May 28, 2013

Keras tangan..?

Assalamualaikum..


Pengalaman pertama menghias jambangan bunga adalah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Ia juga adalah salah satu dari hobi ita di masa lapang. Setiap kali tiba hari lebaran, pasti ita tidak akan melupakan jambangan bungan untuk menyerikan lagi ruang tamu. Pada ita jambangan bunga cukup manis dan kehadirannya di sudut kediaman memberikan sentuhan harmoni dan welcome.

Walaupun ita banyak membeli jambangan bunga palsu.. tapi kehadiran bunga hidup amat menjadi keutamaan ita di pagi Hari Raya. Kata orang bunga penyeri hidup dan getaran aroma bunga sebenarnya juga adalah satu terapi untuk penghuni kediaman.


Hari ini ita nak menceritakan keseronokkan ita mengubah jambangan bunga. Tapi kali ini lebih menyeronokkan kerana bunganya dari buttercream dan bakul nya pula dari kek. Waa... terujakan..
Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama ita menghias kek yang sedemikian rupa. Bagi mereka yang sering lepak-lepak di dapur maya ita ni pasti tau yang ita tidak mahir mengubah bunga dengan buttercream. Oleh kerana itu ita kurang menghias kek dengan hiasan bunga.

Selain faktor tangan yang keras kejung.. kek yang mengunakan buttercream juga kurang mendapat sambutan dari keluarga ita. Sebagai ibu dan isteri pastilah keutamaan keluarga adalah yang paling utama.


Pengalaman ita mengikuti bengkel Articake Inspired Decorating Cake bersama Lia Oven yang di anjurkan oleh Mom's Bake House baru-baru ini amat membuatkan tidur malam ita tak lena. Melihatkan kecekapan Lia dan liuk lentuk jari jemarinya menghasilkan bunga yang mekar buatkan ita semakin resah dan teruja untuk mencuba..

Mungkin perbualan ita bersama Moza dari Mom's Bake yang menceritakan kelemahan ita untuk mendeco bunga telah menyebabkan Moza beriya-iya benar mengajak ita mengikuti bengkel Lia. Mula ita malu nak mencuba. Ita ingat kehadiran ita sekadar untuk melihat kelas yang berlansung penuh mengujakan ini. Tapi Moza benar-benar ingin ita cuba.. siap dia sapukan krim pada kek dan salutkan lagi kek dengan steam buttercream semata-mata untuk menyuruh ita mencuba.  Aduyaiii.. jadi segan ita.. bukan itu aje kedatangan ita sehelai sepinggang juga kerana ita tak tau apa peralatan yang perlu di bawa waktu itu.. telah menyebabkan Moza turut kongsikan peralatan dekonya kepada ita.. baik sungguh hati Moza jadi segan sangat ita.. terima kasih Moza, tak tau macam mana ita nak balas kebaikan ini.. apa yang ita mampu sekadar mendoakan semoga apa yang Moza dan rakan-rakan usahakan akan berjaya dan bertambah-tambah rezeki dari Nya.


Berbalik pada kek ita ni, kek ni sekadar percubaan pertama dari ita. Kek dasarnya adalah kek choc moist dan bakul tu pula ita gunakan kek span coklat.  Kek coklat moist agak padat dan berat jadi ita jadikan base bawah, manakala kek span coklat yang lebih ringan ita letakkan di sebelah atas.

Ini juga merupakan pengalaman pertama ita membuat two tier cake. Kerana ita tak pernah buat kek ini sebelum ini, ita banyak buat rujukan dari google dan youtube bagaimana cara nak letakkan kek tersebut.

Kek ita ni ita tak letak steam buttercream, sebaliknya ita salut nipis sahaja dengan krim coklat dan ita terus deco dengan buttercream supaya kehadiran buttercream tu tak terlalu banyak.


Ita mulakan projek membuat Articake ni seawal pukul 10 pagi. Ita mulakan dengan membuat 2 biji kek yang berlainan saiz dan juga berlainan jenis. Bila kek dah sejuk ita potong dan sapukan chocolat cream. Ita ratakan keseluruhan kek dengan krim nipis.


Kemudian ita simpan sebentar dalam peti ais supaya krim mengeras. Sementara menunggu kek ita mengeras, ita bancuh pula adunan buttercream icing. Ita mengambil masa yang agak lama untuk menyuai padankan warna. Ita ingat-ingat lupa kerana terlupa nak salin masa Lia ajarkan tentang padannan warna yang sesuai.
Bila dah dapat padanan warna yang ita inginkan , barulah ita mulakan projek ita mendeco bunga yang sangat menyeronokkan. Kek yang ita buat bersama Lia di kelas ita jadikan sebagai rujukan, untuk mengigati kembali setiap step yang di ajarkan.

