Nov 23, 2013

Ben 10

Cuti sekolah datang lagi..
Cuti akhir tahun yang agak panjang, sebelum anak-anak memulakan sesi persekolahan baru tahun hadapan.
Sekejap aje masa berlalu anak-anak dah semakin membesar.
Pasti cuti sekolah membuatkan ibu-ibu tak menang tangan melayan kerenak anak-anak.
Tapi hati-hati.. sentiasa pastikan keselamatan anak-anak. Pantau setiap pergerakan anak-anak yang semakin meningkat remaja.. supaya kita tak berputih mata di kemudian hari..


Bagi adik-adik yang menyambut ulang tahun pada hujung tahun, auntie nak ucapkan selamat ulang tahun.. Jadi anak yang solleh.. jangan tinggal solat.. hormat mak dan ayah.. dan yang paling penting cuti sekolah ni jangan nakal-nakal..!


Hari ni ita nak kongsikan kek yang di tempah oleh rakan FB yang bertemakan Ben 10.
Ben 10 adalah karektor animasi kesukaan adik Alfie. Mama Alfie tempahkan sekali beberapa cawan cup cake juga dengan tema yang sama.
Wah.. dah besar dah Alfie.. 5 tahun sudah usianya


Terima kasih, ita ucapkan.. atas kepercayaan
Ita harap sangat adik Alfie berpuas hati.. Kalau Alfie suka auntie lagilah beribu-ribu lemon sukanyaaa...
Selamat ulang tahun Alfie..





Nov 20, 2013

Misteri Villa Nabila


Tiba-tiba nama Villa Nabila menjadi cukup gah dan popular.
Misteri kehilangan adik Izzat merungkai satu persoalan yang masih sama-samar.
Aduh malas pulak nak ulas kes budak-budak yang cetek akal ni..
Ita petik kata Ketua Polis "Polis bayak lagi kerja lain nak buat.."

Benarkah wujudnya Villa yang diberi nama Villa Nabila di situ..

Teringat akan pertanyaan Dalili di suatu petang pada awal tahun..
" mak kawan kita kata ada satu rumah berhantu  depan Danga Bay "
"Nama rumah tu Villa Nabilla.."
" mak pernah dengar?" sambung Dalili lagi cuba melengkapkan jalan ceritanya..
" mak tau tak? kawan kita kata.. dulu rumah tu dihuni oleh sepasang suami isteri yang kaya.. dia ada anak tau mak.. perempuan namanya Nabila.. tu yang dia namakan rumah tu Villa Nabila" sambung Dalili lagi.. penuh semangat
Ita hanya mendengar.. biar dia terus bercerita..
" Mak tau tak? kawan kita kata.. mak dia dan ayah dia mati dalam kemalangan.. lepas tu dia telah di bunuh oleh orang gajinya yang inginkan harta bapanya yang banyak tu.. " sambung Dalili lagi dengan penuh lancar..
" Mayat Nabila kan mak.. katanya ditanam di dinding rumah tersebut.. Kesian dia kan mak"
Membugil matanya melengkapkan cerita dengan bersungguh-sungguh..
" Mak tak pernah dengar ke mak? mak kan duduk situ dulu.. " Pertanyaan Dalili buatkan ita tergelak..

"Mana lah ada Villa Nabila di situ.. mak tak pernah dengar pun nama Villa Nabila. Sejak mak kecil kawasan situ adalah kawasan permainan mak.. tau..! Ni mesti kawan Dalili nak takutkan Dalili.. Dah lah jangan percaya.. karut aje.." sambung ita cuba menenangkan Dalili yang dah mula percaya akan cerita dongeng itu..


Semalam Dalili berteriak sewaktu buletin TV3,
"kan mak kita kata betul.. ada Villa Nabila kat situ.. tu lah mak tak caya.."
Kata Dalili buatkan ita tergamam..
Terkebil-kebil biji mata melihat buletin yang di baca..
Budak hilang?
Villa Nabila?
uishhh.. macam mana ita boleh tak pernah tahu akan adanya Villa Nabila disitu..
Macam pelik ajeee...


