Jun 24, 2013

21.. 22.. 23.. Jun

Assalamualaikum
Kehadapan sahabat-sahabat ku sekalian.. Apa khabar kalian di sana, harapan ita semoga kalian berada dalam keadaan baik-baik sahaja.. Sentiasa dalam lindungan Allah dan ceria memasak di dapur.

Alhamdulillah ita masih lagi Allah kurniakan kesihatan yang baik, mungkin berkat doa dari rakan-rakan sekalian yang tak putus-putus buat ita dan keluarga.. syukur kehadratNya..


Terlebih dahulu ita ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga, kepada semua rakan-rakan yang ita sayangi dan hormati, atas ucapan Selamat Ulang Tahun buat ita. Terharu sangat apabila membaca setiap doa yang di titipkan, dengan kata-kata semangat yang mengiringi setiap bai-bait ayat.. Tiada perkatan lain yang mampu ita zahirkan, hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga. Ita mengharapkan agar Allah SWB memakbulkan setiap doa kalian dan semoga malaikat mengaminkannya... Amin


Nampaknya hari-hari ita sekarang  semakin hari semakin sibuk. Rutin harian yang tak pernah berkesudahan, bertambah dengan undangan kelas dan juga pesana-pesanan yang minta ita sediakan. Alhamdulillah rezeki Allah, tiada siapa yang dapat untuk menentukan..
Ita juga ingin memohon maaf pada beberapa pihak majalah yang terpaksa ita tolak undangan, kerana jadual ita yang terlalu padat sekarang ini..


Ada juga yang dah mula berbunyi, kenapa lama kak ita tak berkongsi resepi.. ?
Oh, ya sebelum ita terlupa, ramai yang minta ita kongsikan resepi Lemon Cheese Cake yang ita buat kemarin. Ita dah pun kongsikan disini. Maaf ya atas kelewatan ita masukkan resepi tersebut. Ita ingat tak ada yang berminat.. rupanya ramai juga yang tertarik dengan resepi tersebut. Semoga dapat mencuba dan nikmati hasilnya. Sebenarnya ianya boleh di ubah suai mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak manggo boleh gantikan lemon dengan manggo,  kalau yang suka berries boleh letakkan berries. Kalau nak ianya dalam bentuk kek bolehlah buat kek, atau kalau nak mudah di makan, di hadiahkan kepada kawan-kawan atau pun ada yang berhajat untuk hantar ke masjid pada bulan puasa nanti bolehlah sediakan dalam bekas comel, mudah dan senang untuk di nikmati.


Berbalik kita pada persoalan yang di kemukakan, lamanya kak ita tak up date resepi... Bila nak masukkan resepi terbaru.
Selalu ita dah kongsikan resepi untuk semua, insyaallah jika ada resepi baru ita pasti akan kongsikan. Kini ita bagi peluang pula pada adik-adik atau rakan-rakan ita di luar sana yang sering minta ita kongsikan idea dekorasi kek dan puding. Katanya lagi kadang-kala kerana terlalu banyak menerima tempahan mereka ketandusan idea yang baru dan segar. Atas dasar perkongsian, maka kita sama-sama berkongsi demi kebaikan. Sekiranya ianya baik dan sesuai.. bolehlah jadikan ianya sebagai panduan untuk kalian menghasilkan dekorasi kek kalian pula.


Minggu ini ita banyak dapat permintaan untuk ita sediakan Rainbow cake, dan kebanyakkan pula untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun.. ala tomeii.. tomeiii.. bila lah ita nak ada baby lagi kan?.. lama dah tak kelek baby.. tapi kalau ita ada baby.. ita dah tak buat blog lagi dah.. pasti ita dah tak rasa sunyi lagi.. sebab dah ada toys baru.. hehe ^_^

Teruja sangat untuk ita kongsikan kek yang telah ita sediakan. Pasti ramai yang dah tak sabar nak tahu kaedah penyediaannya.. Jom sama-sama kita belajar


Kek pertama yang di minta oleh kak Naruljahnah untuk anak saudara beliau Monaco, comelkan namatu.. cute sangat!..
Akak Naruljahnah minta ita buatkan kek nombor satu dan kartun POCOYO adalah pilihan utamanya kerana anak saudara beliau peminat kartun biru yang comel ini. Terima kasih kak atas kepercayaan ini..