Setelah beberapa kali berhenti rehat, makan, sembahyang, tengok drama kejap.. hihi dan akhirnya kek ita pun siaplah.. pukul 9 malam..


Walaupun ini merupakan pengalaman ita yang pertama mendeco kek keumpama ini.. tapi ita cukup puas hati. Tanpa tunjukajar dari Lia dan semangat dari rakan-rakan Mom's Bake pasti hingga kini ita masih belum berkeyakinan untuk menghias dekorasi kek bunga-bunga.

Terima kasih, Lia.. terima kasih Moza, Salina dan Mom's Bakes House yang memberikan ita peluang seumpama ini.

Kepada rakan-rakan ita yang lain.. anda bila lagi.. Dapatkan tunjuk ajar dari mereka yang pakar.. insya Allah anda juga pasti boleh.. percayalah..


May 27, 2013

Lavender Hydrangea

Assalamualaikum..


Apa khabar semua para ibu-ibu..?
Macam mana sitausi hari ini.. Pasti penat melayan kerenah anak-anak yang bercuti. Tak apalah.. dah menjadi tanggungjawab dan amanah yang terpikul.. laksanakan dengan seikhlasnya insya Allah pasti akan ada ganjarannya di akhirat nanti.


Ita masih lagi dalam mood tempahan dan masih lagi dengan kek Devil's Food Choc Cake. Tapi kali ini ita beri sentuhan bunga Lavender Hydrangea yang ita belajar dari kelas bersama Lia Oven. Masih banyak kena praktis untuk dapatkan bunga yang nampak lebih lembut dan hidup.

Ni kalau Lia nampak mesti dia kata.." bukak balik.." aduyaiii... hihi

Sebenarnya untuk dapatkan sentuhan bunga yang cantik kita kena banyak praktis dan selalu bermain dengan icing. Tapi tau ajelah kan icing tu berminyak-minyak.. satu dapur melekit di buatnya.. tu yang kadang kala bila mengenangkan nak mencuci peralatan yang berminyak selalu aje angan-angan nak mengubah bunga ni terbantut..

Tapi kalau tak di praktikkan ada terlupa pula segala ajaran yang sifu sampaikan.. rugi pula rasanya..
'practice makes perfect' lakukan dengan iklas dan penuh kesungguhan insya Allah pasti berhasil.. Ita pun perlu lebih banyak latihan.. banyak kelemahan diri yang perlu di perbaiki.. 




May 26, 2013

Decorasi kek alaf baru bersama Lia


Assalamualaikum..
Semalam bertempat di Mom's Bake House Skudai Johor telah berlansung satu bengkel Articake Inspired Decorating Cake bersama Lea Oven. Bengkel yang bermula seawal pukul 9.30 am dan berakhir lewat petang berlansung dengan jayanya bersama 18 orang peserta yang mengambil bahagian.


Kalau tak silap ita ini adalah buat julung-julung kalinya Lia Oven turun ke Mom's Bake House untuk berkongsi idea bersama warga Johor cara dekorasi kek alaf baru dengan lebih 10 jenis bunga idaman. Menarik memang sangat menarik! Selama ini kita kerap disogokkan dengan hiasan kek bersama kuntuman mawar kali ni apa kata kita alih pula perhatian kita ke arah dekorasi kek yang lebih berani dan bersesuaian dengan citarasa moden dan terkini.

Sebenarnya ini juga merupakan pengalaman pertama ita bersama Lia Oven dan ita merasakan kelas ini cukup menyeronokkan bagi mereka yang benar-benar gemarkan aktiviti seni dekorasi kek. Pelbagai idea baru yang dikongsikan oleh Lia dengan pelbagai teknik dan tip serta panduan untuk memudahkan kita mendeko kek idaman. Selepas ini pasti kita dah tidak lagi ketandusan idea untuk mendeco kek tak kiralah untuk insan tersayang atau juga bagi mereka yang serius dalam bidang ini.

Pasti ramai yang ingin tau apakah ilmu yang ita perolehi dari Lia.
Banyak.. cukup banyak.. sehinggakan ita berasa cukup bertuah kerana bukan mudah untuk kita menimba ilmu sebegini.. dan bila di beritahu oleh Moza yang Lia akan turun ke Mom's Bake hati ita berkobar-kobar dan tak sabar untuk menunggu munculnya tarikh keramat itu. Ita berharap janganlah ita tak dapat menghadirkan diri pula nanti..

