Dec 28, 2013

Dora The Explorer jom belajar cetak huruf


Dora the Explorer adalah seri animasi anak-anak dari Amerika milik jaringan television kabel Nickelodeon. Episode percobaan disiarkan tahun 1999 dan menjadi seri reguler mulai tahun 2000. Seri animasi ini dibuat oleh Chris Gifford, Valerie Walsh, dan Eric Weiner.
Dora the Explorer sangat sukses sehingga sudah menghasilkan 1 milion dolar Amerika hanya dalam penjualan tahun 2004 saja.


Watak utama cerita ini adalah seorang gadis genit, comel, baik hati dan sangat suka mengembara.
Ia selalu ditemani oleh Boots, seekor monyet. Mereka berdua mengembara untuk membantu seorang teman atau mencari sesuatu yang mereka perlukan.

Arah pengembaraan  mereka biasanya dibimbing oleh peta yang jika tidak digunakan  ianya tersimpan dalam bag galas milik Dora. Selain peta, di dalam bag galas Dora juga terdapat berbagai benda yang kebiasannya diperlukan dalam pengembaraan mereka.

Sepanjang perjalanan mereka akan dibantu oleh beberapa teman yang akan menolong mereka, seperti keluarga dan saudara Dora, juga binatang-binatang, tumbuhan, atau benda yang boleh berkata-kata.
Satu-satunya yang sering menganggu perjalanan mereka adalah Swiper, seekor rubah. Swiper suka mencuri barang-barang yang diperlukan  dalam perjalanan.


Dalam penjelajahannya, Dora banyak mengajak penonton untuk turut serta membantunya, seperti mengajak anak-anak yang menonton untuk menjawab pertanyaan Dora, membantu menghitung, memilih jalan atau benda yang mereka perlukan dari beberapa alternatif pilihan, mencari benda yang tersembunyi, atau memperingatkan bila Swiper menghampiri mereka.

Cerita berlanjutan dengan munculnya anak panah menyerupai penunjuk tetikus dalam komputer, sehingga penonton seolah boleh melakukan pilihan atau menunjuk sesuatu.
Di ahir perjalanan, ketika tujuan mereka sudah tercapai, Dora biasanya merayakan kejayaan dengan menyanyikan lagu kejayaan pengembaraan mereka. Dora juga akan menanyakan para penonton bahagian mana dari pengembaraannya yang paling disukai.

Cerita ini sangat menarik untuk tontonan anak-anak kecil, kerana ia sedikit sebanyak dapat membuka minda mereka untuk berfikir dan belajar.


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi kaedah untuk menulis abjad atas kek.
Ramai antara rakan-rakan yang dah beli cetak huruf abjad ni , tapi masih tidak tahu kaedah atau cara menggunakannya dengan betul. Jom ikut ita kita belajar cara mudah untuk menulis nama dengan cetak huruf ini.


Mula-mula dapatkan cetak huruf ini di kedai menjual bahan kek
Sediakan gumpaste dengan warna yang kita inginkan
Masukkan sedikit tepung jagung ke dalam kain muslin dan jadikannya seperti bunjut.
Canaikan gumpaste paling nipis
Tepukkan debu tepung jagung pada kedua-dua belah gumpaste yang telah di canai nipis tadi
Tepukkan debu tepung juga pada cetak huruf yang kita inginkan
Dengan menggunakan roller, rol supaya ia rata dan menampakkan huruf
Kemudian dengan hujung roller kita ratakan sekali lagi supaya permukaan tepinya licin dan mudah untuk ia tanggal dari cetak
Buangkan bahagian lebihan yang tidak perlu dengan lidi bersih
Kemudian ketuk-ketukkan cetak hingga gumpaste huruf tertanggal dari cetak
Tadaa... dah siap! mudah aje kan..
Selamat mencuba!


Frozen Disney Birthday Cake


Frozen filem Disney yang baru di tayangkan di Malaysia. Cerita ni ditayangkan di Malaysia dalam 2 versi. Satu filem asal berbahasa Inggeris dan satu lagi di alih bahasa ke dalam Bahasa Malaysia. Biasa kalau cerita kartun Disney ni seronok jika di tonton dalan versi bahasa Inggeris.