Kek ni sangat besar dan kek pertama yang besar yang pernah ita sediakan. Maklumlah oven ita kecil jadi tak muat nak masuk loyang yang besar. Sebenarnya ita nak buat kek yang kecil tapi loyang angka satu itu pulak besar, ita cari yang kecil tak ada lah pulak jual kat kedai. Ita cukup berdebar-debar nak beritahu kat kak Naruljahnah yang kek ni besar.. Alhamdulillah akak Naruljanah dapat menerimanya dan ama-amat memahami.. terima kasih sangat kak..


Kek ini berukuran 14 inc dan beratnya 4 kg ++. Memang berat.. Idea deco kek ini tercetus secara sepontan. Mula ita nak design lain.. tapi bila kek dah siap jadi design lain lah pulak.. tapi alhamdulillah kerana kek ini punyai ramai peminat sehingga mendapat 1276 likes dan 116 komen.. terima kasih ya kawan-kawan..

Untuk kek ini kak Naruljanah memilih rainbow cake, dan Lemon Cream Cheese Frosting. Ita hiaskan dengan deco yang cukup simple. Animasi Pocoyo ita sediakan dengan gumpaste. Huruf nama dan balon dari fondant. Tulisan 'Birthday' ita tulis dengan pen khas untuk tulis atas fondan yang boleh di makan dan tak berbahaya. Sebenarnya ia menggunakan ink dari pewarna makanan. Manik-manik kecil bawah kaki Pocoyo itu pula adalah manik dari coklat yang boleh di dapati di kedai jual bahan kek. Topping kek ita dari Cream Cheese Buttercream juga.


Kali ini ita memilih untuk melihatkan tona pelangi pada kek agar kek tampil lebih ceria. Ita salutkan dahulu kek dengan cream cheese dan kemudian ita potong keliling kek dengan pisau. Masalah juga kerana pisau ita tak cukup panjang intuk memotong kek yang satu ini. Ita harap kawan-kawan dah dapat sedikit ilham dan idea untuk doko kek kalian pula..


Untuk hari yang sama juga ita di minta untuk sediakan kek cawan untuk hantaran pertunangan oleh adik Halimatulsaadiah untuk sahabatnya. Kek dengan tema warna Peach dan Beige untuk hantaran pertunangan. Ita buat kek ni last minute sebab ita tak perasan message dari Halimatulsadiah. Maaf ya Halimatulsadiah.. bila last minute buat , inilah hasil yang mampu akak hasilkan, harap sangat adik dapat menerimanya dengan seadanya..


Ini lagi satu kek  yang dipesan oleh adik Halimatulsaadiah, menurutnya beliau ingikan satu kek untuk makan-makan bersama rakan-rakan. Beliau minta ita cadangkan kek yang sesuai. Ia memilih kek Devil's Food Chocolate Cake untuk beliau kerana ita cukup menyukai kek ini. Ita harap Halimatulsaadiah dan rakan-rakan juga sukakan rasanya..


Ini pula adalah persanan untuk hari Sabtu 22/6/2013. 150 biji cream puff dengan filling kastard dan krim kastard. Cream puff ni di pesan oleh jiran adik ita. Katanya nak di bawa ke Putra Jaya. Mungkin ada jamuan lah tu kot.. Terima kasih ya atas pesanan ini, dan minta maaf atas segala kekurangan dan kelemahan..