Jom kita masuk kelas Lia tak sabar ita nak kongsikan keseronokan ita belajar mendeco 10 jenis bunga dan Lia pula tidak pula lokek untuk berkongsi satu resepi bonus kepada kami warga Johor.. Terima kasih Lia.. semoga dengan berkongsi ilmu sebegini, dimurahkan lagi rezeki Lia dan semoga dilipat gandakan lagi ilmu Lia


Lia memulakan kelas dengan memberikan penerangan tentang bahan yang digunakan untuk menghasilkan buttercream yang cantik, lembut dan mudah di bentuk. Serius ita katakan buttercream Lia ni sangat sedap!
Lia juga menerangkan kaedah memukul buttercream untuk menghasilkan butter yang tidak terlalu keras dan juga tidak terlalu lembut.
Selain itu peserta juga di terangkan dan di tunjukkan kaedah meratakan buttercream pada kek cara melempa buttercream pada kek dengan mudah dan cepat serta menghasilkan permukaan kek yang licin bak sutera.. nampak tak kek yang dah telah di curahkan buttercream licin aje kan..
Rupanya untuk melempa buttercream pada kek dan untuk membuat bunga tidak menggunakan cream yang sama.. oooo... kalau nak tau kenalah berguru dengan Lia..
Teknik membancuh icing dengan cara yang betul bagi mendapatkan tekstur yang cantik untuk membentuk bunga.. kaedah kena betul baru lah bunga kita kembang setaman.. kalau tak macam bunga tak cukup baja aje kan.. hehe
Lia turut ajarkan bancuhan warna untuk menghasilkan warna bunga yang menawan..
Yanga paling seronok sekali bila tiba masa mendeco bunga. Waaa.. semua pelajar teruja sangat bila melihatkan jari jemari  Lia ligat meliuk-liuk hingga terhasil bunga yang .. aduuh.. cantiknya..
Jom kita tengok bunga yang terhasil..

Cantikkan..
Anda pun boleh juga hasilkan bunga secantik ini..


Yang ni pun cantik tau !!


Yang ni lagi laaa... macam nak pengsan..


Macam mana teruja tak melihat sentuhan dari Lia

Jika dah teruja dan berminat boleh lah hubungi Lia Oven di talian : 012 283 9337
Atau anda boleh intai jadual bengkel Lia di Lia Oven
Bagi warga Johor anda boleh intai kelas selanjutnya bersama Mom's Bake House
Jika anda nak dapatkan bahan baking yang halal dan bermutu dengan harga berpatutan anda juga boleh singgah di

Mom's Bake House
No 39, Jln Pulai Perdana 11
Taman Seri Pulai Perdana
81110 Johor Bahru

Pn Salina : 019 7769196
Pn. Mozaina : 012 7408138


Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Mom's Bake House selaku penganjur kepada Lia Oven terutamanya dan tak terkecuali kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
Pesanan ita gunalah ilmu yang di perolehi dengan sebaik-baiknya dan semoga anda dapat memanfaatkan ianya ke arah kebaikkan.
Salam sayang buat semua.. semoga kita bertemu lagi.. insyaallah

Video dari Lia Oven




May 24, 2013

ARMY SWEET LOVELY CAKE


Ombre Orange
Saiz : 9 inc
Berat : 2.5 kg +

Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Dah malam barulah dapat nak mengadap komputer ni..
Apakahabar semua teman-teman ita diluar sana..? Lama rasanya tidak bertanya khabar.. Besar harapan ita agar semuanya sihat-sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah.. Jaga kesihatan.. jaga pemakanan.. amalkan gaya hidup yang sihat.

Esok dah bermula cuti persekolahan. Bagi anak-anak yang tinggal di asrama semuanya dah pulang ke rumah. Masa inilah ibu-ibu semakin sibuk. Tapi ita pasti sesibuk mana pun si ibu.. demi anak-anak dan suami tercinta.. mereka tidak pernah akan mengeluh.

Pasti ramai juga antara kita yang dah mula merancang pelbagai program untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan ini. Nak makan angin keluar negara bagi yang berkemampuan maupun berkelah di tepi pantai.. Rancanglah semuanya dengan baik.. semoga setiap perancangan berjalan dengan lancar dan dapat merapatkan lagi kasih sayang seisi keluarga.