Baru-baru ini ita berkesempatan menonton filem animasi yang cukup mendapat sambutan dikalangan peminat filem dari luar negara terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil. Seronok menonton filem animasi ini, kerana jalan ceritanya pada ita cukup menarik, tidak meleret-leret dan tidak membosankan. Ita boleh katakan filim animasi ini cukup hebat dengan kesan bunyi yang baik karektor dan watak yang hebat dan lagu-lagunya juga sesedap halua telinga mendengar.


Cerita ni berkisahkan kasih sayang, antara adik Anna pemilik suara ( Kristen Bell) dan kakak Elisa pemilik suara (Idina Menzel). Sewaktu zaman anak-anak mereka cukup rapat, tapi oleh kerana satu kemalangan akibat tangan Elisa yang boleh membuat ais. Akhirnya mereka dipisahkan walaupun hidup dalam istana kerajaan Arendelle.


Watak orang salji yang bernama Olaf, membuatkan cerita ini mempunyai sedikit sentuhan lucu. Olaf yang comel pasti akan sentiasa mencuit hati kanak-kanak. Kehadirannya bersama beberapa rakan lagi lakonan Kristoff (Jonathan Groff) dan seakor rusa dalam membantu Anna mencari kakaknya yang melarikan diri setelah rahsianya diketahui.

Cerita ini juga mengigatkan kita supaya tidak mudah mempercai orang yang baru dikenali, kerana pasti ada sahaja musuh dalam selimut.
Pelbagai pengajaran, di tonjolkan dalam cerita ini, yang pastinya semuanya membuatkan kita terhibur.

Film hasil sutradara oleh Chris Buck (Tarzan, Surf's Up) dan Jennifer Lee (penulis skenario Wreck-It Ralph) dan diproduksikan oleh Peter Del Vecho (Winnie the Pooh, The Princess and the Frog). Menampilkan musik dari Tony, pemenang Robert Lopez (The Book of Mormon, Avenue Q) dan Kristen Anderson-Lopez (In Transit)






Dec 23, 2013

BoBoiBoy Cake


Watak-watak dalam cerita animasi sangat penting dalam menzahirkan sesebuah karya. Apa sahaja karektor kartun animasi samaada dari luar atau dalam negara, ianya cukup dekat dalam jiwa anak-anak.

Hari ini kita bercerita sedikit pasal cerita animasi superhero yang menjadi kebangaan Malaysia. Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang berjaya menghasilkan produk kreatif animasi BoBoiBoy ini ialah Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin, bolehlah dianggap satu kebangaan dan amat-amat dinantikan oleh masyarakat Malaysia, setelah sekian lama anak-anak kita dilambakkan oleh produk luar negara.   
              
Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemahkan daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya cerita animasi Upin Ipin sehingga ianya menjadi satu fenomena satu masa dahulu.

Siri BoBoiBoy diterbitkan dalam dua versi bahasa serentak, iaitu Bahasa Malaysia untuk pasaran tempatan dan Bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa, kedua-duanya memanfaatkan bakat pelakon suara tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Untuk dialog bahasa kebangsaan, Nur Fathiah Diaz, bekas pelantun suara watak Upin  Ipin, dipelawa kembali ke bidang lakonan suara untuk menghidupkan watak utama siri ini dan Wong Wai Kay, 10, sebagai watak utama BoBoiBoy.


Boboiboy menceritakan kisah seorang budak berusia 10 tahun yang mampu untuk menukarkan dirinya kepada 3 karakter yang mempunyai kuasa yang berbeza. Kejahatan yang dipaparkan dalam kartun animasi ini adalah berkaitan keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.

Sebagai superhero, Boboiboy mampu menukar dirinya kepada 3 karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin, dan kilat. Antara watak lain yang turut menambah warna kepada siri yang mengangkat kisah Superhero pertama kanak-kanak Malaysia ini ialah Ying, Gopal, Adu Du, Ochobot dan Tok Aba.

