Aug 27, 2013

Cars Birthday Cake

Assalamualaikum


Ada yang sedang cuci kereta pagi ni..
Cuci bersih-bersih biar nampak bersih sikit bila kereta kita berada di jalan raya..
Kalau kat JB ni sekarang musim hujan.. kejap panas kejap hujan.. mesti kereta pun comot-comot
Aduh.. pasti lemah aje kan.. bila dah cuci kereta bersih-bersih pas tu hujan pulak.. bila jalan semua kereta pulak dok langar lopak.. abislah terpercik kat kereta..

Masa ita kecik-kecik dulu ita lah tukang cuci kereta bapa ita. Masa itu bapa ita bawa teksi. Setiap kali balik dia mesti panggil ita suruh cuci kereta. Tapi bukan ita sorang, adik-adik pun kena jugak..
Time cuci kereta tak boleh main-main.. tapi masa tu kan kita budak-budak.. memang lah pantang jumpa air jumpa sabun.. mulalah nak main.. cuci kereta tak seberapa main yang lebih.. bergurau tak habis-habis..
Bila bapa ita nampak habislah semua kena marah.. siap kena piat telinga lagi.. haha


Dulu masa kecik-kecik ita selalu berangan nak ada kereta sendiri..
Tapi masa tu berangan aje lah.. manalah mampu nak memiliki kereta yang mewah-mewah
Lepas habis belajar tingkatan 5 ita terus ambil lesen kereta. Ambil lesen kereta amat mudah bagi kami adik beradik kerana bapa saudara ita ada pusat mengajar memandu. Jadi kami semua belajar kereta secara percuma.. Terima kasih pak Cik Kahar


Masa mula-mula pegang stereng memang mendebarkan. Ita di ajar oleh Pak Harun pekerja pak Cik ita yang sangat garang tapi baik hati. Bila ita bawak kereta dia mesti selalu kata" haa.. berangan lah tu.. ni berangan bawak Mercedes ke bawak kereta katak.. " adoii.. tak boleh orang nak berangan sikit.. ada aje dia kacau.. 

Tapi akhirnya berkat tunjuk ajar pak cik ita dan pak Harun akhirnya ita dapat juga lesen memandu yang ita idam-idamkan.. tapi kan.. lesen tu terperuk aje dalam dompet sebab ita tak de kereta yang nak bawa.. bila cakap kat mak.. nanti mak kata bawaklah kereta sorong mak tu.. tak payah pakai lesen.. lesen L pun tak payah letak.. aduyaii...




Kereta pertama ita bawa adalah kereta suami. Tau berapa lama lesen ita tu.. terperap..  bila dah khawin baru dapat bawa kereta. Bila dah lama tak bawa masa tu mula lah naik bukit asyik gostan aje.. Berpeluh-peluh dibuatnya. Suami ita banyak membantu supaya ita berani bawa kereta.. berkat tunjuk ajar dan semangat yang ditiupkan akhirnya dapatlah ita memecut dan beberapa kali di saman polis.. haha


uik dah melalut dah ni..
Ok kita balik ke pangkal jalan..
Hari ni ita nak kongsikan kek yang di pesan oleh Suzainah. Ini adalah kali ke 2 Su pesan kek dari ita. Terima kasih Su. Su ni tinggal di Putra Jaya, dan beliau akan turun ke JB untuk ambil kek. Kebetulan keluarganya ada di JB jadi tak ada masalah bagi Su untuk turun ke JB.
Kek yang menjadi pilihan Su selalu akan mendapat sambutan. Macam kek animal safari tu.. hingga kini masih ramai yang minta ita buatkan kek yang sama. Terima kasih Su..


Kali ini Su minta ita buatkan kek Durian Delight untuk birthday anak ke 2 nya Ariq. Tema yang menjadi pilihan pula adalah Cars.
Mula ita risau jugak tau.. memandangkan kek durian delight, ita bimbang jika di letakkan figurine cars tu dia akan cair.. maklumlah bila gula bertemu kastard mesti gula tu cair.
Tapi alhamdulillah nampaknya kek ni ok ok sahaja..
Masa ita hantar pada Su.. ita nampak su pun sangat teruja dengan kek yang ita sediakan.. Ita harap Ariq juga seperti mamanya sukakan kek yang ita buatkan ini..

Kepada adik-adik yang minta ita tunjukkan bagaimana ita membuat figurine cars ni, jom kita belajar sama-sama bagaimana cara ita menyediakannya.


