Oct 31, 2013

Sawi Putih Masak Lemak




Bila pergi pasar, dalam kepala macam-macam dah difikirkan. Nak masak apa lah hari ni..?
Kadang kala dah baikkkk... punya perancangan dari rumah nak masak itu dan ini.. Tapi bila sampai pasar barang nak di cari tak ada lah pulak, terpaksa lah kepala ligat berfikir untuk tukar perancangan memasak.. Tukar menu lain lah pulak..

Situasi begini kerap berlaku pada suri rumah. Nampak mudahkan tugas sebagai seorang suri rumah.. Tapi sebenarnya ia adalah satu tugas yang agak sukar. Lebih-lebih lagi jika warga rumah itu agak cerewet dengan hidangan yang kita sajikan.. itu tak makan.. ini tak makan..

Ita cukup beruntung kerana memiliki suami yang tak cerewet bab makan. Apa sahaja yang ita masak.. dia akan menikmatinya dengan cukup berselera sekali. Cuma yang agak sukar untuk melayan selera anak dara.. Tapi mujur anak-anak telah ita didik supaya memakan sayur-sayuran. Untuk makan sayur tak ada masalah.. Apa sahaja sayur yang ita masak mereka akan makan. Anak-anak ita paling suka sayur kobis dan kangkung. Kalau masak pasti tak cukup seikat.



Sayur kegemaran ita pula, sawi putih. Dulu mak ita cukup suka masak sawi putih di masak lemak. Dan ini juga merupakan menu kesukaan ita. Nak.. nak pula jika dilawankan dengan sambal belacan dan ikan goreng.. dah buatkan ita tersandar kekenyangan.

Selepas ita berumahtangga, ita masaklah lauk ini untuk suami. Beliau yang tak pernah makan mula tercengang-cengang.. katanya maknya tak pernah pula sayur sawi di masak lemak. Kebiasanya maknya masak air atau di goreng kering.
Ita kata tak cuba tak tau..
Selepas itu.. suami ita cukup suka makan lauk ni.. bertambah-tambah dia makan bila dilawankan dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Menu yang simple ini amat membuka selera kami sekeluarga..


SAMBAL BELACAN LIMAU KASTURI

15 tangkai cili api
2 tangkai cili merah
2 inc belacan bakar
Limau kasturi secukupnya anggaran 5 biji
garam dan gula secukup rasa

Kisar atau tumbuk cili api, cili merah, belacan bakar, garam dan gula
Perahkan jus limau kasturi
Kulitnya di hiris halus dan gaulkan dalam sambal



SAWI PUTIH MASAK LEMAK

3 pokok sawi putih di potong
asingkan batang dan sayurnya
Batangnya potong 1 inc 

5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis ~ di rendam boleh juga guna udang kering atau belacan
1/2 inc kunyit hidup atau 1 sudu teh kunyit serbuk
Kesemua bahan di atas di kisar atau di tumbuk halus

1 batang serai dititik
1 batang cili merah di hiris
1 keping tahu yang telah di goreng jika suka
1/2 biji santan atau 100 gm santan KARA di bancuh dengan  sedikit air

Pijarkan sedikit minyak di dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan serai dan tambahkan air
Masak hingga didih
Masukkan batang sawi, tauhu dan santan
Biarkan merenih
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan sayur sawi dan lada merah
Sedia di hidangkan




 

Oct 30, 2013

Donut With Chocolate Croqant



Assalamualaikum
Hari ni ita buat donut lagi..
Donutttt??
Memang kesukaan ita. Dari dulu kini dan selamanya..
Tapi ita sebenarnya suka donut dulu-dulu yang mak buat. Donut yang gebu dan hanya di sira dengan gula icing. Kalau makan pasti tak nampak orang lalu kiri kanan.. hee

Sekarang ni, terdapat pelbagai donut dipasaran. Dengan pelbagai citarasa untuk menambat dan memikat selera pengemarnya. Tak kiralah apa donut sekalipun... ita tetap dengan selera anak kampung ita yang hanya sukakan donut sira gula icing..

