Apr 30, 2013

WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE


White Chocolate Macadamia cake pada ita adalah kek yang sangat lembut.. cair di mulut begitulah ungkapan yang diperkatakan pada kek yang satu ini.
Kek yang tidak terlalu berat dan tidak muak untuk dinikmati.
Kek span ringan bersama serbuk badam di lapisi krim salted caramel bersama kekacang macadamia yang segar dan di saluti lelehan ganache coklat putih yang lemak berkrim.


Bila ita dapat catalog SR hari tu, ini adalah antara kek yang di sarankan oleh anak dara ita untuk ita cuba. Katanya nampak menarik dan pasti sedap.
Sekali imbas melihat kek itu dah dah dapat agak apa bahan yang di gunakan. Ita pasti ianya sama sahaja seperti kek yang lain.


Ita olah resepi mengikut selera ita dan keluarga.
Sedap hasil gabungan kek badam yang lembut dengan krim salted caramel. Bila di hiasai pula topping ganache putih tu, rasa kelainan pada kek ini yang tersendiri.
Pulak bila kita tergigit cebisan kekacang macadamia yang lembut tu.. rangup-rangup lembut.. rasa kacang juga lain dari kacang biasa.. padanlah harganya sedikit mahal.

Kek ini pada ita boleh dibuat komersial bagi mereka yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan dirumah.


WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE

Mula-mula kita sediakan dahulu kek span badam

KEK SPAN BADAM

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung
2 sudu besar serbuk almond
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Ayak tepung dan baking powder
Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu
Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven
Terbalikkan atas redai setelah masak
Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang
Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Kemudian kita sediakan salted karamel. Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja.

SALTED CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk

Sekarang kita sediakan cream

SALTED CARAMEL CREAM

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar salted caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim



CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

masak gula hingga perang
Tambahkan air dan biar ia pekat
tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang
Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar

GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata


KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan salted caramel krim
Taburkan caramel Macadamia
Ulang proses hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman
Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache
Hiaslah kek mengikut kreativiti


Undi anda menentukan masa depan kami..


PUBLISITI
PENGHARGAAN
DIPERALATKAN

Anda rasa teraiaya
Anda rasa terpedaya
Anda rasa dianaktirikan
Ada double standards
Anda tertipu

Bangkitlah dan berikanlah sokongan anda supaya yang berhak diberikan hak 
UNDI lah Jari Inai

Hidup jari inai!!
Hidup jari inai!!

Akur janji kami baca di SINI



Apr 29, 2013

Kelas meletupsss!!


Anda dah bersedia dengan kelas memasak alaf baru...??
Pernahkah anda berada dalam kelas yang sangat happening..? dengan tenaga pengajar yang cukup menghiburkan bersama ilmu yang mengunung di dada.. ?
Dengana situasi kelas yang cukup santai.. dapat bertemu otai-otai dalam dunia masakan.. yang tak lokek berkongsi tips dan petua serta panduan yang cukup berguna untuk di kongsikan bersama..
Waaa... sangat mengujakan 2 hari bersama kelas biskut komersial Chef Amer..
Kelas yang ita rasakan cukup terbaik.. dengan komitmen dari penganjur, kerjasama dari setiap peserta yang cukup sporting..  memang berbaloi-balaloi rasanya bila berada di antara mereka..
Terima kasih orang Johor anda terbaikkk... buatkan Chef tersenyum riang..


2 hari kelas di Johor full house.. meletup kebaboww!!
Ita dah kata.. daftar awal.. tempat terhad..
Kan.. dah kata dah.. nampak tak sambutan yang diluar jangkaan.. hingga tak cukup ruang.. hinggakan ita nak ambil gambar pun susah.. terpaksa cik kak ni menyelit sana menyelit sini.. hehe


Seronok Chef bila di kerumuni mak-mak dara dan bakal mak-mak mertua.. Oppssss!!!  hihi ^__^


Kelas yang penuh dengan usik mengusik, gurau senda dan gelak ketawa..  haha tak payah tengok Maha Raja Lawak.. datang kelas chef pun dah buat kita ketawa tak hingat-hingat..




Kelas Biskut Komersial 1 yang berlansung di Mom's Bake House di organised sepenuhnya oleh Oliez Academy dan Pn Siti Zaleha sebagai peneraju utama.

Kenapalah ita suka sangat belajar dengan Chef Amer ni..?
Selain beliau cukup komited dengan apa yang beliau lakukan, Chef juga adalah seorang yang cukup berpengalaman. Sebagaimana yang pernah ita katakan sebelum ini, ilmunya seluas lautan.. kerana itulah ita mengajak semua untuk bersama menimba ilmu dengan Chef Amer. Tak rugi berguru dengan yang pakar..


