Sep 20, 2013

Luahan rasa saya seorang blogger masakan..

Assalamualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat ita di luar sana. Semoga hari-hari anda semua sentiasa di sirami dengan kegembiraan dan subur dengan kebahagian.. hidup dilimpahi kasih sayang dan sentiasa berada dalam keredaan Allah.

Alhamdulillah ita sihat, dan masih meneruskan rutin seharian.. walaupun lewat akhir ini ita sedikit sibuk dengan tempahan. Oh ya lupa nak tanya.. macam mana bisnes buat rakan-rakan ita yang sibuk menerima tempahan.. Doa ita semoga kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat dan keredaan Nya tak kiralah dalam apa bidang sekalipun yang kita minati.

Dalam perniagaan apa yang penting adalah kejujuran. Jika kita jujur insyaallah rezeki kita terbuka luas..
Setiap yang baik pasti ada buruknya.. dan yang gembira pasti ada sedihnya.. ianya adalah satu ujian dan pengalaman hidup yang semakin mematangkan.


Hari baik bulan baik.. rasanya tak elok nak memendam rasa. Tapi makin lama pendam semakin bernanah dan berdarah pula. Budaya mengambil hak orang lain tanpa kebenaran semakin hari semakin menjadi. Kalau dahulu ianya di buat oleh orang perseorangan dalam dunia blog maupun di laman sembang.. tapi nampaknya semakin didiamkan ianya semakin merebak dan besar kemungkinan menjadi virus yang tidak sihat untuk perkembangan dunia maya.

Mungkin ada yang berkata.. " ala.. hanya sekeping gambar.. itu pun nak bising-bising.." Tapi tahukah anda apa nilainya sekeping gambar?
Dari sekeping gambar itulah yang merosakkan dan membunuh semuanya..
Kita lihat contoh dikalangan artis.. bagaimana sekeping gambar boleh menjatuhkan karea dan masa depan mereka..
Dari sekeping gambar masakan yang dikatakan "hanya sekeping" itulah... yang menarik minat kita untuk mencuba dan merasa keenakkan dan kelazatannya..
Ibarat kata perpatah dari mata turun ke hati...

Mungkin nilai gambar masakan tiada erti bagi segelintir masyarakat.. tapi bagi mereka yang serius dalam bidang ini, ia mempunyai nilai yang cukup besar dalam carea mereka. Ianya adalah hasil usaha mereka yang berhempas pulas tidak kira siang maupun malam.. tidak kira panas terik atau hujan membasahi bumi..

Pernahkah anda bertanya pada juruphoto bagaimana penatnya rutin harian mereka?
Berapakah peruntukan dan masa yang mereka labur untuk menjadi seorang juru gambar yang dikenali?
Pernahkah anda bertanya pada tukang masak bagaimana renyahnya tugas mereka didapur?
Berapakah pula pelaburan mereka untuk sesuatu hasil masakan yang mereka hasilkan?
Bagaimana pula dengan tugas seorang editor.. di majalah ?
Bagaimana pula tugas seorang penulis?

Cuba pula anda bayangkan bagaimana penatnya tugas seorang blogger masakan?
Semua tugas dan profession di atas dirangkumi untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk pengunjung blog mereka..

Dialah si tukang masak
Dialah yang mencari bahan untuk setiap masakannya
Dialah yang merakamkan setiap gambar masakan berserta setiap inci cara penyediaannya
Dialah yang mengedit setiap gambar yang dirakam
Dialah penulis blog
Dan dialah juga yang mengeluarkan setiap perbelanjaan yang bukan sedikit nilainya.. untuk tontonan dan rujukan anda semua..
Tapi sangat sadis bila hasil usaha yang melibatkan masa dan wang ringgit di ragut dan dirompak tanpa belas kasihan.. semata-mata untuk kepentingan poket masing-masing..