Ita lahir pada tahun 1971 di bandarraya Johor Bahru di kaki Bukit Timbalan.
Dibesarkan di Kampung Mohd Amin di kaki bukit Straits View. Rumah atuk ita di situ begitu juga rumah mak cik ita yang lain..
Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nong Chik dan bersekolah agama di Bukit Zaharah.
Pada masa dahulu penduduk di Johor Bahru tidaklah sebegitu padat. Semangat kejiranan yang utuh membuatkan kami mengenali satu sama lain walaupun sepelaung jauhnya.. Rata-rata kawasan persekitaran adalah kawasan sepermainan kami adik beradik. Dari bandar JB, Jalan Ayer Molek, masuk ke Jalan Mahmoodiah.. Jalan Kolam Ayer , Jalan Petri , Jalan Abdul Samad, Jalan Sungai Chat, Jalan Nong Chik semuanya adalah laluan kami hari-hari. Ramai kawan-kawan ita juga tinggal di kawasan pesekitaran.

Bapa ita juga dibesarkan di situ, bersekolah di English College yang kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar. Bapa ita dahulu bersahabat baik dengan arwah Tok Mat atau lebih dikenali sebagai Allahraham Tan Sri Mohamed Rahmat. Mereka selalu keluar memancing di Pantai Lido bersama-sama. Tok Mat juga tinggal di situ bersama keluarga beliau.


Seingat ita kawasan Straits View adalah kawasan golongan elit. Di situ juga terdapat banyak rumah kerajaan. Rumah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan rumah Menteri Besar juga terletak di situ. 
Rumah di kawasan itu sangat cantik-cantik dan unik-unik. Rumahnya besar-besar.. maklumlah orang bangsawan.. Di situ juga banyak terdapat rumah yang penghuninya berbangsa Inggeris. Mungkin mereka adalah  kaum kerabat atau, saudara mara Sultan.. ita tak berapa pasti.. atau boleh jadi juga pembesar British yang masih berkhidmat dengan kerajaan Johor pada masa itu. Di situ juga letaknya Istana Bukit Serene, atau ita panggil Istana Hijau kerana bumbung Istana yang berwarna hijau.  Ita selalu juga merayap di kawasan itu, masa ita kecil dulu, kat situ banyak ditanam pokok buah mentega. Jadi kami adik beradik selalu lah dok rembat buah mentega yang ditanam di tepi jalan istana. 
Di situ juga lah terdapatnya sebuah hotel yang diberi nama Macinta. Hotel ini adalah antara hotel yang terawal di Bandaraya Johor Bahru. Tapi hotel ini bukanlah macam hotel sekarang. Kebanyakkan penghuni hotel tersebut adalah mat saleh dan minah-minah saleh.. kadang kala ternampak juga kelibat warga Jepun. 

  
Kenapa ita kata begitu..
Rumah mak cik ita betul-betul di bawah kaki bukit 
Setiap hari ramailah minah salleh dan mat-mat saleh yang lalu di tepi rumah mak cik ita untuk ke kedai Pak Habib yang terletak  betul-betul di sebelah rumah mak cik ita. 

Berbalik kita pada cerita Villa Nabila.
Yang mana satu yang dikatakan Villa Nabilla?
Ita sendiri kurang pasti

Ketiga-tiga rumah ini adalah berdekatan antara satu sama lain. Dan ketiga-tiganya tidak berpenghuni. Rumah yang telah usang dan telah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun lamanya. 
Sayang, rumah yang tersergam indah dengan lokasi pemandangan menghadap Selat Tebrau yang indah ditinggalkan sunyi tanpa penghuni.
Siapa pemilik banglo mewah ini masih menjadi persoalan dan suatu misteri...

Apakah misteri di sebalik rumah-rumah ini.. masih belum terungkai...



Seingat ita rumah usang 4 tingkat ini adalah milik seorang Dato' berbangsa Cina. Dahulu rumah ini dikenali sebagai Christine Palace. Rumah ini betul-betul berhadapan dengan Pantai Lido atau kini lebih dikenali sebagai Danga Bay di kalangan pengunjung. Seingat ita rumah ini telah didirikan pada era 80an. Sewaktu itu laluan hadapan atau jalan Pantai Lido merupakan laluan ita sehari-hari dari rumah ita ke sekolah. 

Rumah yang berwarna putih biru ini dan berbumbung biru keunguan, cukup gah pada era itu kerana struktur bangunannya yang sangat unik. Rumahnya bertingkat-tingkat mengikut kaki bukit dimana ia didirikan. Ia juga kalau tak silap ita merupakan antara rumah yang terawal menyalut pagar dengan mozaik. Kalau dahulu pagar bersalut mozaik dah kira kaya betul lah orang tu kan..