Ambil sedikit gumpaste dan bentukkan seperti selinder seperti dalam gambar 1
Dengan menggunakan jari, tekan dan ratakan bahagian hadapannya untuk membentuk cermin hadapan.
Kemudian  tekan pula bahagian belakang dan naikkan sedikit hujungnya untuk membentuk bonet kereta
Dengan menggunakan Modelling Tool Set alat seperti di atas yang hujungnya bulat, lurutkan ia ke bawah di sisi kiri dan kanan. Kalau dough melekit-lekit sapukan sedikit tepung jagung untuk memudahkan kita membentuk permukaannya.


Sekarang kita nak buat mulutnya pula.
Mulut adalah sesuatu yang agak sukar dan perlu diberikan perhatian yang lebih. Ini untuk mendapatkan mood karektor tersebut supaya nampak hidup dan penuh penceritaan.
Dengan menggunakan pisau kita buatkan tanda untuk mulut
Kemudin dengan menggunakan  Modelling Tool  Set yang seperti dalam gambar, kita dalamkan sedikit lekuk mulut kereta kita tadi
Tadi kita dah gunakan hujung yang tajam pada tool set kita. Sekarang gunakan pula hujung yang sebelah lagi yang bentuknya seakan sudu kecil.
Dengan tool set yang seperti sudu kecil tu kita tolak sedikit atau satu bahagian sahaja daripada bibir ( bukan semua ya..) tolak ke bawah supaya bibirnya nampak terbuka seakan berbicara.


Kemudian kita ambil sedikit dough putih dan letakkan dalam mulut yang terbuka tadi untuk membentuk barisan gigi. Kemaskan
Ambil sedikit dough putih lagi, canai nipis dan gunting dengan gunting kecil atau potong dengan pisau untuk membentuk cermin hadapan.
Ketepikan
Sekarang kita nak sediakan mata pula


Untuk membentuk mata, kita perlukan 3 dough yang berlainan warna. Warna mata terpulang pada kita atau kita sebaiknya lihat karektor animasi tersebut untuk melihat warna mata yang sebenar.
Untuk cars ni ita perlukan 3 dough berlainan warna dan warna pilihan ita biru, hitam dan putih
Buatkan bulat seperti guli yang sangat kecil dan berlainan saiz seperti dalam gambar
Untuk sepasang mata, kita perlukan setiap dough yang berlainan warna itu juga berpasang-pasangan
Gentel dough tu bulat dan kecil, yang luar mata besar, kemudian mata tengah tu harus lebih kecil dari mata luar yang biru dan cahaya mata yang putih harus lebih kecil dan halus dari anak mata yang hitam
Kemudian kita tekan dengan jari supaya ia leper dan membentuk bulatan
Kita tindih-tindihkan setiap dough yang kita dah leperkan dan lekatkan dengan sedikit air atau gum
Kita boleh juga membentuk karektor pada mata contoh mata nak melihat atas, atau sisi


Bila mata dah siap kita letakkan pada bahagian cermin hadapan
Kemudian kita tambahlah asesori yang lain yang terdapat pada kereta tersebut ~ untuk yang ni potong dan gunting aje untuk membentuknya
Akhir sekali kita buat roda
Ada 2 kaedah
1. kita ambil dough buat bulat-bulat dan leperkan
2. kita canai doh tebal dan kita terap dengan acuan bulat
Akhir sekali kita tambahkan rim tengahnya
Sekarang kita lekatkan pada body kereta kita tadi dengan gum atau air


tadaaaa... dah siap..
Jom siapa nak ikut ita.. kita ronda-ronda..

Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa keliling kota
pon.. pon.. pon..pon.. pon.. pon.. pon.. pon.. pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah abang mari adik 
Kita pergi ke rumah nenek..



Aug 26, 2013

UDANG GORENG BUTTER

Assalamualaikum
Selamat petang..
Dah petang pun kan.. kejap aje masa berlalu.. Oleh kerana itu kita hendaklah sentiasa menghargai masa. Bukankah masa itu emas..


Ita rasa semua telah pun kekenyangan setelah menikmati juadah tengahari tadi. Tak kiralah samaada makanan itu di masak sendiri atau di tapaw dari kedai mamak..
Bagi suri rumah tangga.. inilah masanya untuk beristirehat setelah seharian memasak dan mengemas rumah. Ada yang dah mula menyorongkan bantal.. nak lena lah tu.. tak pelah rehat-rehatlah dulu.. tegang-tegangkan urat.. pas ni banyak lagi kerja yang menanti..