Apakah kerana mereka hanyalah seorang suri rumah yang terperok didapur.. anda pandang hanya sebelah mata..
Tapi tahukan anda penat lelah merekalah yang anda gunakan untuk mengaut setiap inci keuntungan..
Sungguh biadap perbuatan anda mengambil hak orang tanpa meminta izin. Dimanakah nilai murni yang ditanam dalam diri.. Apakah kerana mengejar harta dunia.. anda perlu gadaikan saham akhirat.
Perpatah ada menyatakan " biar mati anak jangan mati adat.." sesungguhnya adat yang menyatupadukan umah dan pembangunan negara..


Ada yang sewenang-wenangnya menggunakan gambar blogger untuk menghasilakn buku masakan. Yang sedinya ianya digunakan tanpa kerelaan tuan empuya.. malahan tiada seorang pun dari pihak penerbitan yang menghubungi tuan empunya gambar untuk meminta keizinan.

Bila kita suarakan, kita pula yang dimarah.. hingga semua aib di canang.. Apakah itu  sikap anda yang berada di bidang profesional.. sungguh memalukan bidang kewartawanan.. inilah yang dikatakan " kerana nila setitik habis susu sebelanga"
Susah sangatkah nak minta izin.. ??

Ita rasa ramai yang tahu tentang gambar ita telah digunakan oleh sebuah pihak penerbitan untuk mengeluarkan buku masakan. Gambar ita digunakan tanpa seorang pun tanpil meminta kebenaran. Bila ita suarakan mereka katakan mereka berhak atas setiap gambar yang telah ita berikan untuk tujuan penyiaran di majalah mereka. Apa yang sangat ita kesalkan.. dalam buku tersebut tiada tercatit didalamnya siapa juruphoto untuk setiap gambar masakan yang mereka gunakan.


Bila ita lahirkan suara hati ita dan meminta mereka membuat pemohonan maaf secara terbuka.. mereka meletakkan syarat pula.. ita harus memberikan lagi resepi beserta gambar kepada mereka dan promotekan buku mereka dalam blog ita tanpa sebaran royalti atau bayaran.. adakah itu adil bagi pihak ita.. ini semua POYOOOO...

Mungkin anda nampak saya lembut.. mudah di pijak-pijak.. tapi.. air yang lembut pasti menjadi ombak yang besar.. tidak mustahil jika suatu hari ia menjadi sunami yang mengoncang dunia..

Tujuan saya menjadi blogger bukan untuk mengejar glamour atau populariti.. saya tak perlukan semua itu..
Saya hanya manusia biasa ciptaan Allah yang suka berkongsi.. Berkongsi ilmu yang baik untuk rujukan generasi akan datang..
Rujukan untuk anak-anak atau adik-adik yang baru mendirikan rumahtangga
Rujukan untuk ibu-ibu yang kekeringan idea memasak di dapur
Rujukan untuk anak-anak yang berada jauh nun di perantauan..
Rujukan untuk ibu-ibu yang ingin menambahkan pendapatn keluarga dan meringankan beban suami tercinta..
Rujukan untuk ibu-ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan dan memberikan sesuap nasi kepada anak-anak mereka
Rujukan bagi para peniaga yang kekeringan idea
Hiburan bagi mereka yang sukakan keindahan masakkan dan kejadiannya..

Dunia blogger masakkan Malaysia tidaklah besar mana.. Ramai juga yang telah berkubur.. Ada yang dah suam-suam kuku.. Ada yang dah merajuk membawa diri..
Adakah anda juga ingin melihat blogger-blogger yang cukup komited dengan proffesion mereka seperti Dapur Tanpa Sempadan , Sinar Kehidupanku, Citarasa Wan dan beberapa blogger lagi menarik diri..

Jadi
Tolonglah mengerti...
Tolonglah fahami

Saya tidak marah jika anda ingin gunakan gambar saya sebagai rujukan. Saya faham ada yang tak punya kamera untuk merakamkan gambar.. ada yang perlukan gambar untuk membuat rujukan.. Tapi.. mintalah izin supaya tidak timbul salah faham dikemudian hari..