Baru-baru ini ita ada terdengar tentang kelas membuat donut, dan ada member yang ajak ita join kelas tersebut. Tapi bila ita dengar tang yuran yang dikenakan.. beristifar panjang jugak lah... ya Allah mahalnya.. sampai cecah ribuan ringgit... Hanya donut aje tu.. aduyaiii... apasallah mahal sangat..

Mungkin bagi mereka yang berkemampuan tak ada masalah.. tapi bagi yang kurang.. alahaiii... kesiannya.. Kalau mungkin ada yang bercadang nak buka kedai donut.. mungkin boleh pertimbangkan untuk join kelas tersebut.. tapi kalau hanya belajar untuk makan family.. ita rasa lupakan ajelah.. bukan hari-hari kita nak makan donut.. ya tak??

Lagi pula pada pendapat ita kalau nak buka kedai jual donut sekalipun.. adakah kita mampu bersaing dengan kedai donut yang sedia ada..


Hari ni ita akan kongsikan Donut Choc Croqant. Bagi pengemar donut bersira chocolat ita rasa pasti akan sukakan rasa donut yang meletup-letup dimulut bila di kunyah..

Mungkin cara membuatnya sedikit rumit.. Tapi tak salah jika nak mencuba! ya tak?
Anak-anak dan suami ita suka donut ni.. Kata mereka sedap! boleh makan lagi dan lagi..
Ada yang nak cuba?
Jom kita intai-intai resepi dan kaedah membuatnya..

 


DONUT WITH CHOCOLATE CROQANT

500g tepung roti / tepung gandum / tepung superfine
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur
200 ml air

100g magerine / butter
1 sudu kecil garam

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh, canai dan terap seperti donat biasa atau bulat-bulatkankan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.

Cara ita
Ita masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Ita simpan doh di dalam oven yang ita panaskan sekejap. Tutup  api oven dan biarkan suhunya suam. Lepas tu ita masukkan donut dan rehatkan dalam oven yang suam hingga ia naik sekali ganda. Kemudian barulah di goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas.

GANACHE COKLAT
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI
Mac 2012

300 gm krim tenusu ~ whipping cream
30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter ~ ita tambah

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Tuangkan atas donut
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik
* buat 1/2 adunan sahaja

CROQANT

100 gm badam cincang
100 gm gula
20 gm butter

Masukkan gula dan badam dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. Kacau hingga karamel tersalut pada keseluruhhan badam dan nampak kuning keemasan
Tutup api dan masukkan mentega
Kacau hingga rata dan berderai

Masukkan 1/2 croqant dalam ganache
Salutkan atas donut
Baki croqant di tabur atas donut kemudian
Sedia dinikmati


Oct 28, 2013

Click! click! click
















Lama rasanya ita tak keluar outing sambil clik! clik!
Hujung minggu lalu dapatlah ita melempiaskan hajat nak ambil gambar luar sambil mengasah skill  ambil gambar yang tak berapa menjadi.. huhu dah berkarat.. 
Lokasi kali ni.. kami ke Sedili dan Mersing

Sebenarnya inilah hobi kami sekeluarga di masa senggang. Tapi lama dah tak buat aktiviti ni.. sejak sibuk dengan baking .
Anak-anak juga dah sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Pagi kami dah bertolak dengan harapan cuaca cerah hingga ke petang.. almaklumlah JB sekarang sering hujan.. lebat pulak tu..
Pagi kami singgah sarapan di Kota Tinggi sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang di tuju.
Tak banyak tempat yang menarik di sini. Susah juga nak dapatkan angle yang cantik!
Mangsa ita kali ini Amirul.. hihi model yang tak berbayar.. Anak dara ita hari ni bad mood.. Dia macam tulah.. kalau bad mood tak boleh paksa.. 
ok lah kita layan lah gambar yang sempat ita rakam..