Apa juadah istimewa tengahari tadi..?
Sebenarnya hari ni ita puasa. Tapi puasa-puasa pun ada yang tak puasa di rumah, jadi kenalah juga masak untuk mereka yang tak berpuasa.
Masak biasa-biasa aje..


Hari ini ita nak kongsikan resepi udang goreng butter yang menjadi menu kegemaran anak ita Dalili.
Ita tak boleh makan udang.. nanti tak boleh tidur malam.. habis gatal-gatal.. mulalah terkeruk sana terkeruk sini.. hihi

Walaupun tak boleh makan tapi ada insan yang kita sayang suka makan udang.. nak tak nak kenalah juga masakkan untuk mereka.


Resepi kali ini ita ambil dari dapur kak Azie
Menurut kak Azie beliau ambil dari dapur Spices Journey
Terima kasih kepada Cahaya Sheila dan kak Azie kerana kongsikan resepi yang sedap ni..
Ita tambah sedikit serbuk kari kerana suami ita sukakan udang yang sedikit berempah rasanya.
Ita punya sarang ni tak berapa menjadi sebenarnya.. tak halus sangat.. tak pe.. nanti boleh cuba lagi..
kalau nak lihat hasil yang cantik dan cara bagaimana nak buat sarang telur tu.. bolehlah lihat di blog Cahaya Shela dan kak Azie kita.

Sebelum ita terlupa.. ita nak minta rakan-rakan ita yang baik hati.. sama-sama kita doakan kesihatan kak Azie. Semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani rutin harian beliau seperti biasa bersama insan-insan yang beliau sayangi.
Kepada kak Azie.. jangan lupa makan ubat dan banyakkan beristirehat.


Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 
Oleh: Spices Journey
Rujukan : Azie

Sarang Telur
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 


Udang
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. 




Dora The Explorer

Assalamualaikum


Selangkah lagi kita di minggu baru.. Dengan harapan baru dan semangat baru..
Alhamdulillah kita masih berada di bumi Allah.. Semoga hari-hari yang kita lalui semakin hari semakin indah dan dilimpahi dengan kasih sayang..

Apa khabar semua rakan-rakan yang ita kasihi.. Doa sentiasa mengiringi.. agar kalian dilimpahi rahmat dan sentiasa dilindungi dari sebarang musibah.. Sama-sama kita berdoa agar kehidupan kita sentiasa di berkati dan diredoi..

Minggu lalu adalah minggu yang amat mencabar dan mendebarkan.
Alhamdulillah berkat doa kalian akhirnya dapat juga ita siapkan beberapa tempahan kek dari kawan-kawan..
Kebanyakkannya adalah kek selamat ulang tahun untuk anak-anak.
Seronok sungguh ita bermain dengan gumpaste.
Pelbagai kek yang ditempah dan semakin hari semakin mencabar minda dan kesabaran..


Hari ini ita ingin kongsikan kek yang telah ita sediakan untuk pasangan adik beradik ini.
Kek Dora The Explorer bersama rakan-rakannya. Kek untuk hari ulang tahun adik Intan dan Izzareef yang comel..
Selamat ulang tahun Intan..
Selamat ulang tahun Izzareef..
Semoga kedua-dua anak-anak ini gembira mendapat kek ulang tahun yang dihajatinya.. Membesar menjadi anak yang solleh dan soleha.. serta taat kepada kedua ibu dan bapanya.

Kek ini telah di pesan oleh abang Shah.
Ini merupakan kali ke 2 abang Shah menempah kek dengan ita. Terima kasih abang Shah kerana mempercayai bakat ita. Kek pertama adalah untuk ulang tahun perkhawinan beliau. Ita tak dapat lagi masukkan gambar kek ulang tahun perkhawinan tu.. disebabkan komputer ita bermasalah.. banyak gambar dalam komputer ita tak boleh buka.. sebab tu lah lama ita menyepi.. Harap sangat gambar2 kek yang ita dah buat tu tak hilang.. doa-doakan lah ya kawan-kawan..

