Follow if you like

Jan 15, 2014

Kek babah dan kak Rosaliza



Assalamualaikum...
Selamat pagi semua..
Sihat tak hari ni..?
Kalau rasa macam tak sihat cepat-cepat makan ubat.. jangan di biarkan nanti melarat pulak..

Macam mana cuaca hari ni di tempat anda semua.
Kalau kat rumah ita ni macam mendung aje.. walaupun dah pukul 9 tapi suaca macam sejuk aje.. Matahari ni macam malu-malu aje nak timbul..


Kawan-kawan dah masak?
Masak apa hari ni? Sekarang ni kita kenalah lebih berjimat cermat.. almaklumlah harga barang-barang dah naik.. Masak apa yang perlu sahaja. Satu tips daripada ita, kalau nak keluar pergi pasar ke.. pergi shoping ke.. perut tu kena isi penuh-penuh dahulu.. sebab kalau perut kosong nafsu kita semakin besar nanti semua kita nak beli.. kadang yang tak perlu pun kita beli.. bila dah sampai rumah barulah nak menyesal.. buat apalah pergi beli benda yang tak diperlukan..

Anak ita Dalili sekang pun dah pandai merungut.. Hari tu dia beli tapaware, minta ita buatkan dia bekal ke sekolah.. Katanya harga makanan di kantin mahal sangat tahun ni.. Tak dapat dia nak simpan duit dalam tabung. Kalau tahun lepas bila balik sekolah, lebihan baki duit sekolah akan di simpan dalam tabung.. sekarang ni katanya duit macam tak cukup aje..


Bagi mereka yang mempunyai anak ramai pasti keadaan ekonomi sekarang lebih membebankan. Untuk mereka yang makan gaji, tak ada masalah.. tapi bagi yang kerjanya kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. pasti lebih terasa peritnya.. sana sini orang mengeluh tentang taraf hidup dan masalah kesempitan mereka. Ramai juga yang dah jadi pengangur. Hilang perkerjaan.. biasanya mereka yang terlibat dalam perniagaan sendiri, kontraktor atau di sektor pembinaan.
Nak buat macam mana.. tak boleh nak bersungut.. nanti dikatakan tidak bersyukur pula..

Ok lah kita lupakan masalah kita tu.. berbalik pada kek tempahan yang ita sempat siapkan. Kek Rusian Black and White dengan tema bapa dan anak. Ulang tahun mereka serentak, jadi si adik nak buat suprise pada kakanya dan abahnya...


Beliau minta buatkan kek dengan abah dan kakanya di atas kek. Beliau kirimkan gambar untuk ita buat rujukkan. Inilah hasilnya figurine babah dan kak Rosaliza.. tadaaaa....
Comel tak.. hihi

Terima kasih dan selamat ulang tahun ita ucapkan kepada pasangan abah dan anak ini.. semoga kebahagian mereka sekeluarga berkekalan hingga ke Jannah..



8 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

imej babah tu menjadik betul siap ada kelopak mata... eye liner kakak, kalah RCW tuuuuu... hihihihi

fazianbatrisyia said...

cute abah tu...siap kopiah, baju melayu & kain pelekat...

Ayu azmir said...

alololo... comelnya kek tu.....

Akeyla Azmi said...

wahhhhh :D
makin lama makin cantik ahhh :D piwit!!!
hihihi

Gee® said...

Alim jer babah tu...hehehe

Bicara Kak Noor said...

cantik dan menarik sopan je keduanya..

norinaomar said...

saya yang cikgu ni pun bawa bekal tiap hari Insya Allah.setiap hari azam saya taknak berbelanja di kantin tapi lately rajin beli air pulak di kantin tu n bubuh dalam tumbler besar,macam takboleh bawak dari rumah je..ishhh ishhh

cikla said...

cutelah siap berkopiah...like sgttttt

Powered by Blogger.