Oct 26, 2013

Red Tie Cake untuk ayah


Absolute Choc Cake
Saiz 9 inc bulat
Deco Red Tie and Card
Fondant decoration
Untuk tempahan area Johor Bahru
017 7279179
atau pm saya di
Tender Biru
Azlita Masam Manis
Azlita Aziz





Minion and Agnes cake for Arif


Rusian Black and White Cake
Saiz 9 inc bulat
Deco Figurine Minion and Agnes
Half fondant cake decoration
Untuk tempahan area Johor Bahru
017 7279179
atau pm saya di
Tender Biru
Azlita Masam Manis
Azlita Aziz 



Oct 25, 2013

Kari Daging Mamak Style



Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua..
Dah masak?
Masak apa hari ni..?
Ita masak yang simple-simple aje.. Kebetulan daging korban yang mak bawakan tempoh hari masih berbaki. Jadi ita masak lah apa yang ada aje dalam peti ais.
Kalau hari Jumaat kena masak awal. Anak-anak balik sekolah pun awal. Kebetulan hari ni Amirul balik.. boleh lah makan bersama sebelum mereka pergi solat Jumaat.

Kalau masak kari.. ita selalu ingat mak. Mak ita cukup suka masak kari. Kadang-kadang boleh dikatakan setiap minggu mesti ada satu hari yang mak akan masak kari. Bila ita berumah tangga.. suami ita kurang sikit lauk kari ni.. jadi ita pun kuranglah nak memasaknya.. Bila sesekali masak lauk kari.. bertambah-tambah juga dia makan.. senang rasa hati bila lihat suami makan bertambah-tambah.. sedaplah tu.. hihi bisik ita..

Oh ya! sebelum kita inta-intai resepi.. ita naklah jawab beberapa pertanyaan yang sering ditanyakan. Berkenaan pinggan mangkuk dan periuk belanga lama yang ita gunakan. Ada yang tanya.. kak mana kak ita dapatkan barangan tersebut.?
Ita ni sebenarnya suka merayap.. kalau berjalan tempat tumpuan ita adalah pada pinggan mangkuk. Ita suka kumpul pinggan mangkuk.. sekarang ni dah tak ada tempat dah nak simpan.. rumah pun tak besar mana.. almari pun dah penuh dengan yang sedia ada..
Biasa kalau yang lama-lama ni ita cari di pasar karat.. Tempat yang popular di Ipoh. Kat situ kalau ita pergi.. aduyaiii... macam tak mau balik.. rambang mata..macam semua ita nak angkut bawa balik..
Barang lama ni kalau kita beli kena hati-hati. Balik kena samak dulu.. Walaupun ita tak menggunakannya dalam keperluan ita sehari-hari.. tapi ita kena pastikan ianya bersih dari najis yang kita tak nampak... Ialah kita pun tak pasti siapa tuannya yang terdahulu.. kan..

Ita hanya gunakan sebagai prop sahaja.
Bila ambil gambar masakan ita suka kalau prop yang digunakan bersuai padan dengan makanan yang akan ita hidangkan. barulah nampak aura masakan tersebut.. hihi itu pendapat ita sahaja.. mungkin bagi orang lain..  lain pula pendapatnya
Sebenarnya ita suka sangat pada barang-barang lama.. dari dulu memang suka kumpul barang lama. Kata orang tak ada yang lama.. tak adalah yang baru.. Barang lama yang penuh nostalgia.. Ita bukan beli sesuka hati aje tau! kebanyakkannya ada memori indah ita bersamanya yang perlu ita kenang..


Ok jom kita intai resepi kari yang dikongsikan oleh Iris Samara
Resepi asal menggunakan ayam, tapi ita tukar kepada daging

KARI DAGING MAMAK STYLE
Olahan daripada resepi Kari Ayam Mamak Style
Oleh Iris Samara
Rujukan : My Resepi

1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
Ita tukarkan ayam kepada daging 1/2 kg dipotong kecil

Bahan A
10 biji bawang putih
3 inci halia
~ dikisar

Bahan B
1 biji bwang bsar ~ dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan C
2 biji tomato
2 batang serai ~ diketuk
2 helai daun pandan ~ disimpul