Sebagaimana yang ita katakan tadi, minggu ini ita banyak sangat terima permintaan untuk sediakan kek Rainbow dan ini juga adalah salah satu yang sempat ita sediakan. Kek ini agak unik kerana di pesan untuk hari ulang tahun bonda tersayang. Ayu pesan kek dengan tema warna hijau kerana bonda beliau sangat mengemari warna kegemaran Rasulullah s.a.w ini.

Bila kek Rainbow ita suka jika ianya di gandingkan dengan Lemon cream cheese frosting. Kek ini ita salutkan juga dengan cream cheese frosting yang ita warnakan hijau sebagaimana permintaan beliau. Deco kek yang pada ita cukup simple tapi amat bermakna buat seorang ibu. Figurine ita sediakan daripada gumpaste, begitu juga dengan bunga-bunganya. Tulisan masih lagi menggunakan pen khas untuk tulis atas fondant. Pen ni dari Wilton dan boleh didapati di kedai menjual bahan kek yang ada menjual barangan Wilton.


Menurut Ayu, kek ini akan di bawa ke Melaka. Ayu ni tinggal di Melaka, kebetulan beliau turun ke JB untuk majlis perkhawinan rakannya. Di kesempatan yang ada beliau meminta ita buatkan kek untuk birthday bonda tersayang.. Terima kasih Ayu, harap ayu berpuas hati dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan..


Ini pula kek untuk Wafiy, baby boy yang sambut ulang tahun. Happy Birthday Wafiy, be a good boy, jangan naughty-naughty tau!.. menjadi anak yang solleh, kebangaan mama dan papa ya.. ^_^

Kek ini juga adalah kek rainbow dengan Lemon Cream Cheese Frosting. Seperti kek yang lain juga ita salutkan kek dengan cream cheese frostinng juga, kerana ramai yang tidak suka kek yang di salut dengan buttercream atau fondant. Sebenarnya ita pun tak berapa sukakan kek dari buttercream, rasa macam kita makan butter aje kan.. Susah pulak bila nak cuci.. penuh berminya-minyak..


Seperti kek ita yang lain, tema simple adalah pilihan ita agar kek tidak sarat dam menyemakkan mata memandang. Warna ceria adalah pilihan ita untuk kanak-kanak selari dengan anak-anak yang sukakan warna yang ceria dan menarik. Kartun dari gula yang ita beli dari kedai bakery. Box dan tulisan huruf, bendera dan bintang dari fondant. Ita ikat bendera dengan benang dan ita ikatkan pada stick plastik yang ita beli di kedai jual bahan kek.

Ita berharap sangat Wafiy dan mamanya Ati sukakan rasa dan deconya. Terima kasih Ati..
Menurut ati kek ini akan di bawa ke Segamat, kerana beliau akan menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang pertama di rumah ibu mertua. Waa... berjalan sakan kek ita ^_^


Satu lagi kek yang ita sediakan untuk hari Sabtu. Kek Durian Delight yang dipesan oleh Marz. Menurut Marz kek ini di pesan oleh rakannya. Marz minta ita buatkan kerana kawanya takut ita tak nak buatkan kalau dia yang minta. heee ^_^

Terima kasih Marz dan juga rakannya.. semoga berpuas hati akan hasilnya..

Sebenarnya, resepi kek ini ita akan kongsikan dalam buku masakan ita yang akan keluar tidak lama lagi. Sebagai menghormati permintaan pihak MPH ita tidak dapat kongsikan di sini, walaupun sebenarnya banyak sangat permintaan untuk ita kongsikan di blog. Minta maaf banyak-banyak ya.. Insyaallah kalau tiada apa aral yang melintang buku ita akan menemui anda semua pada awal bulan July. Selain Durian Delight banyak lagi resepi menarik yang ita kongsikan dalam buku tersebut.. jangan lupa dapatkan di pasaran ya..