Inilah antara koleksi buku resepi kesayangan Chef Amer. Ita mendapat tahu beliau mula menulis buku resepi ini seawal usiannya 10 tahun. Buku-buku resepinya yang kalau tak silap ita ada 6 kesemuanya dan setiap satunya mengandungi lebih daripada 1000 resepi.
Nampak tak bagaimana Chef betul-betul menghargai setiap resepi dan beliau sangat menyanyangi bidang yang beliau minati ini.


Selain itu setiap pelajar juga di jelaskan tentang setiap perbezaan tepung, kandungannya.. pilihan tepung yang sesuai untuk komersial dan lain-lain lagi..
Pengunaan mentega juga adalah berbeza untuk buat kek dan biskut oooo.... baru tau! ha.. jangan main belasah aje tau.. setiap daripadanya akan mempengaruhi kejadian dan hasilnya nanti..

Bagaimana pula dengan gula??
Gula memainkan peranan yang besar juga tau dalam mendapatkan biskut yang rapuh.. jangan salah pilih gula.. boleh kembang setaman biskut kita nanti.. kalau tak pun keras berdentum hingga baling ke dinding punnn.. tak pecah.. silap hari bulan dinding pulak yang retak.. haha

Bagaimana pula caranya kita memutar adunan untuk membuat biskut? Adakah ianya sama dengan kaedah kita membuat kek??
La... tak sama rupanya.. padanlah biskut kita tak rangup.. cepat lemau.. salah rupanya cara yang kita lakukan sebelum ini.. emm.. bila dah sertai kelas Chef semua rahsia telah terbongkar..

Cara membakar biskut bagaimana pula?
Adakah kita perlukan api atas dan bawah atau api bawah sahaja?
Berapa lama pula masa yang kita perlukan untuk mendapatkan biskut yang rapuh, rangup dan tahan lama..
Percayalah kalau ikut cara dan kaedah yang betul biskut yang kita sediakan boleh tahan bertahun-tahun kalau tak di makan.. haha

Ita rasa segala tips dan panduan yang berguna ini tidak akan dapat kita perolehi daripada kelas yang lain.. Kepada semua pelajar manfaatkanlah setiap ilmu yang Chef berikan dengan sebaik-baiknya.. ianya sangat bernilai dan sangat berharga.

Jom kita intai aksi pelajar di dalam kelas pula..

masa yang ditunggu-tunggu..


macam mana mat???


berehhh.... habis licin... tak tinggal sehabukkk... ponnn... kak tonnn..
fuhhh!! ganassssss......


Jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel Biskut Komersial 1 Chef Amer. Juga kepada Chef terima kasih banyak-banyak atas setiap ilmu dan resepi bukan 6 resepi ajae tau ada dapat lagi 4  resepi bonus berbaloi! baloi! semoga semakin murah rezeki Chef..

Kepada Oliez Academi dan Mom's Bake House juga

peserta termuda kita.. baru berusia 36 hari dari Kuantan Pahang..

Terima kasih juga kepada yang menghadiahkan ita buah tangan di atas

Kepada Chef terima kasih hadiah tersebut 
Terima kasih juga kepada Siti Zaleha atas hadiah 
Juga kepada kak Patmah Aspar yang mengirimkan ita frambrozen kenari dan terima kasih banyak-banyak kak kerana berkongsi resepi kepada kita semua.. 
Kepada yang nak order biskut raya tahun ni boleh lah hubungi kak Patmah..
Terima kasih juga pada adik yang kirimkan akak cup cake ni, sedap lembut aje.. tapi ita lupa lah nak tanya nama adik ni.. sebab masa tu dah terkejar-kejar nak balik.. terima kasih ya dik..
Terima kasih juga buat adik Nor'aini Hassan yang bawakan kek lapis Cheese Bluberry, sedapnya.. rasa nak makan lagi dan lagi.. tapi akak ni pemalu dek.. wakaka..
boleh order ni.. 

Terima kasih semua jangan lupa janji temu kita pada June ni dengan kek Komersial 1 dan 3
kali ni tempat lagi terhad.. jangan terlewat..



N3 ini berbayar


Apr 24, 2013

EASY MOIST RED VELVET CAKE

Assalamualaikum
Apalah asyik buat kek aje.. siapalah yang nak makan kek banyak-banyak ni?
Persoalan yang sering ditanya..

