Follow if you like

Jan 25, 2014

Dc Mcstuffins lagi dan lagi..




Kek Dc Mcstuffin lagi..
Ramai pula yang menyukai karektor kartun doktor yang comel ni. Sampaikan ita dah kekeringan idea untuk mendeco..

Dalili kata kali ni jadik sikit rupa Dc ni.. hehe selalu dia kata tak jadi.. macam-macam komplen anak dara ita sorang ni..

Ok dalam kek rainbow dengan cream cheese frosting untuk layernya
Luarnya ita salut buttercream
Deco pula figurine Dc Mcstuffins bersama hiasan dari fondant
Saiz kek 9 inc
Tinggi kek tidak termasuk patung tu dalam 6 inc kalau campur patung tu dalam 10 inc
Harga kek tidak bergantung pada berat ya, sebab berat setiap kek tak sama. Harga kek ita ikut saiz kek, jenis kek di dalam dan deco hiasan. Setiap kek harganya tak sama, ya sebab ini homemade cake.
Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi 017 7279179
Minta maaf banyak-banyak pada yg selalu minta pm harga.. sebab ita sibuk tak sempat nak balas komen. Pada yang benar-benar nak oder sahaja ya call no di atas, sebab ita tak punya banyak masa nak bersembang.. nanti kek tempahan orang tak siap pulak
Ita tidak ada delivery untuk mereka yang berada di luar Johor Bahru harap makhlum.




3 comments:

Mrs.Leela said...

bagus penerangan kak Ita. Ramai yang beranggapan homemade cake biasanya tak mahal.....sedangkan ianya dibuat dan direka ekskulusif utk seseorang tuu....Kadang2 saya juga mengharungi situasi yang sama...well done kak Ita...... Harap berjaya selalu...

Akeyla Azmi said...

aaaaaaaaaa sgt cantik <3

Rose@QasehNurlisa said...

Ya setuju.hanya jauhari yg mengenal manikam.seni tu tidak boleh diukur dengan harga

Powered by Blogger.