Jul 28, 2013

Kek Bersalut Ganache


Kebiasannya ganache di curahkan di atas kek. Itu adalah kaedah penyediaan kek biasa yang kita lihat. Ada yang beranggapan kek yang bersalut ganache amat sukar di hias. Ialah bila kek dan penuh dengan lelehan coklat memang agak sukar untuk dapatkan deko yang menarik dan cantik.

Ada pula yang beranggapan kek yang di salut ganache tidak perlu di deko.. Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa kek yang bersalut ganache jika di tambahkan sedikit assesori menjadikan ianya nampak Wow!!

Choc Mascopone Lego Cake Deco

Sebilangan daripada kita menghadapi kesukaran untuk melicinkan kek yang menggunakan ganache. Ganache yang di curah pada kek pun amat sukar nak dapatkan permukaan yang licin.. inkan pula jika ianya di lempa pada kek.. pasti comot.. momot di buatnya kek itu nanti.

Choc Mascapone Animal Safari

Sebenarnya anda tak perlu risau.. bak kata orang nak seribu daya.. jika tak mahu.. bermacam-macam pula dalihnya.. Apa nak risau.. kita yang buat dia.. jadi tak ada istilah mustahil disini. Yang penting kita buat dengan penuh kasih sayang.. Ita percaya kek yang terhasil pasti akan tampak lebih menarik dan tertarik jika kita lakukan dengan ikhlas dan rasa kasih sayang yang mencurah-curah.. Teringat pesan mak.. bila buat kek kena berlapang dada.. senyum yang tak pernah lekang di bibir menjadikan kek kita manis semanis senyuman.. Doa yang tak putus-putus dibaca menjadikan kek lebih lazat dan nikmat tak terkata..


Hari ini ita nak kongsikan sedikit tips dan kaedah melempa ganache pada kek. Ini adalah cara ita.. mungkin ada sahabat-sahabat diluar sana yang mempunyai teknik yang berbeza..
Nak dapatkan kek yang cantik.. kita perlulah banyak bersabar.. teliti.. berhati-hati.. dan peka.
Seperti biasa kita mulakan dengan melapis kek satu persatu. Setiap lapisan tu terpulang lah kita nak lapiskan dengan buttercream, mousse, cream cheese frosting, jam atau apa-apa yang bersesuaian dengan citarasa.
Kemudia kita lepa atau salutkan keseluruhan kek kita dengan krim, mousse atau cream cheese frosting.


Ini adalah kek yang ita dah salutkan dengan choc cream cheese frosting. Bila dah salut dan dah rata keseluruhan kek kita simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam supaya permukaan kek keras dan mudah di lempa.

Rusian Black and White Ferarri Cake

Sementara kita menunggu cream pada kek mengeras kita bolehlah sediakan ganache coklat.
Ganache coklat yang telah kita sediakan kita biarkan sejuk. Ganache yang hendak di lempa pada kek tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat. Jika ganache masih cair letak sebentar dalam peti ais supaya ia pekat sedikit. Jika ganache yang kita dah letak dalam peti ais tu terlalu pekat dan keras kita biarkan pada suhu bilik supaya ia lembut sedikit.


Biasa ita akan mula melempa kek dari permukaan atas. Setelah rata baru ita beralih pada tepi untuk meratakan keseluruhan kek.


Jangan risau jika permukaan kek tidak licin atau tidak rata kerana kita akan licinkan kemudian. Apa yang penting kita pastikan ketebalan lapisan itu seimbang pada keseluruhan kek.

Ada 3 kaedah yang boleh kita pilih untuk meratakan atau melicinkan kek

  1. Dengan menggunakan spatula besi dan di panaskan atas api sebentar kemudian kita lap dengan tuala basah dan kita ratakan pada permukaan kek. Kaedah ini dibuat berulang-ulang hingga dapat permukaan yang licin
  2. Sama juga seperti kaedah 1, cuma bezanya spatula di rendam di dalam air panas. Kepanasan pada spatula dapat mencairkan sedikit suhu ganache dan kemudian meratakan permukaannya. Apa yang penting kedua-dua kaedah ini.. kek perlu di keraskan sebentar di dalam peti ais.
  3. Kaedah ke 3 atau kaedah yang sering kali ita gunakan. Iaitu dengan mengunakan plastik mika. Atau plastik keras biasa di gunakan untuk binding.