Mama intan dan Izzareef cukup meminati kek Animal Safari yang pernah ita buat untuk beberapa orang kawan. Cuma kali ini Mama intan dan Izzareef inginkan penambahan karektor Dora, Boots dan Diego pada kek kerana cerita tersebut menjadi kesukaan anak-anak beliau.

Waa.. nampaknya kek Animal Safari cukup mendapat sambutan
Terima kasih ita kepada Suzaina yang mencetuskan ilham terhadap kek yang cukup menarik minat kanak-kanak ini.
Minggu ini Su juga telah menempah sebiji lagi kek yang ita rasa juga akan mendapat sambutan dari rakan-rakan.. Su ni banyak idea yang menarik tau! dan kek yang menjadi pilihannya pasti akan mendapat sambutan
Membuat kek sebegini menuntut banyak masa dan kesabaran. Setiap objek perlukan penelitian yang cukup rapi.
Dalamnya adalah rainbow cake yang dilapisi cream cheese frosting. Luarnya pula ita salutkan dengan ganache coklat .


Ita harap sangat Intan dan Izzareef happy dengan kek ulang tahunnya. Sebarang kekurangan dan kelemahan ita menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf. Setiap yang baik datangnya dari yang maha Esa dan kelemahan itu atas kecuaian dan kealpaan diri ini

Wasalam..








Aug 25, 2013

Kek Hantaran Pertunangan

Assalamualaikum


Ada yang nak melangsungkan pertunangan hujung minggu ni.?
Selamat bertunang dan semoga kekal ke jinjang pelamin.

Hari ini ita nak kongsikan kek kebaya untuk hantaran pertunangan yang telah ita siapkan.
Kek ini adalah pesanan dari seorang kenalan FB yang jauh nun di Trengganu.
Kebetulan anak saudaranya kalau tak silap ita telah bertunang dengan orang JB. Beliau menghadapi kesukaran untuk membawa kek dari Trengganu ke JB. Ialah memandangkan perjalanan yang agak lama mana mungkin dapat menyediakan kek sebagai hantaran.
Oleh itu beliau telah menempah kek ini daripada ita untuk gubahan hantaran. Kek yang menjadi pilihan pula adalah kek baju kebaya.


Sebenarnya ini adalah pertama kali ita membuat kek kebaya. Pada mulanya ita risau juga.. maklumlah tidak pernah membuatnya sebelum ini. Tapi tidak berapa sukar bila tuan empunya mengirimkan gambar untuk ita buat rujukan.

Tema yang menjadi pilihan pula adalah kebaya hijau yang ingin dipadankan sedondon dengan gubahan hantaran yang lain.
Keknya adalah absolute choc kek yang dilapisi mousse choc dan taburan kepingan coklat di dalamnya.



Yang ini pula adalah kek buat hantaran pertunangan juga.
Dalamnya adalah kek rainbow.
Temanya pula adalah purple dan putih.
Kek yang simple deconya tapi manis dipandang.
Bunga rose mekar putih menjadi pilihan ita untuk kek ini. Ita hiaskan dengan bunga ungu sebagai pemanis dan juntaian manik halus dari krim untuk mendapatkan sentuhan kelembutan
Semoga kedua-dua pemilik berpuas hati dengan sentuhan ini.
Ita memohon maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penyediannya..
Doa ita semoga kedua- dua insan yang sedang menanti hari bahagia ini akan kekal jodohnya hingga ke jinjang pelamin..



Aug 22, 2013

Soto Madura Sinar Kehidupanku

Assalamualaikum
Salam Shawal buat semua..

Minggu ni adalah minggu peperiksaan bagi anak-anak. Setelah 2 minggu bercuti kini mereka berhadapan pula dengan ujian dan peperiksaan. Bagi yang mengambil peperiksaan pada minggu ini.. cik ita doakan semoga anak-anak dapat menjawab setiap soalan dengan baik. Baca dan fahami setiap kehendak soalan dengan betul.. supaya kita tidak melakukan kesilapan ketika menjawab nanti..


Bagi ibu-ibu pula mungkin ada yang bercadang untuk mengadakan open house pada hujung minggu ni.. Dah ada perancangan nak masak apa?
Kebiasannya kita sukakan yang tidak terlalu berat untuk para tetamu. Makanan yang mudah di masak.. mudah di sediakan untuk layan diri dan yang penting rasanya enak dan lazat untuk di nimakti oleh tetamu yang bertandang ke rumah.