Bahan D
8 sudu besar serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili  ~ ikut kepedasan masing-masing
Semua bahan ini disatukan dan dibancuh dengan air untuk mendapatkan pes

lain-lain
Ubi kentang secukupnya
3/4 santan atau susu cair

Bahan E ~ perasa semuanya secukup rasa
Serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
garam dan gula 

Tumis bahan A sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B dan bahan C. 
Tumis hingga daun kari agak garing.
Masukkan ayam dan ubi kentang. 
* Kalau guna daging, daging tu direbus dahulu hingga empuk.
Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. Ini la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai dan daun pandan tu. 
Tumis lebih kurang 3 minit, pastikan anda masak dengan api perlahan.
Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. 
Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.
Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan D masukkan bahan E. 
Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati
Ingat selalu tutup periuk dan masak dengan api pelahan.
Bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan atau susu cair dan garam. Kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.



Oct 24, 2013

3rd Bloggersary






Hari ni ulang tahun Masam Manis yang ke 3... uikkkk... macam tak caya aje kan...
Pejam celik... pejam celik tak sangka.. dah 3 tahun rupanya... Kalau baby mungkin dah pandai minta adik..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana Masam Manis masih ke udara. Walau tak sekerap dan serancak dahulu.. tapi kata orang baik ada dari tiada..
Nak buat macam mana tuannya asyik sibuk memanjang.. kadang kala tak sibuk tapi buat-buat sibuk.. dan cuba-cuba menyibukkan diri.. hihi

Tak sangka kan?.. Masam Manis mampu bertahan.. sejauh ini, ita jangkakan perjalanannya tak lama.. maklumlah tuannya ni ikut mood.. time rajin.. hari-hari nak up date.. tapi bila bateri dah weak.. mulalah ia meragam.. kereta antiklah katakan...

Tapi sebenarnya tak mudah tau nak bertahan sejauh ini.. Kadang kala ita rasa sangat sedih.. ialah bila orang luar tak faham minat kita Ada yang mula buat pelbagai andaian , dan tak kurang juga yang mencemuh.. yang kadang kala amat-amat menguris hati.. Ada ketika ita hampir-hampir putus asa.. sedihnya dengan ragam dan kerenah manusia..

Ita hanyalah manusia biasa... yang banyak kelemahan dan kekurangan.. Ada ketikanya ita juga melakukan kesilapan. Sebagai hambanya.. ita cuba bersabar. Hanya yang ita minta tolonglah fahami.. jangan terlalu mendesak dan juga terus menghukum..

Perjalanan sebagai blogger cukup mengujakan. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang jalan kenangan.. ada masam ada manis semuanya.. menjadi suatu yang ita jadikan pengalaman dan ilmu yang cukup berharga.

Malaslahkan nak menyorot kembali peristiwa masam yang berlaku.. biarlah ianya menjadi lipatan sejarah... Kita selak lembaran kemanisan.. semoga ianya menjadi penawar buat mereka yang seiringan. Boleh juga jadikan panduan meniti perjalanan kalian.

Memulakan karier sebagai blogger masakan 3 tahun yang lalu. Dengan berbekalkan kamera kompak ita belajar menyarap, merangkak dan bertatih.. Ada kala jatuh terduduk.. dipapah untuk berdiri semula.. di suruh berlari dan menari.. Indahnya.. anugerah yang tuhan kurniakan..


Dari sini ita mula mengenali ramai kenalan. Kenalan lama kenalan baru.. dan ada juga mereka yang menjadi idola ita selama ini. Selalu membaca dan menatap wajah beliau di  buku atau majalah masakan. Melihat aksi dan keletah beliau di TV dan kini ita banyak menimba pengalaman dari beliau.. Ilmu yang tercurah begitu besar maknanya pada ita.. Hanya doa ita panjatkan agar beliau terus di berikan kesihatan yang baik.. dimurahkan rezeki agar terus mencurahkan ilmu pada anak bangsa..

Peristiwa yang paling menyeronokkan apabila ita di beri peluang untuk membuat buku masakan. Ya Allah apakah aku bermimpi.. tak kala buku berada di dalam gengaman. Melihat buku-buku masakan ita tersusun kemas di rak buku di kedai-kedai buku.. aduh... sayu dan hibanya rasa di dalam hati.. Terima kasih ya Allah.. hanya pada mu aku bersyukur atas nikmat yang dikau pinjamkan..

