Follow if you like

Jan 22, 2014

Jom anak-anak kita deco cup cake!


Assalamualaikum anak-anak..
Apa khabar semua hari ni.. sihat tak?
Dah buat homework yang cikgu bagi?
Cepat siapkan.. jangan tanguh-tanguh nanti tak sempat siapkan dah kena marah pulak dengan cikgu.
Kalau homework dan siap dah boleh pergi main kan.. senang.. tak ada lah asyik teringat kat homework sekolah aje.. ya tak?

Ok hari ni auntie ita nak kongsikan cara-cara nak deco cup cake.. anak-anak suka tak?
Cup cake ni anak-anak boleh bagi pada kawan-kawan sebagai hadiah.. tak kiralah kawan-kawan punya ulang tahun ke.. atau atas kejayaan mereka. Selain itu anak-anak juga boleh jadikan hadiah untuk cikgu atau pun untuk hari ibu dan hari bapa. Kan seronok jika hadiah yang kita berikan itu adalah hasil air tangan kita sendiri. Tentu ibu dan ayah pun bangga. 


Hari ni auntie tunjukkan cara nak deco guna fondant dan edible image. Sebenarnya macam-macam lagi anak-anak boleh buat.. Auntie ita tahu semuanya kreatif kan..? Jom tunjukkan kreativiti anak-anak pula.

Untuk kek kali ni, auntie buat cake dalam cup plastik. Anak-anak boleh buat terus dalam cup kertas yang comel-comel atau nak buat macam auntie buat pun boleh..
Kali ni auntie buat kek rainbow, anak-anak boleh buat kek apa-apa yang anak-anak suka. Untuk resepi kek rainbow ni anak-anak boleh rujuk di resepi yang pernah auntie kongsikan di sini

Kek yang auntie buat ni auntie masak dahulu dalam loyang lain yang lebih besar, kemudian auntie potong dengan cutter bulat mengikut saiz cup tu. Pas tu auntie potong 4 untuk mendapatkan warna yang berlainan. Auntie susun berselang-seli warna dalam cup plastik, letakkan cream cheese frosting dan ulang semula proses yang sama hingga habis. Bila dah selesai, auntie simpan dalam peti ais supaya cream cheese tu sejuk dan mengeras.

Bila dah keras sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk mendeco kek pula.
Jom kita intai-intai dahulu apa bahan-bahan yang kita perlukan.


Bunga kecil tu anak-anak boleh buat sendiri daripada gumpaste atau fondant, atau anak-anak boleh beli di kedai jual bahan kek. Tapi pada auntie tak payah belilah kan.. kita nak guna sikit aje tak banyak mana pun.. Tapi anak-anak kena buat bunga ni lebih awal supaya dia keras dan mudah nak letakkan atas kek nanti.

Kita juga perlukan cutter. Cutter ni biar dia sama saiz dengan permukaan kek cawan kita tu..
Edible image ni anak-anak boleh dapatkan di kedai, kalau tak nak guna edible image anak-anak boleh juga buat sendiri apa-apa karektor yang anak-anak suka dari gumpaste atau fondant. Auntie tahu anak-anak pasti hebat kan !

Kita juga perlukan fondant dengan beberapa warna yang menarik! yang ni ikut suka anak-anak nak warna apa. Yang penting setiap warna tu biarlah ia kena antara satu sama lain.. taklah nanti macam pelik aje deco kita ni kan.. haha

Macam mana mudah aje bahannya kan.. jom kita mulakan. Auntie tahu semua dah tak sabar dah ni..
 
 
  • Mula-mula kita canai fondant untuk kita tutupkan pada cup cake kita. Canai tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis ya. Kalau ada roller macam auntie tu guna ring yang warna unggu tu ya.
  • Lepas canai kita terap atau kita potong dengan cutter bulat yang sama saiz dengan permukaan cup cake kita tadi.
  • Lepas tu boleh lah kita letakkan edible image atau apa-apa gambar yang telah kita sediakan. Tampal kemas-kemas ya pada tengah-tengah bulatan tadi.
  • Kemudian auntie gunakan alat untuk buat tali. Kalau anak-anak tak ada anak-anak boleh roll sendiri dan bentukkan macam tali, halus aje ya.. . Atau boleh buat juga buat bulat-bulat macam guli tapi buat kecil-kecil aje tau...macam manik
  • Letakkan tali atau guli kecil tadi sekeliling edible image, ini bertujuan untuk tutup bahagian tepi edible image supaya nampak kemas. Anak-anak boleh lekatkan guna gum khas kalau tak ada guna air pun boleh. Jangan letak banyak tau air tu.. sikit aje.. untuk lekatkan dia aje..
  • Dengan tali yang sama, auntie buatkan riben, ini untuk mencantikkankan lagi cup cake kita.
  • Letakkan bunga kecil sebagai pemanis, supaya ia nampak sweet aje.. Mudah kan..?
  • Akhir sekali kita letakkanlah atas cup cake kita dengan kemas..
  • Tadaaaa... dah pun siap!
  • Susun dalam kotak , kalau ada yang nak tulis apa-apa ucapan boleh lah buat pada satu atau 2 cup cake tu..



Akhir sekali anak-anak ikat kotak dengan riben dan letaklah kad ucapan sebagai penganti diri. Macam mana? Senang aje kan? semua pun boleh buat lepas ni.. Jom tunjukkan kreativiti anak-anak!



Selamat mencuba!




11 comments:

Rina Audie said...

wah mudah sekali Cikgu Ita. Insya Allah mau coba juga cikgu ^_^

s said...

Waaaa.... bagus nya Ita berkongsi cara-cara ni... Moha Allah berkati

Ita.... tunjuklah sekali nk buat deco dr gumpaste....

Saya walaupun dh punyai anak-anak yg dewasa suka sekali dengan deco cendawan merah ita tuh... like it so much

Cik Tetra said...

woahhhhh menarik! kak ita ni mmg ohsem! love you kak. :)

mimie said...

waaa..... cantik sangat kak ita.. :)

Ayung Ruby said...

Owhh kat sini kelas nye...hihii
So sweet n very simple..tq sis ita sudi berkongsi cara mendeco...
Walaupun sis ita xnak buka kelas tp sy senang mengganggap sis sebagai guru sy..

Ayung Ruby said...

Owhh kat sini kelas nye..hihii
Tq so much ye sis...sudi berkongsi cara2 mendeco..
Saya selalu ikut blog sis n refer resepi sis..
Really appreciate it..

Yusuf Ahmad said...

wah. walaupun sy laki tapi menarik deco camni. jika ada kesempatan singgahlah ke blog saya doknganga.blogspot.com

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

LISA HOMEMADE CAKE & COOKIES said...

Salam ita...cantik sgt kek ni...bg saya setiap sentuhan ita mmg mengkagumkan...dan thanks coz share semua tip2...ok nk tanya sikit boleh? ita guna acuan size berapa ya utk fondan yg cover atas cupcake tu...sy punya bila sy dah terap and letakkan dia x sama size ...ita guna acuan apa ya? maksud sy jenis atau brand apa ya?

Roses_Leo09 aka Hanim said...

sala kak ita,
hanim kagum dengan ketelitian kak ita, suuuukaaaa sgt

Eyna Zamilah said...

Waa.....terimakasih cikgu.

Powered by Blogger.