Tapi.. tolong jangan guna gambar saya untuk menipu pelanggan. Ia adalah perbuatan yang tidak jujur. Sedangkan kita ingin mencari keredaan Allah dan mendapat rezeki yang barakah untuk zuriat dan keturunan.


Susah sangat ke nak menghubungi saya minta keizinan..
Anda boleh dapatkan gambar saya di blog dan FB saya tapi amat sukar pula anda nak meminta kebenaran.

Ini amaran keras dari saya.
Jangan mengambil gambar saya tanpa kebenaran untuk tujuan meraut keuntungan dan menipu pelangan.  Ibarat kaduk naik junjung.. perbuatan tidak bermoral harus di tegah..
Tolong hormati hak orang jika ingin hak anda di hormati






 






Sep 17, 2013

Let's do the chocolatier way..


Alhamdulillah selesai sudah kelas kek Choc Premium bersama Chef Amer selama 2 hari di Mom's Bake House. Terima kasih kepada Pn Siti Zaleha selaku penganjur, Chef Amer teraju utama merangkap sifu kepada semua anak-anak didiknya.. kepada Adi dan Moza yang tak berapa sihat hari itu.. kepada Ijoi dan boy yang berhempas pulas melancarkan bengkel kali ini dan yang paling istimewa kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan bengkel selama 2 hari ini, anda semua cukup sporting..

Kelas kali ini cukup happening. Selain resepi istimewa yang chef kongsikan beserta tip-tips dan panduan yang berguna, para peserta juga dah ibarat seperti sebuah keluarga besar. Sikap ramah dan mesra cukup membuatkan chef terhibur, pasti hilang penat chef bila melihatkan keakraban setiap peserta. Masing-masing berkongsi pengalaman dalam dunia baking, berkongsi idea dan juga ilmu sesama. Itulah yang sangat-sangat ita harapkan. Semoga jalinan ukhwah ini tidak terputus sampai disini sahaja...





Rugi rasanya kalau tak mengikuti kelas kali ini, kerana semua resepi terbaik yang chef kongsikan. Semuanya sedap-sedap belaka hinggakan tak tau nak pilih  mana yang bertahta dihati.
Selain resepi, chef juga turut berkongsi pengalaman beliau yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Nasihat dari Chef bagi mereka yang ingin serius dalam bidang ini, ita pasti akan tersemat dalam sanubari setiap peserta. Teringat kata-kata chef.. Resepi itu bukan kita yang punya.. kita hanya menyampaikan sebagai penyambung ilmu agar ianya tidak terputus di telan zaman.. Sama-samalah kita maanfaatkan setiap ilmu yang disampaikan semoga kita sama-sama mendapat kerberkatan di atas setiap apa yang kita lakukan..


Inilah antara kek-kek yang sempat disediakan. Semuanya tampil enak dan lazat.. yang pasti semuanya menggunakan coklat dari Le Bourne semestinya... Jenama coklat yang dah terbukti dengan kelemakkan dan aroma yang tak terhingga sedapnya. Ita pasti siapa yang dah mencuba produk dari Le Bourne tidak akan berganjak dengan pilihan yang lain.. Terima kasih  Le Bourne


Kali ni ita hanya sempat sediakan puding kastard sahaja sebagai pembasah tekak. Maaf sangat2 pada Siti, kerana ita terlalu sibuk dengan tempahan hingga tak sempat nak sediakan apa-apa. Insyaallah jika panjang umur kita jumpa lagi pada kelas Nasi Beriani. Pada yang bertanya tentang resepi puding yang ita sediakan di sini ita kongsikan semula walaupun sebenarnya ita pernah kongsikan sebelum ini.