Pesanan terakhir pada hari Sabtu, puding hantaran dengan tema hijau yang di pesan oleh sahabat ita Ernie untuk adik kesayangan beliau yang bakal bertunang. Ernie adalah sahabat ita sewaktu bersekolah di Sek Rendah Kebangsaan Nong Chik. Lama terpisah akhirnya FB menjadi jejak kasih antara kami.


Terima kasih Ernie harap sangat Ernie berpuas hati dengan hasilnya. Seperti Kek Pocoyo, puding ini juga mendapat like yang tinggi di FB sebanyak 1115 likes dengan 122 komen, terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sangat-sangat memahami minat ita.

Resepi puding ini juga ita turut kongsikan dalam buku ita nanti. Jangan lupa dapatkan di pasaran pada bulan Julai nanti.


Ok, sekarang kita lihat pula apa kek yang ita sediakan pada hari Ahad pula.
Kek untuk Afif, happy Birthday Afif.. semoga Afif suka akan keknya ini begitu jugalah dengan mamanya. Terima kasih Izah, harap sangat izah berpuashati.

Kek ini juga adalah kek rainbow dengan lemon cream cheese frosting. Ita salutkan juga dengan cream cheese frosting untuk keseluruhan kek.


Teknik yang ita gunakan kali ini adalah butercream transfer untuk mini mouse. Deco yang simple ini juga ita dapat secara spontan, ketika ita ketandusan idea untuk mendeco. Kebiasannya bila ita tiada idea ita akan rujuk pada google untuk dapatkan idea hiasan kek. Bila kita lihat kek rakan-rakan lain sediakan masa tu baru kita dapat ilham bagaimana kita nak olahkan pula kek kita nanti.

Tepi kek ita hiaskan dengan note music yang ita buat menggunakan buttercream. Comelkan kek ni.. Suka pulak ita melihatnya nampak macam sejuk aje mata memandang.. Mungkin kombinasi warnanya yang buatkan ia nampak ceria..


Oh ya sebelum ita terlupa ada yang bertanya warna apa yang ita gunakan untuk semua warna yang ita gunakan dalam masakan dan decorasi kek. Untuk kek rainbow ita gunakan warna dari Star Brand, hijau untuk hijau apple, kuning untuk kuning telur, oren, biru dan merah. Untuk warna violet pula ita guna warna bluberry yang ni tak ada brand ita beli dalam botol yang di paking oleh tauke kedai. Untuk warna pada buttercream, atau fondant ita guna Ameri Colour. Ita sukan warnanya yang pelbagai dan untuk tone yang lembut ita campurkan sedikit warna putih juga dari Ameri Colour.

Macam mana? dah bersedia nak bermain dengan warna..?


Kek terakhir ita minggu lalu, Rusian Black and White Cake, di pesan oleh Mastura untuk hari ulang tahun bondanya.  Kali ini ita cuba pelbagai teknik yang di ajar oleh Chef Amer sewaktu ita berguru dengan beliau di kelas Coklat. Terima kasih ya Chef atas segala ilmu dan tunjuk ajar. Tapi banyak sangat kelemahan dan banyak lagi yang ita perlu perbaiki. Kena selalu praktis untuk dapatkan hasil yang lebih menarik.

Terima kasih kepada semua.. yang mempercayai bakat ini. alhamdulillah kepada yang sering mendoakan agar ita mendapat idea yang lebih baik untuk di kongsikan pada semua. Insyaallah ita akan terus berkongsi selagi ita mampu dan di izinkan.. Doa yang terbaik juga untuk anda semua, agar terus memasak dan berkarya dengan masakan. Air tangan ibu adalah yang terbaik untuk keluarga. Masaklah dengan hati yang tenang dan ceria.. pasti anda akan dapati hasilnya yang luar biasa..

Akhir kata selamat memasak dan Cook With Love Forever...

Salam Sayang,
Azlita







Jun 20, 2013

Aktiviti sepanjang minggu

Assalamualaikum..