BoBoiBoy sememangnya mempunyai auranya yang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan pencapaian anak muda ini.


Dec 19, 2013

Bengkel dekorasi Cup Cake sehari bersama anak-anak

Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah kerana kelas deco cup cake bersama anak-anak belangsung dengan jayanya. Kelas yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 10 Dis 2013 terpaksa ditunda ke 18 Dis memandangkan kesihatan ita yang tak berapa mengizinkan.


Alhamdulillah dan terasa lapang di dada bila dah dapat tunaikan janji pada sahabat ita. Selagi ita tak tunaikan janji, tak boleh tidur malam ita dibuatnya. Pada ita berjanji tu memang mudah tapi nak tunaikan alamak payahnya.. kalau tak tunaikan, perasaan bersalah sentiasa membelengu diri ini..

Ini merupakan kelas  ita yang pertama atau mungkin juga yang terakhir.
Ini juga merupakan pengalaman ita yang pertama dalam bidang yang tak pernah terlintas langsung difikiran ita yang akan ita lakukannya satu hari nanti.Tapi akhirnya ita berasa sangat seronok bila berada di tengah anak-anak yang comel-comel dan semuanya memberikan aura positif dalam diri ita.

Syukur ita kehadarat Allah kerana menemukan ita pada mereka-mereka yang sentiasa meniupkan semangat buat ita. Yang mempercayai bakat ita yang naif ini. Ita rasa teramat berterima kasih kepada Chef Amer, Chef Asmah, Pn Siti Zaleha, kepada sahabat-sahabat ita di FB dan juga follower ita di blog Masam Manis yang tak pernah putus- putus memberikan ita semangat, yang sering menggalakkan ita mencuba bidang yang ita tak pernah terfikir ita akan lakukan. Mendengar nasihat Chef Amer buatkan ita terasa sangat nak mencuba walaupun perasan rendah diri cukup menebal dalam diri ini, siapalah ita untuk berada bersama-sama mereka yang dah ada kelompok dan peminat mereka sendiri. Ibarat langit dengan bumi jika dibandingkan keistimewaan dan kehebatan mereka yang sudah sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Membaca email Chef Asma membuatkan ita menitiskan air mata dan membuak-buak perasan ita ingin menyahut saranan dan tunjuk ajar dari beliau. Walaupun ita tak pernah bersua dengan beliau, tapi kata-kata beliau buatkan ita berasa beliau terlalu baik dan cukup dekat dihati ini.

Cuma satu yang ita pinta janganlah ita dibandingkan dengan insan yang dah sememangnya pakar, ita hanya baru bertatih dan ingin mencari seberapa banyak pengalaman dalam hidup sahaja sebelum ita menutup mata. Ita ingin memetik kata-kata Dr Irfan Khairi "memiliki ilmu sahaja bukanlah satu kekuatan tetapi ilmu yang dipraktikkan dan diaplikasikan adalah kekuatan kita sebenarnya"

Sebenarnya ita tak sabar nak bercerita tentang keseronokan ita bila bersama dengan anak-anak. Cuma kesihatan ita yang tak berapa memuaskan buatkan pergerakan ita cukup terbatas. Tapi ita cukup seronok.. dan yang paling seronok bila anak-anak ni panggil ita Cikgu.. hihi
"Cikgu macam mana ni...?"
"Cikgu nak pasang macam mana ?"
"Cikgu boleh makan ke minion ni..?
"Cikgu boleh tak kita nak buat Upin Ipin?"
"Cikgu bila kita nak buat kek?"

Aduhhh.. pasti ita akan rindu suara dan gelak tawa mereka..
Anak-anak  ibarat kain putih.. Mereka cukup jujur bila berbicara. Tak pernah ada terselindung.. itu yang ita terfikir seeloknya ita mulakan dengan mereka yang jujur, bersih dan ikhlas hatinya.. Semoga Allah memberkati setiap apa yang ita lakukan sentiasa melindungi diri ita dan keluarga berkat doa-doa mereka.