PUDING KASTARD BERKUAH
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
beberapa biji ceri merah utk hiasan
1 sudu kecil perasa vanila

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam bekas cawan 1/2 bekas sahaja
Biarkan sejuk.

* Untuk larutkan agar2 tu, ita masukkan agar2 dulu dalam periuk kemudian baru masukkan air. Pas tu kacau rata supaya tidak berbentil. Kemudian baru letak atas dapur.

KUAH KASTARD

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit coktail - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam dan esen vanila
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan fruit coktail dan letakkan kuahnya.
Simpan dalam peti ais supaya enak dimakan ketika dingin.



Kelas yang penuh sesak buatkan kamera ita tak muat nak ambil gambar.. Ita pula tersalah bawa lens.. maklumlah nak cepat terkejar-kejar masa hinggakan lens ita tertinggal pula..

Terima kasih ya kawan-kawan kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri dalam Kelas Kek Choc Perimium. Gunakanlah ilmu yang Chef sampaikan dengan sebaik-baiknya.. Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan di atas setiap ilmu yang disampaikan. Insyaallah..


Balik dari kelas ita terus sediakan sebiji kek Opera yang marvelous ni. Kebetulan ita dapat tempahan kek opera dari kak Rohaya. Ita dah sediakan menggunakan resepi yang ita sediakan sebelum ini. Tapi bila ita rasa kek Opera klasik Chef Amer ita terus buatkan kak Rohaya resepi yang baru ita pelajari ni.. Ita berharap sangat kak Rohaya sukakan rasa dan aroma kek yang klasik ini. Maaf ya kak sebab lewat hantar kek dari masa yang dijanjikan.. maklumlah ita buat semula kek ni.. sebab nak bagi akak rsa kek yang baru ita pelajari ni.. Selamat ulang tahun juga buat adik Ekhwan Khuzairie dari kak Ita di Masam Manis.

Macam mana kawan-kawan.. kak ita dah cuba.. yang lain bila lagi?
Akhir kata kepada semua.. jutaan terima kasih yang tak terhingga.. kepada Chef Amer, Pn Siti dan Mom's Bake House juga di atas setiap ilmu yang di curahkan.. Semoga kita bertemu lagi di kelas nasi Beriani pula.. lagi tak sabar rasanya..
Kepada yang berminat jangan lupa daftar awal tau untuk kelas nasi beriani ni.. tempat sangat terhad.. yang pasti kali ni pasti lebih happening.. dengar kata Chef nak tumbang seekor lembu.. oooppppssss....
Merewang sakan lah nanti.. ^___^

Kepada yang nak tau jadual kelas Chef Amer di Johor Bahru boleh lawati lama Web kak Siti zaleha di Rahsia Memasak Dengan Mudah   atau di Mom's Bake House
Untuk kelas Chef Amer di seluruh Malaysia bolehlah lawati FB Chef Amer atau Chef Amer - The Chocolatier

Kepada yang nak merasa kek yang sedap ni.. boleh lah order dari akak-akak dan cik abang-cik abang kita yang dah menghadirkan diri dalam kelas kali ini .. ^_^  serius mereka juga boleh hasilkan kek sebaik sifu mereka.. percayalah..









Sep 11, 2013

Untuk yang tersayang...

 Rusian Black and White
In cup
Deco fondant and fruits
24 pc untuk Papa

 Rusian Black and White 
saiz 9 inc bulat
Deco fondant and figurine
Untuk Birthday dan Anniversarry

 Rainbow Cream Cheese Frosting
Deco buttercream untuk bunga
Saiz 9 inc 4 segi

 Kek Rainbow Checkered
Dengan creamcheese frosting
Topping Ganache Chocolate
Deco fondant
Saiz 9 inc bulat

 Rusian Black and White
Deco Fondant and figurine
Saiz 9 inc 4 segi

 Rusian Black and White
Deco fondant and figurine
Saiz 9 inc 4 segi

 Kek Checkered Vanilla Chocolate
Topping ganache Choc
deco choc and fondant
Saiz 9 inc