Ita ratakan keseluruhan kek dengan plastik mika ini. Mulakan dari permukaan atas kek kemudian barulah pada tepi kek untuk mendapatkan keseluruhan kek yang nampak licin dan rata.


Inilah hasil selepas kek kita dilicinkan. Jika masih tak puas hati lagi dengan kelicinannya boleh lah ulang-ulang prosesnya hingga mendapat permukaan kek yang licin seperti yang di hajatkan.

Bila dah siap, simpan dalam peti ais semula hingga ganache mengeras sebelum kita mulakan proses mendeko.



Macam Mana? Dah bersedia untuk mendeco kek dengan ganache chocolat pula...
Selamat mencuba!





Jul 22, 2013

Birthday Kek Kanak-Kanak

Seronoknya jadi kanak-kanak kan?
Bila ita mendapat permintaan untuk kek birthday kanak-kanak, ita berasa sangat-sangat teruja.. Seronok untuk menyiapkan sebijik kek birthday anak-anak bertepatan dengan permintaan ibu-bapa dan selaras kehendak anak-anak mereka.

Safari Choc Mascopone Cake

Menyampaikan keinginan kanak-kanak dan menepati citarasa mereka bukanlah sesuatu yang mudah.. bagi ita. Pengalaman ita sebagai kanak-kanak tidak banyak membantu.. Seingat ita, seusia kanak-kanak ita tidak pernah menyambut hari ulang tahun dengan meniup lilin dan di kelilingi rakan-rakan maupun taulan sambil mendengar alunan lagu Happy Birthday to you.. dinyanyikan..

Kekurangan dalam kehidupan bertambah memiliki adik-beradik yang ramai.. merupakan satu igauan bagi ita untuk memiliki semua itu.. Ita pun tak pernah kisah dengan tarikh keramat dalam hidup ita.. itu. Redo dengan apa sahaja yang tuhan kurniakan..

Angry Bird's Rainbow Cake

Sebagai ibu, ita pasti.. mak ita tak pernah melupakan tarikh lahir anaknya.. tapi apalah daya si ibu jika kesempitan hidup membelengu diri ketika itu.. Keperluan yang harus di utamakan melebihi dari kehendak..

Seingat ita, setiap kali hari ulang tahun, mak ita pasti memasakkan masakan kegemaran anak-anaknya. Mak akan buatkan donut kesukaan ita. Mak tau ita sangat suka makan donut ketika itu.. Donut untuk birthday girl pastilah lebih istimewa daripada yang lain.. menjerit ita kesukaan bila donut ita mak buatkan sebesar kuali.. waa... keseronokan itu.. melupakan ita pada kek ulang tahun, lilin dan nyayian happy birthday..

Elmo Red Velvet Cake

Bila ita menjadi ibu, ita ingin mengembirakan mereka.. sama seperti apa yang mak ita lakukan.. Setiap kali hari ulang tahun, pasti akan ada sebiji kek di atas meja untuk meraikan hari ulang tahun mereka..
Mengigati hari ulang tahun kelahiran anak-anak menjadi satu kemestian bagi ita.. kerana semua anak-anak ada memori indah untuk di kenang setiap kali mereka dilahirkan di dunia.. Ita pasti apa yang ita rasakan turut dirasai sama oleh ibu-ibu di luar sana juga..


Bila ita mula buat kek.. ada juga suara-suara yang berkata.. ' tak baik buat bentuk binatang atau patung-patung untuk di letakkan atas kek.."
Ita terima semuanya.. walau apapun pendapat yang mereka berikan.. apa yang baik ita jadikan panduan yang tak elok ita jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran..