Hari-hari ita semakin sibuk sekarang. Tu lah kata orang tak ada kerja cari kerja.. dah dapat kerja tak terkerja-kerja lah pulak.. " tak baik mengeluh.. " pesan mak setiap kali ita luahkan rasa penat.. " nanti rezeki lari.. " tambah mak lagi

Tapi ita seronok sebenarnya melakukan apa yang ita suka lakukan. Walaupun sesekali terasa jugak lah sengal-sengal di pinggang.. bila lihat hasilnya ita tersenyum puas.. Biarlah tak ada orang yang memuji.. tapi ita cukup puas hati dengan apa yang ita lakukan.. Sebenarnya bukan pujian yang ita inginkan.. tapi rasa penuh kesyukuran kerana dapat merialisasikan setiap apa yang ita impikan..

Anak-anak dah masak dengan perangai ibunya. Tau apa yang ibunya suka lakukan. Kadang-kala mereka juga turut memberikan buah fikiran.. Seronok bila kami sama-sama menzahirkan ilham dan berkongsi idea. Ialah idea akak-anak malar segar.. seiring dengan perkembangan terkini dan peredaran masa. Mungkin idea kita sedikit lapuk.. maklumlah orang lama.. tapi gabungan lama dan baru pasti lebih menarik lagi kan..

Jom intai apa aktiviti yang ita lakukan sepanjang minggu lalu..


Pesanan dari Yatie Lemon Cheese Cake, Yatie tak mau sebiji kek dia minta letak dalam cup, senang nak makan tak payah nak potong-potong. Nak bagi kawan-kawan rasa pun senang dan ringkas.. katanya lagi.

Lepas memesan Lemon Cheese Cake in Cup ni Yatie pesan lagi Red Velvet pula.. tapi masa tu ita terpaksa menolak kerana tak cukup masa memandangkan ita ada beberapa kek lagi yang perlu ita siapkan. Maaf ya Yatie.. insyaallah jika ada rezeki di lain kesempatan.. Walau bagaimanapun ita merakamkan ucapan terima kasih pada Yatie.

LEMON CHEESE CAKE

Dasar
150 gm biskut Marie + biskut Oreo
30 gm Almond Flakes ~ panggang dan kisar
90 gm mentega ~ cairkan

Satukan Biskut dan almond flakes, tuangkan mentega panas dan sebatikan. Berhati-hati dengan mentega yang panas. masukkan dalam cup kecil, rata dan padatkan. Ketepikan

Lemond Cheese

400 gm krim keju
3 gm jus lemon
180 gm coklat masakan putih
300 gm krim bukan tenusu ~ di putar hingga kental
12 gm halal gelatin
60 ml air
1 sudu teh parutan kulit lemon
1 sudu teh pes lemon

Cairkan gelatin ~ rujukkan
Cairkan coklat masakan putih ~ kaedah kukusan
Dalam bekas pemutar, pukul krim keju , kulit lemon, pes lemon dan jus lemon lembut
Tambahkan gelatin cair dan terus putar
Tambahkan coklat cair dan terus putar
Kaup balik krim putar dalam keju, rata
Tuangkan dalam bekas dan ratakan, ketepikan

Lemon Jely
2 sudu teh gelatin
200 ml air
2 sudu teh gula kastor
2 sudu teh jus lemon
1 titik pewarna kuning lemon

Satukan semua bahan dan masak dengan api sederhana
Tuang dalam bekas dan dinginkan
Sedia dinikmati dingin


Ini pula Rusian Black and White, pesanan dari Dini, melalui adik ita Aluya. Terima kasih Dini harap berpuashati dengan hasilnya dan halalkan segala kekurangan.


Ini pula Turkish Indulgence, pesanan dari adik Nabillah khas untuk kakak-kakak dan abang-abang di SKBB yang bakal menjadi seniors.

Terima kasih ya Nabillah.. harap berpuas hati dengan hasilnya. Masa Nabillah up load pic dekat FB dah hilang dah cherry tu 2 biji hehe...