Kerana saya masih lagi dalam proses belajar saya perlu memperbaiki diri dan kelemahan.. Practice makes perfect itulah yang sering ita tekankan pada anak-anak..

Bila tiba giliran ita.. ya ita juga lakukan yang sama.. belajar dan terus belajar, sentiasa memperbaiki setiap kelemahan dan memperbetulkan segala kepincangan..


Dah lama ita tak buat Si Baldu Merah ni.. Entah kenapa teringin pula anak tekak ni nak merasa. Biasa ita lebih sukakan kek yang lebih ringan dan lebih gebu. Pada ita kek sebegitu tidaklah muak sangat. Bertambah dengan krim frosting yang sedikit ringan. 

Ita ni suka membuat aje.. makan tu kurang.. 
Tapi kalau tak buat macam mana nak tau sedap ke tidak.. sesuai atau tidak dengan selera dan citarasa. 

Suami ita memang peminat kek, berbeza dengan ita, beliau lebih gemarkan kek yang sedikit padat dan berat. Cream cheese frosting adalah kegemaran utamanya. Kerana dah lama menetap di negara sejuk, lidah beliau lebih peka dan amat mudah bagi ita untuk meminta pendapat tentang kek yang ita sediakan. 
Kalau sedap padanya dia akan memuji-muji kesedapan kek tersebut.. bila terasa kurang, beliau akan berikan pandangan dan buah fikiran.
Dari situlah ita belajar memperbaiki setiap kelemahan diri.


Kenapa tak buat kelas dan mengajar?
Kenapa ya..
Terasa diri ini terlalu naif.. banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Ita suka belajar.. dan suka mencuba. Ita lebih seronok mengajar adik-adik yang baru berjinak-jinak nak ke dapur.. dan blog ita juga untuk mereka yang baru nak kenal dapur macam anak-anak ita juga..
Sekurang-kurangnya mereka dapat menyediakan sendiri atau menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan. Dapat lah buat bayar yuran pembelajaran yang mahal tu.. tak lah membebankan ibu bapa di kampung.

Bagi yang berkemampuan.. sillah belajar dengan yang pakar.. banyak kelas mengajar yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Ita hanya mengajar di blog untuk mereka yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran kelas yang mahal.. adik-adik atau anak-anak yang tinggal di luar negara yang berjauhan dari keluarga yang sukar untuk mendapatkan makanan yang halal.. bila dah boleh buat sendiri.. Alhamdulillah.. ita pun tumpang seronok..

Jadi jangan lah ada pandangan serong pada ita.. Blog ita ni adalah teman ita dikala ita sunyi bila berjauhan dengan anak-anak. Ia lah penghibur ita. Koleksi resepi adalah himpunan resepi yang telah ita cuba dan menepati selera kami sekeluarga. Ia adalah harta yang tak ternilai yang hanya dapat ita turunkan buat satu-satunya anak dara yang ita ada. Manalah tahu kalau umur ita tak panjang esok, disinilah tempat Dalili merujuk untuk menyediakan hidangan buat ayah dan abang-abangnya nanti..


Alo.. lo.. lo.. nampak dah nak gerimis.. sebelum hujan baik kita terus sahaja kepada cara penyediaan kek ni.
Pertama terima kasih kepada Hana kerana memperkenalkan blog ini kepada rakan-rakan. Dapat lah ita mencuba.. nampak macam menarik aje..

Resepi dari Divas Can Cook dan ita ikut sebijik resepi yang dicadangkan. Ita tukarkan kepada sukatan gram untuk memudahkan lagi rujukan.


EASY MOIST RED VELVET CAKE

360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung
2 biji telur A
1 cawan buttermilk
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah ~ ini bergantung pada pewarna yang digunakan
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi / Nescafe panas ~ mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab

Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven
Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc, sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan

Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak
tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak
cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin, ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong atas kek yang keras. 
Potong kek kepada 4 kepingan ~ rujuk sini untuk cara memotong kek


Untuk krim yang lembut dan meleleh boleh cuba resepi ini

Krim Keju 1

150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon

Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
pukul sebati

Untuk krim keju yang ita gunakan

Krim Keju 2

200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
8 gm gelatin
30 gm air

Cairkan gelatin ~ rujuk sini
Cairkan coklat masakan cara double boiler
Satukan gelatin cair dalam coklat putih
Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih
Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata



Kaedah Penyediaan Kek Brick

Resepi ini hanya boleg gunakan resepi Krim Keju 2

Potong 4 keping kek dengan acuan cutter yang berbeza
2 keping dengan 3 acuan cutter
2 keping lagi dengan 2 acuan cutter bulat yang berbeza saiz sila rujuk gambar 1