Apa yang ingin ita katakan tak salah meraikan hari ulang tahun mereka.. kanak-kanak adalah anugerah yang tak ternilai dari yang maha Esa. Nabi Muhamad s.a.w juga kasihkan kanak-kanak.. apalah salahnya kita raikan mereka walaupun setahun hanya sekali sahaja..

Mengembirakan hati kanak dengan menghadiahkan kek animasi kesukaan mereka pada ita tiada salahnya.. Semuanya bergantung kepada naiwaitu kita..

Transfomer Absolute Choc Cake

Hari ini ita nak berkongsi pengalaman ita menyediakan beberapa kek Birthday anak-kanak yang  pernah di pesan. Kebiasannya kek yang ita sediakan bergantung atas permintaan tuan empunya. Dari jenis kek, toppingnya atau hiasan dekorasi kek. 

Walaupn kebanyakkan daripada mereka kadang-kala menyerahkan 100% idea dekorasi kek pada ita, namun ita perlu tau apa yang anak-anak mereka suka sebagai contoh, anamisi atau kartun kesukaan kanak-kanak tersebut, warna kegemarannya dan yang paling utama kek apa yang paling di sukai oleh mereka dan keluarga. Selepas itu barulah ita dapat idea bagaimana kek yang akan ita hasilkan nanti sesuai atau seiring dengan kesukaan birthday girl atau birthday boy tersebut.

Kek di atas ni adalah Absolute Choc Cake. Kek coklat moist yang di lapisi krim mousse chocolate yang yummy dan di limpahi coklat ganache. Cuma bezanya pada choc ganache, resepi asal ita pukul dahulu choc ganache yang telah sejuk hingga berkrim. Bagi yang ini pula ita biarkan choc ganache sejuk kemudian ita terus lempa atas kek. 

Hiasan dekonya pula, ibunya inginkan sesuatu yang simple, kerana Irsyad merupakan anak yang cukup simple dan tidak cerewet kata ibunya lagi.. Karektor pilihan adalah Transfomer bersesuaian minat mendalam Irsyad terhadap filem animasi tersebut. 

Ita cuma letakkan logo transfomer yang ita buat daripada coklat dengan kaedah Chocolat Transfer. Mudah caranya..  Mula cari gambar atau karektor yang diinginkan. Letakkan gambar tersebut di bawak plastik mika dan lekatkan dengan solotape. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Kita boleh warnakan coklat masakan putih jika inginkan warna yang berlainan. Mulakan melakar atas plastik mika mengikut gambar yang kita letakkan di bawah. Setelah siap biarkan ia mengeras dalam peti ais sebentar. Jangan lama-lama nanti coklat akan melengkung pula. Bila dah keras bolehlah hiaskan atas kek. Bagi kaedah ini tidak sesuai untuk tulisan kerana huruf tersebut akan terbalik bila coklat di terbalikkan nanti..

Upin Ipin Rainbow Cake

Ini pula adalah kek Birthday Ziyad. Untuk Ziyad mamanya minta buatkan kek rainbow sesuai sifat ziyad yang sangat ceria.. Kartun kegemarannya pula Upin Ipin and gang. Mama Ziyad tidak mau kek yang menggunakan buttercream atau fondant. Oleh itu ita mengambil keputusan untuk menggunakan cream cheese frosting sebagai toppingnya. 



Untuk deco Upin Ipin and the gang, ita gunakan kaedah melukis atas gumpaste. Warna yang ita gunakan adalah warna Ameri Colour iaitu pewarna makanan. Sama juga kaedahnya, mula kita cari gambar di buku atau di google. Kemudian kita tekap gambar tersebut atas kertas tracing paper. Canaikan gumpaste dan kemudian kita tekap pula gambar tersebut yang kita lorek atas tracing paper ke atas gumpaste yang telah kita canai nipis. Mulakan lah proses melakar, melukis dan mewarna. Biarkan warnanya  kering sepenuhnya. Biasanya ia akan kering sepenuhnya bila di biarkan semalaman. Kemudian kita potong dan bolehlah hiaskan atas kek kita tadi. Mudah aje kan..?
 Jom kita dengar apa kata tuannya 


Upin Ipin 3D Rainbow Cake

Ini satu lagi kek Upin Ipin, tapi kali ni 3D cake. Kek masih lagi sama kek rainbow dengan cream cheese frosting.  Kek ni agak besar lebih kurang 14 inc.  Untuk karektor Upin Ipin ita menggunakan gumpaste. Gumpaste lebih mudah di bentuk dan ia akan mengeras. Fondant tidak sesuai untuk di buat figurine kerana ia lebih lembut. 