Rusian Black And White Bridal Collection, tema pink dan putih adalah pesanan dari Rose untuk hiasan meja makan beradap pada hari bahagia sepupunya.

Bukan ini aje Rose juga memesan kek Ombre Pink Flowers untuk hantaran perkhawinan sepupunya itu.


Tapi tu lah.. kata Rose tak dapat rasa sebab di bagi kepada pihak lelaki kot kalau tak silap ita.. lupa pulak nak tanya dengan Rose semasa kita berjumpa di rumah adik ita Aluya hari tu.. Pertama sekali akak nak mohon maaf ya Rose sebab terlewat, hari yang sama pulak Dalili tusyen, selalu tusyen pagi tak tau pulak hari tu dia tusyen petang. Dalili keluar pun lewat bertambah lagi kesesakan lalu lintas.. maklumlah time orang balik kerja. Ita pula terpaksa bergegas untuk hantar kek Nabillah pada hari dan waktu yang sama.. tu yang ada sedikit kelang kabut.. Maaf sekali lagi dari akak ya Rose..

Harap sangat Rose berpuas hati. Akak juga memohon maaf andai ada kekurangan dan kelemahan. Minta halalkan semuanya ya..


Salam buat kedua mempelai. Semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke hujung nyawa. Di murahkan rezeki dan di kurniakan cahaya mata yang comel-comel.. ^__^


Ini pula Berries Madness Cheese Tart yang di pesan oleh adik ita untuk suaminya sempena hari bapa. Sebenarnya resepi ini baru sahaja ita pelajari di kelas Chef Amer sebelum ini. Bila adik ipar minta buatkan kek cheese ita terus teringatkan kek ini. Suaminya amat gemarkan kek cheese. Ita rasa kek ni sesuai.. rasanya yang tak terlalu manis dan potongannya yang nipis buatkan tak terasa muak untuk di nikamti.


Sebenarnya resepi asal kek ni adalah Manggo Madness Cheese Tart resepi oleh Chef Amer, tapi ita olah semula dari manggo kepada campuran berries, biar ada rasa masam-masam sikit. Siapa yang nak resepi ni kenalah join kelas Chef Amer..


Ini pula adalah kek terakhir untuk minggu lalu. Sebenarnya kek ini buatkan ita berdebar-debar nak membuatnya. Maklumlah bila ita dapat tau bahawa adik Danny amat gemarkan mainan Lego. Walaupun menurut mamanya, Danny anak yang tidak cerewet, mudah dan ringkas tapi ita berharap sangat agar kek ini dapat menceriakan hari ulang tahunnya.


Pada mulanya mama Danny ingin ita buatkan 1 bijik Lego bewarna hijau. Menurutnya lagi warna hijau adalah warna kesukaan Danny. Tapi mungkin agak sukar kerana mama Danny tidak mahukan kek fondant dan juga kek buttercream. Beliau lebih sukakan kek coklat, kerana anak-anaknya juga sukakan kek coklat.

Atas perbincangan ita bersama  dengan mama Danny, akhirnya kata putus diambil untuk membuatkan sebijik kek coklat dan meletakkan toys Lego sebagai hiasan yang ita buat daripada gum paste. Mama Danny juga inginkan kek yang simple yang penting nama Danny mestilah menggunakan warna hijau selaras impian Danny.


Dalamnya adalah kek Very Berry Chocolate Mosse Cake oleh Chef Amer juga dan luarnya ita salutkan dengan Ganache Cream.

Harap sangat Danny suka dengan keknya ini. Auntie mengucapkan selamat ulang tahun buat Danny dan adiknya.. semoga panjang umur.. di murahkan rezeki.. membesar menjadi anak yang cerdik dan pintar serta dapat membanggakan mama dan papa.


Kepada semua, ita merakankan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tak terhingga. Semoga berpuas hati dengan apa yang ita sediakan. Sekiranya ada sebarang kelemahan, ita menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf dan halalkan segala-galanya..