Mulakan dengan kek yang kita potong kepada 3 cutter
Sapukan krim keju pada bahagian yang telah kita potong dengan cutter bulatan tadi rujuk gambar 2
Ratakan atas kek dengan krim keju nipis sahaja rujuk gambar 3
Letakkan pula lapisan kek yang kedua
Untuk lapisan ini kita perlu ceraikan kek tersebut, letakkan bahagian yang dalam dulu, letakkan krim dan cantumkan bahagian-bahangian yang lain hingga habis rujuk gambar 4 dan 5
Ulang proses hingga habis
Ratakan keseluruhan kek dengan krim keju dan simpan dalam peti ais
Decolah kek mengikut pilihan

Ita gunakan buttercream untuk bunga dan batangnya menggunakan ganache coklat



Selamat Mencuba



Apr 23, 2013

SKY BLUE OMBRE CAKE

Assalamualaikum..
Salam bersiaran kepada semua rakan-rakan yang ita kasihi sekalian..
Lama tak bersiaran, bila nak mulakan kembali terasa lemah dan longlai pula tangan ni nak mengetuk papan kekunci ni..
Entahlah kenapa.. berat benar nak mulakan semuala bila dah lama tertunggak..
Bila kata busy karang.. ada pula.. yang kata mengalahkan YB yang sibuk berkempen pulak.. entahlah.. kadang kala kata-kata sindiran, tomahan buatkan hati ni tercuit rasa juga Biasalah alam siber.. manusia boleh berkata apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.. Bukan dia kenal kita pun.. mungkin itulah bisikan syaitan yang sering mengasut..

Mungkin dari sudut lain pula ada yang berkata.. biarlah apa orang nak kata.. dia bukan kita dan kita juga bukan dia..
Inilah yang dikatakan asam garam dalam kehidupan.. tak pernah bersyukur apa yang ada padanya dan sering mencemburui kelebihan orang lain..
Sentiasa bersangka baik, dan sama-sama mendoakan semoga mereka diberikan kesedaran dan keinsafan.. kita juga haruslah sentiasa memuhasabah diri supaya tidak sama-sama terikut-ikut pujuk rayu syaitan yang telah bersumpah untuk menghasut dan menyesatakan semua anak adam..

Maaf ya.. mungkin ita teremosi sedikit.. biasalah.. nama pun manusia, hamba Allah yang lemah ini mempunyai hati dan perasaan juga.. bila usia dah meniti senja.. hati terlalu rapuh untuk bertahan.. dah tak sekuat tembok batu dan tak sepejal batu kelikir.. hanya padaNya ita memohon.. biarlah hati ini sentiasa ceria.. bagai burung yang terbang riang bila fajar menyising.. bagai bunga-bunga yang kembang bila di sinari sang mentari pagi.. bagai laut biru yang tenang dan mendamaikan..


N3 yang dah lama tertunggak..
Walaupun ada yang dah mula mengaum-ngaum di luar sana.. bila ni nak masukkan resepi dan step by step..
Maaf sekali lagi yang dapat ita pohonkan.. pertama kerana terlewat menunaikan janji.. kedua kerana ita tak sempat nak buat step by step kaedah penyediaan kek ini. Ita buat sekadar suka-suka.. Ini adalah satu hobi yang cukup menenangkan.. Terus terang ita bukanlah pandai sangat.. nak buat bunga ni pun dah lama berangan-angan.. hanya mengintai dari jauh bila rakan-rakan membuat kek yang penuh dengan  mawar yang kembang mekar.

Nak tunjukkan step buat mawar.. rasanya ita masih belum layak.. banyak lagi kelemahan yang perlu ita perbaiki.. sepatah kata Johan Raja Lawak.. sikit kembang .. sikit kuncup.. Ita hanya membuat rujukan di internet selain dari panduan buku masakan.


Apa yang menarik bila ita diberitahu, ramai yang tertarik dengan kek ini.. hingga ianya di sharekan di web page mereka https://www.facebook.com/faircakelondon
alhamdulillah syukur..

Sebenarnya ini bukanlah kek pertama yang menarik minat orang luar, kek Checkered Rainbow kek ita juga sering di tag, di sharekan di blog dan di repin oleh bloger-bloger luar. Sebenarnya inilah yang sering buatkan ita teruja untuk mencuba membuat sesuatu yang lebih baik, selain mencabar kebolehan diri ita sendiri. Walaupun ita tidak dapat mengharumkan nama negara dalam bidang-bidang yang boleh di banggakan.. namun bila melihat mereka kagum dengan kebolehan kita rakyat Malaysia.. ita terasa bangga menjadi anak Malaysia..