 Butterfly rainbow cup cake
With Buttercream
24 pc

 Durian Delight
Deco fondant
saiz 9 inc 4 segi

 Durian Delight
Deco fondant dan buttercream
saiz 9 inc bulat

 Durian Delight
Deco fondant
saiz 9 inc bulat

 Rusian Black and White
In cup
Deco fondant and fruits
12 pc

 Turkish Indulgance
Deco Chocolate
saiz 9 inc


 Turkish Indulgance
Deco Chocolate
saiz 9 inc


 Durian Delight
Deco custard cream
saiz 9 inc4 segi



Sep 10, 2013

FONDANT



Apa itu Fondant?
Fondant atau Rolled Fondant sering juga disebut dengan plastik icing atau sugar paste.
Fondant adalah bahan untuk dekorasi kek yang elastik yang mudah untuk dibentuk sesuai dengan keinginan dan dekorasi sesuatu kek untuk tampil lebih kemas dan menarik.
Kebiasannya fondant digunakan untuk menutupi atau meng-cover kek atau membuat hiasan renda, riben, bunga atau pun untuk meletakkan abjad  pada kek.


Fondant yang di campurkan sedikit gum khas CMC atau Gum Tax menjadi lebih kenyal dan di gunakan bagi membentuk onamen-onamen, bunga hiasan atau figurine.
Fondant di buat dari campuran gula icing, sirap glucos, glycerin dan shortening. Peratus terbesar dalam penyediaan fondant adalah gula yang membuatkan rasanya manis.


Cara penyediaan fondant yang sedikit rumit membuatkan adalah lebih mudah untuk mendapatkan fondant Ready Made atau siap digunakan di kedai-kedai menjual bahan kek yang berhampiran.
Fondant yang ready made pula datang dalam jenis yang berbeza iaitu rolled fondant, sculpted fondant dan poured fondant. 




Untuk meng-cover kek, kebiasannya kita menggunakan Rolled Fondant, yang menjadikan permukaan kek lebih licin dan rata. Fondant yang ready made biasanya akan tercatat ‘Ready to Roll’ or ‘RTR’. Kadang kala fondant ready made datang dalam pelbagai perisa dan warna.


Fondant ready made, kebiasannya terlihat seperti plasterstin, play dough atau tanah liat mainan kana-kanak. Ia lebih lembut berbanding gumpaste yang lebih keras dan kenyal. Saat baru dilekuarkan dari plastik bag, fondant agak lembut teksturnya yang memerlukan ianya diuli dengan sedikit tepung jagung untuk menjadikan ianya lebih mudah di bentuk.


Untuk memudahkan cara pengendalian fondan ketika menguli, supaya ia tak melekat-lekat di tangan. Tangan haruslah di sapukan sedikit lemak sayuran shortening, kaedahnya seperti kita menyapukan losyen pada tangan. Permukaan papan canai pula haruslah ditaburkan sedikit tepung jagung untuk memudahkan pengedaliannya nanti.


Untuk mendapatkan fondant yang berwarna, fondant haruslah di campurkan sedikit pewarna makanan tak kiralah dari kelompok oil base atau water base. Tapi seeloknya pewarna dari kelompok gel dari Wilton atau Ameri Colour yang harganya jauh lebih mahal berbanding pewarna tempatan. Tapi hasil warnanya yang pelbagai menjadikan fondan kita tampil dengan kombinasi warna yang cukup indah.


