Follow if you like

Jan 7, 2014

Devil's Food Choc Sliced Cake


Assalamualaikum...
Ini adalah projek ita untuk hari ni, siapakan tempahan Devils Food Chocolate Sliced Cake yang di tempah customer.
Sebenarnya ita dan anak-anak cukup suka kek ni, kek ni rasanya sangat sedap pada selera kami sekeluarga. Resepi untuk kek ni pernah ita kongsikan dalam blog sebelum ini. Kalau ada yang belum cuba boleh lah cuba memang sedap!


Kek ni di tempah untuk ulang tahun adik Lukman. Ita rasa mungkin mama Lukman nak bawa kek ini ke sekolah dan diberikan pada kawan-kawannya. Selamat ulang tahun Lukaman.. semoga menjadi anak yang menjadi kebangaan ayah dan ibu.


Bagaimana cara ita buat kek ni?
Pertanyaan ini seringkali ita terima melalaui kiriman email atau di fb. Senang sahaja... Ita bahagikan adunan kepada 2 dan bakar dalam 2 loyang berasingan.
Bila dah masak tunggu kek sejuk sepenuhnya, sebelum kita sapukan cream cheese.
Kemudian ratakan krim cheese atas kek. Biarkan kek yang telah di sapu cream semalaman dalam peti ais. Bila krim dan mengeras barulah kita tuangkan ganache chocolate. Biarkan lagi dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum di potong.


Macam mana cara nak potong kek?
Panaskan pisau atas dapur, Kemudian lap dengan tuala basah, dan potong kek dengan kemas,. Pastikan pisau di tekan terus ke dasar kek, kemudian tarik. Pisau jangan di sorong tarik atau di naik turun supaya kek tidak comot. Bila dah potong terus simpan dalam peti ais sebentar agar ia keras semula sebelum di deko.


Harap penerangan ini dapat membantu.
Untuk kek ini ita deco dengan fondant dan tulisan daripada buttercream.
Selamat mencuba!


16 comments:

Mummy Hana said...

Rajinnya kak ita buat deco yg berlainan utk setiap kek..kagum sgt dengan hasilnya...

Bicara Kak Noor said...

assalamualaikum Ita, aduh cantiknya kek tu comel sngat, nanti akak cari resepi2 lama Ita macam nak buat jugak sbb dah terpikat..

Uda said...

wow.....cantik, kemas!!!. Sape yg dapat mesti tak nak makan dulu, tenung lama2 sampai puas!!!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

awesome!!!!

Cahaya Petunjuk said...

Assalam kak ita..masyAllah...cantik dan sangat kemas hasil tangan kak ita. saya impress sgt2..akak, boleh kongsikan buttercream punya resepi?

ZELDA said...

Salam Ita, bagaimana dptkan saiz yang sama sahaja?

Cik Eka said...

tringin betul nk makan kek akak yg ni.

nanti kalu ke johor, mmg nak tempah sebiji ngan akak.

hehehehe

nampak menarik sangat

::NureeN:: said...

bangganyer klau nureen dpt buat mcm kak ita..
:) cantik & kemas :)

Qasey Honey said...

dgn hasil yg sbegini..sudah semestinya customer psti sgt2 bpuashati..smoga akan terus sukses

Cik Sal said...

wow..sedap nyo..

Ayuni A said...

wah sedapnya.terliur...:)

Son Sabahan said...

Tekstur kek xkeras ke simpan dlm pti ais smlman?

eiman's mummy said...

Salam kan...

nak tanya..kak bahagikan kepada dua bekas bila nak bake kan...blh tahu size brp tak pan tu?

thanks kak...

Love Razila said...

Nak tanya...ada buat kelas basic baking tak? Yuran berapa ye? Tq..berminat nak belajar buat kek ni..

Love Razila said...

Nak tanya...ada buat kelas basic baking tak? Yuran berapa ye? Tq..berminat nak belajar buat kek ni..

Farjana haneef said...

Salam kak nak tanya pasal oven, saya guna oven yg ada kipas tepi bila bakar kek kena on kipas ke dan bakar kek letak kat tray bawah atau tengah..TQ

Powered by Blogger.