Sewaktu tinjauan ita ke lokasi, ita telah berkenalan dengan seorang pak cik ni.. Alamak ita terlupa pula nak tanya siapa namanya.. kerana terlalu asyik mendengar beliau bercerita.



Menurut kata beliau, beliau pernah bekerja di sini. Pemilik rumah ini katanya adalah seorang Dato berbangsa Cina yang dikenali beliau sebagai Dato Yap Sing Hock. Katanya lagi, Dato Yap adalah pemilik Christine Palace sebuah pusat hiburan yang popular di Johor Bahru pada era itu. Tapi menurutnya lagi, rumah ini bukanlah Christine Palace sebagaimana yang ramai sangkakan. Ianya adalah rumah persinggahan Dato Yap dan keluarga. Katanya lagi, sewaktu dia menjaga rumah ini dahulu, rumah ini sangat cantik. Terdapat 2 bangunan, satu di sebelah hadapan dan satu lagi di sebelah belakang dan di atas bukit. Rumah ini juga terdapat 2 kolam ikan yang selalu dibersihkannya setiap hari iaitu satu di bahagian hadapan, dan satu lagi di bahagian bangunan belakang.














Menurutnya lagi, selepas Dato Yap menghilangkan diri, dia pun turut meninggalkan rumah ini kerana telah menmdapat pekerjaan lain. Selepas itu dia tidak pernah lagi singgah di sini sehinggalah mendengar berita kehilangan budak lelaki di Buletin TV 3 malam semalam. 
Seingat pak cik inilah sewaktu dia bekerja di rumah mewah ni, tiada pulak sebarang peristiwa paranormal yang berlaku di sini.. Rumah ni ok aje.. dan sering dikunjungi saudara mara dan kenalan Dato Yap.

Ya.. baru ita teringat pusat hiburan Christine Palace yang terletak berhadapan dengan Flat Bukit Cagar. Tempat itu merupakan pusat hiburan yang kerap dikunjungi oleh warga kota terutamanya pada malam minggu. 

Ita segera meninggalkan lokasi dan bergegas ke Bukit Cagar, nampaknya bagunan itu telah pun di robohkan dan di gantikan dengan bangunan Fella Design.



Rumah usang di belakang banglo Dato Yap juga cukup indah pada amatan mata ita..
Struktur bangunannya yang unik  dalam binaan era zaman British membuatkan ita terlalu asyik mengamati keindahan bangunan usang ini. Kenapa ita katakan begitu, kerana bangunannya sama seperti bangunan rumah-rumah kerajaan era Kolonial di Johor. Sekali pandang bangunannya ita rasa se usia bangunan sekolah Bukit Zahara, sekolah agama ita yang terletak di Jalan Ayer Molek.

Rumah ini tidak lah sebesar dan segah bangunan rumah Dato Yap. Tapi ita sukakan struktur bangunan lama ini.
Rumah ini terletak betul-betull di atas bukit. Mengadap Laut Selat Tebrau. Tapi dek kerana bangunan rumah Dato Yap yang tinggi dan pokok yang telah merimbun, ia terlindung dari pandangan.
Ita tak pasti siapa pemilik rumah usang ini. Adakan ini yang dikatakan Villa Nabilla, Wallahualam..

Ita yakin ini adalah rumah orang kenaamaan berpandukan lambang kebesaran yang ada pada salah satu dinding bangunan.








Petak-petak dan batu bentuk gelung-gelung ini juga menimbulkan persoalan.
Tapi anggapan ita, ini adalah kolam ikan milik tuan rumah..
Pasti suatu masa dahulu kelibat ikan berenang-renag di kolam ini pasti memberikan satu keindahan dan ketenangan pada pemilik bangunan usang ini.

Kewujudan pokok ini di sisi juga merungkai satu persoalan.. kalaulah kita berada di sini pada waktu malam.. apakah yang kita gambarkan..


Ada yang kata rumah ini adalah rumah Dato Onn bin Jaafar. 
Tapi ada pula yang menyatakan kediaman Dato Onn terletak di Jalan Petri.
Kedudukan rumah ini yang agak jauh dari jalan raya membuatkan kita tidak perasan akan kewujudan rumah ini jika kita melalui jalan belakang.
Padang rumput yang menghijau dan rimbunan pohon sena turut menyembunyikan rumah indah ini dari pandangan mata.