Jun 18, 2013

LIDAH KUCING PELANGI


Lihatlah lidah kucing yang berwarna-warni ni.. comelkan..?
Warna pelangi yang indah dan menceriakan. Kalau lah lidah kucing benar-benar warna pelangi begini, aduh.. bagaimanlah kan.. tapi kalau Allah nak jadikan tak ada sesuatu yang mustahil..

Resepi lidah kucing ni sepertimana yang ita tahu berasal dari Indonesia. Ianya telah popular di sana beberapa tahun yang lalu. Kini barulah ianya di perkenalkan dan mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Keunikan warnanya yang ceria, memang menampan hati mereka yang memandangnya terutamanya kanak-kanak.

Biskut comel pelangi ini amat sesuai di hidangkan di hari lebaran yang bakal kita sambut nanti. Pada ita ianya juga sesuai di jadikan buah tangan untuk majlis khatam Al Quran, majlis berkhatan, potong jambul atau majlis hari ulang tahun. Warnanya yang ceria itu mengambarkan kecerian hati kanak-kanak..


Biskut ini, cara penyediaanya hendaklah menggunakan loyang khas untuk membuatnya. Loyang yang berlekuk ini sebenarnya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Ada bentuk lonjong yang macam ita gunakan ni.. ada bentuk bulat dan juga bentuk hati. Terpulanglah kepada kita bagaimana cara kita ingin ianya terhasil.

Loyang ini boleh di dapati di kedai-kedai menjual bahan kek atau kedai loyang. Setahu ita loyang ini di import juga dari Indonesia selaras kehadiran biskut ini  yang mula mendapat perhatian rakyat tempatan. Harga loyang berbeza-beza mengikut saiz.

Bagaimana pula rasanya?
Emmm... seakan-akan rasa biskut sempret. Rapuh dan rangup. Memang sedap dan enak untuk di nikmati

Jom kita intai-intai resepi yang ita ambil dari dapur Kak Wan


LIDAH KUCING
Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Citarasawan

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Yang ni pula lidah harimau selatan  luaskan kuasa mu..




Jun 17, 2013

Hello class... lots of suprises


Sekali lagi Chef Amer melangkah kaki ke bumi Johor Darul Takzim. Kali ni ke gelanggang bengkel Kek Komersial 1 dan 3 yang berlangsung 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Kedatangan Chef memang amat dinanti-nantikan warga Johor dan tak kurang juga jiran sebelah yang datang dari Singapura. Awal-awal lagi kelas dah full house. Pendaftaran yang melimpah ruah buatkan Pn Siti kita tak menang tangan dibuatnya.


Aduyaiii.. sudah berapa kali ita katakan.. daftar awal supaya nama tak tercicir dalam senarai.. Rayuan dan rengekkan peserta membuatkan Chef dan Siti serba salah.. dan akhirnya.. kebabowww.. sampai penuh sesak.. hinggakan payah benar ita nak merakamkan saat manis bersama Chef Amer kesayangan ibu-ibu dan suri rumah tangga ini.


Kedatangan Chef kali ini penuh dengan kejutan..
Bukan sahaja peserta dikejutkan dengan dijamu ikan bakar hasil air tangan Chef yang tidak dapat di sangkal lagi kelazatannya.. Malahan Chef juga terkejut apabila kami mengejutkannya dengan sambutan ulangtahunnya.. yang ke berapa??? biarlah rahsia....


Waa... sayangnya Chef dengan kami di selatan tanah air.. terharu dibuatnya.. bila dihidangkan dengan ikan bakar ketika menjamu selera. Manja betul orang selatan ni kan... sesekali nak bermanja-manja apa salahnya kan Chef..




Kelas kali ini cukup meriah, semua peserta memberikan komitmen yang terbaik. Senda gurau dan usikan dari Chef sedikit pun tidak berbekas di hati malahan ianya disambut gelak tawa yang semakin menghangatkan suasana.