Soto kebiasannya adalah juadah yang kerap menjadi pilihan warga Johor untuk meraikan tetamu. Selain ianya mudah disediakan ianya juga muai untuk menampung jumlah tetamu yang tak dijangka ramainya.


Tau tak, orang Kelantan, mereka tak makan nasi himpit dan ketupat tau! Bila ita dah berkhawin dengan orang Kelantan barulah ita tau yang mereka tak sukakan nasi himpit atau kata lain mereka tak pandai makan. Mungkin bagi segelintir yang dah berhijrah atau merantau.. mereka bolehlah makan tapi bagi yang memang bermaustautin di negeri cik Siti Wan Kembang ni.. mereka memang tak pandai makan. Sebab tu bila hari raya mak mertua ita akan masak nasi untuk tetamu yang datang beraya di rumahnya. Bagi keluarga mertua ita mereka tak kisah sebab dah biasa makan masa mereka menetap di JB. Anak-anak dan menantu juga sukakannya..

Hari ini ita nak kongsikan resepi Soto Madura. Pada ita soto madura lebih enak dan lazat dari soto biasa. Dah banyak kali ita sediakan soto madura dan anak-anak juga semakin sukakannya. Oleh itu setiap kali buat soto mereka akan minta buatkan soto madura.


Kali ini ita nak kongsikan resepi yang ita ambil dari jiran lama dan kini telah menjadi sahabat blogger ita di alam maya. Siapa yang tak kenal dengan pemilik blog Sinar Kehidupanku. Seorang ibu dan suri rumah yang sangat rajin memasak. Ita mengenali dan tahu minat beliau yang suka memasak sejak kami berjiran. Jadi tidak menjadi kehairan jika beliau akan memasak masakan yang enak-enak untuk keluarga tersayang.

Soto Madura yang beliau kongsikan cukup mudah cara penyediaannya. Bukan itu aje rasanya juga enak dan lazat dan menjadi antara resepi kegemaran keluarga ita kini. Setiap kali ita buat soto pasti resepi ini yang akan menjadi pilihan ita.

Kepada yang berhajat nak buat jamuan hujung minggu ini.. apa kata jadikan soto Madura sebagai salah satu juadah yang terhidang untuk para tetamu.


SOTO MADURA
By Yatie

Bahan -bahan

1 ekor ayam – dipotong 4
1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
4 cwn air atau secukupnya
3 batang serai – dititik
1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Garm dan sedikit gula

Bahan Kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 labu bwng besar
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus

Bahan di makan bersama
sambal kicap
Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Nasi impit secukupnya

Kaedah Penyediaan

Ayam 3 keping tu di rebus hingga separuh masak bersama 3 cwn air. Manakala selebihnya di cincang kecil utk di masak bersama kuah soto nanti.
Ayam yg telah di rebus tadi, angkat dan toskan. Lumurkan dngn sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng hingga masak. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura nnti, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih. Masukkan juga air rebusan ayam tadi ya.
Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.

*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah/di celur. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.






Aug 21, 2013

Little Mermaid untuk Aaliayah


Nampaknya cahaya terang benderang dengan Sang Mentari bersinar cerah setelah mendung berarak kelabu semalam..
Harap biarlah panas hingga ke petang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca..
Terima kasih kerana masih tak jemu-jemu mengunjungi blog Masam Manis
Semoga Masam Manis dapat menceriakan hari-hari anda semua


Hari ini sekali lagi ita kongsikan kek yang ita buat untuk rakan FB. Kali ini untuk Birthday Girl pula berusia 5 tahun.
Ini merupakan kali ke 2 ita menyediakan kek Little Mermaid setelah percubaan yang pertama ita sediakan bulan lalu.
Cuma bezanya kali ini tuan empunya kek tak mau kek fondant. Beliau lebih sukakan kek coklat. Pada mula timbul kerisauan dalam diri ita.. Ialah setiap kali ita google di internet semua contoh kek Mermaid disalut fondant untuk mengambarkan suasana dasar laut. Khuatir ita tidak dapat memenuhi kehendak si comel.


Mula ita bercadang untuk tukarkan ganache Dark choc kepada White choc supaya ita boleh warnakan ianya dengan warna biru. Ita dah pun kemukakan cadangan ita kepada tuan empunya dan beliau bersetuju.. Tapi akhirnya ita menukar ke Dark choc semula kerana ita risau mungkin kalau orang tak biasa makan ganache putih akan berasa pelik pulak akan rasanya... nanti.