Bercerita pasal kasih sayang.. hari ini ita nak kongsikan kepada anda semua sesuatu yang mungkin boleh anda jadikan inspirasi atau idea untuk anda  yang mungkin ada yang nak menyambut ulang tahun.. ulang tahun untuk anak-anak atau suami tercinta. Atau juga bagi mereka yang mungkin sedang merancang untuk menyediakan gubahan kek sendiri untuk majlis pertunangan atau majlis perkhawinan. Manalah tau kalau apa yang ita kongsikan kali ini sedikit sebanyak dapat menyuntik idea untuk dekorasi kek idaman anda pula.


Pernahkah anda terfikir untuk menyediakan kek untuk parajurit Negara. Pada ita pengorbanan yang mereka lakukan dan amanah yang terpikul di bahu mereka untuk sentiasa memastikan negara kita sentiasa aman dan makmur adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Apakah sumbangan kita untuk mereka pula.. Ita pasti mereka yang memakai uniform ini tidak pernah meminta jasa mereka di balas.. semuanya adalah rasa tulus ikhlas mereka dan tanggung jawab mereka memastikan keselamatan negara dan rakyat di bawah naungannya..

Kek yang ita sediakan ini adalah ilham dari adik Dora. Pada mulanya beliau amat sukar untuk memilih kek yang istimewa sempena ulang tahun suami tersayang. Sebagai isteri ita juga amat memahaminya.. pasti ita juga inginkan sesuatu yang istimewa untuk dihadiahkan buat suami tercinta. Dora meminta ita menyediakan kek bersempena ulang tahun suaminya dengan tema lovely and romantik. Tapi beliau inginkan kek yang ada sentuhan ke pahlawanan memandangkan suami yang beliau cintai seorang anggota tentera. Dari idea Dora ini maka terhasillah kek Army Sweet Lovely Cake ini. Sweet kan idea adik Dora kita ni.. mungkin kita juga tidak pernah menyangka akan hasil gambungan kek celoreng dengan kuntuman mawar putih di jambangan.. sungguh romantik sekali..
Semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke akhirnya.. sentiasa berkasih sayang didalam melayari bahtera perkhawinan .


Kek ini adalah kek Ombre. Cuma kali ni Dora inginkan kek perisa oren. Dora juga inginkan dalam kek berwarna oren. Krimnya pula ita gunakan krim cheese frosting berperisa oren juga. Untuk krim luarnya pula ita gunakan basic buttercream resepi dari Wilton.

Pada ita kek ini juga amat sesuai sebagai kek pertunangan dan kek perkhawinan. Kepada yang nak mencuba silalah ya...

ARMY SWEET LOVELY CAKE
Olahan dar resepi Ranbow Cake
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

Rujukan : Zuraini Alias
Rujukan : Checkered Cake

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik

1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes oren
1 biji lemon zest
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren

Sediakan loyang 8 inc

Loyang segi empat tepat dan selinder
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila, pes oren dan oren zest
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan
mengikut warna dan saiz loyang yang digunakan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas secara ton dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
kalau loyang muat 2 atau tiga boleh masukkan sekali, tapi bagi loyang selinder yang sedikit tinggi kena bakar berasingan sebab dia lambat sikit masak, loyangnya tinggi.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap


Orange Cream Cheese Frosting


225 gm cream cheese
225 gm butter
2 sudu kecil orange Sunquick
1 biji orange zest
2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula icing ( masuk sikit2 dan rasa takut termanis)
150 gm krim putar bukan tenusu


Pukul cream cheese, butter hingga lembut
Masukkan oren Sunquick, oren zest dan vanilla
Masukkan gula icing ( yg telah diayak ) sedikit-sedikit
Guna medium speed dan rasa gula ( takut termanis)
Dalam bekas pemutar lain putar krim putar hingga kental
Kaup balik krim putar dalam adunan cheese
Tambah pewarna jika inginkan warna.


Wilton Basic Buttercream

1 cawan butter
1 cawan cream well / shortening
1 sudu besar sirap glucos
1 sudu teh pes vanilla yang tak berwarna
4 cawan gula icing di ayak ( tapi tak letak semua.. letak sikit-sikit)

Pukul butter dan cream well hingga lembut
Tambahkan sirap glucos dan pes vanilla
Tambahkan gula icing yang telah diayak sedikit-sedikit dan pukul hingga berkrim. Gula ni letak sikit-sikit tau sampai dia berkrim aje.. dan kepekatan sesuai untuk piping, kemudian bolehlah letak pewarna untuk paipkan atas kek dan hiaskan kek ikut kreativiti.