Bagi pertanyaan tentang kek rainbow ni, ita lapis dahulu kek selapis-selapis hingga habis. Kemudian ita simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras. Selepas itu ita potong keliling kek dengan pisau yang panjang dan tajam untuk menampakkan corak rainbow pada seleliling kek. Bila kek di simpan dalam peti ais ia memudahkan kita untuk mendapat potongan yang cantik!

Princess Pink and White Cake ~ Rainbow cake

Kek ini pula adalah kek yang buatkan ita tak tidur malam memikirkaknya. Pada ita ia adalah kek yang agak mencabar utuk di sediakan. Ini juga merupakan pengalaman pertama ita menyiapkan 2 tier cake.  Kebetulan pada hari yang sama ita ada lagi satu kek "artycake" yang juga mencabar.. Kedua-dua kek ini pula ita perlu hantar pada pukul 12 tengahari.. itu pun ita dah terlewat menyiapkannya.. Minta maaf sangat pada tuan empunya kek yang sweet ni.. kerana terlewat dari masa yang di janjikan.

Yang lebih mendebarkan ita kek ini harus di hantar ke sebuah Hotel yang terkenal di JB, itulah yang buatkan ita tak tidur malam memikirkan akan hasilnya nanti.. Alhamdulillah bila tuan empunyanya melahirkan rasa puashati dengan hasil kek yang ita sediakan.. terima kasih sangat-sangat..

Kek yang diinginkan adalah rainbow cake dengan fondant sebagai hiasan utamanya. Temanya pula pink dan putih.

Little Mermaid Rainbow Cake

Ini adalah satu lagi kek fondant yang sangat-sangat mencabar.. Paling sukar untuk amatur seperti ita menyediakannya. Tapi pada ita kek ini cukup istimewa.. kerana kek ini adalah untuk pasangan kembar Dalili dan Dania. Kek adalah atas permintaan Dalili hehe kebetulan namanya sama dengan nama anak ita Dalili ^_^ 
Dalili inginkan kek Mermaid, begitulah seperti apa yang di nyatakan oleh anak kesayangan pasangan suami isteri ini. Sebagai ibu pasti tidak mahu menghampakan permintaan anak kembar kesayangan mereka.. 


Semasa menyediakan kek ini, ita benar-benar berharap agar ita dapat merialisasikan impian pasangan kembar ini. Italah yang paling gembira  sekiranya mereka sukakan deko yang ita hasilkan..

Hellow Kitty Checkered Red Velvet Cake

Ini pula kek Hellow Kitty
Dalamnya adalah kek Red Velvet dan di lapisi krim cheese frosting
Kek yang simple deconya dan nampak sweet dengan colour pink yang lembut.
Harap Juanita juga sukakan kek yang auntie hasilkan

Durian Delight Cake

Ini pula adalah kek Durian Delight
Resepi kek ini ada dalam buku masakan ita Siri Bloger Masakan
Kepada sesiapa yang dah dapatkan buku ini alhamdulillah dan syukur.. terima kasih banyak-banyak, semoga buku ita ini dapat menemani anda di dapur untuk menyediakan kek istimewa buat keluarga tersayang.

Sebelum itu ita nak melahirkan ucapan maaf banyak-banyak kerana ada beberapa kesilapan ejaan dan ada juga resepi yang tersilap edit mungkin.. Ita bagi pihak MPH juga mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan pada buku masakan tersebut.