Seperti biasa kelas akan dimulakan dengan mukadimah yang panjang lebar dari chef. Ya, biar diterangkan betul-betul supaya jelas, kerana memasak juga perlukan skil dan sedikit kemahiran supaya hasil yang akan kita perolehi berbaloi-baloi.


Gedebak.. gedebuk.. Chef memulakan demonstrasi masakan dengan bebelan dan lawak jenaka yang tak kering gusi dibuatnya. Itulah Chef Amer.. seorang pelantun masakan yang sangat mesra alam.. hehe.. Setiap peserta mendengar dengan tekun, sesekali mencatat sesuatu di atas resepi yang diberikan. Terdengar juga soalan-soalan yang ditanya.. ada masa chef cukup serius berbicara.. dan kadang kala loyar buruknya tu yang tak kering gusi kita dibuatnya..

Hari itu juga kami membuat kejutan untuk Chef. Bila Siti minta ita buatkan kek.. jantung ita berdegup kencang.. hari-hari yang ita lalui seakan bom jangka yang entah bila akan meledak. Aduhh.. cukup terseksa bila mengigatkan tarikh yang semakin hampir. Ialah kita ni siapalah kan.. berbanding Chef yang cukup besar namanya di pentas masakan. Apalah rasa kek ita ni nanti.. OK ke.. KO.. ke.. itulah persoalan yang berputar ligat..


Menatang kek dari rumah melangkah ke akademi degupan jantung ita semakin kencang.. aduh.. lebih gementar dari saat diijabkabulkan.. Bila Siti kata kita suprisekan Chef ketika makan tengahari nanti.. ita tarik nafas lega.. Ingatkan habis di situ.. rupanya ita tak dapat berikan tumpuan ketika Chef menerangkan.. nak ambil gambar pun terasa berat sangat tangan ini nak menekan..


Masa yang ditunggu-tunggu, ita semakin cemas bila melihat Siti menatang kek sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang tahun.. Merah padam juga muka chef walaupun berselindung di sebalik jambangnya itu.. Mungkin malu... segan... atau terharu.. Ita pula?? aduh.. semakin berdebar-debar.. Suasana yang gamat dengan tepukan serta sorakan buatkan ita semakn gementar.. lambat pula chef nak membuka kotak itu.. Dengan penuh sopan santun reben dibuka, diikat pula pada pisau yang membuatkan semua berteriak.. adoiii... cepatlah chef dah tak sabar dah ni..


Chef menjengah ke dalam kotak.. kemudian menutup semula.. "ini kerja siapa ni..?" takutnya ita.. takut kalau Chef marah.. serentak mereka bersuara " kak itaaaa...."
"Terima kasih kak ita.. untuk pengetahuan semua inilah kali kedua saya potong kek.. kali pertama ketika hari perkhawinan saya... kek tu pun saya buat sendiri.. haha..." terdengar ketawa yang penuh makna..




Ita cuba merakamkan detik itu dengan penuh sebak.. Melihat Chef memotong kek yang ita buat.. terasa bangganya ita.. Sifu yang ita kagumi memotong kek anak didiknya.. Terima kasih Chef kerana sudi potong kek yang ita buat.. bisik ita dalam hati.. Inilah ilmu yang selama ini Chef curahkan pada ita.. dan  ita amat-amat menghargainya..

Chef menyuapkan kek ke mulutnya.. kali ini ita tak mampu berkata hanya debaran menunggu apakah ita lulus dengan cemerlang.. " nalarekek.. ( betulke apa yang ita tulis ni..) itulah yang Chef katakan  Alhamdulillah.. lulus jugak ita.. lepas ni ita dah boleh ambil ijazah pula lah ya.. kan Chef... ^__^


Terima kasih Siti, terima kasih Chef Amer dan terima kasih semua...




AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.