Seorang pemuda yang bertugas membersihkan kawasan sekeliling, memaklumkan beliau sendiri tidak perasan akan adanya rumah usang ni di sini.. walaupun telah lama bertugas membersih kawasan persekitaran. Pelik bila dia melihat kehadiran ramai orang berpusu-pusu masuk ke laluan ini yang membuatkan beliau turut terpanggil untuk mengetahuinya. 



Ita cuba bertanya adakah beliau mengetahui siapa penghuni rumah ini.. beliau terus mengeleng-gelengkan kepala. 
Menurutnya lagi pelbagai kejadian aneh berlaku sepanjang beliau bertugas di situ.. yang katanya agak pelik.. tapi beliau tidak mengindahkannya. Biasalah kawasan lama dan sunyi pastinya membuatkan kita bermain dengan perasaan dan terbawa-bawa dengan khayalan.. sambung anak muda ini lagi..

Adakah benar rumah usang ni Villa Nabilla yang di katakan mempunyai seribu misteri...?
Terimgat ita akan filem RAHSIA lakunan Noor Kumalasari dan Shukri Hasyim
Macam ada persamaan aje..
Hanya Dia yang lebih mengetahuinya..











Nov 18, 2013

Dia datang lagi....

Assalamualaikum

Walaupun telah seminggu ianya berlalu.. tapi kehangatannya masih lagi terasa..
Itulah hebatnya penangan Nasi Beriani Power yang di bawakan khas oleh Chef yang tidak asing lagi ke Negeri Johor Darul takzim bumi yang bertuah ini.

Hujan renyai yang turun berselang seli dengan terikan sang mentari tidak sedikitpun mengugat kelancaran bengkel yang julung-julung kalinya di adakan di Pusat Latihan UTM. Sesekali memasak diluar seronok pulak rasanya..
Suasana santai dengan pohon menghijau sesekali ditiup hembusan angin, semakin merancakkan lagi majlis ini.


Dia datang...
dengan lengang-lengoknyaaa...
Dia datang...
dengan senyum simpulnyaaa..
Dia datang....
dengan senyum manisnyaaa...
Dia datang...
dengan lemah gemalainya...



Riuh dengan gelagat para peserta yang datang dari seluruh ceruk rantau bumi Malaysia dan jangan tak tau ada yang datang sejauh dari UK semata-mata untuk menuntut ilmu dari Chef yang tidak asing lagi ini.

Terima kasih yang tak terhingga dan tahniah buat para peserta. Sesungguhnya ita tahu, menuntut ilmu bukan lah sesuatu yang mudah. Bukan  wang ringgit sahaja yang terpaksa dilaburkan tapi apa yang paling berharga adalah masa yang di peruntukkan demi mengejar ilmu.


Penyertaan kali ini sungguh diluar jangkaan. Seawal iklan dibuka, panggilan talifon tidak putus-putus berdering. Hinggakan kak Siti kita tak menang tangan dibuatnya. Jumlah peserta yang melimpah ruah hingga hampir mencecah 100 orang yang mendaftar, membuatkan Olize Academi terpaksa menyenarai nama mereka yang telah meletakkan deposit terlebih awal. Chef Amer pula tidak mahukan kelas yang terlalu ramai.. ini demi menjaga keselesaan setiap peserta yang turut serta. Akhirnya kesepakatan di ambil antara pihak Chef dan Oliez untuk memilih 60 orang peserta sahaja untuk bengkel kali ini. Kepada yang tak dapat turut serta jangan berkecil hati.. Insyaallah Chef Amer pasti akan mengadakan lagi bengkel Nasi Beriani Power jika masa mengizinkan.



Demi memastikan bengkel kali ini berjalan dengan sempurna. Chef Amer awal-awal lagi telah berkampung di Johor, bagi menyiapkan segala kelengkapan memasak, dengan rempah ratusnya dan bahan-bahan basah yang di beli oleh chef sendiri. Ini bagi memastikan semua bahan yang di gunakan menepati piawaian chef dan yang penting bila di zahirkan di dalam hidangan ianya menjadi sesuatu yang cukup istimewa buat semua..