Ini pula adalah kek yang di minta oleh cikgu Nazreen untuk anak kesayangannya Edreen. Devills's Food Choc Cake adalah pilihan beliau.

Kek ni ita potong empat segi panjang ukuran kotak bekas kecil. Ita hiaskan dengan tulisan nama Edreen sebagaimana permintaan cikgu dan ita juga lukiskan atasnya sebagai hiasan. Semoga adik Edreen dipanjangkan umur di murahkan rezeki dan membesar menjadi anak yang solleh serta membanggakan keluarga.


Kepada semua yang menyambut ulang tahun ita mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun.. semoga semuanya di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Memperolehi kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat.




May 21, 2013

Lagi berita baik untuk warga Johor



Sekali lagi Chef Amer akan turun ke Johor. Kali ini dengan 2 kelas kek yang berbeza.. Jangan lepaskan peluang warga Johor.. inilah masanya anda nak kaup seberapa banyak ilmu dari Chef tersohor dan antara 9 chef terbaik di Malaysia..

Untuk makluman semua ini adalah kelas kek terakhir Chef Amer di Johor sebelum kita menyambut Hari Raya. haaaa... pasti anda teringin menyediakan sendiri kek istimewa pada hari raya nanti.. kan? Asyik kek choc moist aje.. pergi rumah sepolan kek choc moist.. pergi rumah Jenab kek choc moist.. rumah kak Ton punnn... kek choc moisttt.. jugak!!  aduhhh!! tak ada kek lain ke...??
Sesekali apa kata kita hidangkan kek yang istimewa untuk menjamu tetamu di pagi lebaran nanti..

Kelas yang pastinya hapenning.. Kali ni pasti lebih banyak tips berguna yang akan dikongsikan oleh Chef yang tidak pernah kedekut ilmu ini.. Percayalah anda tidak akan rugi berguru dengan yang pakar..

Kenapa kelas Chef Amer menarik dan tak membosankan?

  • Kelas yang tak pernah sunyi dengan senda gurau dan gelak ketawa
  • Kelas yang penuh info tips yang sangat berguna bagi mereka yang serius memilih bidang ini
  • Panduan penyediaan kek yang cukup sempurna
  • Cara pemilihan bahan yang terbaik untuk tujuan komersial atau sebaliknya
  • Bagaimana mendapatkan kek yang cantik, menarik dan pasti membuat setiap mata yang memandang terkesima..
  • Sarapan dan makan tengahari disediakan 
  • Masa rehat diberikan secukupnya untuk tujuan solat dan menjamu selera
  • Setiap peserta di berikan kek yang mereka sediakan untuk di bawa pulang
  • Kadang-kala chef turutkan berikan resepi bonus dengan percuma!
  • Harga kelas yang sangat berpatutan
  • Apa yang paling penting anda belajar dengan yang benar-benar pakar!

Kenapa tunggu lagi..
Hubungi Pn Siti Zaleha di talian 019 ~ 7550154 atau Mom's Bake House 012 ~ 7408138 / 5213044 untuk sebarang pertanyaan

Anda boleh pilih antara 2 kelas di bawah  yang berlangsung pada hari dan tarikh yang berbeza. Kek yang di ajar pada kedua-dua hari tersebut juga adalah kek yang berlainan..




Jumpa di sana !!!

Kepada yang sering bertanyakan kelas Chef Amer di seluruh Malaysia di bawah ini ita sertakan senarai mereka yang menganjurkan kelas untuk Chef Amer. Anda boleh dapatkan maklumat kelas selanjutnya di tempat yang berhampiran anda





May 19, 2013

Masih lagi koleksi barang hantaran

Assalamualaikum

Hari ni ita tak boleh nak sembang panjang-panjang sebab banyak kerja tak siap lagi. Hari pun dah lewat malam.. kalau sembang karang takut esok terlajak pulak bangun. Ada lambat pula Dalili ke sekolah.

Hari ni ita nak kongsikan beberapa resepi untuk hantaran. ialah tak lama lagi cuti sekolah.. mana lah tau kalau ada idea yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk buat gubahan hantaran atau pun door gift untuk tetamu. Masa ita tunang dan khawin dulu pun semua bahan hantaran ita buat sendiri.. kata orang save baget.. ialah dulu masa kerja gaji kecik.. terpaksalah berjimat cermat cikit..