Ibu dan bapa ita adalah orang yang paling gembira...
Mereka jugalah insan pertama yang ita tunjukkan buku masakan ita selain suami dan anak-anak. Melihat kecerian di wajah suci mereka.. tak tergambar betapa banyak juraian air mata ita mengalir.. Mungkin intan tak dapat membanggakan emak dengan segulung ijazah yang pernah ita janjikan.. tapi intan tahu.. mak dan bak sangat bangga dengan usaha intan selama ini... Terima kasih Mak.. terima kasih Bak.. kerana memberikan intan peluang merasai nikmat ciptaan Ilahi.. Ampunkan intan.. halalkan segal-galanya.. Ya Allah hanya padamu aku memohan agar dikau kasihi dan sayangi kedua ibu bapaku.. sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi diri ini..


Ita seronok berblog.. Seronok berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan..
Ita cukup meminati seni. Pada ita ianya anugerah ilahi. Tak semua orang di berikan bakat dan keistimewaan ini. Seni itu indah.. seni itu ilusi..
Hobi ita suka pada sesuatu yang indah.. Ita suka melukis.. ita sangat cintakan lukisan..
Ita sukakan keindahan.. dan keindahan itu ita garapkan dalam kepingan foto yamg ita rakamkan..
Apa yang Allah ciptakan ada keistimewaannya.. samuanya seni yang ilusi yang indah di mata dan berbunga ceria di hati..
Ita cukup suka menghias rumah. bakat semulajadi ini ita gunakan sebaiknya untuk keluarga..
Pada ita rumah adalah dunia ita.. ianya juga syurga buat ita dan keluarga..

Sekarang ita dah mula berjinak-jinak dalam menerima tempah. Ianya adalah atas permintaan.. Kerana itu ita tak ambil banyak.. sekadar mana yang ita mampu aje.. Ini pun sekadar suka-suka.. selagi ita suka.. kalau dah bosan esok.. esok ita berhentilah.. Ita cepat bosan bila buat sesuatu benda tu..

Ramai rakan-rakan yang hantar email minta ita ceritakan pengalaman ita dalam dekorasi kek.. di mana ita belajar? bila mula timbul minat.. mungkin sedikit pengalaman untuk dijadikan panduan. Sebenarnya minat ita mendekorasi kek dah lama.. dah ita katakan ita suka pada sesuatu yang indah.. dan segar.. Dahulu.. setiap kali ita nak beli kek di kedai atau membuat tempahan.. ita selalu kecewa dengan dekorasi kek yang di beri pilihan. Tak banyak yang kita boleh pilih.. dan kebanyakkannya dah ditetapkan.. Pada ita hari yang bersejarah itu perlulah diraikan.. bukannya selalu.. setahun hanya sekali sahaja.. Walaupun ada antara kita yang berkata tak payah ikut budaya barat sangat.. tapi dari satu sudut lain ia mengambarkan betapa kita menghargai dan menyayangi mereka.. Sayangi dan tunjukkan kasih sayang selagi nyawa dikandung badan.. walau dengan apa cara sekalipun..

Untuk pengetahuan adik-adik yang sering bertanya.. sebenarnya ita tak pernah pun pergi belajar dekorasi kek. Mungkin sebab ita suka.. ita minat.. jadi ianya lahir dari dalam jiwa.. Buat dengan sepenuh hati untuk mengembiralkan insan lain.. Oleh kerana itu ita lebih suka buat kek untuk ulangtahun anak-anak.. Suka bermain dengan gumpaste dan fondant.. seronok bila melihat mereka teruja dengan karektor animasi kegemaran.. mereka.