Untuk resepi Durian Delight, kesilapan adalah tertaip 2 x pada sukatan minyak jagung dan perasa durian. Resepi yang sebetulnya untuk kek span durian adalah 50 ml minyak jagung dan 1 sudu teh pes / perasa durian sahaja. Harap makhlum

Pecan Haven Cake With Butterstoch

Rusian Black and White

Ini pula adalah contoh 2 jenis kek yang berbeza yang menggunakan edible image.
Kek pertama adalah Pecan Haven Cake With Butterstoch
Kek yang ke dua pula adalah Rusian Black and White

Candy Crush Saga Rainbow Cake
Ini pula kek Rainbow dengan tema Candy Crush Saga
Sebenarnya ita tak tau menahu pun pasal game ni tau! mujur Dalili ada memberikan panduan ketika ita menyediakan kek ini. Ita ni mmg tak minat nak main-main game ni.. tu yang blur sikit.. hihi

Kek ni nampak simple tapi rumit juga nak membuatnya kerana semua benda terlalu kecil untuk di berikan perhatian.


Ini pun adalah kek yang istimewa bagi ita.
Kek ini di tempah oleh orang jauh dari Putra Jaya.
Pada mulanya ita ingat tak nak ambil tempahan memandangkan bulan puasa dan ita dah mula sibuk dengan biskut raya. Tapi tak sampai hati pula nak menolak bila mama A'raf beriya-iya minta ita buatkan.. Mereka juga sangup turun jauh dari Putra Jaya untuk menyambut ulang tahun A'raf di JB. Tersentuh hati ita.. melihat  naluri seorang ibu..

A'raf sukakan haiwan dan safari adalah tema utama untuk deco kek tersebut. Ita mengambil masa 1 hari untuk menyiapkan kek ini dengan figurine haiwan.
Kek adalah  Chocolate Mascopone Cake. Seperti kek Transfomer ita gunakan ganache chocolate untuk melempa atas kek. Untuk figurine ita masih lagi menggunakan gumpaste
Dalam kek pula adalah corak checkered cake dam sebagaimana permintaan mama A'raf.
Jom kita intai pula apa kata mama A'raf


Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua..
Halalkan segala kekurangan dan maafkan segala kelemahan..
Yang baik datangnya daripada Allah dan setiap kelemahan adalah atas kekurangan dan kealpaan diri ini..

Assalamualaikum..




Jul 14, 2013

KT PLACE Eat all you can!!


Assalamualaikum,
Alhamdulillah kita masih lagi berada di bulan Ramadhan.. bulan yang penuh mulia. Dah pun masuk hari ke 5 kita berpuasa.. alhamdulillah berjaya juga kita mengharungi kesabaran menahan lapar dan dahaga.

Selamat berhujung minggu buat semua pembaca..
Pasti hujung minggu anda di bulan puasa ini lebih sibuk. Mungkin ada yang dah mula buat persedian untuk menyambut Hari Raya. Cuti hujung minggu begini biasanya di habiskan untuk membeli keperluan Aidil Fitri nanti.. ialah takut terkejar-kejar pula. Terutamanya bagi yang nak pulang beraya di kampung. Persedian mestilah di buat lebih awal.. supaya semuanya berjalan dengan teratur seperti yang di rancangkan.


Bila dah sibuk dengan urusan dan anak-anak.. ita pasti sebahagian daripada kita tak sempat untuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Ialah terkejar-kejar kan.. mana lah ada masa.. nanti kata orang yang dikejar tak dapat yang di kendong pula berciciran..
Mungkin juga ada yang merebut peluang cuti hujung minggu untuk bersama keluarga berbuka puasa di luar pula.. Sesekali berbuka puasa di luar tak salah rasanya kan..

Bulan puasa juga banyak Hotel, restoran atau permis makanan yang menawarkan hidangan untuk berbuka puasa. Pelbagai promosi telah di rancang lebih awal untuk menarik pelanggan. Pelbagai jenis hidangan dari lauk pauk, kuih muih, manisan dan minuman di sajikan untuk santapan setiap pengunjung.


Ada yang inginkan kelainan?
Ok hari ini ita nak ceritakan tentang sebuah restoran makanan yang telah ita kunjungi baru-baru ini. Mungkin restoran ini agak istimewa kerana sajian berbuka puasanya yang mungkin agak berbeza daripada restoran makanan yang lain.