Resepi pertama ni puding coklat. Jiran ita minta buatkan.
Banyak pula yang risau bila ita dah ambil tempahan.. bimbang takut ita dah tak kongsi resepi di blog lagi..
Jangan risau lah.. insyaallah ita akan terus kongsikan resepi mana yang ita tau.. Tapi ada beberapa resepi yang ita tak dapat kongsikan ita minta maaf banyak-banyak kerana terikat dengan publisher.. dan ada juga resepi yang ita gi belajar kat kelas tu ita kena minta izin dengan tuan empunya dahulu.. kalau beliau izinkan ita kongsikan, tapi kalau beliau tak izinkan ita minta maaf banyak-banyak dan ita berharap sangat supaya semua memahami situasi ita..


PUDING BLACK FOREST
by : Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding

1 sudu makan serbuk koko
1 biji kuning telur

koko di bancuh dgn sedikit air suam.
Telur di pukul
Campurkan kedua2 bahan di atas dan kacau rata.

satu peket agar-agar serbuk - anggaran 12-14 gm
150 gm gula pasir - ita kurangkan 120 gm
1/2 sedu teh esen vanila
600 ml susu coklat
300 ml air
50 gm coklat masakan

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut
Tuangkan susu coklat dan masak hingga didih
Tambahkan coklat masakan yang telah di cincang kacau rata
Ambil sedikit adunan agar-agar dan campurkan dengan telur kacau rata
Tuang kembali ke dalam agar2 sambil di kacau
Masak kembali sampai didih
Tambahkan esen dan tapis
Tuangkan ke dalam acuan yg di sukai
Biar hingga sejuk
Simpan dalam peti ais supaya dingin

Untuk dapatkan corak bunga tu ita gunakan resepi puding di SINI
Tapi tak perlu buat 1 adunan buat lah 1/4 dari pada adunan asal. Kena buat yang ini dulu, lepas tu tuang dalam loyang dan sejukkan. Bila dah sejuk potong lah ikut corak macam mana yang suka. Susung dalam loyang kemudian tuang puding coklat.

 
Yang ni pula di order oleh kawan ita. Dia berkenan pula dengan strawberry yang ita buat untuk kek di SINI Tema pula hitam dan putih. Jadi ita buatlah ke Rusian Black And White, tapi kali ni ita buat dalam cup. Resepi masih lagi sama macam yang di SINI.

Tak payahlah ita salin semulakan.. sama aje cara buatnya.
Kalau nak buat banyak bolehlah buat satu adunan. Tapi kalau buat sikit pandai-pandailah bahagikan 1/2 adunan atau 1/3 adunan.

Strawberry pula celupkan sahaja dalam coklat masakan untuk dapatkan corak baju pengantin tu. Celup coklat putih dahulu, biarkan keras baru celup yang coklat gelap pula. Kemudian hiaslah mengikut corak pakaian yang kita suka.



May 18, 2013

Kek tunang atau kek nikah ?

Assalamualaikum..

Rusian Black and White Square
Saiz : 9x9 inc
Berat : 3.5 kg
Tinggi : 6 inc

Bertemu kita di penghujung minggu. Pasti ramai antara kita yang menerima undangan majlis pertunangan atau majlis pernikahan. Sekarang majlis perkhawinan dah tak tunggu cuti sekolah. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada sahaja jemputan untuk majlis tunang atau majlis khawin.


Berbalik pada kek yang bakal ita kongsikan petang ni. Sekali pandang pasti semua dah tahu, ini adalah kek Rusian Black and White Cake. Kek ini adalah tempahan dari adik Are Fi Qah, kenalan ita di alam maya.. hihi

Afiqah berkenan sangat kek Square Rusian Black And White Cake yang ita buatkan untuk birthday Azrul
Menurutnya lagi ia suka kek yang nampak simple dan hanya inginkan sedikit hiasan strawberry. Dan inilah hasil yang termampu ita hiaskan.


Semoga adik afiqah berpuas hati dengan kek yang akak buatkan ini. Ribuan ampun dan maaf diatas segala kekurangan. Terlebih atau terkurang akak minta halal dunia dan akhirat ya dik..


Kek ni sangat berat tau! anggaran 3.5 kg. Mungkin kerana ia menggunakan cream cheese dan chocolat yang padu yang membuatkan beratnya... nak angkat pun naik lenguh tangan. Tinggi pulak tu, sampai tak muat kotak. Ita puas cari kotak yang tinggi dalam 7 inc tapi tak ada lah pulak.. Yang ada semuanya 5 inc sahaja.. maaf ya Fiqah tak boleh tutup pulak kotak tu.. ^__^


Kepada yang nakkan resepi kek ni bolehlah berkunjung ke SINI akak dah letakkan resepi dan kaedah penyediaannya sekali. Bye!