Tapi ada masa ita sedih juga..
Ramai yang tak faham.. atau buat-buat tak faham..
Dah berapa kali ita tegaskan.. apa yang ita buat adalah atas permintaan tuannya. Ita tak boleh nak memandai-mandai dengan tempahan yang mereka minta.
Ada yang minta ita pakaikan tudung pada karektor yang ita buat agar tampil lebih muslimah..
Maaf ya kak... ini kek orang.. orang tempah dan minta ita buat kan macam tu.. ita dibayar untuk itu.. Ita tak boleh buat atas arahan akak.. kerana yang tempah orang lain... maaf sangat-sangat jika ita tak mampu nak tunaikan permintaan akak.. Bukanlah bermakna ita membelakangkan agama dan tiada akidah.. pada ita Islam juga mengajar  kita agar menghiasi diri dengan sifat Sidiq , Amanah, Tabilq dan Fatanah

Ada juga yang menghentam kata ita buat dajal bila ita buat karektor Minion bermata satu.. aduhaiiii... dah karektor kartun itu bermata satu.. ita nak buat macam mana...? Ita akan tanya balik owner betul ke nak yang mata satu.. mereka kata ya nak yang mata sau.. jadi ita hanya mengikut arahan.. tapi teruk juga ita kena hentam seakan ita telah melakukan satu dosa yang tak boleh dimaafkan...

Kepada adik-adik ita diluar sana.. yang berminat nak buat tempahan dekorasi kek.. ambil ini sebagai satu cabaran. Kita tak akan dapat puaskan hati semua pihak. Manusia mempunyai pelbagai ragam.. dan kerenah.. Ingat pada yang satu.. Ikhlaskan diri.. insyaallah Allah mendengar doa hambanya.. lakukan semuanya ikhlas kerana Allah...

Alhamdulillah... walaupun Masam Manis dah tak serancak dahulu.. tapi ita bersyukur kerana ia masih dikunjungi. Terima kasih ita ucapkan pada rakan-rakan yang sering berkunjung. Terima kasih juga kerana menjadikan blog Masam Manis sebagai bahan rujukan. Sama-samalah kita manfaatkan setiap ilmu  dengan sebaiknya... Setiap yang baik jadikan sebagai panduan dan yang buruk jadikan sebagai pengalaman untuk memperbaiki diri ke arah kebaikkan..



Maaf kerana kadang kala ita tak sempat nak balas semua email dan pm rakan-rakan. Masa ita cukup-cukup terbatas dengan aktiviti seharian, tugasan dan juga keluarga yang lebih mendambarkan perhatian. Ita tahu ada yang merajuk hati.. Ita minta maaf.. tapi kalau anda berada di tempat ita anda juga tak mampu nak membalas berpuluh-puluh email dan masage setiap hari..
Pada yang bertanya soalan.. tu.. kadang kala soalan tu dah pernah ita terangkan dalam blog sebelum ini. Pada yang nak resepi tu.. ita minta tolong sangat.. carilah dalam blog ita.. janganlah minta ita carikan link.. ita tak punya masa.. harap sangat lah faham.. Pada yang minta ita terangkan atau tunjukkan step.. harap banyak bersabar.. insyaallah ita akan cuba tunaikan satu hari nanti.. insyaallah... berikan ita sedikit masa.. kerana banyak sangat janji ita yang belum tertunai...

Kepada yang sering kirimkan pada ita buah tangan..
Terima kasih banyak-banyak.. Ita hanya mampu berdoa agar kalian di murahkan rezeki.. pemberian yang cukup bermakna ini akan ita simpan sebagai kenangan jalinan ukhwah antara kita..

Azam ita di tahun mendatang...
Semoga ita diberikan kesihatan yang baik untuk terus melakukan apa yang ita minati..
Semoga ita terus diberikan ilham untuk berkongsi dengan semua..
Semoga ita dapat menunaikan semua janji ita pada semua..
Semoga ita dapat lakukan yang lebih baik lagi di masa hadapan..
Semoga Masam Manis terus di minati insya Allah..

Akhir kata, jika selama kita mengenali ada sebarang kesilapan atau terkasar bahasa dalam pergaulan.. ita dengan rasa rendah diri memohon ampun daan maaf atas segala ketelanjuran kata.. Semoga jalinan ukhwah antara kita terus mekar dan mewangi..

Wasalam...

Ikhlas
Azlita Aziz


AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.