Bila membaca setiap komen dari mereka, ianya menyuntik semangat buat ita dan inilah yang sering menguatkan semangat ita untuk meneruskan blog kesayangan ita ini.


Kita berbalik kepada kek Sky Blue Ombre ita ni, Cara membuatnya tak lah susah sangat mungkin agak sukar untuk membuat bunga bagi ita yang terlalu amatur dan baru berjinak-jinak untuk melentikkan jari jemari ni..
Bagi yang dah mahir kejam mata pun dah boleh menyiapkan berkuntum-kuntum ya kan? ^__^


Ramai yang muskil bagaimana corak itu terhasil.
Mudah aje, ita akan terangkan bagaimana ita bentukkan corak tersebut dan apa acuan yang diperlukan untuk membuatnya. tak perlu step by step lah kan.. rasanya semua pun boleh buat jika ada peralatan yang ita terangkan nanti.



Kita perlukan 1 loyang bulat ukuran 8 inc untuk dasar kek.
Loyang selinder kecil berdiameter 2 inc atau 2 1/2 inc
Loyang bentuk segi empat tepat ukuran 3 X 10 inc

Loyang bulat  letakkan adunan asal nipis sahaja untuk dasar kek
Loyang tengah tu terpulang nak letak warna asal atau warna-warna lain yang disukai
Loyang segi empat tepat pula untuk tone warna.
Untuk lapisan dalam tu mungkin 1 loyang sahaja diperlukan tapi semakin ke luar lilitan kek kita perlukan 2 loyang.
Bila lilit tu pasti ada lebihan, dan potong setiap lebihan kemas dan bercantum rapat.
jangan lupa sapukan krim untuk lekatkan antara satu sama lain.
Mudah aje kan?
Sekarang kikta intai pula resepinya



RAINBOW CAKE
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010


Rujukan : Zuraini Alias
Rujukan : Checkered Cake

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc

Loyang segi empat tepat dan selinder
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan
mengikut warna dan saiz loyang yang digunakan
Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
kalau loyang muat 2 atau tiga boleh masukkan sekali, tapi bagi loyang selinder yang sedikit tinggi kena bakar berasingan sebab dia lambat sikit masak, loyangnya tinggi.


Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap


BUTTERCREAM
Oleh : Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI April 2013


300 gm mentega tanpa garam
200 gm gula icing ~ diayak
1 sudu teh esen vanilla


Pukul krim semua bahan hingga kembang dan gebu
Jika adunan agak lembik tambahkan sedikit mentega dan gula icing hingga mencapai piawaian yg di perlukan


Boleh juga guna apa-apa krim lain yang anda sukai
Deco kek anda mengikut kreativiti masing-masing

Kaedah Penyediaan

Letakkan sekeping kek ukuran 8 inc yang dipotong nipis atas lapik kek
Sapukan krim atasnya
Letakkan kek selinder ditengah
Sapukan krim pada kek segiempat tepat nipis ~ kek ni perlu di kemaskan terlebih dahulu di setiap tepi kek supaya sama dan kemas bila disusun
Letakkan lilitan warna pertama
Tekan kemas rapat ke kek selinder, potong lebihan kemas dan sapukan krim pada bahagian cantuman
Kemudian buat lapisan seterusnya hingga habis
Potong atas kek rata supaya nampak kemas.
Sapukan krim pada keseluruhan kek
Simpan dalam peti ais supaya krim keras
Boleh deco ikut kesesuaian

Untuk lapisan biru luar tu, ita warnakan sedikit krim mengikut tone
Lepastu ratakan pada kek dengan berus kek



Selamat Mencuba




Apr 17, 2013

Amaran dari Dalili


Terkejut bila ternampak nota warning dari Dalili
Untuk siapa??
Mesti untuk emaknya.. hihi sebab selalu ambil barang Dalili buat props.. hihi





Apr 15, 2013

Jom ke kebun sayur..


Berjamu enak si lauk ikan
Sambil raikan hari kebesaran
Makanan berlemak elok jauhkan
Banyakkan makan sayur-sayuran

Sambil raikan hari kebesaran
Mendengar ucapan satu kemenangan
Banyakkan makan sayur-sayuran
Sihatlah badan bawa ketenangan

Banyak sayur dijual di pasar
Banyak juga menjual ikan
Kalau kamu sudah lapar
Cepat cepatlah pergi makan











AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.