Jom ikut ita masuk kelas, ita kenalkan dengan anak-anak didik ita yang comel-comel dan keletah-keletah semuanya.


Memulakan kelas pagi itu dengan masing-masing memperkenalkan diri. Anak-anak ni dia mula-mula malu-malu kucing tau! tunggu sat lagi bila enjin dia dah panas....


Anak-anak ni mereka tekun bila kita suruh buat.. dan sangat kreatif.! kadang apa yang mereka buat yang kita pun tak terfikir..
Mereka suka mencuba dan pantang nampak benda baru. Terutamanya yang berwarna-warni.. itulah yang mereka paling suka.. nama pun anak-anak kan.. dan gelagat mereka buatkan ita rasa cukup terhibur hari itu.
Sebenarnya dah lama ita tak main dengan kanak-kanak. Anak-anak ita pun dah besar, tinggal Dalili sorang aje.. kat rumah teman ita. Dalili pun seronok sangat dapat jumpa kawan baru, hilanglah sunyi dia.. Balik asyik sibuk pot..pet..pot..pet cerita pasal kawan-kawan barunya.. sampai tanya bila mak nak buat kelas lagi.. kita nak jumpa fara.. mira.. best..best..best..sangatt..

Dulu masa anak-anak buah ita masih kecik-kecik, rumah ita lah tempat mereka berkumpul. Kalau cuti sekolah macam ni, memang riuh rendah rumah ita dengan anak-anak saudara. Suami ita pula suka melayan.. sampai tak nak balik rumah. Tapi sekarang masing-masaing semua dah dewasa dan remaja.. dah ada kehidupan sendiri.. Cuma seorang aje anak saudara ita yang kerap melawat ita dan keluarga.. setiap kali cuti dia akan datang rumah ita. Dia anak abang ita..


Makan tengahari hari itu disediakan olen Pn Siti Zaleha dari Oliez Academy. Terima kasih cik Siti.. Berselera anak-anak kita makan.. ialah bila makan ramai-ramai dengan kawan-kawan memang cukup seronok. Sambil belajar deco-deco juga ada jajan untuk kunyah-kunyah.. mi siput yang soo.. crunchy! sedap yum.. yum..  Adik farah kita sempat berbisik pada ita.." kalau ada sambal kicap ni.. lagi best! kan cikgu.. hahaha kata-katanya buatkan ita tergelak..  kelakor tau adik farah kita..
Siapa nak oder boleh contact kak Siti kita.


Sesi akhir petang itu.. yang anak-anak tunggu-tunggu, main dengan buttercream. Seronok betul dorang dapat main dengan buttercream dan fondant. Masa ni lah nak tengok betapa kreatifnya mereka!


Inilah kek yang sempat anak-anak sediakan Kek Choc Moist. Ingatkan nak deco ramai-ramai kek ni, tapi masa pulak tak mencukupi.. tak apalah mungkin di lain kali kita deco atas kek besar pulak lah ya.. anak-anak.. ^__^

Jom kita lihat pula hasil kreativiti anak-anak pulak!





Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Pn Siti Zaleha dan Oliez Academi yang sudi mengundang ita


Kepada ibu bapa dan anak-anak juga
Mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang bengkel ini berlangsung.
Semoga kita berjumpa lagi.. 


Dec 17, 2013

Jom belajar buat figurin bersama Cik ita


Assalamualaikum anak-anak..
Anak-anak sedang buat apa tu..
Cuti-cuti sekolah ni tak ada pergi jalan mana-mana ke?
Bagi yang sedang makan angin atau melancung bersama keluarga, selamat bercuti cik ita ucapkan. Jaga keselamatan di tempat orang tau! jangan pandai-pandai nak gi jalan sendiri pulak.. nanti sesat siapa yang susah..

Bagi anak-anak yang tak tau nak buat apa cuti sekolah ni.. apa kata jom ikut cik ita masuk kelas deco-deco Cup Cake. Mesti anak-anak suka bermain dengan gumpaste, fondant dan buttercream.
Boleh cipta atau deco apa-apa sahaja karektor katrun animasi yang anak-anak  suka!