Kek yang di minta adalah kek Absolute Choc Cake
Kek choc moist yang dilapisi mousse choc dan taburan hirisan coklat di dalamnya.

Cara penyediaan kek macam biasa yang pernah ita kongsikan sebelum ini.
Tapi kali ini ita kena lebih peka pada setiap karektor animasi kerana kanak-kanak ni kan mereka lebih peka dan tau aje apa kesilapan yang kita lakukan.
Maklumlah ita dah lama tak tengok kartun. Anak ita Dalili pun dah besar dan dia ni pelik sikit sebab suka tonton drama hehe ikut sapa lah tu...





Kebiasannya ita sediakan figurine ita ni lewat malam. Dalili pun dah tidur..
Bila dah siap dan ita tunjukkan padanya keesokan hari.. ada sahaja kesilapan yang dia akan tegur.. ini tak betul itu tak betul.. warna tak sama.. baju tak sama.. dari situ ita tau bahawa kanak-kanak ni.. dia kalau nak sesuatu mesti benda tu tepat dan tak boleh ada kesilapan pun.. hehe
Lepas ni ita kena lebih berhati-hati dalam penyediaan figurine ita.. mungkin ita kena tonton animasi tersebut terlebih dahulu sebelum ita mulakan projek tersebut.. hihi


Ramai yang tanya, kat mana ita belajar buat figurine?
Sebenarnya ita tak pernah pergi belajar buat figurine ni.. Ita cuma rujuk pada internet aje.. ada sesetengahnya pula ita tengok gambar dan cuba buat ikut gambar tersebut. Oleh kerana setiap karektor tu adalah kartun ianya tak semestinya tepat.. janji ada iras2 oklah tu kot.. hihi

Mungkin ianya kerana minat. Kata orang kalau dah minat semunya menjadi..
Ita kalau dah buat memang tekun.. hihi tak ingat makan minum.. Sampai anak-anak ita selalu tegur.. 'mak ni.. makanlah dulu nanti mak sakit.."
Selagi tak siap.. tidur ita tak lena.. mandi tak basah dan makan pun tak terasa kenyang dibuatnya..


Pada adik-adik yang sering bertanya apakah bahan yang ita gunakan untuk buat figurine.. Ita kebiasannya mengunakan gumpaste.
Gumpaste lebih mudah di bentuk dan mudah keras bila dibiarkan.. berbanding fondant yang lebih lembut. Fondant kalau kita biarkan pun dia tak keras. Biasanya fondant ita guna untuk salut pada kek. Kalau gumpaste untuk ita buat karektor animasi atau bunga.
Gumpaste yang ita guna ita beli yang ready made. Tapi di JB ni tak ada jual. Untuk dapatkan gumpaste ita terpaksa beli di ICCA di KL.


Kalau guna fondant kita kena campurkan dengan gum khas yang namanya CMC boleh beli kat kedai jual bahan kek.. tapi itu pun kita payah nak dapat kelikatan seperti gumpaste yang dah ready made.
Harga gumpaste juga sangat mahal 1 peket yang beratnya 453 gm sahaja berharga RM 49.90 dan untuk 1 biji kek di atas ita perlukan 1 peket gumpaste tersebut.
Untuk fondant pula ita beli yang macam dalam tong tu Satin Ice. Yang ni pun ita beli di KL.


Kadang-kadang bila ada yang minta ita kurangkan harga.. ita dah tak taulagi nak kurangkan kat mana.. Ita bukannya menjual.. ita cuma tolong buatkan aje.. upah pun ita tak kira.. Ita tau yang minta ita buat mereka yang nak rasa kek ita dan nak tengok sendiri apa yang ita hasilkan.. Sebab tu apa yang ita buat dari bahan asas kek seperti butter, tepung, coklat semuanya ita guna apa yang memang ita gunakan untuk ita sediakan kek untuk keluarga.


Bahan-bahan asa kek sekarang memang sangat mahal.. Kadang-kadang ita pun tak tau nak letak berapa harga kek tersebut. Suami ita selalu kata.. penat aje ita buat sebab tak setimpal dengan penat ita dan wang ringgit yang ita labur untuk kek tersebut. Tapi ita kata ita ikhlas buat kerana Allah.. ita hanya nak sukakan hati kanak-kanak yang menyambut ulang tahun itu sahaja.. 


 Happy Birthday buat Aaliyah...






AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.