Kepada yang berhajat nak tempah kek ita boleh hubungi adik ita Aluya di talian : 017 7279179






May 17, 2013

PUDING HANTARAN

Cuti sekolah dah nak bermula.. Bila tiba musim cuti pasti ramai yang mengambil peluang untuk melansungkan perkhawinan atau pun pertunangan. Masa nilah sibuknya ibu bapa mempelai bukan kepalang.


Majlis perkhawinan dahulu kala tidak sama dengan kini. Masa dahulu adat Melayu amat memegang erat ikatan persaudaran, tolong menolong dan bergotong royong sesama jiran. Kalau kat Johor biasa di panggil rewang. Dua tiga hari sebelum majlis semua penduduk kampung dah pun bergotong royong.. mendirikan balai, khemah dan menaikkan pelamin. Semuanya dilakukan dengan tulang empat kerat anak buah dan tok ketua. Bersesuaian dengan peredaran masa yang inginkan serba ringkas, semua dah mula beralih kepada catering.. mudah, tak penat semua dah tersedia.. janji ada duit.. Kadang kala terasa sukar nak mendapatkan kembali detik-detik indah dan kenangan silam..


Kalau sebut perkhawinan dan pertunangan pasti ita teringatkan barangan hantaran.. Ita cukup suka melihat barang hantaran. Dulu selalu juga ita mendapat tempahan dari kawan-kawan yang minta ita buatkan barang hantaran mereka.
Ita kalau dah mula buat barang hantaran jangan ada yang kacau.. ita terlalu fokus untuk menyiapkan hingga kadang kala tak tidur malam selagi ianya tidak siap..
Masa adik ita khawin pun semua barangan hantarannya ita yang sediakan.. Entah kenapa ita cukup suka pada kerja seni tersebut..
Ita jadi leka membelek setiap gubahan hantaran..


Tidak lengkap  sekiranya dulang hantaran tidak di serikan dengan kehadiran puding dan manisan. Ianya sangat penting kerana mangangkat martabat makanan warisan Melayu kita dahulu.. Justeru itulah dalam setiap istiadat perkhawinan Melayu ia diketengahkan agar terus dikenali oleh generasi muda.

Trend gubahan puding sekarang turut kemodenan sealiran dengan perubahan zaman. Gabungan warna ceria menambat hati dan selera terkini..


PUDING LAPIS
Resepi Oleh : Kak Hanieliza
Rujukan : 1 Hari 1 Resepi

10 gm agar-agar serbuk
6 cawan air
300 gm gula
400 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna mengikut kesesuaian

Masak serbuk agar-agar, air dan gula hingga larut dan mendidih
Masukkan susu dan esen vanilla, biar mendidih sekali lagi
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna
Tuang kan dalam loyang yang telah di basahkan terlebih dahulu
Tuang satu warna dahu dan biarkan mengeras
Cakar permukaan puding dan tuangkan lapisan seterusnya
Ulang proses melapis hingga habis
Dinginkan dalam peti ais

Hias puding dengan bunga-bunga yang di bentuk menggunakan adunan yang sama, tapi di bentuk menggunakan acuan bunga



 
 



May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu..


Tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang tak dapat dilupakan oleh setiap pelajar dan warga pendidik. Tarikh keramat inilah merupakan hari dimana setiap murid menghargai jasa dan pengorbanan guru yang selama ini bersusah payah mencurahkan ilmu kepadanya.

Setiap kali tiba tarikh keramat ini ita pasti teringat kenangan di bangku sekolah. Wajah guru sentiasa berlegar-legar silih berganti. Siapa yang tak ingat kenangan di bangku sekolah kan..? Setiap hari berhadapan dengan guru-guru yang adakala kita suka kehadirannya.. dan ada kala jika dia tak muncul hati berbunga ceria.. itulah kenangan di waktu sekolah dulu..


Pada ita setiap hari adalah hari untuk belajar dan.. belajar. Walaupun telah lama meninggalkan bangku sekolah tapi ita masih lagi belajar dan akan terus belajar.. Segala pesanan dan nasihat guru sentiasa ita ingat dan masih tersemat di lubuk hati..

Di kesempatan ini, ita ingin merebut peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang telah banyak berjasa pada diri ini. Yang telah mengajar ita mengenal dunia.. dari anak hingusan yang tidak tau apa.. diajar menulis.. membaca dan mengira.. Terima kasih cikgu, semoga cikgu sentiasa di berikan kesejahteraan, dikurniakan kebahgiaan, kesihatan yang baik dan sentiasa didalam rahmatnya..