Nak tau macam mana cik ita buat kartun comel-comel ni..
Macam mana kita nak deco kartun yang comel ini atas cup cake supaya ia menjadi satu hadiah yang istimewa untuk mereka-mereka yang kita sayang.

Pasti anak-anak teringin menghadiahkan cup cake dengan dekorasi kartun comel untuk ibu, ayah, kakak, abang, kawan-kawan maupun guru-guru di sekolah.
Seronok kan bila kita dapat buat sesuatu yang istimewa untuk orang yang kita sayang..


Pada anak-anak yang tak tau nak buat apa cuti sekolah ni, bolehlah daftarkan nama jika nak mengikuti bengkel bersama Cik Ita mendeco cup cake comel untuk insan yang kita sayang.

Anak-anak kenalah minta kebenaran dari ibu bapa anak-anak terlebih dahulu ya! kalau mak izinkan barulah anak-anak boleh datang dan belajar dengan cik ita.

Anak-anak tak perlu bawa apa-apa. Semuanya disediakan. Tapi kalau anak-anak ada karektor kartun animasi yang anak-anak suka dan teringin sangat nak buat,  anak-anak boleh bawa ke bengkel untuk kita deco bersama.

Jika anak-anak berminat bolehlah hubungi Pn Siti Zaleha di talian 0197550154
Tarikh kelas :  esok bersamaan 18 hb Dis 2013
Masa : bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir apabila anak selesaikan menyiapkan cup cake ana-anak
Lokasi : di Oliez Academy, no 60, jln pulai perdana 11/1, tmn sri pulai perdana, skudai(kedai bawah) 
Mereka yang boleh turut serta adalah anak-anak yang berumur 7 hingga 12 tahun

Doakan cik ita sihat supaya kita sama-sama dapat belajar ya..





Hugglemonster Cake
Kek Absolute Choc cake
Saiz 9 inc
Layer Italian buttercream dan choc ganache
Deco Figurine dan fondant
Tema warna colourfull



Dec 16, 2013

Birthday cake untuk suami tersayang


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Macam mana cuaca di tempat sahabat-sahabat ita sekalian? 
Nampaknya cuaca di JB ni dah pun semakin cerah. Hujan pun dah berhenti. Matahari dah mula bersinar kembali. Harap cuaca yang indah dan matahari yang bersinar indah ini  juga memancarkan cahayanya di tempat sahabat-sahabat ita juga. 



Minggu ni ita banyak dapat tempahan untuk birthday cake. Kebanyakkan kek adalah untuk suami dan bapa tersayang. 
Hari ini ita nak kongsikan kek birthday untuk suami yang di hadiahkan oleh isteri tersayang. 
Kek yang ita buat ni adalah Rusian Black and White Cake. Bersaiz 9 inc bulat. 
Tema kali ini adalah tema kasih sayang. Kasih sayang seorang ayah kepada keluarga dan anak-anaknya.


Untuk mengambarkan betapa sayangnya ayah terhadap anak, ita meletakkan love berwarna warni menghiasi kek sebagai simbul betapa kasih ayah yang ceria dan segar untuk keluarga tersayang. 
Tali pula ibarat ikatan kekeluargaan yang utuh.



Customer, ingin ita letakkan figurine ayah dengan babynya. Ita tergambarkan tentang ayah yang begitu menyayangi anak-anaknya yang sentiasa membantu sang isteri menjaga dan melayan anak-anak setiap masa.

Betapa bahagianya bahtera kekeluargaan mereka. Ita berharap agar mereka terus melayari bahtera perkhawinan dan semoga rumahtangga mereka terus di sinari kebahagian dan sentiasa dilimpahi dengan kasih-sayang yang berpanjangan. 

Hari ini juga ita akan kongsikan bagaimana caranya ita membuat tali. Ramai yang bertanya cara dan kaedahnya. Ok ita kongsikan di sini cara mudah ita membuat tali.