Anda peminat Steam Boat?
Steam bot tidak asing lagi bagi ita dan keluarga dan juga bagi sebahagian besar rakyat Johor khususnya. Restoran steam bot juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di JB sekarang ni.
Telah banyak restoran steam boat yang ita kunjungi.. Tapi kali ini restoran yang bakal ita kongsikan ada sedikit kelainan dan cukup istimewa.


KT Place menyediakan hidangan bufet steamboat & grill
Kami sekeluarga sukakan hasil masakan yang di persembahkan. Dan ita rasa ianya sangat bertepatan dengan citarasa kami sekeluarga. Hingga sekarang ita masih terasa-rasa keenakan sup tom yum nya yang sangat lazat. Daging dan ayamya di perap dengan cukup sempurna sekali dengan aroma yang cukup memikat dan rasa yang pergh!.. cukup lazat..


Dalili lah yang paling teruja.. seakan bermain masak-masak pula di restoran yang cukup bersih, dekorasi yang sangat simple, kemas dan tersusun rapi. Setiap kali lalu di hadapan restoran ini, mulutnya tak berhenti menyebut " bila kita nak makan kat situ lagi.. sedapnyaaa.. yum! yum! "
Apa yang menariknya di restoran ini terdapat surau atau ruang untuk bersolat yang cukup selesa


Kebetulan restoran ini terletak berdekatan dengan rumah dan laluan ita setiap hari menghantar Dalili kesekolah. Ianya terletak di kawasan perumahan yang baru di buka. Restoran ini juga baru sahaja beroperasi rasanya.. Tak sangka pula terdapat restoran makan steam boat yang enak dan lazat di kawan perumahan baru itu.. Mungkin kedudukan restoran ini yang sebaris dengan restoran makanan yang lain buatkan kami terlepas pandang.. lepas ni pasti restoran ini akan kerap kami kunjungi..


Jom kita intai-intai apakah menu istimewa di restoran ini.
KT Place menyediakan hidangan bufet steamboat & grill


Menu Utama:
Steamboat ~ Lebih 30 pilihan tofu, fucuk, wantan, pelbagai bebola dan dimsum
Daging perap ~ Black Pepper, Soy Garlic, Rempah Seri, Korean Bulgogi (NEW)
Ayam perap ~ Black Pepper, Soy Garlic, Rempah Seri
Makanan laut ~ Udang, Sotong, Kupang, Kerang dan Ikan
Sayur-sayuran, Telur, Mi Wantan, Mihun dan Mi Telur
Kuah Sup
Kuah Tomyam


Makanan Sampingan:
Nasi Putih
Sambal Belacan
Ulam-ulaman
Kimchi (NEW ~ Hidangan sampingan Korea disediakan oleh restoran)


*Nasi Goreng Kampung
*Mihun Goreng Singapore
*Kway Teow Seafood
*Spaghetti Aglio e Olio
*Makaroni Bakar
Sekurang-kurangnya dua menu bertanda * setiap hari

Buah-buahan dan Kurma disediakan.



Dessert dan kuih-muih (Sekurang-kurangnya dua jenis setiap hari):
Karipap
Popiah Otak-otak
Samosa
Puding Milo
Puding Keladi
Tako
Bubur Kacang
Bubur Pulut Hitam
Bubur Terigu dan Jagung Manis


Minuman
Minuman kordial.
Istimewa:
Air Kacang Soya KOBENA (segar dan disediakan setiap hari) atau Air Teh Bunga Krisanthemum (yang menyejukkan badan).
Minuman panas - Teh dan Nescafe


Minuman dalam tin disediakan, tidak termasuk bufet.
 

Restoran ini beroperasi dari pukul 5.00 petang hingga 12 malam setiap hari kecuali pada hari Isnin.
Jika bulan biasa restoran ini akan tutup pada setiap hari Isnin. Tapi pada bulan puasa ni ita rasa ia akan di buka setiap hari untuk meraikan mereka yang ingin merasa keenakan masakan yang di sajikan untuk berbuka puasa.

