungap semata-mata nak kejarkan rancangan kegemaran ita ni. 



Ita bersekolah Agama di Bukit Zaharah. Balik sekolah ita akan naik bas sangkut-sangkut menuju ke rumah mak cik ita di Kg Mohd Amin. Rumah mak cik ita merupa rumah persinggahan ita sebelum ke sekolah kebangsaan pada sebelah petang. Memandangkan rumah ita yang berbatu jauhnya dari sekolah, ita terpaksa menumpang di rumah mak cik setiap hari. 

Walaupun mak cik ita seorang yang senang dan mewah tapi.. adat menumpang.. rumah orang kan.. mak selalu berpesan setiap kali ita nak ke sekolah," masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang kerbau menguak" jadi ita akur dengan situasi ita pada ketika itu..



Balik sekolah agama ita akan naik bas no 8 hijau, bas ni berhenti betul-betul di hadapan rumah mak cik ita. Kalau ita terlepas bas no 8 hijau ni, ita kena naik pula bas no 8 merah. Kalau bas 8 merah ni dia berhenti jauh, di depan sekolah English Collage atau lebih di kenali Maktab Sultan Abu Bakar. Bila naik bas no 8 merah ni lah ita akan jadi sprinter, pecut seberapa laju yang boleh untuk sampai sebelum rancangan Smurf ke udara.  

Bila sampai ita akan terus ketuk pintu rumah jiran mak cik, " mak Tah boleh tak intan tumpang tengok TV" itulah kata-kata ita acap kali ita ingin menonton Smurf. Mak Tah jiran sebelah yang dah faham benar kesukaan ita tak pernah menolak.. beliau sekeluarga memang sangat baik.. Seronok bukan kepalang bila ita dapat menonton cerita kesukaan ita tu. Bila habis cerita ita akan melukis kerektor kartun yang comel dan semestinya smurfette akan sentiasa ita lakarkan di atas kertas.



Cerita yang penuh pengajaran, kerja sama, dan kesepakatan dalam persahabatan pada ita amat sesuai di tonton oleh kanak-kanak. Tapi kini karektornya dah banyak berubah dan terdapat penambahan pada waktak cerita tersebut. 

Waaa.. dah panjang pulak ita merepek, jom kita balik ke pangkal jalan.
Berkenaan kek ni, kek ni dalamnya kek rainbow checkered, dilapisi cream cheese frosting. Luarnya fondant dan di dekorasi ala..ala.. remaja lah.. hihi.. ngorat.. ngorat.. kalau kata ita dulu.. dulu.. hihi
Ita harap sangat Iman suka..


Sebenarnya ita terharu sangat bila mama Iman ni kata Iman selalu tengok blog ita. Selalu tengok kek yang ita buat dan Iman selalu puji.. hihi malulah auntie.. 
Oleh kerana tu mamanya tempah kek dari ita untuk suprisekan Iman.
Itu yang buatkan ita berdebar-debar nak menyiapkan kek ni. Ita betul-betul berharap agar iman happy pada hari ulang tahunnya.. lebih-lebih lagi bila di sambut bersama insan-insan tersayang. Happy Birthday Iman.. semoga doa ibu dan ayah di makbulkan Allah.. Iman jadi anak yang solleha dan sentiasa membanggakan ibu dan ayah ya..


Seri Kandi juga sempat menitipkan pada ita oleh-oleh. Sedap sangat tau! comel pulak tu.. macam sayang aje nak makan kan.. Kemas aje Seri buat. Cheese yang gebu dengan shell yang rapuh di tambah nyaman bila di limpahi black frorest filling.. memang terlajak larissss... betullah.. tak sedar habis semua ita makan.. hihi kebetulan Seri ni macam tau-tau aje ita suka coklat, shell coklat yang rapuh memang luar biasa di gandingkan dengan cheese dan black forest filling.. nyummy! 
cantik kan? ni kalau buat hantaran pun cantik! sesiapa yang nak oder jangan lupa roger-roger kak Seri Kandi kita di fb beliau Seri kandi Tanah Jauhar


Bukan itu aje ada lagii.. ni haa.. rempah terlajak laris jugak ni.. dengan kerisik pun ada.. adoii.. segan akak.. Terima kasih lah banyak-banyak Seri.. tak taulah macam mana nak balas.. doa daripada akak semoga Allah bukan pintu rezeki seluas-luasnya buat Seri dan keluarga.. 







7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita... sy sangat terharu dgn entry ini... terima kasih byk, kak..huhuhu

Tapi pasal Smurfs tu memang sy minat giler kak. Tulah, nasib baik cerita kartun tu difilemkan, kalau tak anak2 kita tentu tak minat psl Smurfs ni kan... lebih best lagi, hubby suka, so anak beranak mmg peminat.. siap gi tengok wayang dua2 filem smurfs tu.. hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak. comelnya kek smurf ni! boleh tempat dengan akak ek? teringin nak rasa cake air tangan kawan2. hehehe

nor hayati abdul halim said...

as'salam kak ita
tergoda tengok kek akak,tapi hnya mmpu mmndang ja la..nk ordr jauh sgt..xdan smpi kedah kek tu dh musnah..hihi

izatishop.blogspot.com

fazianbatrisyia said...

baiknya jiran makcik....skrg anak buah yg tumpang tgk tv tu pandai buat kartun kegemarannya kat kek & disenangi pulak tu...

suka baca coretan hidup kak ita.

IdaShazana said...

kak...

kagum betul dengan kek akak. semua pun hebat

fabulousnana said...

Alhamdulillah. Gembira bila lihat orang gembira. Bahagia membahagiakan.

easybites-cakes said...

Tomei nyerrrr kek smurf tue...kagum betol...suka sgt tgk hasil tgn kak ita...peminat tegar nie...hehehehe

Powered by Blogger.