Untuk membuat tali ni ada alat khas yang ita gunakan berbentuk skru macam dalam gambar. Ia didatangkan khas besama beberapa tools pelbagai corak yang kita inginkan. Ada bentuk bulat besar, kecil, ada bulat banyak dadengan saiz yang berbeza-beza mengikut apa yang kita inginkan. Ada bentuk empat segi , segi tiga dan juga bentuk diomond.

Ita tak ingat kat mana ita beli sebab ita beli ni dah lama juga, tapi yang pasti kat kedai jual bahan kek. Harganya agak mahal lah kalau tak silap ita RM 100 ++ dah tak ingat sangat lah dah lama dah ni.. tapi lebih kurang macam tu lah harganya. Cubalah cari kat kedai jual bahan kek. Ita ni suka sangat singgah kedai kek, kalau jumpa aje pasti ita singgah untuk cari barang-barang yang menarik. Bila dah banyak sangat kedai yang ita singgah ita dah tak ingat kedai yang mana satu.. tapi rasanya di KL lah kan. Kalau kat JB ni memang payah nak cari peralatan untuk buat kek.

Ok caranya mudah, kita boleh guna fondant atau gumpaste. 
Mula kita canai fondant atau gumpaste bentukkan selinder supaya mudah kita masukkan dalam alat itu tadi. Pas tu kita tutup skrunya yang kita dah letakkan tools yang kita inginkan. Untuk buat tali ita pilih tools yang ada banyak lubang-lubang kecil.
pas tu kita pusinglah skrunya nanti akan keluarlah fondant dengan bentuk tali yang kita inginkan. 
Pas tu kita pintallah ia membentuk tali. Mudah aje kan!
harap penaerangan ita ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada kawan-kawan untu mendeco atas kek yang di tempah oleh customer anda pula. Selamat mencuba
Happy cooking and baking


Dec 14, 2013

Mee Hailam




Ramai yang mengeluh dan bersungut sekarang. Harga barang semakin melambung-lambung tingginya. Dulu kalau pergi pasar bawa RM 50, macam -macam boleh beli. Tapi sekarang baru capai ayam seekor dah tinggal baki duit syiling di tangan.

Mahalnya... la haii..
Bertambah-tambah mahal bila tiba musim tengkujuh. Sayur mahal, ikan mahal, ayam dan daging pun mahal jugak.. aduyaiii..
Teringat masa ita kecil-kecil dulu, kalau di kampung kami tak pernah beli ayam. Nak makan ayam kenalah tangkap ayam di reban. Kalau ayam dah terlepas pagi hari, alamat kenalah kejar sekampung..


Sayur pun tak payah beli, bila musim tengkujuh macam ni, mak selalu masak sayur kampung aje.. pucuk ubi masak lemak, pucuk kayu manis, turi, pucuk betik, pucuk paku, semuanya enak aje bila tiba musim tengkujuh. Yang paling sedap ubi rebus di cicah dengan sambal tumis.. kenyang sampai ke malam..

Mak selalu pesan, biar bebudi pada tanah.. bila susah-susah.. dapat juga buat alas perut anak-anak. Bila tinggal di bandar.. manalah tanah yang dapat nak bercucuk tanam. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di rumah pangsa. Manalah boleh bela ayam di rumah pangsa.. ya tak?


Bila ita kenang-kenang, macam manalah nasib mereka yang berpendapatan rendah. Anak pula bederet nak minta sesuap nasi. Gaji tak nak-naik.. tapi harga barang semua naik.. Belum lagi di tambah naiknya bekalan elektrik, air, harga minyak, gula.. ni tambang pengangkutan awam pun akan naik juga.. macam manalah nak hidup kalau macm ni..

Hujung tahun dah nak siapkan kelengkapan sekolah anak-anak pula, dengan yuran dan buku-buku latihan yang pasti turut naik juga harganya. Bagi yang naik bas sekolah.. dah kena bersedia dengan tambang baru.. kalau anak sorang.. masih lagi boleh bertahan.. kalau dah berderet.. sabar ajelah.. jawabnya..