Kaedah penyimpanan fondant yang belum digunakan juga haruslah dititik beratkan. Fondant haruslah dibungkus dalam plastik bag dengan kemas, kekeluarkan segala angin atau udara dalam beg plastik supaya fondant tahan lebih lama dan tidak mengeras. Fondant haruslah diletakkan pada tempat yang kering dan dingin sekitar suhu 20 C. Jangan sesekali menyimpan fondant dalam peti ais baik dalam ruang dingin maupun dalam ruang sejuk beku. Fondant yang disimpan dalam peti ais akan mengeras dan sebaik dikeluarkan di suhu bilik ianya akan berpeluh dan melekit-lekit yang menjadikan ianya rosak.


10 kaedah penting yang anda perlu ambil tahu dalam penyediaan fondant.

1. Fondant amat cepat kering dan mengeras bila dibiarkan tanpa ditutup. Oleh itu anda haruslah melakukannya dengan pantas bagi mengelakkan fondant koyak, pecah  atau rertak-retak saat diletakkan di atas kek.

2. Lebihan fondant yang tidak digunakan haruslah segera di simpan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan ianya kering dan mengeras.




3. Jika anda mempunyai tangan yang mudah panas, anda akan menghadapi masalah saat menguli fondant kerana ia mudah melekit-lekit pada tangan. Oleh itu sejukkan tangan terlebih dahulu dengan membasahkan tangan pada air mengalir, lap kering, sapukan sedikit shortening dan juga tepung jagung untuk memudahkan fondant diuli.

4. Harus diingat, fondant cukup sensitif pada suhu. Suhu yang terlalu sejuk membuatkan fondant mengeras dan beku. Suhu yang panas membuatkan ia melekit-lekit dan susah dikendalikan. Suhu negara kita yang panas dan lembab juga mempengaruhi kaedah pengendalian fondant dengan lebih baik.

5. Jangan sesekali menyimpan kek anda yang telah dibaluti fondant dalam ruang sejuk atau sejuk beku dalam peti ais. Fondant akan berpeluh bila di simpan dalam peti ais. Sebaiknya selepas kek dibalut fondant, ia simpan pada ruang suhu 20C dalam bilik berhawa dingin.

6. Fondant harus di simpan dalam bekas kedap udara. Harus sentiasa baca setiap arahan pada bekas pembalut fondant yang anda beli untuk kaedah dan cara-cara pengendalian fondant.

7. Jika anda hendak menguli fondant, jangan dalam jumlah yang besar atau banyak, kerana anda akan menghadapi masalah untuk mengulinya. Haruslah sentiasa uli dalam jumlah yang sedikit yang mudah anda kendalikan. Tempat menguli fondan juga jangan terlalu tinggi dan menyukarkan anda untuk memberikan tekanan pada dough tersebut. Biasa bekerja menguli haruslah tempatnya paras pinggang untuk memudahkan anda menguli dengan kadar tekanan yang sesuai.

8. Jangan sesekali terus membalut kek yang baru anda keluarkan dari peti ais dengan fondant. Anda harus menstabilkan dahulu suhu kek pada suhu bilik. Kek yang terus dibalut dengan fondant sebaik ia dikeluarkan dari petia ais akan menjadikan fondant melekit-lekit dan berpeluh.

9. Jangan menggunakan fondant yang terlalu keras atau anda teruli ianya terkeras. Kerana anda akan mendapati sudut atau penjuru kek akan retak, koyak atau pecah.

10. Sekiranya anda ingin mendapatkan fondant dalam warna yang gelap seperti hitam, anda haruslah meletakkan warna pada fondant dan mengulinya dan ianya harus disimpan 1 hari sebelum anda ingin menggunakna untuk mendapatkan warna yang kental yang anda inginkan.








 
           
       
           
Sep 9, 2013

KEK COKLAT PREMIUM


Assalamualaikum warga Johor..
Minggu ni sekali lagi kita berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang baru bersama Chef yang cukup tersohor dan amat di senangi oleh peminat-peminat dunia masakan.
Kali ni Chef Amer akan sekali lagi turun ke JB. Jom orang Johor kita sibuk-sibuk kan diri hujung minggu ni..