Satu guni beras Pusa di gunakan untuk memasak nasi beriani untuk di jamu kepada 300 orang. 3 ekor kambing juga di tumbangkan. Kali ini chef menggunakan kambing sebagai menghormati peserta yang beragama hindu. Ayam tak usah cakaplah kan entah berapa ekor pun ita tak pasti, yang ita tahu setiap peserta yang hadir di bekalkan dengan bungkusan nasi untuk keluarga yang menanti di rumah.
Seronokkan bila kita berguru dengan chef yang tidak lokek.. Bukan sahaja tidak kedekut ilmu malahan Chef Amer juga seorang yang cukup pemurah.. ini bukan lah ita membodek tau!! apa yang ita cakap ini adalah benar semata.. Kalu tak caya jom kita join kelas chef yang lain pula..


Keseronokkan jelas terpancar, apabila setiap peserta bergotong-royang dan turut sama memasak bersama-sama. Ini barulah benar-benar rewang kan..?
Bila melihatkan gelagat ini ita terus terbayangkan suasana kenduri-kendara dikampung.. Sesungguhnya suasana begini semakin terhapus dek kerana masyarakat kita yang semakin longgar semangat kejiranan.. semuanya nak mudah, ringkas dan cepat.



Apa yang menariknya yang ita inginkan kongsikan pada anda tentang bengkel kali ini adalah semangat kekeluargaan yang telah terbit dikalangan setiap peserta. Terharu ita apabila melihat setiap pesertya membawa makanan dari rumah masing-masing untuk di rasa dan di nikmati oleh rakan-rakan yang lain. Macam-macam makann, kuih muih, kek  dan lain-lain lagi.. tapi maaf sebab ita terlupa nak rakamkan hidangan yang dibawa oleh peserta kerana ita berasa sangat teruja dengan sambutan yang diberikan pada bengkel Chef kali ini. Terima kasih ya.. ita benar-benar mengharapkan jalinan ukhwah antara kita kekal berpanjangan.. insyaallah.. Apa yang pasti semua yang dibawa oleh setiap peserta memang sedap dan enak tak terkata..

Terima kasih juga yang bagi ita buah tangan.. segan pulak rasanya.. Tak tau apa yang dapat ita katakan... hanya rasa syukur dan semoga kalian dilimpahkan rezeki dari Allah..

Ini lah antara juadah yang disajikan pada hari itu..
Ita tak sempat nak ambil gambar masa kawan-kawan sedang menjamu selera kerana ita menunaikan solat. Bila ita turun semuanya telah selesai.. ini sahajalah yang sempat ita rakamkan untuk tatapan folower ita.. Jangan kecur air liur pulak tau!

Ita juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat kak Patmah Aspar yang bersusah payah membawakan udang untuk dimasak oleh chef.. Banyak nyalah akak bawak.. besar-besar pulak tu.. Ita tahu, pasti semua peserta juga teruja menikmati hidangan udang dari kak Patmah. Ita hanya mampu berdoa semoga Allah murahkan lagi rezeki akak.. semoga akak diberikan kesihatan yang baik.. dan sentiasa berbahagia disamping keluarga tersayang.

Bila kak Patmah bawa udang.. bertambah lagi ilmu kami semua hari itu.. bila Chef kongsikan pula resepi udang yang istimewa ini.. terima kasih Chef sememangnya chef seorang yang sempoi.. dan tak lokek ilmu..


Macam cantik.. aje..
Macam comel aje...
Macam cute aje..
peserta termuda kita kali ini..
ala tomeiii... tomeiii...


Tidak lengkap rasanya jika tidak mendapat sijil dari Chef. Kalau tak dapat sijil tu tak lulus lah kan chef.. Opsss.. hari tu ita tak dapat sijil tau!! nampaknya ita kenalah masuk lagi bengkel Nasi Beriani Chef.. hihi


Akhir sekali, tidak lengkap rasanya jika kita tidak mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat tenaga pengerak dan tunjang utama bengkel kali ini. Tanpa jejaka-jejaka hensem semalaya ini pastinya pincanglah maljis ini ibarat lagu yang tak berirama..
Semuanya masih bujang trang tang-tang.. kalau ada yang berkenan jangan lupa hantar borang  hihi

Jom kita intai-intai pula apa kata para peserta yang hadir bengkel kali ini




Nak tahu jadua bengkel Chef Amer seterusnya
Jangan lupa intai-intai jadual kelas Chef Amer di Sini
atau boleh juga jenguk di sini





AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.