Sekarang ni kita perlu berjimat, jangan banyak sangat melakukan pembaziran. Lebih-lebih lagi bila harga barangan yang semakin meningkat.
Dulu, mak ita selalu bercerita tentang kesusahan yang dilalui ketika perang Jepun. Nak dapatkan secupak beras pun susah. Sebab tu mak suka bercucuk tanam, pantang ada tanah sejengkal.. ada sahaja yang mak nak tanam. Kadang tak ada tanah mak tanam dalam tin biskut. Tanam cili padi, lada merah, kacang panjang, kacang bendi.. kata mak kalau sesak-sesak.. boleh juga buat lauk.


Mak juga selalu ajar ita cara nak jahit dan tampal baju yang koyak. Mak kata sayang baju tu.. masih elok dan boleh di pakai.. Kami adik beradik berkongsi baju, dari kakak sulung turun ke adik-adik. Baju sekolah jarang beli. Biasa pakai yang kakak punya. Cuma, ita ni payah sikit kerana masa kecil ita ni agak montel, jadi baju kakak biasanya ita memang tak muat. Bila mak belikan ita baju, pasti ada yang cemburu.. katanya mak sayang ita lebih.. sebenarnya bukan macam tu.. sebab ita memang tak muat baju akak. Kadang nak jaga hati kakak, walapun sempit dan sendat ita pakai lah jugak.. supaya tak ada yang bersungut. Ita tak sampai hati lihat mak teruk-teruk berkerja buat kuih untuk belikan kami baju baru.


Anak-anak zaman sekarang agak sukar nak faham kesusahan ibu bapa. Kadang-kala kita sebagai ibu bapa juga tidak mahu tunjukkan kesusahan pada anak-anak. Takut emosi mereka terganggu. Masa ita kecik-kecik dulu, mak dan bapa ita selalu ingatkan anak-anak supaya sedar akan kekurangan hidup. Kita tak boleh bandingkan diri dan kehidupan kita dengan orang lain yang hidupnya mewah. Bapa ita kata kalau nak senang tak ada jalan pintas, kita kena berusahasa dan kena rajin. Yang pipih tak akan datang melayang dan yang bulat tak akan datang bergolek. Kerana itu bapa ita tak pernah duduk diam, sentiasa bekerja siang dan malam.. bertambah-tambah lagi keluarga kami yang ramai..


MEE HAILAM

1 kg mee kuning atau mee tiau
1/2 kg daging ayam di potong kecil
1/2 kg daging lembu batang pinang di potong kecil
10 ekor udang
 
Bahan kisar
4 ulas bawang putih 
8 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ dipotong kecil dan rendam 
1 inc belacan
1 inc halia
 
Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan setengah cawan air
1 kiub ayam atau kiub daging
garam dan gula secukup rasa
 
Sayur
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
2 biji tomato ~ belah 4

Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Tapi kalau daging lain rebus dahulu hingga empuk
Kisar semua bahan kisar hingga halus. 
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis hingga harum
Kemudian masukkan daging dan ayam.
Masak hingga daging dan ayam empuk.
Tambahkan air jika kuahnya kering.
Masukkan , kiub ayam atau daging, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
Masukkan tomato buah yang di belah 4 
Perasakan garam dan gulanya
Kemudian masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti, karot dan putik jagung
Biar kuah merenih.
Jika suka kuah pekat bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.

 
Biasa ita akan masak kuah ni lebih.
Mee Hailam enak di makan panas-panas
Bila nak makan
Ambil pan kecil, masukkan kuah yang kita dah masak tadi sedikit untuk hidangan berapa orang nak makan
Panaskan
Masukkan mee kuning atau mee tiau, ikut kesukaan
Kermudian masukkan sayur-sayuran yang lembut, macam sawi, kubis daun sup dan daun bawang.
Jika sukakan telur, boleh pecahkan sebiji telur kemudian tutup pan tadi hingga telur setengah matang.
Boleh lah di hidangkan bersama cili jeruk, limau nipis dan taburan bawang goreng
ini untuk di makan dalam jumlah yang ramai.
Kalau nak masak sikit untuk sorang atau 2 orang makan, kecilkan jumlah bahan dan boleh di masak terus.


AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.