Kepada yang selalu bertanya kat mana kak ita belajar buat kek.. ya inilah sifu akak yang banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar. Setiap ilmu yang disampaikan cukup-cukup bernilai bagi ita. Dari tak tau apa-apa kini ita dah boleh buat kek sendiri.. Dan berkat sokongan dan nasihat yang selalu diberikan.. kini ita semakin yakin di dapur dan dah mula berani terima tempahan.. Terima kasih Chef.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan dan ilmu yang Chef curahkan.

Tak sabar rasanya ita nak menanti kedatangan Chef Amer. Kali ini beliau akan hadir bersama 4 resepi hebat yang bukan calang-calang orang yang dapat sediakan dengan sebaiknya.



Waaaa.... nampak tak kilauan coklat ganache tu.. eemmmm... sedapnya... Kek apa agak-agaknya kan??
Kalau nak tahu jom bersama ita sertai Inspirasi Kek Coklat Premium di dapur Chef Amer Hamzah.
Segala pertanyaan bolehlah di kemukakan kepada Pn Siti Zaleha atau Pn Moza seperi nama yang tercatat di atas.

Cepat... jangan tunggu lagiii... nak pandai buat kek tak?
Kalau nak apa tunggu lagi.. sertai sekarang.. tempat sangat-sangat terhad..



Sep 6, 2013

PORORO


Ok hari ini ita nak tunjukkan bagaimana ita membuat figurine Pororo.
Jom kita belajar sama-sama








Mula-mula sediakan 2 warna gumpaste, satu biru dan 1 lagi warna putih
Ambil sedikit warna biru dan bulatkan sebesar guli
Ita masukkan dalam mangkuk putih tu untuk mudahkan ita membentuk mukannya nanti
Ketepikan


Sekarang  kita canai pula doh yang berwarna putih nipis
Dengan acuan bentuk love, terap, potong hujungnya sedikit dan lekatkan pada kepala kita tadi untuk membentuk bahagian mukanya
Ketepikan


Selepas itu kita ambil pula doh berwarna oren
Terap dengan apa-apa acuan bulat untuk membuat cermin matanya
Ita gunakan nozel untuk bahagian luar dan yang dalam tu ita guna tutup pen yang ita dah potong sebagai acuan.
Ambil pula doh hitam untuk mata
Buatlah mata dari doh hitam mengikut karektor macam mana kita inginkan
Biarkan ia keras sekejap sebelum kita lekatkan pada mukannya


Kemudian kita tambahlah lagi apa-apa asesori yang terdapat pada muka Pororo itu


Ambil sedikit doh oren, canai memanjang bentuk selinder
Potong bahagian hujungnya untuk membentuk paruh atau mulutnya





Mulutnya ni terpulang pada karektor, kita nak suruh dia buka mulut atau nak suruh dia tutup aje..
Ketepikan


Ambil sebahagian lagi doh biru dan buat bentuk guli tapi kali ini lonjongkan sedikit seperti bentuk air mata
Canai doh putih, potong dan bentukkan bentuk air mata juga seperti dalam gambar
Lekatkan pada tengah doh biru untuk membentuk badan atau perutnya


Ambil sedikit lagi doh canai bentuk selinder
Potong bahagian hujung kedua-dua selinder untuk membentuk tangannya
Kemudian tekan-tekan leper
Lekatkan pada badannya
Ambil sedikit doh oren canai dan terap dengan acuan bentuk love yang kecil sebagai tapak kaki
Lorekkan atau toreh sedikit untuk membentukkan kakinya
Lekatkan pada badannya





Letakkan lidi di tengah-tengah badannya untuk kita lekatkan kepalanya nanti


Ambil pula sedikit warna coklat lembut, canai seperti bentuk di atas untuk membuat topinya pula
Hiaskan dengan asesori yang lain
Lekatkan di kepalanya dengan gum atau air


Tadaaaaa... dah siap




AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.