Khas buat semua guru
Sekolah Kebangsaan Nong Chik Johor Bahru
Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah
Sekolah Menengah Aminuddin Baki
Sekolah Agama Bukit Zaharah Johor Bahru
Sekolah Agama Tambatan Kg Mohd Amin Johor bahru
Sekolah Agama Kg Pasir Johor Bahru.


Juga tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik anak-anak ita, Segala pengorbanan guru akan saya sekeluarga kenang selagi hayat dikandung badan..

Khas buat semua guru
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Nam Heng
Sek Kebangsaan  Taman Rinting 2 Masai
Sekolah Agama Taman Rinting
Sekolah Agama Johor Jaya
Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2
MRSM Muazaam Shah, Pahang
MRSM Tun Ghazali Shafee, Kuala Lipis Pahang
Sekolah Sultan Alam Shah, Putra Jaya


Dan teristimewa buat Cikgu Halifah, Cikgu Selvi, Cikgu Suhadah, Miss Yeo, Cikgu Yong, Cikgu Syed, Cikgu Rashid, Cikgu Zul, Cikgu Almi, Cikgu Syed Putra, Ustaz Zaini , Puan Chea, Cikgu Nureen, Chef Amer, Ustazah Wan habsah dan lain-lain lagi yang pernah membimbing ita dan anak-anak ...



Terima kasih Cikgu


Resepi Kek boleh tengok di sini : Devil's Food Chocolate Cake




May 14, 2013

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Assalamualaikum



Bersua lagi kita hari ini.. semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya.
Hari ini ita nak kongsikan satu resepi yang ita rasakan dah meletup-letup dari tahun lepas lagi.. dan dijangkan pasti lebih bom lagi tahun ini.

Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya. Semasa ita beli ni aje harga badam dah RM 38 sekilo. Bayangkan berapalah harga biskut raya yang bakal di jual pada hari raya nanti..


Kaedah membuat biskut ini sangat mudah kerana ia di sediakan dengan tepung yang khas. Tepung florenta ni anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Masa ita beli harganya RM19 satu bag yang beratnya 500gm. Kalau anda nak buat berniaga boleh dapat dalam harga RM 16 satu bag tapi kenalah beli dalam kuantiti yang banyak iaitu satu kotak yang kalau tak silap ita ada 6 bag didalamnya.


Ini pula adalah bahan lain yang kita perlukan. Badam keping, kuaci hitam dan bijan. Anda boleh juga guna biji bunga matahari jika suka. 
Kerana bahan-bahan ini mahal tak hairanlah biskut ini dijual dengan harga yang sangat mahal. 1 kotak yang berukuran 12 x 24 di jual pada harga RM 45 sekotak pada hari raya tahun lepas, tahun ini tak taulah pula berapa harganya memandangkan harga barang yang dah melambung-lambung naiknya..
Ada juga yang diletakkan dalam jar. Jar yang biasa kita buat cake in jar tu.. harganya pula RM 25 satu jar.. aduh..!! tak tertelan rasanya. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata nak membelinya kan..


Oleh itu ita cadangkan bagi mereka yang keluarga ramai, lebih elok buat sahajalah sendiri untuk makan sekeluarga. Satu bag tu boleh buat 2 kali sebenarnya tapi ia tak dapat banyak.. bak kata orang Johor tak muai.. Tapi kalau nak makan ita cadangkan buat sahajalah kerana cara buatnya yang cukup mudah dan ringkas.

Biskut ini hendaklah di bakar dalam loyang 14x14 inc. Loyang pula hendaklah di alas dengan kertas kek bukan kertas minyak ya sebab nanti ia melekat. Kertas kek tu ada jual di kedai kek 1 gulung harganya RM 12 ringgit kalau di JB di tempat lain ita tak pasti. Kertas ni kita boleh guna semula, ianya boleh dicuci dan diguna semula.


Selepas biskut dimasak ia hendaklah terus dipotong ketika ia masih panas-panas, kalau lewat dan ia dah sejuk.. alamatnya memang tak boleh potong lagilah.. patah-patahkan ajelah.. jawabnya.
Ita potong dengan pisau aje.. tapi ada rakan-rakan yang cadang guna pemotong pizza.. ikut lah kesesuaian.. Ukuran memotong tu terpulanglah pada kita nak potong besar atau kecil.

Jom kita intai-intai cara membuatnya


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Mereka yang tinggal di Johor dan Singapura boleh dapatkan dari Kak Patmah Aspar.


Boleh juga di bakar dalam magic pan HiG




AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.