Follow if you like

Jan 13, 2014

Elmo 3D Birthday Cake


Assalamualaikum..
Ini adalah projek yang sempat ita siapkan petang semalam.
Tak sempat nak kongsikan semalam, hanya sempat share dengan kawan-kawan di FB sahaja.

Sebelum tu ita nak mohon maaf banyak-banyak pada tuan empunya kek ni, ikut perancangan asal beliau nak kek 4 segi. Tapi tu lah bila dah banyak sangat kek ita dah confuse.. berlakulah kesilapan teknikal sikit dan jadilah keknya ni bentuk bulat!
Adoiii... apalah ita ni.. lain kali ingat betul-betul.. supaya tak silap lagi ya..
jangan berangan..


Perkara macam ni ita rasa biasa berlaku juga pada bakers lain.. tapi tulah peringatan untuk ita supaya sentiasa peka.. mujur tuannya tak marah.. 

Kek untuk adik Raihana dan Arisa yang berkongsi kek ulang tahun yang sama. Happy birthday girls..  harap-harap suka dengan kek yang auntie sediakan..
 

Kek ni adalah kek coklat fudge. 
Elmo itu juga adalah kek dan boleh di makan tau!
Bulu-bulu almo ita gunakan buttercream. Mata, mulut dan hidung dari gumpaste.
Kek fudge yang di salut dengan ganache cream luarnya
Di salut pula dengan fondant untuk krim strawberry yang tumpah meleleh bila elmo timbul hehe..
Percikan air dari fondant adalah teknik terbaru yang ita cuba praktikan dalam sentuhan ita kali ini.
Kek yang pada ita sangat comel.. kerana ita cukup mengemari karektor Elmo yang cute ni..
Sayang ita nak melepaskan kek ni pada tuannya.. hehe
Harap beliau dan puteri-puterinya puas hati..
Segala kelemahan, kesilapan dan kekurangan, ita dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf... 
 
 



6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita, kalau utk kek mcm ni biasanya siapa yg memberikan idea, contohnya mnggunakan kek coklat fudge utk elmo tu.. boleh ce citer sikit.. hehehe..

MrS dOdOt_ShyG said...

as salam... kak, sy duduk di port dickson.. sy tgk kek akk cantik2 sgt.. cm ne care kalu sy nk tempah kek kat akk yer.. huhuhu..

msredcheesecake said...

absolutely gorgeous... budak2 mesti suka...mak budak pun suka...

Gee® said...

Sangat cantek..!!!

fazianbatrisyia said...

cantiknya...sy suka elmo. kalau sy tak marah kot...sebab hasil kek ni pon lawo sgt. tak sampai hati nak marah. kakak sy aritu tempah kek utk anak dia...buat kek hantaran lak tu...salah...nak 4segi dpt bulat...kecik lak tu.

Tak pe, kak ita boleh buat buku nota khas utk tempahan kot....tulis segala maklumat yg pelanggan nak...tak pun segala teknologi skrg boleh gunakan...ipad,notepad dll...then boleh double confrim dgn pelanggan.

Akeyla Azmi said...

alahai comelnyaaaaaaaaaaaaaaa elmoomomomo hihihiks

Powered by Blogger.