Masa operasi
5.00 petang ~ 12.00 malam
Tutup ~ Isnin

Pada bulan puasa juga mereka mengadakan bufet ramadan yang special dengan harga yang sangat berpatutan

Bufet Ramadhan
Dewasa ~ RM 23.00
Kanak-kanak ~ RM 12.00
Warga emas ~ RM 15.00

Promosi Ramadhan
4 orang ~ RM 85.00

Anda boleh makan apa sahaja makanan yang di sediakan di situ.. menarikkan??
Dimana pula lokasinya?


KT PLACE
No 57, Jalan Adda 3/1
Adda Heights
Johor Bahru

TEMPAHAN
Sila hubungi 011-2316 3357 (Nor) atau 014-2730 445 (Ariffin)
Facebook Page: https://www.facebook.com/ktplace.steamboat
Tel : 011 2316 3357 untuk tempahan atau book tempat 



Jul 13, 2013

TART ROSALINDA

Harumnya bau biskut dari rumah jiran sebelah..
Bila bulan puasa kita bukan sahaja terhidu aroma masakan yang mengoncang iman, tapi juga bau harum bila biskut di bakar yang melintuk-lintuk di bawa angin.


Ada yang dah mula membuat biskut raya ke?
Atau masih lagi mencari biskut raya yang sesuai.
Jika nak mencari biskut raya, boleh lah mencuba koleksi biskut raya pilihan dari buku Siri Blogger Masakan Biskut Raya. Terdapat 25 jenis biskut raya yang harus di cuba untuk menghiasi meja tetamu di pagi lebaran.

Bagi mereka yang belum dapatkan buku ini, bolehlah dapatkan di pasaran. Terdapat 3 koleksi buku dengan tema yang berbeza. Setiap satunya di jual dengan harga RM 9.90 senaskah. Buat masa ini buku ini hanya terdapat di kedai buku MPH sahaja. Bagi mereka yang sukar boleh lah dapatkan terus secara online di  MPH Online






Hari ini satu lagi tambahan koleksi biskut raya yang bakal ita kongsikan.
Ramai yang di luar sana pengemar kuih tart kan?
Kalau di rumah ita ni Dalili adalah peminat biskut yang menjadi keutaman setiap rumah bila Lebaran menjelma.
Kemunculan Kuih Tart dengan pelbagai versi pastinya menyerikan lagi meja hidangan. Satu lagi versi kuih tart yang cukup popular di Johor Bahru adalah Tart Rosalinda. Tart ni dah lama meletup di JB sejak era popularnya sicom drama telenovela dari Mexico yang cukup popular sedikit masa dahulu.

Sambutan terhadap biskut tart yang satu ini juga naik mendadak di pasaran. Kecomelan dengan hiasan bunga dan berbentuk topi pastinya menambat setiap lirikan mata yang memandang.
Apa tunggu lagi jom kita intai-intai cara membuatnya.



TART ROSALINDA
Dari resepi Tart Nenas Nyonya
By: Kak Jee
 
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms butter
2 kuning telor sahaja
jem nenas

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.




Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
Kalau nak ikut cara kak jee yg lebih mudah boleh tgk kat SINI
Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.

Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.


JEM NENAS BLUBERRY
Dari resepi Jam Nenas Istimewa
By: CMG

3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir
1 sudu teh pes bluberry
1 sudu teh pewarna bluberry

Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
Akhir sekali masukkan parutan epal hijau,  pes bluberry dan pewarna, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.


ICING

1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon

Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara. 


Kepada yang  rasa macam leceh aje cara membuatnya tapi nak jugak biskut ni menghiasi meja tamu di pagi lebaran.. boleh lah beli sahaja yang dah siap. Kalau nak minta ita buatkan boleh call adik ita Aluya untuk tempahan Tel : 017 ~ 727 9179

Tapi ita buat tak banyak lah ya.. sekadar yang ita termampu sahaja. Oh lagi satu hanya untuk warga JB sahaja ya sebab tiada penghantaran untuk luar daerah.



AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.